Sambil menonton, melompat, menepuk tangan dan disuap bihun dan nasi lemak, tiga serangkai ini menconteng kertas senarai pasukan aku...
Zaquan bertemu peminat kecil dan bekas guru bahasa Inggerisnya...
Ini antara sebab aku ke stadium...atmosphere yang dicetus kehadiran lebih 80,000 penonton...meremang bulu romaku, macam final Perak lwn Terengganu 1998...macam Malaysia lwn Indonesia separuh akhir kedua Piala AFF 2005 yang ditonton 60,000 penonton, macam Piala Malaysia dan Pestabola Merdeka 80-an
Previu dalam Rembat Kosmo!, dengan barisan permulaan yang spot on...
Perhitungan di antara dua bekas jurulatih kebangsaan...Sathia, lahir di Johor, besar di Perak, berbudi sebagai player dengan Negeri Sembilan selaku perancang tengah, menjadi penolong Josef Herel sebelum berkhemah di Wisma FAM hampir dua dekad...Wan Jamak, bekas bek pasukan Olimpik 1980, merencanakan pembangunan pasukan muda Johor pada awal 90-an, sebelum dilamar Negeri Sembilan menggantikan Hatem Souissi, bos lama Sathia, pada 2007.
Terima kasih Razlin Astro Arena bagi peluang kepada loose cannon berkongsi pendapat dengan bekas penjaga gol kebangsaan Azmin Azram Aziz dan perantara DJ Sinar.FM, Krill, sebelum perlawanan...
Analisis perlawanan:
Babak pertama - Negeri Sembilan bermain dengan bijak, intelligent game, biarpun tanpa seorang penyerang tulen...Shahurain Abu Samah, Halim Zainal, Ching Hong Aik, S. Kunanlan dan Idris Karim bergerak secara berpasukan, menggunakan segenap ruang bagi mengintai peluang, cepat distribute bola ke penjuru. Outstanding performer - Kunanlan. Malangnya sepakan Idris pada minit ketujuh terkena tiang dan disambut oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apek). Momentum milik Negeri Sembilan kekal dan tidak hairan Kunanlan yang mampu main di kiri dan kanan, melepasi penjuru kanan sebelum dijatuhkan Apek. Shahurain mudah menyempurnakan penalti, biarpun terpaksa mengambilnya dua kali pada minit ke-13. GOL
Kelantan kurang menyerlah, barangkali tertekan...tapi Indra sekejap di depan, sekejap di kiri, Hairuddin di kiri, sekejap di depan dalam usaha mengambil kesempatan daripada kelemahan Aliff dan mengelirukan kubu NS. Badhri Radzi dan Shakir Shaari tenggelam. Daudsu dan Norfarhan sibuk mengawal Ching dan Tengku Qayyum...
Babak kedua - apabila Aidil Zafuan tercedera selepas berlaga dengan Norshahrul Idlan Talaha, game berubah wajah. Aliff Shamsuddin yang lebih sesuai di bek kanan atau midfield tengah, dibawa ke tengah benteng di sisi Shukor Adan. Larian Norshahrul atau Matyo luar dari kawasan kubu NS tidak dikawal ketat, jadi dia ada space buat umpanan lintang disambut tandukan Hai O...GOL minit ke-56. Aidil diganti oleh penyerang Firdaus Azizul, manakala Ching dimamah usia, terpaksa dikeluarkan dan diganti Asyraf Al Jappri. Kunanlan ditukar semula ke kiri mengisi tempat Ching. Tanpa Aidil, Aliff terkial-kial cuba menahan asakan. Lorongan Norfarhan membebaskan Badhri yang memecut melepasi Aliff untuk meledak jaringan. GOL minit ke-64.
Kemasukan S. Chanturu menggantikan Norshahrul bikin benteng NS sibuk bertahan dan tidak ada masa menyusun serangan. Kemudian Akmal pula masuk ganti Daudsu, ketika Hairuddin pula cedera betis tetapi dikekalkan apabila Sathia masukkan Khairan Eroza Razali ganti Shakir. Hairuddin, Indra dan Akmal - gandingan yang mengingatkan aku kepada Piala AFF 2002 apabila skuad kebangsaan dikendalikan oleh Allan Harris, dibantu Sathianathan. Kalau ada Nizaruddin Yusof, lengkap empat serangkai 2002 itu. Ada satu ketika Akmal meloloskan diri tapi ditarik oleh Aliff. Wisel penamat ditiup oleh Subkhiddin Mohd Salleh dan Kelantan berhak bergelar juara buat kali pertama.
Kelantan berhak julang piala, memuaskan hati penyokong - daripada generasi yang menyokong Mohamad Che Su dan Dali Omar pada 60-an, Nik Fauzi Hassan 70-an, Mohd Noor Yaakob dan Salim Mahmud 1980-an, Hashim Mustapha 90-an...
Aku respect Sathia kerana walaupun sudah memasukkan penyerang S. Chanturu, dia memberi peluang kepada Akmal Rizal Rakhli masuk pada 10 minit terakhir, bagi memastikan anak jati Kedah itu merasai nikmat bermain dalam final Piala Malaysia...lazimnya tactically, lebih sesuai memasukkan seorang pemain tengah bertahan atau pemain pertahanan untuk tutup kedai. Ada dua penyerang simpanan yang cergas memaksa Negeri Sembilan sibuk bertahan!
