Oleh Fadzrie Hazis, Editor Sukan Astro Awani
Formasi FC ditubuhkan saya sendiri, pada April 2012 dan ia khusus untuk Liga Komuniti Tune Talk Safee Sali yang bermula pada Jun 2012 hingga 15 Julai 2012.
Saya mengumpulkan rata-rata kawan-kawan saya, bersama dengan beberapa kakitangan dari Astro Awani untuk membentuk sebuah pasukan yang saya sendiri tidak menjangka, mampu mara ke final pertama kami di Liga Tune Talk Safee Sali.
Di peringkat awal,..kami mengadakan enam perlawanan persahabtan setiap Ahad pada bulan April.
Sebahagian besar pemain Formasi FC, adalah rakan-rakan yang membesar dan bermain bersama saya sendiri di taman perumahan kami di Bukit Damasara serta beberapa rakan sekolah saya dulu, Sekolah Menengah Bukit Bandaraya,Bangsar.
Saya mengambil keputusan melantik Irfan Al Akiti, sebagai kapten pasukan manakala seorang lagi rakan saya, Azfendy Azzuddin yang baru mendapat lesen C sebagai jurulatih pasukan kami.
Aksi pertama kami sebagai sebuah pasukan, berdepan SS10 FC, pasukan rakan-rakan Safee Sali.
Kami menang 6-3 dan meraih dua lagi kemenangan dan tiga keputusan seri dalam baki aksi persahabatan. Sebelum saingan liga bermula, Irfan menyerapkan seorang bekas pemain pertahanan Liga M Kuala Lumpur 2010, Anwar Rahim untuk bermain di posisi tengah.
Saya sendiri turut menyerapkan Farhan Zainal (Tam), bekas pemain Piala Presiden Selangor yang seangkatan dengan Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar untuk jadi gandingan Anwar di bahagian tengah. Namun, Tam dan Anwar memiliki corak permainan terlalu sama, iaitu pemain tengah yang gemar bergerak dari bahagian bawah midfield (seperti Andrea Pirlo) dan ia sedikit menyukarkan permainan kami di peringkat awal.
Justeru, saya mengambil keputusan…meletakkan Tam di bahagian bek tengah dan Anwar kekal menggerakkan bahagian tengah selaku playmaker.
Formasi FC turut dibarisi bekas pemain Olimpik 2000, Kuala Lumpur dan Public Bank Selangor..Zulkifli Che Din.
Namun, kesibukan tugas membataskan penglibatan Zulkifli bersama kami dalam saingan kali ini, di mana dia hanya beraksi dalam satu perlawanan ketika pertemuan dengan Southern yang berakhir dengan seri satu sama.
Dalam saingan peringkat kumpulan B, kami bersaing dengan Southern FC dari Klang, Corleone FC (pasukan bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Bintang, PJ) dan juga seteru kami FCFC (sesetengah pemain kami termasuk saya, berasal dari pasukan ini).
Kami meraih tiga kemenangan, dua seri dan satu kekalahan untuk meraih 11 mata selaku juara Kumpulan dan mara ke suku akhir.
Selepas minggu kelima perlawanan, setiap pasukan dibenarkan menukar tiga pemain dan kami memasukan dua pemain baru, kedua-duanya, pemain penyerang dicadangkan Irfan, iaitu Afiq Desa (adik bekas pemain KL Faizal Desa) dan rakan Irfan dari Guinea, Sam Taoure.
Afiq tampak menonjol apabila menjaringkan lima gol sebelum aksi final untuk membantu kemaraan kami.
Di peringkat suku akhir, kami berdepan naib juara Kumpulan A,..Goms FC yang sudah lebih dua tahun beraksi sebagai satu pasukan.
Afiq beraksi cemerlang pada perlawanan ini, apabila meledak dua gol, manakala dua gol lagi dijaringkan Junaidi Mohamad dan Mohd Shahrizal Sharif untuk Formasi membelasah Goms FC 4-1.
Ramai yang mengikuti Liga ini, tidak menjangka Goms FC dari Gombak tewas mudah di tangan kami, malah lawan juga seakan memandang rendah keupayaan kami. Formasi FC menggunakan formasi 4-4-2, 4-1-4-1 atau 4-2-3-1 sepanjang saingan Liga Komuniti Tune Talk Safee Sali berlangsung, dengan dua pemain sayap yang bijak menyusupi kawasan lawan dan Afiq selaku penggempur harapan.
Bahagian tengah dikemudi dengan baik Anwar, yang saya sifatkan sebagai pemain Formasi FC paling konsisten. Tam, tampak ampuh mengemudi benteng walaupun silih bertukar pasangannya di bek tengah, iaitu Hafezul Rahman dan Zulkifli Hassan yang kadang-kala ditugaskan sebagai bek kanan atau kiri.
Menanti kami di separuh akhir, ialah MyManunited....kelab penyokong Man Yoo yang dibimbing oleh Samsudin Ismail, bekas jurulatih Sekolah Menengah Victoria dan jurulatih remaja Kuala Lumpur yang tidak asing lagi, di era 90-an ketika saya di sekolah menengah.
