Monday, December 31, 2012

Presiden FAM digesa letak jawatan


Desakan agar presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan baru. Media bahasa Inggeris seperti the Malay Mail dan the Star memang acapkali memberi bayangan jelas dan halus sejak 90-an.

Masih aku ingat apabila skuad negara tewas 1-0 kepada Laos di Sukan SEA 1997 di Jakarta, the Malay Mail memaparkan blurb di muka belakang Sultan and son must go.

Apabila skuad negara tewas kepada Singapura pada perlawanan pembukaan Piala AFF 2012, the Star turut     berkabung dengan menghitamkan muka belakang akhbarnya. Lebih awal daripada itu, the New Straits Times berbuat demikian.

Pada 2009, sebelum Sukan SEA Laos, the Star turut mengirim mesej kepada Sultan Ahmad Shah di Sultan under siege.

Baca pula gesaan terbaru di kalangan golongan marhaen. Jadi apa solusinya?

Politikus, tokoh korporat dan rombakan besar-besaran?

Sebenarnya bola sepak Malaysia memerlukan revolusi minda dan evolusi penggiat.

Masalah dan kekangan terlalu banyak yang boleh disenaraikan. Tiada formula tepat untuk membantu pasukan negara membuat lonjakan saujana (kalau ikut istilah pendidikan).




9 comments:

HSKAMAL said...

Salam Bro Rizal,

Firstly, aku ingin cadangkan agar akta sukan dan akta pertubuhan badan sukan perlu di bawa ke Parlimen untuk di bahas dan diganti dgn yang baharu. Perkara ini amat2 penting dan harus dituntut oleh semua lapisan masyarakat.
Mengharapkan FAM dan badan2 sukan lain untuk berubah dgn sendiri adalah satu perkara yang tidak akan berlaku hingga ke hari kiamat pun.
Kita perlu segera bertindak dgn menggunakan hak kita sebagai pembayar cuka di mana hasilnya di nikmati oleh mereka semua. Kita perlu mendesak kabinet(kerajaan) secara fizikal(berhimpun di depan pejabat PM)setiap kali mereka bersidang - aku bukan ahli mana2 parti politik "Tolong sikit ya"

Sebagai permulaan, apa kata kalau kita wujudkan satu kumpulan yg boleh ganti ahli2 council FAM. Kita pelawa mereka berdebat secara terbuka mencari kebenaran.-dlm aspek kejurulatihan dan pembangunan tlg bagi aku berdebat. Hehehe.

Kesimpulanya, sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia bersatu untuk mendesak kerajaan BARISAN NASIONAL agar senaraikan tuntutan diatas dlm manifesto mereka sebagai satu janji.


Malaysia Boleh atau Tak Boleh?

zool said...

Hm.. setuju agar presiden FAM letak jawatan. Dan sepatutnya jawatan presiden FAM perlu ada period tertentu. tak boleh terlalu panjang.

Anonymous said...

tahniah ,keran isu ini sepatutnya di dibincangkan setiap bula sehingga berjaya nya mis Presiden FAM letak jawatan , sedara sendir pernah beri idea kepada FAM ,TAPI FAM LANGSUNG XENDAH,,parah sangat FAM ni, bro tolong lah anjur forum REVOLUSI KEPIMPINAN BOLASEPAK MALAYSIA.

RAMAI peminat dah sedar
http://sipotsitukangtulis.blogspot.com/2013/01/2012-sebuah-kiamat-untuk-sebuah-lagenda.html


http://sokernet.blogspot.com/2012/02/cerekarama-revolusi-bola-sepak-johor.html

sekian, ANON 13.

blogrojak said...

OK presiden FAM,DAH LETAK jawatan ker belum ni,tolong beri berita terbaru...

anon 14

Anonymous said...

Brother Rizal,

Berani CEO MSN suruh Presiden FAM berhenti setelah jadi Presiden lebih dari 8 tahun dan pasukan bola sepak kita masih ditakuk lama. Tak takut ke kena tarik Datuk dari Pahang

Anonymous said...

yang ini terbaik kalau lah PRESIDEN FAM dan anaknya menelaaah dan mengerti .

http://sokernet.blogspot.com/2013/01/perubahan-untuk-fam.html


http://sokernet.blogspot.com/2013/01/seorang-rebel-bertanya-bagaimana-mahu.html


http://sokernet.blogspot.com/2011/02/sepakbolanet-revolusi-pssi.html


http://sokernet.blogspot.com/2011/01/astro-tabur-duit-kebaikannya-untuk.html



xyz.

asbullah bin ali said...

