Rupa-rupanya loose cannon, selain Allahyarham Johari Shawal dan Saidon Jaafar, jadi bahan cerita Azahar Md Taib dalam kolumnya di Harian Metro hampir dua minggu lalu ketika dia membuat liputan di Sukan SEA Laos. Johari meninggal dunia hampir setahun lalu. Gelak tawa dan gurau sendanya masih segar dalam ingatan. Arwah Saidon pula serius orangnya. Aku mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan tidak lama dahulu. Al-Fatihah buat kedua-duanya.
KOLUM
"Kita saksikan sejarah lagi," kata rakan setugas, Ahmad Khawari Isa sebaik pasukan badminton wanita negara menamatkan kemarau pingat emas Sukan Sea selepas 34 tahun gagal menggapainya dan akhirnya semalam berjaya.
Lucu juga dan sedikit simpati melihatkan rakan saya itu yang jalannya agak perlahan, terhincut-hincut sambil menggalas beg berat berisi komputer riba. Buku lali kakinya bengkak. Terseliuh katanya dan bukan gaut. Beliau beruntung kerana menjadi saksi kepada beberapa detik sejarah yang direkodkan kontinjen Malaysia sepanjang temasya Sukan Sea Laos berlangsung di kota Vientiane ini.
Bukan senang sejarah itu dicipta. Detik pertama, skuad bola sepak lelaki membelasah Timor Leste 11-0 dan sehari selepas itu skuad wanita pula dibelasah 14-0 oleh Thailand, kurang enam gol untuk setiap pemain daripada 20 senarai yang didaftarkan membawa pulang ke tanah air. Semua itu rekod kemenangan dan kekalahan terbesar pernah dicatatkan.
Sebenarnya bukan rekod yang mahu saya sampaikan dalam kolum ini, tetapi lebih kepada ragam rakan-rakan yang pernah bertugas bersama sepanjang pengalaman membuat liputan sukan kebanggaan negara-negara Asean ini. Ada yang pernah menjadi teman sebilik, tidak kurang juga bertemu di Pusat Media Utama (MPC), venue-venue pertandingan dan di penghujung hari ketika tuba waktu makan malam. Barangkali bila usia semakin meningkat dan melihat begitu ramai wajah-wajah wartawan muda memakai tag Sukan Sea, kita akan terkenang rakan-rakan yang sudah tiada lagi bersama. Mengimbau masa suka, duka. Susah senang di negara orang, rakan inilah yang kita harapkan. Entah makan, entahkan tidak, silap hari dihambat orang.
Masih segar kelucuan serta gurauan Allahyarham Saidon dan Allahyarham Johari atau kami panggil Joe dari Utusan Malaysia ketika berlangsung Sukan Sea Jakarta 1997. Seperti kebiasaan, selepas selesai tugasan mengejar dateline, kami akan berkumpul di sebuah restoran berhadapan Stadium Istora Senayan melepaskan lelah sambil membasahkan tekak. Tajuk perbualan dari soal berita, ragam bos di KL hinggalah kisah nona-nona manis yang sering membuat mata yang memandang menjadi juling. Begitulah rutin seharian kami. Tetapi yang selalu terkena untuk menjelaskan bayaran adalah Arwah Joe. Kadang-kadang memang disengajakan kerana kami dapat tahu elaun luar negara bagi wartawan Utusan adalah paling tinggi berbanding media lain. "Kalau hari-hari macam ni, tauke balak pun boleh lingkup". Begitu bersahaja sahutnya ketika menuju ke kaunter bayaran.
Namun Arwah Joe tidak pernah merungut.Wajahnya tidak pernah memberi reaksi kurang senang. Selamba. Sebaliknya keesokan hari, beliau akan cari jalan untuk mengenakan kami semula. Manakala Arwah Saidon, Jakarta saya rasa adalah Sukan Sea pertamanya. Entah siapa yang memberi nasihat, beliau membawa satu beg besar berisi kemeja, seluar 'tailor' dan sepatu kulit , kira-kira pakaian pejabatlah. Berderai perut kami menahan ketawa bila arwah terpacak ditengah-tengah padang sedang bercakap dengan pelari pecut, G Shanti. Jelas beliau kurang selesa dan kerap mengesat peluh. Bila melihat kami, arwah agak terkejut. Ke atas, ke bawah bola matanya. "Eh boleh ke pakai t-shirt dan jeans?" tanyanya meragukan. Akhirnya sedarlah arwah terkena 'mainan rakan pejabat". Untuk sepanjang temasya, arwah tetap dengan pakaian formalnya itu sehinggalah tamat. Saya masih terasa kehilangan mereka berdua, semoga roh kalian sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman.
Kata orang, bertugas di negara orang dalam tempoh yang agak lama, akan ada sahaja pahit manisnya. Teman sebilik hanya akan berjumpa pada malam hari, awal pagi sudah hilang. Ada kalanya yang kedengaran hanya dengkuran sahaja. Ada juga rakan mudah ambil hati dan merajuk. Tidak kurang juga yang mengigau, merapu dan berjalan tengah malam.
