Monday, July 23, 2012

Ikuti detik-detik Olimpik secara 3D



Kuala Lumpur, 23 Julai 2012 – Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan Astro B.yond HD dapat menikmati liputan Sukan Olimpik 2012 di London dalam bentuk 3D setiap hari, dari 28 Julai hingga 13 Ogos di saluran Olimpik 24-jam (ESPN 3D, saluran Astro 838) di Astro.

Pelanggan Astro B.yond HD yang melanggani Pakej Sukan Astro akan menikmati lebih 200 jam liputan 3D, termasuk Siaran Langsung serta laporan-laporan hangat sepanjang musim Olimpik ini.

Antara siaran langsung yang akan disiarkan dalam bentuk 3D termasuk Majlis Perasmian Olimpik [Julai 28 (Sabtu) pada 4 pagi] dan Majlis Penutupan Olimpik [Ogos 13 (Isnin) pada 4 pagi], serta acara-acara sukan yang diminati ramai seperti acara olahraga, renang, gimnastik dan terjun yang akan disiarkan dalam bentuk 3D buat kali pertamanya.

"Para pelanggan Astro pastinya akan kagum dengan liputan Olimpik dalam bentuk 3D pada tahun ini" kata Encik Lee Choong Khay, Naib Presiden, Perniagaan Sukan di Astro.

"Selain itu,kami turut berbangga menawarkan ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) kepada para pelanggan Astro untuk acara gemilang ini," katanya.


Choong Kay atau CK pada majlis pelancaran tadi

Semua pelanggan Astro kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan acara gemilang ini melalui ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) dengan bayaran sekali 50 ringgit, tanpa melanggani pakej Sukan Astro.

Dengan ‘SPECIAL TV PASS’, pelanggan Astro boleh mendapat akses secara komprehensif ke acara ini. “"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro untuk membawa liputan terbesar di Malaysia untuk siaran Sukan Olimpik 2012 di London. Rakyat Malaysia boleh mengharapkan siaran yang paling komprehensif untuk acara gemilang ini. Ini termasuk liputan 3D di saluran ESPN 3D untuk kali pertama, serta liputan yang meluas dalam definisi tinggi (HD) dan definisi standard (SD).

"Kami komited untuk membawa pengalamanterbaik untuk rakyat Malaysia menyaksikan acara Sukan Olimpik ini,"kata Encik Adam Zecha Eksekutif Naib Presiden, Ketua Jualan untuk ESPN STAR Sports Asia Tenggara.

ESPN STAR Sports adalah penyiar rasmi di Astro untuk Sukan Olimpik 2012 di London. Tahun ini, pelanggan Astro boleh mengharapkan liputan terbesar dan paling meluas dalam sejarah Malaysia. Ini termasuk liputan 24-jam di saluran ESPN (Astro saluran 812), STAR Sports (Astro saluran 813), ESPN HD (Astro saluran 832) dan ESPNEWS (Astro saluran 818).

Buat pertama kalinya, peminat sukan boleh menikmati 10 saluran ESPN STAR Sports khas untuk liputan Sukan Olimpik dalam bentuk SD dan HD, serta di saluran khas 3D di Astro.

Liputan Astro juga termasuk saluran tambahan interaktif yang mempunyai butir-butir program, kuiz dan skrin 'mozek' yang membolehkan peminat sukan mengemudi secara mudah antara saluran-saluran khas Olimpik.

Pelanggan Astro boleh melanggani Pakej Sukan Astro atau ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) melalui perkhidmatan Portal Astro (saluran 200) – sebuah perkhidmatan baru yang kini tersedia di kaca TV anda. Untuk melanggan Pakej Sukan ASTRO, sila hubungi Astro menerusi talian 1300 82 3838 atau SMS ASTRO No. Akaun Astro#SPORTS ke 32888* (contoh: ASTRO 0812345678#SPORTS). Untuk maklumat lanjut mengenai SPECIAL TV PASS (PAS TV ISTIMEWA ), sila hubungi Astro di 03 9543 9833 (*Caj telekomunikasi biasa akan dikenakan) Pelanggan Astro turut boleh melayari lamanwww.astro.com.my/shop untuk melanggani Pakej Sukan Astro.



No comments: