Tuesday, December 18, 2012

Pampasan, sasaran ikut tempoh masa dan apa lagi...

Genap dua tahun lalu, Malaysia dibuai kejayaan. Anak buah K. Rajagobal menjulang Piala AFF buat julung kali. Lebih manis ia dilakukan di depan musuh ketat Indonesia.

Bagi masyarakat yang dahagakan kejayaan di peringkat antarabangsa daripada sukan No 1 dunia, kemenangan bersejarah itu membasahkan tekak mereka buat seketika. Setelah beberapa dekad menjerit, menghentam dan mencaci pembuat dasar bola sepak tempatan, peminat turut dibuai satu fenomena.

Maka ganjaran demi ganjaran tidak putus-putus disampaikan kepada wira-wira negara. K. Rajagobal tiba-tiba bergelar Datuk. Jurulatih pertama diberi penghormatan sedemikian. Maklumlah, menang Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010. Pemain menerima tanah, ganjaran wang tunai, kontrak lumayan, duta produk dan amanah saham.

Wartawan, penyokong dan yang lain tidak dapat apa tetapi kepuasan. Kalau menang, yang untung mereka dan keluarga mereka...


Penulis mengajak pembaca merenung urus kejayaan selepas menang peperangan.


Penulis juga menegur FAM supaya ada transisi, transformasi atau metamoforsis.

Jadi bila kalah, tanggunglah kekalahan itu berat manapun bahu yang memikul. Bila menang dijulang, bila tewas dihumban. Begitulah adat dunia sukan, terutama bola sepak. Sebab itu mana-mana jurulatih yang menganggap dirinya paling terbilang dan wajar diberi gaji lumayan setaraf dengan rakan sejawatan berbangsa asing di sekitar Asia Tenggara berdepan risiko ini.

Sejak menang Piala AFF, skuad Rajagobal kecundang dalam dua misi - pra-Piala Dunia pada 2011 dan Piala AFF 2012. Rabu ini pula Singapura dan Thailand membuat perhitungan final Piala AFF, meninggalkan Malaysia 

Sekadar melontarkan persoalan:

1. Apakah bisa Malaysia menawan Qatar, Yaman dan Bahrain pada pra-Piala Asia bermula Februari depan sedangkan Harimau Malaya gagal mendominasi permainan kecuali ketika menentang Laos sepanjang kempen Piala AFF 2012?

2. Apakah wajar pencinta bola sepak Malaysia menerima alasan Rajagobal enggan berundur kerana dia ada projek besar membentuk pasukan menuju pusingan akhir Piala Asia 2015? Bilakah tarikh yang sesuai untuk Rajagobal berundur? Disember 2013?

3. Tidakkah ada sasaran mengikut batasan masa? Misalnya dari Januari ke April, apa sasaran pasukan kebangsaan? Mei hingga Ogos apa pula yang dinanti? Berapa pula perlawanan persahabatan sepanjang September hingga Disember? Misalnya, dalam empat bulan pertama, harus tewaskan satu negara dalam ranking 100 ke atas. Empat bulan kedua, mencatat kemenangan ke atas Thailand. Empat bulan yang ketiga, seri dengan pasukan Timur Tengah. Barulah pengurusan berorientasikan keputusan dan prestasi.

4. Bukankah adil dan wajar kita mengharapkan prestasi lebih meyakinkan, apatah lagi selepas jawatankuasa pertandingan tempatan FAM banyak mengalah dan memberi ruang Rajagobal menyusun jadual latihan pasukan kebangsaan?

5. Sanggupkah FAM membayar pampasan sebagai ganti rugi jika menunjuk Rajagobal jalan keluar setahun sebelum kontraknya tamat? Kontraknya dipercayai bernilai RM600,000 setahun.

6. Siapa calon jurulatih jika FAM sudi mengirim wang pencen awal kepada Rajagobal?

7. Bersediakah Ong Kim Swee jika diberi tugas?

8. Bagaimana pula jika jurulatih asing dilantik?

9. Apa pula pandangan masyarakat melihat sikap bintang kesayangan Rajagobal lebih cenderung kekal di tanah air sekalipun dipancing kelab Thailand dan Australia? Sanggup atau tidak pemain yang ada potensi meninggalkan zon selesa dan kemewahan untuk bergelut setiap hari setiap minggu agar dapat beraksi di luar negara?

