Sunday, December 2, 2012

Reviu peringkat kumpulan

Seronok kalau nak reviu peringkat kumpulan Piala AFF tapi aku malas. Jadi aku pautkan dengan blog seorang peminat yang ada sijil kejurulatihan. Singgahlah ke blog Nizar Irman Nordin di sini.

Selepas kejohanan baru aku reviu dan nukilkan sedikit pengalaman membuat liputan jurulatih Richard Bate, Ken Worden, Claude Le Roy, Wan Jamak Hassan, Hatem Souissi, Abdul Rahman Ibrahim, Allan Harris, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Sathianathan dan K. Rajagobal (Datuk). Aku akan sentuh falsafah dan sikap mereka ketika berdepan dengan media!

Selamat berjaya kepada Harimau Malaya dalam menentang Thailand.


5 comments:

Anonymous said...

Ala budak tu cut n paste dr paper je...Mana ada Zubir Ibrahim dlm tim?? Pemain baru ke???

Harimau Malaya said...

Kita mampu mencipta kejayaan bertemu Thailand, InsyaAllah tiada apa yg mustahil sekiranya semua player memberi komitmen yg tinggi semasa bermain. Malaysia Boleh!!!X3

HSKAMAL said...

Mcm-mcm pendapat kita dpt dengar drp peminat2 sukan b.sepak dari luar sana.
Tetapi apa yg sangat penting kita semua perlu pelajari dan perlu tahu ialah, kemampuan pasukan kita dlm permainan b.sepak. Apakah setakat ini permainan yg di pamerkan oleh mereka cukup dan memuaskan setelah sekian lama bermain dan berlatih?

Bagi aku, permainan yg di pamerkan setakat ini merupakan tahap yg paling rendah dan tak complete!
Kemamapuan untuk mengawal(control) game sangat2 tidak kelihatan langsung...

Permainan yg bersandarkan kekuatan fizikal dan mental sahaja tidak menjamin untuk mengangkat martabat b.sepak negara. Tahap kefahaman pemain terhadap sesuatu keadaan dan keperluan harus ditonjolkan agar kewibawaanya boleh di bandingkan dgn tuntutan terkini permainan b.sepak.

Spain,Barcelona,Swansea,Arsenal sebagai contoh dpt memberi satu gambaran yg nyata untuk kita pelajari tuntutan tahap permainan terkini.
Principals of Play perlu di pupuk dan di fahami secara konsisten(Ditonjolkan)dlm permainan. Ianya merupakan perkara utama dlm penilaian kemamapuan seseorang pemain.

Akhir kata,tahap permainan HARIMAU MALAYA masih jauh ketinggalan bila di bandingkan dgn tuntutan semasa.

Anonymous said...

its easy to comment after the tournament then comment it during the tournament. Typical rizal having an easy way to make him look like an expert....

Anonymous said...

Setuju dgn pndapat HSKAMAL, kita kena berubah. Bermula dengan skuad negeri/ pasukan dlm liga malaysia dan juga Harimau Muda. Rujuk perlawanan kelayakan Olimpik dan perlawanan natara skuad malaysia dengan jepun.