Thursday, July 31, 2008

SOS for hockey

A few moons ago I gave the heading SOS for hockey for an entry on the current state of the game in this beloved motherland of ours.

Thankfully our ex-stars are beginning to come up in the open, without resorting to technological means to express their concerns.

Read here

7 comments:

Anonymous said...

Bagus lah ex stars dah buat petisyen utk selamatkan hoki.

Saya setuju akar umbi kita agak rapuh dalam menyediakan pemain yang bermutu utk skuad kebangsaan. Sekurang-kurangnya kita sudah mula sedar dgn wujudnya rencana ini dan saya harap kita akan sama-sama berusaha memperbetulkan kesilapan kita.

Sistem hoki sekolah dan akar umbi memerlukan jurulatih yg berdedikasi dan berkemahiran teknikal tinggi. Tapi kita juga kena ingat, persatuan hoki negeri turut perlu memainkan peranan. Tak boleh la harapkan PHM utk buat semua.

Contohnya, Persatuan Negeri kenalah anjurkan liga negeri yang aktif. Tanpa aktiviti liga, memang aktiviti Hoki di peringkat Kelab tak akan wujud. Kita kena fikirkan, selepas umur 18 atau 21, bakat-bakat kita yang ada mempunyai peluang yang agak terbatas untuk meneruskan penglibatan hoki mereka. Akhirnya perkembangan mereka terbantut.

Saya perhatikan, kebanyakan aktiviti utama bagi setiap negeri hanyalah setakat persediaan skuad negeri bawah 14, 16, 18 & 21. Bermakna, mereka yang tidak terpilih utk menyertai program skuad 'elit' negeri berkemungkinan besar akan terus terkubur. Sekiranya negeri tersebut tidak mempunyai sistem liga, tidak akan wujud Kelab utk mengetengahkan bakat-bakat yg boleh ditonjolkan.

Kenapa kita boleh tewas kepada Negara seperti Austria? Setahu saya, Austria hanya mempunyai satu padang tiruan hoki di Vienna. (Mungkin sudah bertambah, saya tak pasti) Tetapi, satu padang itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti Kelab-kelab di sekitar Austria. Dengan adanya aktiviti Kelab, setidak-tidaknya, mereka yg sudah bekerja masih lagi boleh melibatkan diri dalam permainan hoki secara berstruktur dan mengikuti latihan dan aktiviti kelab. Dan aktiviti kelab membolehkan mereka yg tercicir dari skuad kebangsaan (kecederaan dsb) utk memperbaiki kecergasan dan teknik bagi memungkinkan pemilihan mereka utk aktiviti skuad kebangsaan seterusnya.

Di Malaysia, kita hanya ada 4 kelab pada peringkat senior yg wujud secara konsisten. Ey, Sapura, Maybank dan Tenaga. Tetapi mereka juga berlatih secara intensif menjelang Liga Kebangsaan sahaja. Mungkin juga saya boleh masukkan Tentera Darat dan Laut kerana mereka berlatih hampir sepanjang tahun. Persoalan utama ialah, bolehkah 4/6 Kelab ini menampung permintaan bakat-bakat lain utk membawa mereka ke tahap seterusnya? Tanpa kelab-kelab lain, tanpa program latihan berstruktur di peringkat kelab, kita tidak akan mampu mencapai tahap yg konsisten di peringkat antarabangsa.

Perhatikan juga, hoki wanita tidak mempunyai sistem liga (Nasional atau negeri) utk menyediakan atlet yg bermutu utk mewakili negara. Ke mana perginya bakat-bakat dari SSBJ atau SSBP selepas sekolah? Nak harapkan mereka utk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan sepanjang tahun tidak cukup.

Kita tidak boleh membina rumah bermula dari bumbung. Rumah hendaklah dibina bermula dari tapak. Sekiranya semua pihak (bekas pemain, persatuan negeri, jurulatih dsb) mengambil peranan masing-masing dgn membetulkan asas kita (liga negeri, pengujudan kelab hoki) saya yakin hoki negara boleh mencapai tahap yg lebih tinggi dari sekarang.

darthvadai said...

I concur but ideally there 102 signatories how many are in the current set up? How many are in the state, district level? How many of the world cuppers, asian all stars are part of the current system?

It they are not? Why not? We can change the system from the outside? It start from bottom up and you build, we can sign all we want and petition all we want at the end of the day it make no difference!!

Anonymous said...

bro

tahniah dengan pandangan dan saranan tu, itu lah masalah yang kita hadapi sekarang bukan sahaja sukan hoki tapi juga sukan-sukan lain

ok in pandangan saya kerana saya pemain hoki hanya setakat peringkat negeri sahaja (itu pun simpanan sampai pencen)

Sekolah

1) Padang sekolah yg sekarang ini makin lama makin kecil dan tak terjaga. masa zaman dahulu (1970 ke 80 an) sekolah punya padang akan di bahagi dua atau tiga iaitu bola, ragbi dan juga hoki.
Padang hoki dulu selalu terurus tukang kebun akan roll padang supaya rata. sekarang padang dah macam ombak beralun.