Apa sajapun yang bakal berlaku dalam tempoh sebulan dua ini, tekanan memuncak sedang dihalakan ke Tingkat 2, Wisma FAM di Kelana Jaya.


Teliti laporan Raja, kata Azlan Johar


Terang-terangan Wan Fakhrul menggesa FAM mengambil tindakan...


Apa sebenarnya yang berlaku? Siapa yang ego?




Soalan terakhir...betulkah Rajagobal berani letak jawatan?

22 comments:

Anonymous said...

kah kah kah.. bila tgk balik ulasan gobal ni.. nmpak sgt la gobal ni ckp x serupa bikin.. x berani ler tewww... syang wooo 600k setahun...

anakmemberontak said...

:-)

Anonymous said...

Saudara Rizal,

Malaysia sentiasa mengahadapi masaalah yang sama iaitu gagal mempertahankan kejuaraan. Kita perlu selidik lebih mendalam apakah yang sebenar nya masaalah ini. Adakah Pemain, Jurulatih atau pun pengurusan. Kita sentiasa mencari ubat yang paling mudah untuk menghilangkan kesakitan tanpa memikirkan berapa lama penyakit itu boleh di hidari. Seumpama sakit kepala cari ______ baik sahaja sakit kepala kita masih melakukan perkara yang sama.
Salah satu dari perkara yang tidak sepatut nya terjadi ada lah sifat tidak professional diantara jurulatih kita sendiri. Kita sepatut nya saling bantu membanru antara satu sama lain atau menyokong rakan jurulatih kita terutama jurulatih tempatan tetapi sebalik nya ada rasa irihati diantara satu sama lain. Sebagai professional kita tidak sepatutnya mengutuk jurulatih lain. Bagaimana jika jawatan tersebut disandang oleh jurulatih tersebut dan perkara yang sama terjadi sudah tentu kita akan berasa kecewa kerana rakan kita yang cuba menikam dari belakang. Memang tidak di nafikan tidak semua jurulatih berjaya. Cuba kita lihat kepada Jurulatih Singapura yang telah bertahun tahun bersama pasukan Singapura dan kalau dikira lebih banyak gagal dari kejayaan tapi adakah pernah kita dengar jurulatih jurulatih lain mengutuk kawan nya.

Masa mencemburui kita untuk mendapatkan khidmat jurulatih baru untuk Piala Asia saya rasa adalah lewat dan juga kolam takungan atau jumlah pemain yang boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa juga kurang jadi kita perlu persiapkan dengan apa yang ada dan mungkin kita kena fikir jangka panjang untuk membentuk pasukan akan datang.

Anonymous said...

1) Sangat setuju jika FAM menetapkan sasaran mengikut batasan masa untuk setiap pemain & jurulatih membuat 'kerja'.

2) Apakah punca pemain tempatan enggan menerima tawaran dari kelab luar? Jika faktor gaji atau sudah berada d zon selesa, FAM patut mengkaji cara/insentif tambahan untuk pemain ini berminat menimba ilmu d luar.

3) Terus terang saya katakan kejayaan Malaysia layak ke separuh akhir AFF 2012 adalah faktor pemain muda (Mahali & Wan Zack). Soalan saya..
3a) Adakah liga tempatan menjadi punca pemain2 senior yang lain merudum aksi mereka?
3b) Adakah Mahali & Wan Zack akan menerima nasib yang sama jika mereka mula bermain d liga tempatan 1 hari nanti?

4) Saya sayangkan pasukan Harimau Muda A sekarang..Saya takut jika nasib mereka sama seperti abang2 mereka 1 hari nanti.

5) Soalan terakhir saya, Malaysia berjaya mempertahankan emas sukan sea tapi tidak untuk AFF..MENGAPA?

6) Jika manusia tu ingin menjadi pandai, dia perlu berkawan dengan orang pandai..Pendapat peribadi saya, Malaysia perlu kerap dapatkan pendedahan dari luar mengenai bola sepak..Kita masih lemah, jadi tak salah untuk belajar lebih lagi..

Anonymous said...

Bila ego menebal dlm diri, inilah jadinya..
1. Klh dgn spore, salah keeper
2. Kalah ngn thai, salah ref
3. Tak dpt defend title aff, target kita adalah piala asia

Tooooollllooonng la FAM...kamu takkan dpt mgharapkan apa2 lg dr RG.

