Thursday, September 25, 2008

Royal endorsement

One would have thought Lt Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad's days as the FA of Malaysia general secretary were numbered following a series of articles portraying him in bad light was published by certain sections of the Press.

But as far as FAM president Sultan Ahmad Shah is concerned, he has faith in Azzuddin. It's business as usual at FAM.

This is in contrast to the impression one gets after reading Harian Metro on Sept 19 (reproduced below)

BUAT pertama kalinya, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) melahirkan rasa kecewanya yang tidak terhingga terhadap corak pentadbiran yang sedang diamalkan badan induk kebangsaan itu.

Pelbagai isu yang membelenggu FAM sejak kebelakangan ini ternyata mengundang resah di hati pemimpin tertinggi badan induk kebangsaan itu yang pantas mahu mendapatkan gambaran sebenarnya mengenai apa yang berlaku.

Justeru, satu pertemuan diatur dengan wakil Arena Metro di Istana Pahang di ibu negara dan sepanjang pertemuan berkenaan, beliau tidak putus-putus menyatakan rasa terkilannya.

Masalah hutang, komunikasi serta `sikap mesra media' yang ternyata semakin hilang di FAM tidak dapat diterima Sultan Ahmad Shah yang memang terkenal sebagai individu yang mudah mesra dengan rakyat jelata.

Beliau terkejut apabila mendapat tahu Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf berserta kos terhadap Harian Metro kerana menganggap artikel yang dikeluarkan akhbar ini pada 3 September lalu sebagai memalukannya.

Begitupun, selepas mendapat penerangan penuh serta jelas berhubung artikel berkenaan, Sultan Ahmad Shah, berkata bahawa perkara itu seharusnya tidak berakhir dengan soal membabitkan undang-undang.

"Saya tidak sangka ia akan sampai sejauh ini...memang saya kecewa dan kesal kerana ia berlaku. Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan saya berjanji akan meneliti sendiri apa yang mengundang kepada kesilapan ini.

"Beliau adalah seorang pegawai yang dibayar gaji FAM untuk menjalankan tugas membabitkan pentadbiran. Saya sepatutnya tidak perlu campur tangan jika apa yang beliau lakukan ini dapat memuaskan hati pihak lain," katanya.



A little bird told me Azzuddin in the meeting with the Sultan prior to the FAM finance committee at Wisma FAM, the Kedah-born former left flanker had rebutted every single allegation in the memorandum handed by a group of dissatisfied stakeholders to the president through a third party.

Azzuddin has been told to put the matter to rest by the Sultan. His legal action against Harian Metro, however, is likely to proceed.

FAM President Assures No Change In Azzuddin's Position

PETALING JAYA, Sept 24 (Bernama) -- Football Association of Malaysia (FAM) President, Sultan Ahmad Shah today put to rest, rumours surrounding the status of Secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad.

"He will continue as the Secretary-general. He met me and explained the situation in detail and I am satisfied.

"I have always been happy and satisfied with Azzuddin job since his appointment to the post and I hope it will continue," said Sultan Ahmad Shah at Wisma FAM Wednesday.

It was earlier reported that Sultan Ahmad Shah was unhappy with FAM's financial status, communications and media relationship.

"He (Azzuddin) should not be blamed unnecessarily. We must understand that everybody has his or her own style, including Azzuddin and I hope the media can accept the fact," he said.

Meanwhile, Azzuddin said he was happy and relieved that the president had listened to his explanation and accepted that the said allegations on him were not true.

"I put forward all evidence to proof that all such allegations were malicious lies and the president was very understanding and open minded," said Azzuddin.

"I personally do not agree that I am not media friendly but since some have such a perception, I will try harder to accommodate their wish."

He added that he would not consider any action on those who had hurled accusations at him that were not true but advised them to repent.

"The focus should be on how to develop football in the country and not go around spreading malicious lies on people," he said.

-- BERNAMA

Following is the article which appeared in Harian Metro on Sept 3 that prompted Azzuddin to take a legal recourse.

KETIKA isu pemilihan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang sibuk diperkatakan tahun lalu, antara kriteria yang disebut-sebut ialah individu yang memegang jawatan berkenaan perlu `membaiki' hubungan badan induk kebangsaan itu dengan persatuan bola sepak (FA) negeri.

Pada masa itulah, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkenan melantik bekas Pengarah Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Azzuddin Ahmad untuk memegang jawatan itu dan yakin hubungan dengan FA negeri akan bertambah baik.

Begitupun, selepas hampir setahun bergelar Setiausaha Agung FAM, timbul pula cakap-cakap yang tidak begitu enak didengar dan hampir sebahagian besar wakil FA negeri bersetuju bahawa Azzuddin gagal menjalankan tugasnya.

Seorang sumber berkata, hubungan dengan FA negeri yang diharapkan dapat diperbaiki, tidak menjadi sebaliknya mereka kini terasa tidak dihargai langsung oleh badan induk kebangsaan itu.

"FA negeri berdepan masalah untuk berkomunikasi dengan Setiausaha Agung FAM. Itu yang mengecewakan kami. Itu belum lagi soal geran tahunan yang mana kami terpaksa merayu sebelum mendapat geran berkenaan.

"Paling mengecewakan apabila salah seorang wakil FA negeri yang menghubunginya untuk bertanyakan soal pembayaran, Azzuddin meminta pemanggil berkenaan untuk menghubungi penaja dan meminta bayaran itu," kata sumber itu.