Saya punya pengalaman paling manis dengan Rizal Hashim, bekas wartawan Malay Mail dan hari ini penulis blog terkenal, Loose Cannon. Boleh kata, kami paling kerap bersama dalam banyak tugasan Sukan Sea, selain Sukan Komanwel Manchester, Sukan Olimpik Athens, bola sepak kelayakan Piala Dunia, PIala Asia, Piala Tiger dan Olahraga Trek & Padang Asia (ATF).
Ada ketikanya kami terpaksa menyambut bulan puasa dan hari raya di negara orang. Jadi saya faham benar perangai beliau. Apa yang beliau suka dan tidak. Dalam tenang dan juga ribut yang datang. Memang Rizal sensitif orangnya dan kadang-kadang kami berlanggar dan bercanggah pendapat. Beberapa harilah kami tidak bertegur. Nak kejutkan solat Subuh, beliau hanya tolak kaki saya dengan hujung jari kakinya. Memang kelakar. Pun begitu, Rizalnya orang tidak pernah simpan dalam hati. Kalau merajuk, sekejap aje hilangnya. Malah beliau satu-satunya orang paling saya percayai. Amanah dan suka berterus terang. Keikhalasannya tidak pernah saya ragui. Terlau banyak kenangan dengan rakan lain mahu saya ceritakan, namun mereka inilah yang menceriakan hari-hari saya sambil mendewasakan saya sebagai seorang wartawan.
7 comments:
..a friend in need is a friend in deed, lc..and somehow his comments fit what this oldster thought about you..
aku tak setuju langsung. Jelas dia nak bodek kau takut kau belasah dia dalam blog. Nyata dia berjata sebab kau dah tampal artikel dia dalam blog kau...Cheh! - Once an angry young frenchman.
nice blog..thanks for sharing nice blog.. :) hope can exchange link with my club site : http://www.myalza.com ,if can email me : myalza@live.com
Jenny
Hi Rizal, here's wishing you and all at home the very best of seasons greetings, have a happy new year and may you score lots of goals in your coming postings.
Best regards, Lee.
Kepada Ayahanda YBM Dato' Raja Ahmad Zainuddin,
Pak Engku,
Sekadar untuk renungan Pak Engku,
Mengapakah pihak PAk Engku selaku pengerusi menerima bulat-bulat cadangan Unit pengadil FAM supaya semua bayaran untuk tahun 2010 bayar melalui FAM (Pengadil perlu membuat tuntutan selepas mengadili sesuatu perlawanan) berbanding sebelum ini, bayaran dibuat secara 'cash' selepas/sebelum tamat perlawanan di stadium berkenaan.
Kita sudah hilang kepercayaan kepada individu yang mentadbirkan unit pengadil dan pada mulanya berharap Pak Engku dapat memperbetulkan keadaan. Tapi dengan situasi terbaru ini, rupa-rupanya harapan kami hancur musnah untuk melihat perobahan.
Cuba Pak Engku fikir, seseorang pengadil yang pergi bertugas itu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hampr RM370 bagi satu perlawanan (RM100 minyak, RM80 tol, RM140 Hotel, RM50 makan minum) dan bayangkanlah jika seorang pengadil itu ditugaskan mengadili 4 perlawanan sebulan. Berapakah perbelanjaan yang perlu didahulukan? (RM370x4 =RM1480).
Tidakkah ini akan membebankan kami? Berapa ramai di antara kami yang mempunyai 'modal' untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1480 sebulan?
Paling awal, FAM rasanya, hanya boleh buat bayaran dalam tempoh 3-4minggu. Ini tidak boleh dielakkan kerana perlu mengikut prosedur dan garis panduan kewangan seperti yang diamalkan oleh mana-mana organisasi apa sekalipun.
Sebenarnya, pasukan yang menjadi punca kepada masalah ini hanya 2-3 pasukan saja, mengapa pasukan yang 'bersih' menjadi korban?
Patutnya, bayaran melalui FAM hanya untuk perlawanan yang melibatkan pasukan haprak tu saja, manakala pasukan yang clean, teruskan seperti mekanisme lama iaitu bayaran dibuat sebaik tamat perlawanan oleh pasukan tuan ruamh.
Saru cadangan lagi, kekalkan cara lama dan FAM perlu mengarahkan supaya setiap pasukan membuat bayaran seperti dulu. Mana-mana team yang culas, batalkan penyertaan mereka.
Kepada Pak Engku, sila kaji semula cadangan ini kerana pihak yang membuat cadangan memang tak boleh dibawa berbincang dan cadangan mereka kebiasaannya memang tak boleh pakai punya cadangan.
Jangan hairan nanti, jika ramai di antara kami terpaksa menolak pelantikan gara-gara tidak mempunyai 'modal' untuk pergi ke satu-satu venue. Ingat, makan minum anak bini harus diberi keutamaan wahai Pwk Engku!
bro,
i think a sincere piece from your friend, azahar, in his harian metro column.
a nice one from the heart, cheers!
Megat Tam
Ref pokai, Jangan hanya pandai berkokok di luar. Mengapa tak cakap masa di Lumut hari tu?
Sekarang tanggung la sendiri.... Jangan anak bini tak makan sudah le nanti
Post a Comment