Mgkin ada yg mempertikaikn kenapa hanya kalah yg disebut. Kejayaan lepas sudah jadi sejarah n RG pn sudah dpt imbuhanya.jgn dibuai dgn kejayaan lps namun kejayaan yg lebih baik dimasa depan yg perlu difikirkan sekrg. Wpun menang dgn indon n laos ttp itu tidak menjamin papepun..

HM perlukan coach yg baru dgnn idea2 n taktikal yg baru...

Kemahkemim...

Anonymous said...

saudara Rizal,

Apakah dalam pasukan negeri,kelab di malaysia tiada coach khas untuk midfield,defend,striker.apa yg sy prhatikan pemain malaysia keseluruhan masih lemah dalam aspek teknikal spt menahan bola,hantaran,posisi sdngkan itu asas dlm bolasepak.Agak hairan melihat mereka lemah dlm hal ini sdngkn mereka hari2 menendang bola dan dibayar utk main bola.Jika hal ini tidak diatasi bgaimana bola kita hendak ke pringkat yg lebih tinggi.walau kita ambil coach brtaraf dunia skali pun tidak kemana.

Anonymous said...

JAWAPAN DARI SEORANG RAKYAT MALAYSIA

1.BERDASARKAN PRESTASI SEMASA,SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUDAH TENTU TAHU JAWAPANNYA ADALAH GAGAL. PEMILIHAN PEMAIN HENDAKLAH BETUL BERDASARKAN PRESTASI SEMASA. PENGGUNAAN TAKTIKAL HENDAKLAH BETUL SEPERTI PERMAINAN YANG DIPRAKTIKKAN OLEH THAILAND PADA AFF 2012 DAN JUGA SEPERTI PERMAINAN PARA PEMAIN SEPANYOL DI KEJOHANAN DUNIA 201O DAN KEJOHANAN EROPAH 2012.

2.TIDAK WAJAR.INI KERANA RAJAGOBAL SERINGKALI MEMBUAT EKSPERIMEN YANG TELAH TERBUKTI GAGAL. WAJIB BERUNDUR SECEPAT YANG MUNGKIN SEBELUM 31 DISEMBER 2012.

3.MESTI ADA SASARAN. HARUS DINGATKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA,KEDUDUKAN RANGKING ADALAH TERPENTING SEKALI.SESIAPA YANG MENAFIKAN KEDUDUKAN RANGKING ADALAH TIDAK PENTING BELIAU UMPAMA MENIPU DIRI SENDIRI.APABILA RANKING KITA NAIK,BARULAH PASUKAN-PASUKAN BERTARAF A AKAN SUDI BERMAIN DENGAN PASUKAN MALAYSIA.

4.PRESTASI MEYAKINKAN BERMAKSUD PASUKAN MALAYSIA HENDAKLAH MENANG SETIAP PERLAWANAN ANTARABANGSA.SEKIRANYA PASUKAN MALAYSIA KALAH,TETAPI PERMAINAN ADALAH CANTIK SEPERTI KAWALAN BOLA YANG TEPAT DAN MENGAMALKAN TAKTIKAL YANG BETUL SEMUA RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MENYALAHKAN KEPADA SESIAPA BUKAN KEPADA PARA PEMAIN MALAYSIA,PARA PEMAIN PASUKAN LAWAN,JURULATIH ATAUPUN PENGADIL.TETAPI MEREKA MENGATAKAN BAHAWA PASUKAN MALAYSIA TIADA TUAH PADA HARI PERLAWANAN TERSEBUT.SEMUA RAKYAT AKAN BERBANGGA DAN AKUR DENGAN KEPUTUSAN SEPERTI ITU.

5. Sanggupkah FAM membayar pampasan sebagai ganti rugi jika menunjuk Rajagobal jalan keluar setahun sebelum kontraknya tamat? Kontraknya dipercayai bernilai RM600,000 setahun.

WAJIB DILAKUKAN SEKIRANYA FAM INGIN MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DALAM MEREALISASIKAN IMPIAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELIHAT PASUKAN MALAYSIA BERMAIN DI KEJOHANAN PIALA DUNIA.

6. ZICO ataupun GUUS HIDDINK.JIKAULAU FAM INGIN MELIHAT MALAYSIA BERMAIN DI PIALA DUNIA,KRITERIA YANG ADA PADA MEREKA SEPERTI INILAH YANG FAM MESTI CARI.


