Wednesday, July 2, 2008

Perginya seorang rakan

DIKEMAS KINI

Arwah Abu selamat disemadikan di tanah perkuburan Selayang jam 11 pagi. Warga MSN tidak putus-putus menziarahi jenazah di rumahnya, Jalan Indah 14, dari lewat malam tadi hinggalah talqin dibacakan.

Dua bekas petinju negara, Adnan Yusoh dan Balkis Ahlal, adalah antara yang mengiringi jenazah ke kubur. Aku terkejut melihat kelibat bekas pemain bola sepak negara, Karim Pin, turut hadir di kalangan ratusan lain.

"Kami sama-sama main bola dengan arwah di Taman Koperasi," katanya yang kini menetap di Rawang. Karim, ah, aku ingat zaman dia berganding bahu dengan Azizol Abu Haniffah.

Rasu Maniam, pegawai olahraga yang cukup dikenali kerana daya ingatannya yang kuat berhubung statistik, berkata: "Abu was a gem of a boy."

Hadir sama Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan pegawai kanan MSN.




"Zal, alah kau ni, sekali-sekali datanglah interviu aku. Aku ada cerita ni...tinju."

Alah, Bu, nanti lah...alasan aku biasanya ada Press conference...cover MAAU lah, BAM lah. Begitulah adat di Majlis Sukan Negara satu ketika dulu, apabila mesyuarat bersama diadakan di luar bilik Ketua Pengarah 1993-2005, Datuk Wira Mazlan Ahmad.

"Kau memang, asyik cover bos-bos besar aje, manalah ada time untuk orang macam aku ni."

Suara garau Abdul Wahab Ismail tidak akan kedengaran selama-lamanya. Baru berusia 42 tahun, Wahab atau lebih mesra dengan panggilan Abu, menyahut panggilan Ilahi malam tadi di Tangkak.

Seperti juga pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) yang lebih banyak berkhidmat di sebalik tabir, Abu bertugas bukan untuk glamour. Tapi arwah sesekali meminta tolong aku untuk menyalurkan maklumat bahawa MSN ada berbuat sesuatu untuk mengembangkan sukan kurang glamour seperti tinju, judo dan memanah.

Arwah Abu adalah antara watak utama merencanakan kewujudan pusat latihan tinju di Johor, hasil kerjasamanya dengan Haji Harun Ismail, bekas petinju yang masih giat mempromosi tinju di selatan tanah air.

Zaman aku membuat liputan di MSN, aku sering dapat scoop disebabkan kenalan yang ramai tanpa mengira status. Abu adalah antaranya. Dulu arwah di bawah bimbingan Haji Zaki Abdul Rahman di bahagian pembangunan dan kemudian Haji Azizan Zainol Abidin dan seterusnya Ghazali Hasan.

Arwah memperkenalkan aku kepada nama-nama seperti Zamzai Azizi Mohamad, Eddy Kalai...disebabkan arwah emak dan nenek aku dari Melaka, macam juga arwah, kami ada lah sedikit connection.

Hasnah Ab Latip yang menjadi PA setia Datuk Mazlan hingga persaraannya, memaklumkan kepada aku bahawa dia sempat bersembang panjang dengan arwah di pejabat minggu lalu. Ketika itu arwah banyak bercerita mengenai hal-hal peribadi dan keluarganya.

Arwah meninggalkan lima anak yang masih kecil. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Selayang pada Rabu 2 Julai, jam 10.0 pagi. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Takziah kepada keluarga arwah dan warga kerja MSN. Al-Fatihah.

16 comments:

Anonymous said...

salam rizal @ mr mercun..adik sikit dpd cannon...firstly takziah yg amat sgt..itak kenai arwah tp dpd ayat u.arwah abu was a good person..dan org yg baik baik allah sayang dik...cuma kesian lah kat wife and anak-anak dia..yg pasti...be good to all..friends that u have today may be gone tomorow...i too may end up like that one day..jgn lupa masuk dlm blog u ok..sorry la i cakap pasai kita kat blog mr bicara lelaki u..another one loose canon of me..hello penat tau type byk byk..and adik rizal..u jgn cakap u tak dak apa-apa menerusi blog ni...mucui dlm tv ..blogger cum sports commentator..and with ur vast experience news and sports..sapa boleh nafi ur talent right? but adik..u being u...yg x suka politik ofis..u chose ur destiny as u see it bukan ikut jln blakang..so no regrets dik..u re doing ok..ya..tk care ksalam kat salina and kids....dari nurad

Anonymous said...

takziah diucapkan buat keluarga abu.....dikhabarkan sebelum ke tangkak,arwah sempat berborak dengan buku2 pasal kematian dengan rakan2nya di msn.....

apa pun buat pegawai media FAM yang baru,selamat bertugas di wisma yang bukan asing dengan saudara

john GG said...