Selain itu, sumber itu berkata, FA negeri juga masih kabur mengenai perlembagaan mana yang diguna pakai FAM ketika ini kerana ia kelihatan seperti badan induk kebangsaan itu menjadikan perlembagaan baru dan lama sebagai sandaran.

"FAM mendakwa perlembagaan baru sudah diluluskan Fifa tetapi selepas diselidik, FA negeri mendapat tahu bahawa Fifa hanya meluluskan peraturan pertandingan dan bukannya perlembagaan.

Perlembagaan sepatutnya perlu diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan. "Sebagai contoh, FA negeri bertindak mengikut perlembagaan lama tetapi di dalam laporan tahunan terbaru yang dikeluarkan FAM, jelas menunjukkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Aseh Che Mat sudah ditukarkan kepada Jawatankuasa Pemantau.

"Berdasarkan perlembagaan lama, perubahan itu adalah tidak sah dan sudah nyata FAM menggunakan perlembagaan baru di dalam membuat perubahan itu tetapi kami di FA negeri tidak mendapat sebarang salinan.

"Apa yang membimbangkan ialah mungkin timbul masalah di kemudian hari apabila berlakunya satu-satu masalah. Ketika itu, apakah perlembagaan yang akan diguna pakai oleh FAM," kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi enggan mengulas panjang dakwaan berkenaan dan berkata terpulanglah kepada mana-mana pihak untuk membuat anggapan terhadap apa yang berlaku itu.

"Itu terpulang kepada mereka. Sepanjang pengetahuan saya, FAM tidak pernah mengamalkan sistem `tutup pintu' kepada semua FA negeri. Semua pihak sentiasa diberi peluang untuk berbincang dengan kami.

"Bagi soal duit, saya tidak boleh memandai-mandai kerana itu semua bukan duit saya. Jadi, saya serahkan semua soal dakwaan ini kepada mereka dan terpulang kepada mereka untuk membuat tanggapan," katanya.

10 comments:

kajang-today said...

much ado about nothing. FAM still clueless, hopeless, hapless anyway.
Is that SIL in the pics? He needs a fatherly love, it seems.

Anonymous said...

cukuplah bunuh membunuh tu... kalau tak ada rezeki nak buat mcm mana! congrats gen-sec for being open minded n moving forward towards the glory....

Anonymous said...

si Sumber Metro tu PENULIS sendiri. Duk kat meeting untuk plot kejatuhan Azzuddin.

Takde kelas la metro. Dah la muka depan hari-hari pasal seks atau hantu, muka belakang pun sekerang penuh dgn sampah.

Anonymous said...

saudara, betul ke sultan cari penulis metro masa sidang akhbar kat wisma fam itu? betul ke pihak istana pahang menafikan laporan harian metro? tulis lah yang story dalaman yang tidak dilaporkan akhbar...setakat ambik laporan akhbar semua orang boleh buat

Anonymous said...

This is what happens when reporters get involved in association polictics, as journalist they are suppose to write without fear or favour, but this metro reporter is closely aligned to a particular state FA secretary. It is sad that journalist can be bought by cowards and pariahs of the highest order. Sultan Ahmad Shah should have slammed the culprits, he knows who are they, and it is quite certain he will deal with them soon in private ... A litlle bird told me the Jeneral is suing Metro for RM 15 million. Maybe the reporter and his boss should be transfered to Sipadan.

Anonymous said...

Saudara
Saya rasa saudara tahu akan perkara sebenar diFAM, kenapa tak tulis yang sebenarnya.
Kalau tak saya rasa saudara tak akan menjadi insan yang paling singkat khidmat di FAM
Tell us what is actually happen in FAM,
We must do something to improve our sports

Anonymous said...

Untuk makluman semua, Liga Futsal Metro sebenarnya hanya 'pinjam' logo FAM saja. Difahamkan FAM tak terlibat apa-apapun sejak kekecohan yang berlaku di sirkit utara dulu. Lepas tu FAM langsung tak hantar pegawai teknikal dan pengadilnya.

Metro buat futsal ikut peraturan sendiri dan membelakangkan Undang-Undang FIFA. Itu sebab FAM tak mau masuk campur kerana kalau pengadil FAM, semua mesti ikut law. Kalau jenis pengadil masyuk, bantai jer la....

Anonymous said...

Sdr Rizal,

Berhati-hati jika sdr ingin menulis tentang FAM. Tidak manis jika kita memperlekehkan 'rumah yang pernah kita tumpang tidor' sebelum ini.

Tahniah kerana hingga skrg sdr masih membisu dan tidak mengambil tindakan di atas.

Anonymous said...

The Metro journalist should be a shame of himself,..call himself a journalist tapi one sided nak mampus!!

Story semua menurut sumber,..apa benda lah!! Memang ketara dia nak seorang individu dari STATE FA jadi Gen Sec,..so dia pun dapat jawatan dalam FAM..Bos-bos Metro pulak diamkan je.

Journalist tu patut dikenakan tindakan oleh management NSTP!! Damn bias for self benefit only,..what a crap writer and call himself a sports writer, no ethics at all!!

Jason Bourne

Anonymous said...

kita tengok kan je kemana aranya kapten kapal api fam akan pergi..
kalau salah haluan kita betulkan kalau karam kita karam sama-sama