7. Bersediakah Ong Kim Swee jika diberi tugas?

BELUM BERSEDIA.TETAPI ONG KIM SWEE BOLEH MENJADI PEMBANTU JURULATIH ZICO ataupun GUUS HIDDINK. INI ADALAH PENTING KERANA ONG KIM SWEE BOLEH MENIMBA ILMU SERTA PENGALAMAN BERTARAF DUNIA DIDALAM SISTEM KEJURULATIHAN BOLASEPAK DUNIA.APABILA ZICO ataupun GUUS HIDDINK BERSARA,ONG KIM SWEE BOLEH DITAWARKAN MENJADI KETUA JURULATIH PASUKAN MALAYSIA DIDALAM MEMBIMBING MALAYSIA KE PIALA DUNIA.

8. Bagaimana pula jika jurulatih asing dilantik?

KEDATANGAN MEREKA SEPERTI ZICO ataupun GUUS HIDDINK AMATLAH DIALU-ALUKAN.MEREKA ADALAH JURULATIH BERTARAF 5 BINTANG@ A+++

9. Apa pula pandangan masyarakat melihat sikap bintang kesayangan Rajagobal lebih cenderung kekal di tanah air sekalipun dipancing kelab Thailand dan Australia? Sanggup atau tidak pemain yang ada potensi meninggalkan zon selesa dan kemewahan untuk bergelut setiap hari setiap minggu agar dapat beraksi di luar negara?

SEMUA PEMAIN YANG DITAWARKAN BERMAIN DI LUAR NEGARA HENDAKLAH PERGI MENYAHUT CABARAN TERSEBUT.INI KERANA BERMAIN DILUAR NEGARA AKAN BANYAK MEMBANTU MEREKA DARI SEGI 'TECHNICAL' DAN TACTICAL. INI BANYAK MEREKA PELARIJARI SEKIRANYA MEREKA BERMAIN DI AUSTRALIA,JEPUN ATAUPUN KOREA.

p/s;saya cuma seorang warganegara Malaysia yang prihatin terhadap kemajuan bolasepak Malaysia.Tiada pengalaman dalam bolasepak kecuali manager hattrick.org sahaja(itupun permainan manager football online)

TERIMA KASIH....

Anonymous said...

SALAM KEPADA SEMUA.

Sekiranya Malaysia berimpikan untuk bermain di PIALA DUNIA,Antara langkah drastik yang perlu dilakukan adalah seperti berikut;

1. RAJAGOBAL hendaklah berundur ataupun ditamatkan kontrak dan hendaklah digantikan dengan seorang jurulatih bertaraf antarabangsa seperti ZICO ataupun GUUS HIDDINK.

2. ONG KIM SWEE hendaklah menjadi pembantu jurulatih kepada ZICO ataupun GUUS HIDDINK. Ini akan membantu ONG KIM SWEE di dalam ilmu pengetahuan yang mendalam tentang sistem kejurulatihan bertaraf antarabangsa yang dipelajari daripada seorang jurulatih bertaraf dunia.Apabila ZICO ataupun GUUS HIDDINK bersara ONG KIM SWEE boleh dinaikkan pangkat sebagai KETUA JURULATIH MALAYSIA.

3. Seorang jurulatih yang bagus hendaklah memantau setiap perlawanan ataupun menghubungi jurulatih kelab didalam mencari skuad MALAYSIA dan UNGKAPAN ANAK EMAS HENDAKLAH DIHAPUSKAN DIDALAM SKUAD NEGARA. Pemain negara dipilih berdasarkan PRESTASI SEMASA.

zam said...

MALAYSIA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN.TENTU SEKALI RAKYAT MALAYSIA KECEWA.RAJAGOBAL, JADILAH SEORANG GENTELMENT..BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT ATAS KEGAGALAN INI.SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA PADA HARIMAU MALAYA TIDAK DIBALAS DENGAN SEWAJARNYA OLEH PEMAIN..ADA DUA TIGA ORANG PEMAIN SAHAJA YANG PUNYA KESUNGGUHAN YANG LAINNYA LEMBIK & TIADA DAYA SAING YANG TINGGI..ROMBAK SKUAD YANG GAGAL INI DARI PEMAIN HINGGA PENGURUSAN..LUPAKAN SAHAJA PERTANDINGAN PIALA ASIA KERANA PERINGKAT ASIA TENGGARA PUN TERKIAL-KIAL..

ibun_jogho said...

