Tuesday, December 18, 2012

Beza 2010 dan 2012

Dua tahun yang lalu, Muhammad Dayne Azmin Ghazali dan Wan Mohd Fakhrul Anwar Wan Bakar antara anggota media yang menjadi saksi kecemerlangan dan kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF di Jakarta. Dayne dari Utusan Malaysia manakala Wan Fakhrul untuk Kosmo! ketika itu. Hari ini dia menulis untuk akhbar lama aku, Berita Harian.


Wan Fakhrul, Dayne dan Fadzrie Hazis, editor sukan Astro Awani, bertugas di Jakarta 2010 dan Bangkok 2012


Hafizal Hamad juga menulis untuk Rembat Kosmo!, selain Alfadli blogger anak memberontak yang dipaparkan sebagai antara wakil Ultras di Jakarta



Analisis Dayne sesudah Harimau Malaya terkandas di separuh akhir edisi 2012

Tidak seperti aku yang meliput bola sepak di zaman kegelapan, Dayne dan Wan Fakhrul beruntung. Mereka membuat liputan di saat pencapaian skuad negara di peringkat Asia Tenggara sedang memuncak. Namun beberapa kali aku mengingatkan kepada generasi wartawan hari ini jangan dibuai kejayaan, bahawa kita kena tegur penggiat sukan apabila perlu.

Sekalipun pencapaian Rajagobal tertulis dalam tinta sejarah, memenangi dua gelaran paling besar di peringkat Asia Tenggara tetapi paling rendah di pentas antarabangsa, ia bukan alasan untuk melindungi pencipta sejarah.

Jangan hendak jaga hubungan kerana kena ingat tugas kita membuat laporan! Benar, ia bukan mudah. Selama 20 tahun telinga aku mendengar hujah, teguran, marah dan bisikan daripada sumber, pegawai, jurulatih mahupun atlet. Ada ketikanya aku dipulau oleh skuad Olimpik kendalian Claude Le Roy. Aku hampir bertumbuk dengan Allan Harris di Abu Dhabi. Aku disekolahkan oleh Rajagobal pada Ogos 2011. Ini biasa. Lumrah alam kewartawanan sukan. Yang penting niat kita ikhlas. Sekadar untuk melihat rakan-rakan senegara mencatat kejayaan. Kerana yang dapat ganjaran, pingat kebesaran dan glamour bukan wartawan, tetapi sang penggiat sukan.

Kenapa hari ini Dayne dan Wan Fakhrul mengalunkan nada cukup keras menegur Rajagobal dan FAM?

Juga teguran bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim, di bawah tajuk Turun padang Raja! dalam Utusan Malaysia. Selain penolong jurulatih pada 80-an dan kemudian jurulatih kebangsaan dari 1998-2000, Abdul Rahman tentu ada sebab berkata demikian. Yang aku tahu Rajagobal ada rangkaian pencari bakatnya, termasuk Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas.

Izinkan aku memetik tulisan Alex Ferguson sebagai prakata dalam buku PEP GUARDIOLA, Another Way of Winning tulisan Guillem Balague, "One thing I have noticed about Guardiola - crucial to his immense success as a manager - is that he has been very humble. He has never tried to gloat, he has been very respectful - and that is very important. It is good to have those qualities, and looking back, it is apparent that he has been unassuming throughout his career. As a coach he is very disciplined in terms of how his team plays, but whether they win or lose he is always the same elegant, unpretentious individual.

14 comments:

xx said...

Ayo apalagi, segera bergabung dengan Zonabets.Com
Nikmati permainan dan menangkan berbagai macam hadiah dari kami

Agen Bola Sbobet

Anonymous said...

Salam,

mana mungkin RG akan lepaskn jawatan begitu saja dgn gaji yg lumayan. Harapan sekarang hanya terletak dibahu FAM untuk memecat RG.

Kami peminat yang menyokong, mengkritik juga tidak mendapat apa2 ganjaran. Cuma ingin melihat kejayaan pasukan negara di pentas dunia. Tetapi dgn persembahan n pencapaian HM slps AFF 2010, nampaknya RG semestinya harus diganti.

Kemahkemim..

Firdaus said...

Jangan menulis laporan yang populis semata-mata. Perlu mempunyai pendirian dalam penulisan.

ibun_jogho said...

Adakalanya aku tengok sesetengah wartawan ni ada sfat mengampu dan membodek. Atau ada istilah lain yg boleh ganti "bodek", "mengampu"..?

Mmg sbagai penyokong, wartawan, kita sepatutnya memberi reaksi positif untuk memberi semangat. Tp x smua reaksi itu perlu positif. Ada juga reaksi negatif yg memberi semangat. Cnth mudah; selalu sangat mmuji, jurulatih, pemain atau penggiat sukan ni akan bersemangat. Tp adakalanya mereka mula leka dengan pujian. Mrk merasakan ssetiap tindak tanduk akan disokong walaupun menang atau kalah. Jd semangat utk menang menjadi sedikit tawar.

Sebaliknya jika kita kritik (yg melampau atau tdk) sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa penyokong mmg mahukan yg terbaik.

alasan (ungkapan) biasa utk penyokong adalah "menang kalah adat permainan". Okey..itu utk penyokong. Bagaimana pula utk penggiat sukan atau atlet? Mrk jug perlu sedar ungkapan "menang dipuji kalah dikeji"..