ZAL

Kita ke kubur mengiringi kawan kita, cuma semalam aku sebak sikit sebab i lost my kawan rapat and also sebak bila tengok anak arwah sewaktu tanah kubur mula di curahkan ke lahat

bro

abu orang yang simple dan akan sentiasa menolong apa yang kita mintak. aku tak boleh lupa bila arwah call bila dia mula-mula pegang pembangunan tinju (selepas 1998) "katanya : John aku nak kau tolong aku sebab aku kena buat pembangunan tinju dan kau kena tolong namakan mana-mana jurulatih yang boleh membantu dalam pembangunan"

Jawapan yang aku berikan pada arwah amat mengecewakan "abu" aku orang yang tidak akan berganjak daripada keputusan ku bila aku lupakan tinju akau akan lupakan terus"

Arwah merayu supaya tolong dia dan aku cuma boleh berikan cadangan dalam membantu utk dari segi kejurulatihan.

Arwah sering kali telefon utk memberi tahu akan permasalahan yang dia hadapi di PTAM(Persekutuan Tinju Amatur Malaysia) beliau betual -betul all out utk tinju tapi PTAM cuma banyak menekan arwah.

Zal

sedih tak ada pegawai PTAM semalam samaada di rumah arwah atau di kubur, tapi bila paymnet lambat arwah saja yang kena kejar

FATIHAH BUAT ABU

john GG said...

RIZAL

Nice to talk to u masa mengiringi jenazah abu ke kuburan.

Ini lah kehidupan namanya setiap yang bermula akan berakhir, Cuma kita tak tahu bila kita punya titik nokhtah.

Arwah dalam kumpulan aku yang aku rapat (sama-sama Melaka beb)

Bila aku tinggalkan MSN pada 1998 arwah telah di berikan task utk buat pembangunan tinju. Arwah call aku utk dapatkan sokongan daripada aku, tapi aku tak dapat memenuhi permintaannya kerana prinsip yang aku pegang. Kata-katanya masih aku ingat sampai sekarang:-

’John, AKU NAK KAU TOLONG AKU DALAM PEMBANGUNAN SUKAN INJU, SEBAB AKU DAH DI LANTIK UTK BUAT PROGRAM BERKENAAN“

Jawapan yang mengecewakan arwah dari aku“ Abu aku tak akan berubah keputusan utk tidak ambil tahu mengenai tinju bila akku berundur aku akan berundur sampai bila-bila“

Cuma arwah mintak tolong sangat kau aku dapat membantu utk mencadangkan mana-mana jurulatih yang boleh bantu beliau utk pembangunan di peringkat negeri-negeri.

Zal

Masa tanah di jatuhkan kedalam liang lahat aku menitis air mata bila tengok anak arwah, dia tak tahu dan tak dapat merasakan kehilangan ayah lagi.

Cuma yang dapat kita doa kan semuga arwah di cucuri rahmat dari allah

mira said...

takziah
im sory for that

Anonymous said...

Salam bro...yea arwah seorang yang baik hati dan susah untuk menyakiti hati org lain. Bro tgk aje jumlah org yang datang yang menghargai arwah masa hari pengkebumiannya. Masa 1 Julai jam 8.10mlm Penyelaras Tinju Kbgsaan En. Hisham Hashim menghubungi saya memaklumkan kembalinya arwah ke Rahmatullah beberapa minit lepas, tapi kami berdua belum dapat mensahihkan berita tersebut. Saya menghubungi rakan-rakan MSN yang berada di Asahan , Melaka dan Hospital Tangkak, yea sememangnya benar berita tersebut. Bermula saat itu telefon saya dan saya percaya hampir keseluruhan telefon warga MSN tidak putus-putus menghubungi antara masing-masing baik melalui pesanan ringkas sms ataupun telefon bagi mendapatkan maklumat pemergian arwah. Begitu juga semasa pemergian arwah ayahanda saya 3 minggu lepas, warga MSN sanggup travel KL-Bahau-KL 120km sehala samata-mata untuk menghadiri pengkebumian arwah ayah saya, bagi saya ikatan kekeluargaan warga MSN cukup kuat. Semalam saya menhadiahkan bacaan yasin di meja kerja arwah di msn, tepat jam 12.45tgh. Sebelum memulakan bacaan saya sempat membaca email yang telah di"print" tentang kematian dan buku-buku agama tentang kehidupan selepas kematian (ada 4-5buah naskah kesemuanya) yang terletak diatas meja kerja arwah. Arwah sememangnya sedar beliau akan dipanggil Ilahi. Dalam membaca yasin tanpa saya sedari titisan airmata membasahi pipi saya. Betapa sedihnya saya kehilangan seorang sahabat,yang selalu saya refer mengenai tinju. Kami sering berbual2 di tengah2 ruang di lif belakang tingkat 5 MSN. Beliau amat sporting, relax dan bersahaja. Saya dan warga MSN kehilangannya, dan saya doakan beliau berada dalam golongan org-org yang beriman. HendakNYA. Itulah Teman saya arwah Abu.
Untuk teman dan sahabat saya Arwah ABU AL_FATIHAH.