Peliknya, ada sekumpulan penyokong NS berjaya pijak padang...memperdaya FRU dan pengawal keselamatan
Ketika pembesar-pembesar FAM sibuk beri hadiah
Manakala penyokong Kelantan dikawal rapi dan berdisiplin...baling botol tu pun biasalah
Sidang akhbar pasca perlawanan:
Wan Jamak: "Turning point apabila Aidil injured. Saya bangga dengan pemain saya. Kelantan bermain dengan baik. Kepuasan kerana dapat mara ke final biarpun menghadapi masalah kecederaan pemain. Juga puas kerana memupuk pemain muda. Rancangan saya meramaikan lagi anak jati Negeri Sembilan, seperti diharapkan MB NS."
Sathia: "I deserved to win." Apabila aku tanya apa yang diperkatakan kepada anak buahnya waktu rehat: "Words that I cannot repeat in this PC..." confirmlah Sathia mencarut...kemarahannya berpunca daripada kegagalan anak buahnya bermain seperti biasa...
Lagi aku bertanya, almost two years since you uttered the words M-League is not football, Sathia jawab: "Good question, I have made changes, this is my second final in 13 months, we are the champions, I've a medical and support staff for the team, games are being played at district level, players are more professional..."
Badhri atau Piya: "Kami menang untuk penyokong Kelantan. Kami kekal rekod tanpa kalah di luar Kota Bharu...apabila aku tanya terkilan tidak julang piala selaku kapten, Piya kata: "Tidak. Kami bermain sebagai satu pasukan."
Terima kasih Fadzrie jemput bincang pasca final dalam Sukan Awani Ekstra
Dalam program yang sama seminggu lalu, aku ramalkan Kelantan menang 2-1...heheh
Apa pula nasib Sathia lepas ni? Harapnya hukuman enam bulan diringankan kepada tiga bulan, jadi dia boleh bertugas semula bila sepak mula musim baru nanti. Lebih baik kalau FAM pinda peraturan yang zalim itu... bolehlah jatuh hukum kepada pemegang jawatan FAM yang kritik dasar atau membuat serangan berunsur peribadi, tetapi bagi pemain atau pegawai yang didapati bersalah melanggar peraturan (itupun terbuka kepada pelbagai tafsiran) didenda dan gantung tiga atau empat perlawanan cukuplah, tak payah sampai enam bulan...betul-betul tabur pasir dalam periuk nasi orang lah...
8 comments:
thanks for the review bro .. dulu i selalu follow ur comment in malay mail masa i di malaysia.
anyway, any hopes for FAM? Nampaknya FAM jek yang masih lum merasa bermula kembali kehangatan bolasepak Malaysia. They should engage media next season. Promosi lebih sikit. Paper jgn asyik nak tunjuk EPL sahaja. Finally, bila nak revamp Super League? Rindu la saat2 semi pro dulu ...
Salam bro, saya rasa kegemilangan bolasepak negara sudah bermula. Kedua-dua pasukan ini Kelantan dan N.Sembilan telah membuktikan bahawa merekalah antara pasukan yang patut digeruni. Tapi malangnya coverage di surat khabar tempatan tidak seperti yang dijangkakan. Kalau dahulu, hampir 3 hinnga 4 muka surat akan diceritakan tentang kemeriahan pra perlawanan akhir dan preview perlawanan akhir. Sekarang, berita luar negara yg banyak. Jadi Fam perlulah memainkan peranan yg lebih giat lagi agar dapat menarik minat semula media-media tempatan. Pada perlawanan akhir yg lalu, saya tidak ada masalah dengan pengendalian en Subkidin, ternyata beliau telah membuktikan kepada seluruh negara bahawa beliau ,e,amh layak untuk menjadi pengadil FIFA! akhir kata saya amat berharap agar kemeriahan bolasepak tempatan diberi perhatian utama dan bagi media masa tempatan perlulah memperbanyakan rancangan atau slot utk bolasepak tempatan kita. Semoga semua pemain didalam Liga Msia dapat berehat di masa `off season` ini dan gunakan masa yg terluang ini dengan sebaiknya.... slam 1 msia...
Rizal
Silap baca anda pemandu bas minta maaf sperti yang tertera di bawah
Nak tunggu final. dah final pon. Tapi khabarnya elaun ref sejak bulan Jun masih belum langsai...
saya memang menjangkakan 'red warriors' jadi juara kerana saya lihat ramai quality players di semua bahagian.
bila the red warriors fokus pada game, lain team sila berjaga2
pada pandangan saya perlawanan akhir ini menarik kerana pertembungan strategi jurulatih. Wan Jamak bijak sebab memanfaatkan aksi lembap pemain pertahanan kelantan di babak awal dengan serangan bertalu-talu sehingga akhirnya dapat penalti. Sathianathan pula bijak memaksa pemain NS bertahan di babak kedua khususnya di bahagian bek kiri yang agak lemah. Pada keseluruhannya permainan yang menarik tetapi hanya gah pada pertandingan tempatan tidak memadai. Suatu transformasi perlu di lakukan supaya pasukan kebangsaan Malaysia mencapai kejayaan.
Good review bang...
Tahniah la Bro..u ni serba tahu.
Tapi bagi komen kat tv jangan la sedih sangat, Ceria la sikit
Post a Comment