Tuesday, December 18, 2012

Selamat jalan Nash...




Ihsan FB Zachki Ahmad Suri

Shabrinaz Desa. Nama yang unik. Orangnya pun unik. Antara penerbit paling awal dari RTM yang mendekati aku untuk tampil di kaca televisyen. Kira-kira enam tahun yang lalu.

Tidak lama dahulu aku membelek helaian kertas yang bersepah di meja study aku. Terbaca aku surat jemputan untuk muncul dalam satu rancangan sukan di RTM, ditanda tangani oleh Shabrinaz. Atau nama ringkasnya Nash.

Sentiasa straightforward dan tidak banyak kerenah serta seorang yang profesional, Nash tentu sekali seorang warga kerja yang dianggap aset di RTM.

Petang tadi, Nash menyahut seruan Ilahi. Selepas hampir enam bulan bertarung melawan leukemia, Nash menghembus nafas akhirnya di PPUM kira-kira jam 6.15 petang. Aku terkilan kerana tidak dimaklumkan keadaannya. Maklumlah, aku jarang berurusan di RTM sejak mengikat kontrak dengan Astro Arena.

Al-Fatihah buat Nash, semoga rohnya dicucuri rahmat, dilapangkan kuburnya, diberi kubur ibarat sebuah taman dari syurga, diampuni segala dosanya. Ameen.


3 comments:

Anonymous said...

al fatihah..semoga ALLAH menempatkan bersama golongan orang soleh.

Anonymous said...

Innalillah, semoga roh kak nash ditempatkn dikalangan org2 yg beriman, insyaAllah. amin.

Anonymous said...

Semoga Rohnya dicucuri rahmat. 2 musim berurusan dgn arwah semasa kendalikan Fokus Bola...seorang yang open minded, tegas dan hakikatnya mudah berkerja dgn beliau. Kami sama2 di Olympic Athens '04 selain Kamal Roslim dan sentiasa berperang dek kerana kekurangan 'man-power' tapi nak buat semua di Studio RTM Athens. Apa2pun saya akan sentiasa mendoakan arwah. Al Fathihah...

ZAR