Kelab penyokong Kedah hijaukuning.com (HKC) akan mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil selepas Maghrib di Masjid Negara pada Khamis 17 Julai 2008.
Aku baru dimaklumkan bahawa Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, 69, menghembuskan nafas terakhirnya dalam jam 3.00 petang tadi.
Bekas Naib Presiden FAM itu dikatakan rebah ketika majlis sambutan Jubli Emas Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit dan meninggal dunia sejurus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star.
Aku mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan tentunya warga bola sepak negeri Kedah atas kehilangan sebutir permata yang menyinari bola sepak tempatan dengan ketokohannya, kelantangannya, keberaniannya dan gaya tersendirinya dalam mencari satu resipi kejayaan.
Aku sedih kerana aku berjumpa dengan Allahyarham dengan beberapa kenalan lain, termasuk Azraai, Zainul dan Bashah di Hotel Seri Malaysia di Alor Star untuk makan malam bulan lalu. Hotel itu bersebelahan Stadium Darulaman, gelanggang yang banyak mengharumkan nama Allahyarham selaku Bapa Bola Sepak Kedah.
Ketika itupun aku sedar Allahyarham tidak segirang dan seghairah dulu dalam membincangkan bola sepak Kedah mahupun negara.
Ada detik ketika aku dan Allahyarham bersama Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dalam keretapi di Jepun terakam pada 1999 tapi seperti biasa, entah ke mana hilangnya gambar itu waktu ini!
Ketika itu aku bersama rombongan FAM dipelawa mengkaji struktur dan program pembangunan bola sepak negara Matahari Terbit itu.Al-Fatihah buat seorang sahabat. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman.
Dikemas kini
Sementara itu, bekas naib presiden FAM, Tan Sri Elyas Omar, amat dukacita dengan pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat masyarakat bola sepak tempatan.
"Kita hanya boleh mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Bagi saya, Allahyarham seorang yang komited, jujur dan berdaya maju dalam pemikirannya.
"Kemajuan yang dikecapi Kedah adalah atas daya usaha Allahyarham. Kami berkawan rapat ketika kami sama-sama memegang jawatan di FAM. Tanpa mengira tempat, kami selalu berbincang bagaimana cara-cara terbaik membangunkan bola sepak negara.
"Kami banyak berkongsi suka duka. Dalam kejujurannya, Allahyarham selalu menyatakan isi hatinya, setuju atau tidak setuju, itulah datang daripada hati sanubuarinya yang ikhlas. Allahyarham tidak ada kepentingan diri. Dalam banyak aspek, Allahyarham mengingatkan saya kepada diri saya sendiri," kata Tan Sri Elyas.
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
9 comments:
KIta doakan keluarga Allahayarham tabah menghadapi dugaan. Insya Allah keluarga bolasepak di Malaysia merasa sedih dan marilah kita bersama mensedekahkan al fatihah kepada Allahyarham.
SEMEMANGNYA BANYAK JASA YANG TELAH DI TABUR ALLAHYARHAM DAN KALNTANGANNYA BERSUARA JUGA HARUS DI KAGUMI...AL FATIHAH
SAYA MENDAPAT TAHU PEMERGIAN ALLAHYARHAM DARI AZRAI...SEPULUH TAHUN LAGI PUN BELUM TENTU KEDAH DAPAT CARI PENGGANTI ALLAHYARHAM AHMAD BASRI LAGI.KERANA ALLAHYARHAM PUNYA DAYA KEPIMPINAN YANG CUKUP MENGAGUMKAN.SAYA TERKILAN KERANA BULAN LALU KETIKA RTM BUAT LIVE DI ALOR SETAR,SELEPAS TAMAT PERLAWANAN,ALLAHYARHAM AJAK SAYA MINUM,SAYA MENOLAK KERANA ADA HAL PENTING.LAGI SATU SEPANJANG PERKENALAN DENGAN ALLAHYARHAM...SATU BENDA YANG AKAN SAYA INGAT SAMPAI BILA2 KATANYA PADA SAYA"FIZAL....INGAT JGN TAKUT NAK BERSUARA KALAU SAYANGKAN BOLASEPAK KITA!
ALFATIHAH
SEMUGA ALLAH TEMPATKAN ROH BELIAU DI TEMPAT YANG MULIA
KELANTANGAN BELIAU PERLU DI DENGARI DAN DI HALUSI. INI KERANA BANYAK TERDAPAT FAKTA-FAKTA YANG BERGUNA UNTUK FAM
KETEGASAN BELIAU PERLU DI IKUTI SUPAYA DIRI SENDIRI TIDAK DI JAJAH. BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA
KESUNGGUHAN BELIAU PERLU DI IKUTI SUPAYA KEBERKATAN ATAS APA YANG DI KERJAKAN ADA LAH SEBAGAI SATU JIHAD.
FAM TAK PERLU RISAU LAGI SEBAB ORANG YANG SERING MEMBERIKAN KRITIKAN YANG BAGUS DAN BERPERINSIP TELAH PULANG KE RAHMAHTULLAH.
KEBERKESANAN BELIAU DENGAN PROJEK KEDAH 2000 DI HIJAU KUNING AMAT BERKESAN
DARI ITU TIMBULLAH PEMAIN-PEMAIN YAG BERKHALIBAR DAN JUGA PEMAIN-PEMAIN MUDA YANG BERSEMANGAT TINGGI DAN SEMANGAT KENEGERIAN KEDAH YANG TINGGI
AL FATIHAH
Al Fatihah...
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...
Jadikan segala semangat arwah sebagai aspirasi buat semua...
Terasa sedih sebab "perbincangan belum berakhir" dengan Allahyarham. Mudah-mudah rohnya dicucuri rahmat dan kita yang menganggap dia sebagai 'bapa, rakan dan kawan' selalulah sedekahkah Al-Fathihah untuk rohnya. Wassalam
A sad day for malaysian football. If would be great if you can write a tribute article for Allahyarham Datuk Ahmad Basri with his full biodata, stories behind his success and his influence on malaysian football. He is the role model for all the football managements in Malaysia.
A minute of silence and black armband...
begitu lah adanya, fam bukan hendak yang punyai kejujuran dihati, tapi kita faham sendirilah tan sri, they expected fam to change but they practise the same day in; day out, hoping something new will happen. Yang jujur ingin bawa perubahan akan di tendang keluar, its treat
al-fatihah , manusia mati meninggalkan nama , Lagenda ini pasti mengigatkan yang kita yang masih hidup ini , betapa kita perlu amanah , namun apa ada pada amanah jika kuasa , wang sudah ditangan - mati , jauh lagi untuk dikenang....
Post a Comment