Liga malaysia=Liga profesional...Adakah ia relevan dengan keadaan liga kita..Dengan permasalahan lampu limpah, permasalahan gaji tertungak, keputusan pengadil berat sebelah dan macam2 lagi...Saya sebagai peminat bola sepak tempatan inginkan perubahan pada liga bola sepak kita..Sebagai contoh peningkatan yang saya maksudkan adalah salah satunya, kouta pada saingan Afc champion league....berapa lama liga kita menjadi liga profesional tapi masih bermain di tahap Afc cup sahaja....Harap ada angin perubahan pada FAM, demi mertabatkan sukan numbr satu malaysia..

Anonymous said...

Saudara Rizal,

Pada saya lah samada ditukar pucuk pimpinan FAM atau tidak, bagi saya itu bukan punca kemerosotan bolasepak kita.

Puncanya adalah pemain kita sendiri. kalau kita compare macam mana kita main di zaman kegemilangan dulu dengan sekarang sangat banyak bezanya. Pemain dulu sangat tinggi skill mereka. Cara bermain pun tak sama. Banyak ball possession dan mereka sememangnya mempunyai pemain2 yang intelligent. Sekarang ni kalau kita tengok rata-rata main macam style BPL, hit and run, long balls etc. Players skarang bila dapat bola tak tau nak buat apa and mentaliti off the ball situation pun sangat jelek. Tahun ni ATM nampaknya dah mula tukar corak bermain and ni memaparkan betapa mereka bakal menunjukkan kuasa mereka.

Merubah pupuk pimpinan atau tidak, selagi pemain kita tak tahu nak main dan selagi coach kita ajar pemain taktikal yang mudah dibaca tak kemana lah juga.

Menyingkap pengalaman saya semasa di benua Afrika, bolasepak sememangnya digilai semua peringkat masyarakat. Keadaan membuat mereka mahu menjadi yang terbaik dan mendapat pekerjaan melalui sukan itu. Seperti kita di tahun 70'an, bolasepak dimainkan dimana2 sahaja selagi ada kawasan untuk bermain selagi ada matahari. Ini tidak lagi berlaku kerana ibubapa pun tak suka anak bermain di waktu panas. Di Iran juga, bolasepak dimainkan dimana sahaja ada kawasan untuk bermain. Dalam aspek ini, saya rasa disinilah bermulanya ketandusan pemain kita. Kalau ada padang pun tak ramai yang bermain. Developer lihat ia satu opportunity untuk membngun high rise apartments dan sepertinya. Makin kurang lah padang permainan bolasepak.

Saya rasa Presiden FAM memang beria-ia nak majukan bolasepak kita. Tapi apakan daya kalau supply yang kita ada tak punya world class quality. Pemain kita pulak selesa dengan liga kita kerana imbuhannya not bad.

Saya mencadangkan supaya diadakan liga-liga kampung/taman dibangunkan. Liga-liga daerah dikembangkan. Liga-liga negeri diperhebatkan. The list is non exhaustive. Ini untuk melahirkan lebih ramai pemain dan mencari lebih ramai bakat.

Mungkin pihak TV pun boleh mainkan peranan dengan mengadakan siri latihan asas dan sedikit pelajaran taktikal dan teknikal. Pada yang tak berkesempatan mendapat jurulatih, bolehlah mereka timba sedikit pelajaran dari rancangan sebegitu.

Ok lah, enuff said, at the end of the day, pemainlah yang bertanggungjawab membawa kemenangan. Kalau mereka bagus,, kita bagus. kalau mereka tak bagus kita latih mereka menjadi bagus, ini lah tanggungjawab FAM.

Apa2 pun, busuk2 pun orang kita (pinjam tag ultras Malaya).

Good luck Harimau Malaya!

Gunners Malaya

Patik diRaja said...

Bro,

Bila sesorang itu dah masuk badan sukan, tak kira lah kalau dia Sultan ke, MB ke, semua mesti sama menghadapi proses demokrasi dalam sukan. Ini yang dipanggil level playing field. Kalau nak turn bermesyuarat badan sukan pun nak guna carpet dan kerusi kuning susahlah. Siapa yang berani nak tegur kalau rancangan FAM melencong. Lesap la pangkat DIMP nanti

Cadangan saya kepada royalti ialah samada stay as royalti atau... you cannot have the cake and eat it la maksudnya.!