Sunday, July 27, 2008

Bibikku lari...

"Bang, balik. Bibik dah macam orang gila" bunyi sistem pesanan ringkas yang kuterima daripada Intan ketika sedang melawat sepupuku yang akan pulang ke Venezuela keesokannya.

Dalam keletihan, aku pulang kira-kira jam 10 malam. Kulihat bibik bersama Alfiyyah di ruang tamu, manakala Intan sedang bergelut dengan kerja-kerjanya sebagai seorang guru di kamar tidur.

"Bibik, bibik mau kerja atau nggak kerja," tanyaku dalam telo Indon yang tidak perlu dibuat-buat lagi.

Dia menitiskan air mata. Ku pinta bantuannya untuk menjaga Alfiyyah di depan televisyen sehingga aku turun.

Aku dapat maklum balas daripada Intan. Apabila aku turun kira-kira jam 12 tengah malam, selesai menghantar kolumku, Alfiyyah sudah mahu lena. Lalu ku kata "tidak apa bibik, boleh tidur sekarang."

Keesokan paginya, ku lihat pintu pagar sudah terbuka. Baju sudah ada di ampaian. Jam menunjukkan 6.50 pagi apabila aku bersiap mahu menghantar Intan ke sekolah. Sekolah? Pada hari Sabtu? Ya, demi mendidik anak bangsa.

Ku panggil bibik. Aku mahu minta dia jaga Anas yang sudah bangkit seawal 6.30 pagi.

Ku lihat pintu biliknya tertutup. Biliknya kosong. Barangnya sudah tiada. Aku lihat di bilik air. Juga tiada tanda-tanda digunakan. Intan terkejut. Kunci rumah kami ditinggalkan berhampiran rak kasut.

Intan tidak jadi ke sekolah. Aku pun pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Panggilan pertama yang aku buat kepada Emran, sahabat yang membantu kami mencari pembantu rumah ini. Bibiknya kebetulan jiran bibikku.

Siasat punya siasat (Intan sembang dengan Ina depan rumah dan Siti bibik rumah sebelah), bibikku memang ada berhasrat mencari kerja lain di Melaka. Ada seorang tukang Indon datang ke rumah ku dua hari sebelum itu dan mereka berbincang panjang di pintu pagar.

Emran datang jam 8.30p pagi dengan isteri dan dua anaknya. Dia menelefon Ibu Kisti di Batam dan meminta dia mencari pengganti bibikku.

Apapun aku dan Intan bersyukur. Bibikku seorang yang baik dan tidak mengambil apa-apapun milik kami dan dia memutuskan untuk meninggalkan rumah kami pada hari yang aku tidak bekerja. Sekurang-kurangnya aku harus beri kredit kepadanya.

Biarpun rasa penat mengambilnya di Stulang Laut belum hilang tanggal 19 April 2008, aku redha. Dia menunggu tiga bulan seminggu untuk mengangkat kaki.

Kami menunggu tujuh tahun dan selepas beranak tiga untuk mengambil pembantu rumah. Kini aku kembali melakukan tugas-tugas yang biasa aku lakukan, mencuci dan merebus botol, melipat kain, membasuh baju (pakai mesin, tak susah) dan apa lagi ek? Masak saja yang aku tidak buat, itu aku serahkan kepada pakar. Sambil itu aku curi-curi masa untuk memblog...

4 comments:

Anonymous said...

zal,

kite senasib maid wa pun lari...baru sbulan keje...nampak mcm blur tp tak... ada pacar kata maid jiran aku..

Anonymous said...

Rupa-rupanya, Rizal ni boleh jadi calon bapa mithali. Anyway, nanti dapat duit VSS, boleh buka sebuah agensi pembantu rumah. Tak payah risau pasal maid lari.

Muzli

Anonymous said...

Bibik.....

Errmm...apa kaitannya dgn Malaysia's S-P-O-R-T-S Loose Cannon bung? ;)

Enlighten me bro....

Anyways, tough. But Sh*t happens...

All the best bro...

Unknown said...

Alamak cerita bibik laripun masuk blog sukan ke..kasihan..