Sunday, September 28, 2008

Awi ke UK - bahagian kedua



Izinkan aku menukilkan catatan cukup peribadi kali ini. Sebagaimana aku ditugaskan membuat liputan terhadap Menteri Belia dan Sukan, bermula dengan Datuk Annuar Musa (kini Tan Sri), disusuli Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Abdul Ghani Osman dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secara automatik aku memantau perkembangan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dia dilantik sebagai wanita pertama menduduki kerusi itu sejurus selepas Pilihanraya Umum 2004. Namun tidak seperti ramai wartawan yang gelojoh cuba mendekatkan diri dengan YB Azalina dan konco-konconya apabila beliau dilantik oleh Pak Lah, aku lebih banyak melapor secara jauh. Aku mengambil pendekatan "detached view". Secara peribadi, aku menyanjung Azalina. Bagiku, beliau seorang wanita yang berani dan agresif, lebih kurang macam kakak aku (nama dia pun Lin). Aku dah "follow" banyak artikel mengenai Azalina, peguam yang peka dengan isu sejagat. Aku juga tidak ketinggalan menonton program bual bicara "Dateline" di ntv7 yang dihos oleh Azalina dan YB Khairy Jamaluddin genap 10 tahun lalu ketika negara dilanda demam reformasi. Harapan terhadap Azalina untuk berbuat sesuatu dalam sukan cukup tinggi.

Azalina tidak mengenali aku secara peribadi. Bahkan ketika beliau membuat lawatan sambil belajar ke Sukan Olimpik Athens sambil ditemani setiausaha akhbarnya, Adlin M Zabri, aku tahu beliau tidak kenal aku siapa. Aku lihat Azalina agresif dan cuba membawa perubahan. Bekas juara pecut Asia, Datuk Dr M. Jegathesan, berasakan beliau menteri yang boleh "effect changes".

Sahabat aku Satwant Singh Dhaliwal, yang banyak membuat liputan sepanjang khidmat Hishammuddin, dilantik menjadi pembantu khas Azalina. "Bagus" detik hatiku. "Senang dapat cerita, dan ada access to pejabat menteri".

Aku mula berasa curiga apabila dalam satu pertemuan dengan wartawan Malaysia yang membuat liputan di Athens, Azalina menjual idea melantik CEO untuk Majlis Sukan Negara (MSN). Bagi aku, itu tidak perlu. Macam badan berkanun lain, MSN ditubuhkan mengikut akta. Akta MSN 1971 yang dibentangkan oleh Tan Sri Hamzah Abu Samah. Aku sudah dapat bau agenda "certain quarters". Aku dapat tahu pihak tertentu mahu meletak seorang bekas pemegang jawatan di Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) sebagai CEO.

Kegagalan kontinjen negara membawa pulang sebarang pingat membuka ruang kepada Azalina untuk "effect changes". Datuk Seri Ibrahim Saad, yang dipanggil "Uncle" oleh Azalina, dan Muralee Menon, bekas CEO Paya Indah Wetlands, dilantik mengganggotai panel siasatan mencari punca kegagalan kontinjen Malaysia.

Dalam laporan mereka, MSN dilihat gagal. Maka bermulalah usaha "memporak-perandakan" MSN. Bagi mereka yang tahu kedudukan kewangan MSN, agensi kerajaan ini adalah "cash cow".

Bagi mencari sebarang salah laku Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad, satu audit diadakan. Mereka yang dilihat sebagai "orang kuat" Mazlan diketepikan secara perlahan. Antaranya Ahmad Shapawi Ismail (gambar), yang menyambut hari lahir ke-45 hari ini (selamat menyambut ulang tahun, semoga murah rezeki dan diberkati dunia akhirat).

Pada awal 2005, aku dimaklumkan MSN akan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk "membeli" iklan di akhbar Malaysian Today. Beli iklan? Dalam sebuah akhbar? Maka bermulalah perang aku dengan Azalina! Bersambung...

9 comments:

kajang-today said...

wow, this thing getting creepier...move over M.Night Shayamalan, here comes Rizal..

SICIT said...

Happy Birthday Awi! Apa email mu d UK...

Anonymous said...

She's like a plague...her n her konco konco...ur fren satwant also the same...
they screwed malaysian sports!
ibrahim saad n murali?? pui!!


salam Aidifitri to you bro..

Anonymous said...

There you go again...selective persecution..Irina Maharani sends her regards. I'm no fan of the former minister....but only of fairness......Shall we do a check on who owns the condominiums the foreign coaches rent.......Selamat Hari Raya.....

rizal hashim said...

anon 3.21pm,

furnish the evidence and report to BPR. simple.

Anonymous said...

Hello, Sept.29,2008 12:12
We like to know much about why you are relating AWI with Irina Maharani and the Condo's. With Irina was there something,something and the condo's is he involved in the scam?Please give in detail so that the Director of NSC and BPR can come in.This is for the good of the sports if found guilty and if not the image of that person being accused own be tarnished. Please reply as soon as possible.

Anonymous said...

selamat hari raya dan hepi birthday untuk shapawi...bang, cepat skit sambung part 3...dah tak sabar ni...(walaupun tau gak sikit2 pasal "orang kampung" abang tu...)

Anonymous said...

Sdr Rizal

how many parts before you finished this book. Anyway how about a story on the rise of dato zol....how he was sidelined by azalina and dato dr ramlan, then rose from the ashes to become pain in the ass for many.

Arnaz M. Khairul said...

Now, tell me. Been hearing a few things myself.. Is it an escape, or is it really a sabbatical?