2)jurulatih

Ketika dulu jurulatih yang melatih betul-betul dengan minat dan pengalaman yang mendalam berkenaan sesuatu sukan itu, tidak ada sains sukan mahu pun kaedah latihan yang bersistemmatik. Jurulatih sekarang kebanykannya yg mempunyai teori sahaja dan tak tahu macam mana nak menggunakan kaedah sains sukan dengan betul. kadang-kadang jurulatih di peringkat sekolah rendah iku tangkap muat sahaja, cikgu tu bukan cikgu yg minat tentang sukan dan tak tahu macam ana nak mencungkil bakat yg terpendam.

3)Pentadbiran sekolah

Kebanyakkan pentadbiran sekolah buat masa kini tidak berminat dalam memajukan imej sekolah melalui sukan, kebanyakkannya mengejar berapa banyak pelajar yg dapat full 'A'
sekarang ni kalau ada pertandingan peringkat sekolah2 cuma di berikan masa 2 minggu utk latihan dan sapa nak main datang padang itu je, tidak ada cuba utk mempersiapkan pasukan tersebut in advance contohnya latihan masa cuti sekolah atau pun latihan atau persiapan pasukan pelapis sekolah.

4) Negeri

Sekarang ni dah jadi macam satu virus pada negeri-negeri, yang mana persiapan dalam mana-mana acara sukan akan di lakukan dalam tahun terakhir sukma. Masing-masing tak ada peranangan dalam persiapan pasukan, contohnya cuba dengan mengadakan satu pasukan yang mana target kan mereka utk sukma yang akan berlangsung dalam masa 4 tahun lagi.
Pasukan-pasukan negeri juga tidak bersikap komersial, tidak ada satu inisiative utk cuba cari sponcer sendir dan buatkan satu sistem pembangunan sukan.

5) Penaja

Di malaysia penaja-penaja bagi sukan akan terdiri daripada syarikat yang sama saja, contohnya milo sponcer semua sukan, 100plus sama juga telekom pun sama juga
cuba kita buat kan satu kaedah yang mana mana-mana syarikat yg ada investment dlm malaysia kena adakan satu budget utk sukan dan ini boleh kita buat sebagai satu komuniti service syarikat tersebut. kita boleh berikan ganjaran pemotongan cukai dan sebagainya sebagai balasan

this is my free idea

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan padangan anon 5.53 pm.

Pembangunan negeri perlu dimulakan secara lebih meluas namun kita tidak boleh mengharap duit kerajaan sahaja didalam membangunkan sukan hoki ini. kalau zam 70an dan 80an dulu semua negeri boleh bergerak sendiri dengan bantuan yang sidikit kenapa sekarang tanpa bantuan kerajaan pembangunan negeri tak boleh dijalankan. apa jadi dengan semangat kesukarelawaan yang subur pada zamn tersebut. sekarang semua masuk persatuan sebab duit pangkat dan connection. masuk hoki NAK DUDUK DENKAT TUANKU SUSAH LA NAK MAJU MACAM NE

Firdaus said...

One glaring difference regarding our game and the juniors today is the introduction of "Sekolah Sukan". I am not sure if it is a coincidence but ever since it has been introduce our development has become worse and not better. The idea and to a certain extent the implementation has been good however it might not be suitable for our Malaysian environment.

People must question why the previous model without having any sports school has manage to produce more world class players than today? Is it because the previous approach produce players who are more committed? More patriotic? And most importantly able to achieve sports and life balance. Maybe we dont need physically better players, maybe what we need are good players who are equally intelligent, educated and most importantly have the heart to play the game.

I might be old school (am just 28 years by the way) but you just cant deny the results have not been there for us.

We should get inputs from teachers or coaches who have been responsible for being able to produce our previous stars. People such as Cikgu Raja of Sains Selangor/Johor should be heard by the organization. A number of ex-hockey and rugby players was a product of his guidance. I am sure there are other teachers who are like him, where their experience of our local environment can be invaluable. We dont need fancy consultants what we need are teachers, coaches and ex-players to provide insight and opinions.

Hockey used to be among our world class team that we were proud to have. Sadly it has changed for the worst.

Anonymous said...

Where does Satwant Singh fits in all this, I will not be suprise if he is appointed as the GM of MHF when the boys takes over.

Salam

Anonymous said...

Sekolah Sukan tu satu kelebihannya berjaya kumpulkan teras pemain elit peringkat remaja. Takat Junior League, nampak la betapa bezanya taraf permainan mereka dgn Kelab Jr League lain.

Masalah utamanya, selepas mereka tamat sekolah, tak semuanya akan berjaya utk meneruskan penglibatan sekurang-kurangnya di peringkat Kelab. Kelab pun ada 4-6 saja, bukan semuanya boleh tampung permintaan....

Hoki peringkat Universiti pun, takdalah gempak mana... Habis stagnant perkembangan diorang.