Anonymous said...

Terima kasih saudara rizal kerana memperingati saudara kami yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. AL Fatihah

Anonymous said...

salam rizal, saya ni memang sedih sangat kehilangan seorang rakan yang baik hati dan suka menolong orang yang dalam kesusahan. saya mula dengan arwah pada tahun 2004 banyak pengalaman pahit manis selama saya mengenalinya. Apabila kami Outstation saya akan sebilik dengannya. Arwah memang mementingkan dan amat menyanyangi keluarganya. Segala masalah anak-anaknya sering diceritakan kepada saya. Saat- saat akhir arwah bersama saya 5 hari sebelum meninggal arwah menceritakan arwah telah pergi berjumpa doktor sebab dia sesak dada dan tangan kirinya kebas. Doktor kata u ni ada penyakit jantung i bagi u 2 hari mc and u buat pemeriksaan ECG. Pagi Isnin sebelum ke Asahan arwah ada cakap pada saya yang matanya tiba-tiba kelabu. saya tergamam sebab saya tahu arwah ni memang dah rabun tapi pagi tu matanya bertambah teruk sebab orang2 tua kata tanda-tanda orang nak meninggal pemandanganya matanya akan kabur dan x nampak. saya just kata en. abu mungkin mata kabur tu datang dari jantung atau kencing manis. beliau hanya diam sahaja. petang sebelum arwah meninggal saya minum petang bersamanya dan rupa-rupanya itulah kali terakhir saya minum bersamanya.

Anonymous said...

Salam bro,

Malam semalam saya mendapat panggilan dari teman baik dan boleh dianggap Abg Angkat arwah dan pengiat tinju negara siapa lagi kalu bukan Tuan Haji Harun Ismail. Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) ketika ini.

Beliau amat rapat dengan arwah, seringkali berbincang, berbual dan bertemu dengan arwah tentang tinju. Jadi semalam,saya diminta untuk berjumpa dengan Tuan Haji Harun Ismail di Hotel Flamingo, Ampang jam 10.00 malam. Beliau baru ajer menziarahi rumah mertua arwah di Jalan Indah, Selayang untuk bertemu isteri dan anak-anak arwah. Tuan Haji Harun ada memberitahu, beliau ada menelefon arwah tepat jam 6.40ptg 1 Julai 2008,(saya percaya saat itu, arwah tengah sesak nafas). Kata Tuan Haji Harun, beliau sempat berbual tidak sampai satu minit bagi bertanyakan tentang urusan persekolahan atlet tinju pelapis kebangsaan. Katanya arwah bercakap dalam suara tidak stabil, jadi Tuan Haji Harun memendekkan perbualan tersebut. Jam 8.30 mlm Tuan Haji Jalil Pengarah Cawangan Pengurusan Acara, org pertama yang memberitahu tuan Haji Harun tentang pemergian arwah, kemudian dituruti panggilan oleh YBhg. Dato' Zolkples, En. Shapawi Ismail, Tuan Haji Azizan
dan ramai lagi tidak putus-putus menghubungi Tuan Haji Harun bagi memaklumkan dan menenangkan Tuan Haji Harun tentang pemergian arwah.