Menkritik bukan bermakna membenci. Jgn ingat orang yg mengkritik secara kaw-kaw itu membenci. Itu hanya kaedah utk lepaskan perasaan, kecewa. Atau mungkin jg utk memberi lbh lg motivasi..

Yg ptg skrg ni D. Rajagobal perlu diganti. Biar orang lain pla menunjukan bakat sebgai guru. Apa guna kalu ada rama legenda sekiranya mereka hanya sbg pemerhati? Dalam MALAYSIA ni masih ramai yg boleh ditonjolkan. Takkan kita msh nk bgantung pd DKR? Bg la pluang kpd lagenda lain pla. Mrk jg ingin berbakti sbg jurulatih.

-Aku tetap sokong pasukan MALAYSIA walaupun cara sokongan aku berbeza-

Sherry said...

Who said Thailand is the best team? Singapore 3 Thailand 1 proves they are the best, or at least they talk less and did the job. Its proven Rajagobal got whacked 3-0 by Singapore is no fluke, but rather exposed how incapable Raja now.

See how Singapore play as a unit. Compact and control in midfield with smart passing and posession. Malaysia, Safiq and Amar are these midfielders or bus passengers?

Gobal, hit and hope, hit and run, kick then only look...blame paddy field, blame ref, blame injury...blame everything but himself.

Anonymous said...

Saya amat berharap saudara rizal mengambil alih tugas sebagai pundit tetap dalam rancangan formasi.We should emulate the football focus style.You sound very much professional with your relevant thoughts and opinions.Well done mate!!

Anonymous said...

Malaysian Coach Rajagobal: I am proud of my boys, we should have won 3-1 bla bla bla...

Singapore Coach Datuk Abramovic: Talk is cheap la Gobal, do it on the field la, like what I just did, 3-1...

Rajagobal: We lost coz my players were injured, we trained on paddy field, 10 against 11, the ref blunder, tomyam too spicy, mistake by my "i know my player "amar", bla bla bla

Korean Ref: Helloo Gobal, no paddy field, 11 against 11, no ref blunder, same tomyam taste, you "i know my players", but how come you still didnt win in KL?

Rajagobal: Ref, you have no right to comment, like Anuar Musa. FAM will look into this. I am defending champion you know, defending champion, aff 2010 champion, the special one, the only one, i know my boys.

Abramovic: wow Gobal, fantastico, fabulous, fantabulous...whatever lah Gobal, we only won 3 times before, maybe yet another next week, i really dunno my boys, hope they will play as usual.

Subahan: thats football, got win got lose...repeat 10x

Ah Kow, Ah Mad, Ah Vel: thats football, got win got lose

Subahan again: hey Ah3, I already said that, I am the Manager, my players are tigers, vs Bangla, HKong, Viets, Philipines, Spore, Thais, India, got draw got lose

Anonymous said...

Dear Rizal. Watched part of Formasi (ulangan) this morning. Agreed with your comments that national coach shouldn't be so sombong...Bila dah kalah macam ni baru tergadah. I think malaysian unhappiness towards Rajagopal arose because of his "snobbynes" and the "he knows his players" attitude and didn't want to listen others opinion. If he is more humbled, I'm sure the hatred will be much lesser than the current sentiments. He needs to go...

Pak Nik

Anonymous said...

Bro Loose Cannon, maaf cakaplah. Aku kecewa dengan tulisan & sikap wartawan sukan, terutama penulis bola sepak sekarang ini. Baik Berita Harian, Utusan, Metro, Kosmo...semua hampas kelapa. Tarak tolor. Tulisan dahlah hampeh, kosong, analisis rendah IQ, banyak bodek, takut nak kritik coach & player. Jauh lagi manager dampai presiden FAM.

Aku nak tanya lagi. Mana pegi wartawan dulu-dulu (terdahulu & masa zaman ko buat reporting!)yang berani kritik, hentam tak kira siapa.tak kira bulu.

Mana mereka semua ni? Tak kan semua jadi boss tak nak menulis lagi? Apa ni!

Tolonglah penulis bola sekarang ni SUCKS!


Anonymous said...

Football management and development in malaysia is a joke.

Anonymous said...

Dear Anon (9:22am, Dec 20)

You are sooo funny lah, but made a lot of sense. Quite surprise lah that you know our current national team scenario...well done, good one! Ko ni reporter kot?? Haha..

ABA

Obat Penyakit Kanker Prostat said...

salam perkenalan semuanya..

Unknown said...

Skuad 2010 dan 2012 dan tak banyak bezanya waima eksperimen beratus kali tapi pmilihan terakhir tetap sama...Sepatutnya Datuk K Rajagopal kurang kan Eksperimen tetapi mantapkan keserasian pemain...Dan bagi aspek pemilihan pemain,sungguh menghairankan pemain yang menunjukan mutu permainan baik di saingan liga tempatan tak diberi peluang mnyarung jersi negara,,contoh pemain mcam Shukor Adan,Farhan,piya,indra dan lain2 lagi....Harap untuk kelayakan Asia Datuk K.Rajagopal memberi peluang sewajar pada player yg berhak, bukannya pemain yg sama shj............

HARIMAU MALAYA said...

We must admit any mistake and not talk nonsense. Another forgiveness should be paid by him not Malaysia Fans.