Sunday, December 6, 2009

Bibikku lari, Episod 2



Aku dah penat memikirkan kes pembantu rumah ni! Pagi aku dikejutkan dengan pemergian Rina Meliana. Langsir yang biasanya disingkap sesudah Subuh masih melitupi tingkap. Kulihat lampu dapur tidak ditutup. Aku panggil namanya tidak bersahut. Aku terpa biliknya dan kulihat semua barangannya tiada.

Sesungguhnya pemergian Rina mengejutkan sistem badan aku. Aku dan Intan tidak ada masalah dengan dia. Kerjanya bagus, tidak banyak karenah dan nampak macam lurus bendul. Anak-anakku pun amat selesa dan manja dengan dia. Usianya yang muda sebaya anak saudara aku Aishah dan adik ipar aku Syahida.

Disebabkan kesibukan tugas, anakku yang sulung dan kedua dihantar menikmati percutian bawah jagaan Tokwan dan Tok depa. Jadi tugas Rina jauh lebih ringan.

Kebetulan Jumaat lalu Rina meminta kebenaran membeli telefon bimbit. Aku cakap aku fikirkan kemudian. Aku juga berkata kami mahu dia menghormati kontrak dua tahunnya dengan kami, biarpun kami sedar dia berdepan masalah peribadi di kampungnya Lombok Timur.

Bertanya-tanyakan jiran, kami dapat tahu dia mempunyai telefon bimbit yang disorokkan daripada kami. Dia pernah meminta jiran sebelah rumah membelikan top-up.

Kemudian mak mertuaku bercerita Rina pernah menyebut suaminya di Lombok Timur ingin berkahwin lagi! Ah, kami mengagak Rina akan pulang terus ke kampung kerana bimbang akan keadaan anak perempuannya!

Penat aku mengambilnya di KLIA tujuh bulan lepas macam belum hilang. Sebenarnya penat aku ke Stulang Laut untuk menjemput Salami, pembantu rumah kami yang pertama (aku memutuskan hanya mengambil seorang PR selepas tiga anak) pada April 2008 pun belum hilang.

Nampak gayanya aku harus kembali bergelumang dengan lampin pakai buang, melipat dan menggosok baju serta membasuh botol! Bagaimana harus aku berdepan dengan tahun 2010 yang lebih sibuk?

6 comments:

Anonymous said...

Hahhahah heheeheheh

Bro,

Mungkin dia tak baca blog u agak nye ...

Hehehhehehehehe

Sabar je lah ... mungkin satu hari nanti akan ketemu 'jodoh' dengan PR yang berhati mulia ...

InsyaALLAH ....

Anonymous said...

Bro, bibik indo ni kalau nak bagi dia lama, harus tengok dia kawan/sembang dgn siapa. Sbb biasanya dia dah ada kawan/saudara mara kat sini, jadi senang cabut, cari kerja lain.

KAJANG BERTEMPAT said...

TAK pa aku ada. heeehe janji masyuukk baik punya

Anonymous said...

Salam bro,

Boleh ke nak minta keje jadi bibik part time.....

Raison D'etre said...

Count ypur blessings Bro as "discoveries" post leaving cpuld have been far worse, like my case.

To list:
1. Pregnancy pills
2. Phone nos of Men; several
3. Jadual for don't know what.
4. Backyard liaison with security guards
5. Trips to god knows where..

You have it good, but all the same: Dah tukar kunci ke?

Anonymous said...

riz,

there's nothing wrong for you to be stayed at home dad. hehehehe...

bagus aper...imo tak payah ler ambik pembantu rumah lagi.

~SF Bay Area