Tidak dinafikan Tuan Haji Harun adalah warga PTAM yang paling rapat dengan arwah. Arwah adalah insan yang selalu dihubungi oleh Tuan Haji Harun. Tuan Haji Harun tidak dapat menghadiri majlis pengebumian arwah kerana terlalu sedih dan beliau tidak sanggup melihat arwah yang dianggap adik dan teman rapatnya juga dikebumikan. Disaat saya bertemu Tuan Haji malam tadi beliau masih dalam kesedihan. Saya faham perasaan menyelubungi beliau ketika ini. Tuan Haji Harun akan berangkat mengerjakan umrah bulan hadapan, arwah sempat meminta Tuan Haji Harun sekiranya ke Mekah nanti. Katanya "Doa-doakan saya yer Haji" meminta Tuan Haji Harun mendoakan arwah di tanah suci nanti. Tuan Haji memaklumkan kepada saya, beliau akan menunaikan pesanan arwah iaitu teman rapatnya dengan IzinNYA untuk membuat tahlil arwah di Masjidil Haram. Insyaalah moga hajat arwah akan ditunaikan.

Masa pertemuan semalam Bekas petinju negara dan Jurulatih Tinju Johor abg Zulkefli Yaakob ada bersama. Beliau menitiskan airmata bila melihat anak-anak arwah ketika melawat ke rumah mertua arwah petang tadi.Ziarah tersebut turut disertai oleh Setiausaha Kehormat PTAM iaitu Mejar (B) Maulud Othman.

Petang semalam saya diberitahu teman-teman MSN, arwah hanya membaca bab2 tertentu buku-buku agama diatas meja beliau. Apabila saya membelek-belek buku agama arwah tersebut iaitu "Kehidupan Selepas Kematian". Didapati arwah telah menandakan bab2 tentang Saat-saat menghadapi Kematian,Syurga dan Neraka. Moga kita sama-sama beringat akan perkara-perkara tersebut Insyaallah.

Saya percaya setiap warga tinju negara dan warga msn akan merindui dan mengenang arwah sebagai insan yang giat membangun sukan tinju, teman rapat dan kawan sejati. Itulah teman saya Arwah Abu...
Al-Fatihah. semoga beliau ditempatkan dikalangan org-org beriman..Amin...

Anonymous said...

ASLKM... hye bro.. sy one of da staff at cawangan pelapis. sy bole dikatakan baru mengenali arwah bila bhagian pembangunan diserap ke cawgn pelapis. at 1st ingat arwah ni mcm serius orgnye.. tp bila da sebulan dua, baru tau yg arwah ni jenis yg kuat mengusik. sblm ni dia slalu dtg tmpt sy n buat2 curi gula2.. padahal kite da tau yg dia mesti akan amek.. tapi skrg.. takkan ader kelibat arwah buat selama-lamanya. pagi hari yg arwah meninggal, dia ader mengadu yg dia sakit2 bdn terutamanya kat perut dia.. 'bdn abg cam sakit2 la, specilly kat perut..' itu yg diberitahu oleh arwah.. nak dijadikan cerita, ptg tu saya rakam game futsal yg arwah main.. jd penjaga gol. padahal sblm ni sy suka org amek gmbr sy n bukan sy amek gmbr org.. kebanyakan yg sy rakam gambar arwah masa tgh jd penjaga gol. tak tahu nape asyik nak rakam arwah je.. saat tahu arwah dah takde.. rasa mcm nk gugur jantung.. baru sejam yg lepas gurau2 ngan dia then dpt tau dia da takde.. cepat nya dia pergi.. 3 kali sy keluar masuk tempat letak mayat tu, coz tak percaya itu ABG ABU!!!! Ya Allah.. Dari Dia kita dtg, pada Dia kita kembali. Semoga arwah ditempatkan dengan org2 yg beriman. sampai hari ni sy masih terbayang muka arwah... nice person. takziah ut family arwah.. Al-Fatihah..

Anonymous said...