Nk pertahankan piala peringkat Asia Tenggara pun bkn main susah, inikan pula peringkat ASIA.. Mmg dalam bola sepak itu tiada yg mustahil tp kena ikut logik dan realistik. Lawan di peringkat asian dan asia cukup berbeza..

Yg ptg skrg ni D. Rajagobal perlu diganti. Biar orang lain pla menunjukan bakat sebgai guru. Apa guna kalu ada rama legenda sekiranya mereka hanya sbg pemerhati? Dalam MALAYSIA ni masih ramai yg boleh ditonjolkan. Takkan kita msh nk bgantung pd DKR? Bg la pluang kpd lagenda lain pla. Mrk jg ingin berbakti sbg jurulatih.

-Aku tetap sokong pasukan MALAYSIA walaupun cara sokongan aku berbeza-

azrulhasnor said...

Kalau friendly game, asyik lwn singapore, thailand.. cara main pun tak meyakinkan. Pemain bintang kita skrg x berani sahut cabaran. Kena.pandai promosi diri, pegi sesi pemilihan kelab luar.nega ra. Jgn harapkn dana fam pulak nak pegi sana. Rajagopal pulak tak berani nak ambik player kelahiran malaysia yg main diluar negara. Puas hati dgn ade. Rasa tak puas hati bila dah umur 25 ke atas, prestasi pemain mula merosot. Nak ingat kahwin ke. Lbh baik antar wakil team bawah 23 thn

Anonymous said...

Nampak nya Datuk Raja bakal menjadi sorg lg mangsa FAM, MEDIA dan peminat sukan bolasepak Malaysia seperti mana yg terjadi kepada, wan jamak, ken worden, claude le roy,abd. rahman ibrahim, allan harris, hatem sousi dan B sathianathan antara juruLETIH Malaysia sejak liga PROFESIONAL di perkenalkan)...

Anonymous said...

bye2x datuk raja... ok next victim plsss!!!! hahaha senarai coach Malaysia lebih banyak dr piala yg di kumpul di wisma FAM....

freejew said...

Saudara rizal

Saya melihat Isu Datuk K.Rajagopal ni sebagai satu Isu yang biasa berlaku kepada semua Jurulatih. Jika Saudara Rizal masih Iagi igat semasa Coach B. Sathianathan memegang jawatan sebagai jurulatih kebangsaan beliau juga mengalami masalah yang sama seperti apa yang Dato K.rajagopal lalui sekarang.

Selepas berberapa siri kemenangan Skuad B.Sathianathan yang majoriti pemain yang digunakan adalah anak2 buah Coach Rajagopal pada masa itu. Beliau berjaya membawa nafas baru kepada skuad kebangsaan. Tetapi bila sampai kepada satu tahap beliau rasa Takut untuk melakukan perubahan kerana ditakuti tidak akan menjadi.Hal ini menyebabkan Beliau menutup segala ruang pembaharuan dan tetap dengan strategi yang sama serta pemain yang sama dengan harapan pemain2 dan pasukan yang sedia ada akan berevolusi menjadi lebih baik. Tetapi hakikat yang harus ditelan oleh semua jurulatih adalah tidak wujud sebarang jaminan pemain dan keserasian akan kekal berkembang menjadi lebih baik.

Implikasi yang terjadi kepada paranoid jurulatih itu kepada perubahan akan menyebabkan kejatuhan prestasi dan mengurangkan pencapaian pasukan dan masalah itu telah dapat diatasi apabila FAM memecat B.Sathianathan dan melantik pembekal pemain berbakat kepada Skuad kebangsaan iaitu K.Rajagopal. K.Rajagopal datang dengan Idea baru,pasukan baru dan wawasan baru berjaya meneruskan kesinambungan prestasi skuad kebangsaan.

Sejarah sudahpun berulang sekali lagi apabila Dato. K.Rajagopal juga sudah sampai ke tahap yang pernah dialami oleh B.Sathianathan. Beliau takutkan perubahan, kekal dengan pemain yang sama tanpa mengira prestasi semasa pemain itu, mengenepikan semua pemain2 lain yg lebih berbakat dan berprestasi tinggi dengan alasan mahu membentuk keserasian dan kekalkan strategi yang sama .Hakikat yg terjadi adalah pemain bermain tanpa keserasian,pemain tidak cukup cergas, strategi mudah dibaca lawan dan sukar untuk menang.

satu-satunya penawar bagi masalah ini adalah FAM perlu mengulang Langkah yang sama seperti dulu. Iaitu melantik pembekal pemain berbakat kepada Dato K.Rajagopal sekarang dan Beliau akan datang dengan Idea baru, semangat baru , strategi baru dan wawasan yang baru.

