Tapi bagi peminat sukan baya aku, tentu ingat Pele dan Diego Maradona. Mereka masyhur berdekad sebelum Bolt meluncur pantas membakar trek.
Pele memenangi Piala Dunia di Mexico pada 1970 dengan menggunakan but Puma...
Sama ada dengan Boca Juniors, Barcelona dan Argentina, Maradona model kasut Puma paling dikenali pada era 1980-an. But kirinya membebaskan Jorge Burruchaga menjaringkan gol kemenangan Argentina pada final Piala Dunia 1986. Maradona juga menggunakan but Pumanya melonjak menewaskan Peter Shilton dalam insiden gol Hand of God!
Sejarah Puma juga menunjukkan semuanya bermula di Jerman, apabila dua bersaudara Adolf dan Rudolf Hassler bertelingkah mengenai cara terbaik merencana masa depan syarikat adidas.
Kempen Puma tentunya berkisar kepada Bolt tetapi tadi, Puma Malaysia melancarkan koleksi evoSpeed dan kempen Semua Boleh Bolt sambil memperkenalkan sahabat baru jenama itu, Baddrol Bakhtiar
Pengurus Besar Puma Malaysia Sheryl Wong bersama Baddrol
Pengerusi majlis Ghaz Ramli, bekas rakan setugas aku di the Malay Mail, sekarang buat perhubungan awam...
Aku ambik gambar anak aku
Lepas tu dia kata nak ambik gambar aku...aku berilah walaupun ramai jurufoto profesional di majlis itu...inilah jadinya...habis tak nampak gigi jarang aku
Kasut ni best beb, ihsan Zulfikar
Masih putih pasal kawan-kawan tak berani pijak
Dapat buah tangan keychain but Puma ok la tu...
Majlis pelancaran tadi dibuat di pejabat Puma bukan saja bertujuan melancarkan koleksi evoSpeed tetapi juga memperkatakan video iklan yang dibintangi antara lain Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli dan K. Reuben.
Sekalipun dianggap memiliki bakat semula jadi berlakon, Khairul Fahmi atau Apek berkata dia tiada niat untuk menerima sebarang tawaran kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya selaku penjaga gol.
Apek dan Baddrol serta Mahalli dan Reuben beruntung kerana menjadi sebahagian daripada jenama yang dikaitkan dengan dua legenda bola sepak dan Bolt yang dianggap pilihan menakluki London 2012.
1 comment:
Seronok PUMA dpt free ad kat dlm blog ni...ialah tit 4 tat kan kan kan...kasut putih tu sure pakai sampai 4 - 5 bulan tanpa ditukar....
Post a Comment