Bro rizal, Abu yang aku kenali seorang bapa dan suami yang penyayang.Dari pemerhatian aku terhadap isteri beliau yang berkhidmat dibawah seliaan aku selama 6 tahun memberi pengajaran dan iktibar kepada aku agar sejauh mana kita merantau, sejauh mana kita pergi , keluarga adalah keutamaan. Ikatan kekeluargaan yang ditunjukkan didalam keluarganya dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab amat jelas diterapkan dikalangan rakan-rakan diMSN. Kehilangan beliau amat aku rasai setelah 3minggu lalu peristiwa kembalinya arwah bapa sahabat aku Shukri ke rahmatullah mengingatkan aku betapa kuasa Allah menduga setiap orang yang disayanginya. Peristiwa ini mengingatkan aku kepada arwah abah aku dan menginsafkan aku akan perlunya kita muhasabah diri kita kepada Allah. Kembali mencari tuhan itu wajib bagi setiap umat islam agar kita tidak jauh tersesat bro. Kepada sahabatku shuk, ikhlas dari sahabat kau..terima dugaan Allah dan jadilah anak yang soleh. hanya itu bantuan kita boleh salurkan kepada ayahanda dan bonda bila mereka tiada.. Kepada Pn.Ghasaniah atau lebih dikenali sebagai Mimi ( isteri abg Abu ), aku berdoa agar mimi tabah menghadapi saat kesukaran ini dan percayalah Allah menduga orang-orang yang disayang. Redhakan pemergian Abu kerana Allah. Aku berharap Mimi dapat membesarkan anak2 mereka yang comel menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Insya Allah jika ada masalah , aku tidak keberatan membantu yang terdaya bagi seorang sahabat sebaik ABU......

Anonymous said...

Salam ..
Sape yg xsedih dgn kehilangan seorang teman merangkap pakar rujuk dlm pelbagai benda, dr prosedur keje hingga hal2 melibatkan kluarga..lbh senang dpanggil che abu dikalangan kami.
Sedih ble org yg byk experience & slalu tlg kiter dah xder depan mata..
Org yg slalu ader dlm setiap peristiwa gembira @ sedih, susah @ senang..
Pernah arwah tanyer .." ko nie tunggu ape lg..kawin la cpt ..xkan nak tunggu smp tua.."..mase tue xder pun rase nk marah ble arwah kate cam tue..cume rase arwah amik berat psl org len.
Ble arwah dtg kt meja sy nih..(dlu kami 1 department) ader jer yg dimintak yer..
biskut, gula2, asam, keropok..buah..hatta air pun ade..kalu ader air teh dlm botol jenama 'shezen' perasa limau lg arwah suker..abis arwah minum.. Arwah slalu dgn gurau yer penah kate "ko nie cam kedai gani la.. "Cam biasa layan je gurauan arwah tuh..dah mmg gitu arwah yer..
Smp 1 tahap kalu kuar mana2 mesti akan ader xtra minuman tuk arwah..kalu kuar sg besi @ kuar mana2 mesti ader ape2 mknn tuk arwah dr pisang goreng smp la ke mcD..
Sedih sgt ble che abu xder..
mula2 trima brita..cam xcaya..betul ker..rase yer bru jer jumper dier..bru benor..
Skg arwah dah xder..hanya doa & gambar yg dlm simpanan sbg kenangan sy & rakan2 dcni.
Takziah buat kak mimi, along, angah,adek2 dan keluarga. Moga arwah dicucuri rahmat oleh NYA.
AL-FATIHAH..buat Che Abu
(Abdul Wahab b. Ismail..AMIN

sensei said...

Takziah...
dan terima kasih atas komen tempohari..

Al-fatihah..

Anonymous said...

Salam...

Hari ini genap le seminggu pemergian arwah. Namun arwah tetap dalam ingatan. Alhamdulillah... semalam isterinya telah masuk bekerja semula, semoga mimi tabah dan sabar menghadapi hari-hari akan datang dengan membesarkan anak-anaknya (Aiman Bariq, Alia Atiqah, Anis Zulaikha, Aina Syfiqah dan Amir Bariq).

Cuma yang dapat kita doa kan semuga arwah di cucuri rahmat dari Allah.

Anonymous said...

Salam...

Hari genap seminggu pemergian arwah. Namun arwah tetap dalam ingatan semua orang. Alhamdulillah... Semalam mimi sudah bekerja semula. Semoga mimi tabah dan sabar dengan membesarkan anak-anaknya (Aiman Bariq, Alia Atiqah, Anis Zulaikha, Aina Syfiqah dan Amir Bariq).

Cuma yang dapat kita doa kan semuga arwah di cucuri rahmat dari allah

Anonymous said...

masa dapat berita kepulangan allahyarham, aku sedang menjalankan tugas resmi di pulau pinang. Aku kehilangan seorang lagi kawan. walau tidak rapat seperti kawan-kawan lain di MSN, aku akui allahyarham seorang yang baik hati, agak pendiam dan tidak banyak cakap tapi kerja jalan. Bagi aku dia adalah diam-diam ubi berisi.

Al Fatihah buat bekas rakan seperjuangan aku di MSN ini.