"Selamatkan Bolasepak Malaysia"

Anonymous said...

takdelah rizal....

kegagalan malaysia di AFF ialah kerana Apek nak kawen..tu je alasan yg gopal boleh buat...RAJA 'EXCUSES'...KING OF ALASAN... habok pon tarak!!!

Unknown said...

Bro... Kt ckp n komen mcm2 di mana2, blog, fb, twitter n mcm2 lg saluran... Smpi dah x tercakap, tp apekah org2 yg berkaitan, coach, fam, player n kbs baca komen kt atau isi hati kita ni smpi kpd mereka????? Nooo... So harapan kitorang kat bro agar berani menjadi penyampai kepada mereka2 yg berkenaan... Kitorang xdepower nak buat semua tu...

Anonymous said...

Sedara,

Tolong bgtau FAm suh update web FAM biar nmpak skit maju bola sepak malaysia....nak cari maklumat wat research pn ssh

Anonymous said...

Salam semua,

Malaysia mampu beesaing ke peringkat dunia jika melakukan revolusi dalam sistem.

1. Coarak permainan yang berkesaan dengan fizikal dan susuk tubuh para pemain Malaysia. Siapa pu jurulatih sama ada tempatan ataupun dari luar, beliaua mesti menerapkan sistem permaianan yg sesuai dengan fizikal pemain Malaysia.

2. Semua jurulatih dalam liga akan mengamalkan sistem permaian yg hampir serupa dan tidak mengikut corak permainan british yg mengutamakan hantaran jauh dan kekuatan fizikal. Corak ini tak sesuai utk pemain Malaysia. Persatuan jurulatih profesional Malaysia boleh duduk berbincang, brainstorming atau berseminar utk mencari corak permainan yg sesuai dgn pemain malaysia.

3. Pembangunan akar umbi mesti menitik beratkan kemajuan kemahiran individu pemain ,supaya tidak ada lagi pemain di liga malaysia masih terkial-lial menahan dan mengawal bola. Ia msti diteruskan di peringkat liga malaysia apabila mereka mula mewaki
I skuad negeri atau kelab dalam liga super atau liga perdana. Jurulatih pasukan diliga MALAYSIA berperanan penting utk tingkatkan taraf permainan pemain

4. Tanda aras skuad Malaysia utk 6 tahun akan datang.
i. Sukan Sea , mesti layak ke final
ii. Piala AFF , mesti layak ke final.
iii. Piala ASIA, layak ke pusingan akhir
iv . Kelayakan Piala Dunia, layak ke pusingan akhir.

Anonymous said...

Sukan SEA ibarat Sijil SPM
Piala AFF ibarat Diploma
Piala ASIA ibarat Degree
Piala DUNIA ibarata Master
JUARA PIALA DUNIA ibarat PHD

kadiak said...

President yg perlu ditukar

Anonymous said...

Menang Kalah adat permainan..Tak di nafikan Datuk Rajagopal telah membawa bola sepak ke arah lebih tinggi,yakni memenangi pgat emas sukan sea dan Aff 2010..Tetapi selepas dari itu permainan skuad negara masih pada tahap yang sama..permainan serangan balas dan hantaran yg kadg2 sia2,pertahanan mermehati sesama sendiri apabila gawang dibolosi..Tengok macam thailand walaupun mereka tak bergelar juara tapi permainan mereka mantap dan berani menyerang.Saranan saya Datuk K. Rajagopal tak perlu berhenti tapi beralih arah ke arah aspek pembangunan bola sepak, dan jurulatih ganti kan dengan jurulatih asing yang beribawa bagi menerapkan ideologi bola sepak lebih dri seperti yg dpertotonkan di liga M

ZuL said...

Adakah rajagopal & FAM masih menganggap bahawa HM adalah untuk Rakyat Malaysia ? Atau telah menjadikan squad HM sebagai Squad sendiri sehingga membelakangkan peminat bolasepak Rakyat Malaysia? Tanpa penyokong, apa-apa sukan tidak membawa makna