Samsudin juga adalah bekas jurulatih Piala Presiden dan penolong jurulatih skuad Liga M Kuala Lumpur. Ketika di saya bermain zaman sekolah menengah, sekolah saya..Sekolah Menengah Bukit Bandaraya kerap tumpas di tangan Sekolah Menengah Victoria bimbingan Cikgu Samsudin.
Justeru, impian melakar kemenangan sudah mula berkisar di minda saya dan apakah gandingan saya dan Azfendy mampu meraih kemenangan berdepan seorang jurulatih yang cukup pengalaman, di peringkat akar umbi.
Penjaga gol utama kami, Herman Misbah...adalah bekas pemain yang pernah diasuh oleh Cikgu Samsuddin ketika membantu Kuala Lumpur menjuarai Piala Presiden 1998.
Sebelum aksi separuh akhir bermula, Herman mengakui kepada saya bahawa dia sedikit gementar dengan kehadiran Cikgu Samsudin di pihak lawan.
Saya hanya berkata kepada Herman,”Kau keeper experience, main saja macam biasa”. Herman turut pernah berada dalam skuad Liga M warga kota,..pada 1999 hingga 2002 dan kemudian beraksi sebagai penjaga gol kedua dalam skuad Public Bank Selangor di bawah kendalian E Elavarasan.
Kami tidak memulakan aksi separuh akhir dengan baik, apabila menerusi satu serang balas, MyManyoo berjaya membuka tirai jaringan untuk mendahului 1-0. Herman gagal mendakap kemas rembatan penyerang lawan dan seorang lagi pemain lawan membuat tindakan susulan pantas untuk memecah kebuntuan.
Terus terang, saya berasa cemas ketika itu namun Azfendy tenang mengarahkan pemain-pemain kembali bangkit tanpa memarahi Herman, kerana tidak mahu memberi tekanan buat penjaga gawang utama kami.
Pemain-pemain Formasi kemudian menunjukkan perwatakan sebenar di penghujung babak pertama,...apabila ledakan Anwar terus menerjah gawang lawan untuk jaringan penyamaan. Jaringan itu memberi keyakinan semula buat kami, terus menguasai permainan dan ancaman MyManyoo dihadkan kepada gerakan pemain sayap kiri dan kanan mereka.
Masuk babak kedua, kami berjaya mendahului 2-1 apabila sepakan percuma Anwar..berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Afiq. Namun, lawan kembali menyamakan kedudukan di penghujung babak kedua untuk kedudukan 2-2. Di babak ketiga (liga sosial ada tiga half),..kami kembali mendominasi perlawanan dan ketika perlawanan berbaki lima minit,..gerakan satu-dua Irfan dan Afiq menghasilkan gol kemenangan// Afiq muncul wira, dengan menympurnakan peluang itu untuk memabawa Formasi FC ke pentas akhir di pembabitan pertama kami sebagai satu pasukan.
Menang atau kalah di pentas akhir pada 15 Julai,..Formasi FC tampak berjaya, membuatkan beberapa bekas pemain Piala Presiden dan Liga M beraksi dengan menjelmakan aksi terbaik mereka.
Anwar mengambil keputusan, untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran, dalam jurusan kejuruteraan di Kolej Damansara Utama pada 2011 dan meninggalkan skuad Kuala Lumpur.
Faktor masalah kewangan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, KLFA adalah antara yang mendorongnya menamatkan karier sebagai pemain profesional.
Dia kini adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan.
Saingan Liga Komuniti Tune Talk Safee Sali tampak membolehkan pemain seperti Anwar kembali menjelmakan aksi ampuhnya di tengah padang.
Begitu juga dengan Herman, yang bersara sebagai pemain profesional kerana masalah kecederaan dan tonggak pertahanan kami Tam pernah mengalami kecederaan ACL ketika bersama skuad Piala Presiden Selangor.
Justeru, usaha Safee dan pengurus peribadinya, Zakaria Rahim menubuhkan liga ini, jelas satu usaha terpuji, biarpun ia adalah saingan tahap amatur.
Pemain Formasi FC diperkenalkan kepada CEO Tune Talk, Jason Lo dan Zakaria Rahim
Ia memberi peluang buat pemain-pemain amatur,..yang juga merupakan peminat bola sepak tempatan beraksi dan bersaing bersama beberapa bekas pemain liga M.
Nota: Formasi FC tewas kepada Shah Alam FC 2-1 pada aksi final di Stadium MPS
3 comments:
Tahniah Fazrie..sory mate can't join due to few major factors (time, fitness level, age etc etc)
ZAR
what a great read!! love our local social league scene. who knew Dato' Azzuddin's son could coach. Hope Formasi FC would prosper.
Try giving him average players, and see how far he can progress with them.
Football in Malaysia is all drama and syok sendiri. Sooner or later, this Dato' son will secure a position in FAM like my friend Zainal Abidin Hassan, and left disgracefully.
A "win-at-all-cost" seems to be our priority to the extend we fail to recognise quality and the short-comings in our coaching role. Try coaching at grass-root level and see how effective is your coaching ability.
Anyway Good luck to Malaysian football.
Post a Comment