Monday, July 9, 2012

BH dan aku...ringkas

Berita Harian sudah 55 tahun. Kini berwajah baru. Selamat berjaya kepada teraju BH.

Enam tahun aku belajar selok-belok kewartawanan di BH, sebelum berhijrah ke The Malay Mail pada September 1996. Perpindahan "in house" tidak digalakkan tetapi ketika itu aku memecah tradisi. Kalau dulu Pak Samad, Adibah Amin dan A Kadir Jasin biasa ada byline di kedua-dua akhbar teraju NSTP itu selain Zian Johari bermula di New Straits Times sebelum berpindah ke Berita Harian, manakala Husin Rahman dari BH ke NST, aku pecah tembok penghalang pada skala yang lebih kecil...

Sebagai anggota skim latihan kewartawanan NSTP atau Pre-Editorial Training Scheme (PETS) generasi keempat yang bermula pada Julai 1991, kami didedahkan kepada dunia amali dengan awal, sekitar bulan Ogos dan September. Aku ditempatkan di Harian Metro, ditugaskan menyumbang kepada kolum bisnis, orang jual orang dan membuat liputan banjir, jenayah, kebakaran, mahkamah dan sukan. Dua bos HM ketika itu - Mior Kamarul Shahid dan Ahmad Puad Onah.

Aku, Zurina Waji, Sulaiman Abdullah, Munir Ana'am Zuljadan dan Azwani Abdul Ghani yang dilihat kurang bernasib baik kerana tak ditugaskan di akhbar utama Berita Harian seperti sembilan anggota lain - Izman Ismail, Noordin Zakaria, Azizi Othman, Mohd Johari Ibrahim, Faezah Abdul Jalil, Jenny Juanis, Saufi Hamzah (Mat Belia), Saniboey Mohd Ismail dan Allahyarham Nadzim Ahmad Jamaluddin. Yang masih setia bersama BH ialah Johari (JOIB), Saufi dan Munir. Azizi baru-baru ini menyertai NSTP selaku pengarang eksekutif selepas beberapa tahun menjadi ketua pengarang Astro Awani.


Dari kiri Saniboey (Parit Jawa di astro first idea dia) sekarang Ketua Unit Pentauliahan Drama (commissioning drama unit) Astro, Ebi Azly Abdullah (CEO Panorama Langkawi), Azizi dan aku seperti biasa paling rendah...

Selepas sah diterima sebagai kakitangan, aku ditempatkan di meja am/berita BH...ketika itu di bawah Ibrahim Yahaya dan Manja Ismail. Berita Minggu bawah jagaan Hishamuddin Aun. Pada Disember 1991, aku dipindahkan ke meja sukan! Impian terlaksana! Anggota PETSIV yang dikirim ke meja sukan kendalian Zian ialah Munir, Saufi dan aku. Aku diletakkan di unit sisipan Jaguh...aduh, tak dapat buat berita secara harian. Rupanya banyak hikmah di sebaliknya.


Memang benar meja sukan BH ada pengikut setia...generasi terdahulu selalu sebut zaman Allahyarham ZB (Zainuddin Bendahara), reporternya hebat-hebat - Husin, Zian, Haniff Hadi, Hishamuddin, Rahim Zain, Razali Yahya, Abu Bakar Atan...tapi generasi aku apa kurangnya - Saodi Mat Atar, Rosli Safar, Norbakti Alias, Ahmad Khawari Isa, Radzi Wahab... 


Aku bersyukur kerana dapat belajar dan bertugas di sisi nama-nama besar seperti Zian (yang kemudiannya melonjakkan pengedaran Harian Metro), Hishamuddin (kini Datuk), Badrulhisham Othman, Norbakti Alias dan V. Ashok...


Pengarang sukan BH sekarang ialah Rasid Rahaman, bekas wartawan Karangkraf, HM yang memenangi anugerah Kajai bersama Hamid Karim pada 1992


Zoy atau nama sebenar Zohri Sukimi, dulu ada kartun yang aku ikuti di Utusan Malaysia



Dari kiri Zulkifli Ibrahim (Titun), Rosli Safar, Ridzuan Yop, Ridzwan Mohamad, Wan Sabariah Shikh Ali (penerbit eksekutif TV9, Nasi Lemak Kopi O), Ahmad Fauzi Mustafa, Saufi, aku dan Pak Mus (Datuk Mus Omar bos HM)


Di BHlah tempat aku belajar cara menimba ilmu, mengasah bakat, berinteraksi dan menyara hidup. Nama aku tertera membuat liputan Sukan SEA Chiangmai 1995. Jadi setiap kali ada kesempatan menjalin semula persahabatan, biasanya aku gagahi juga. 


Ex-BH dari satu sudut...


Dari sudut yang lain


Dari satu sudut lagi - banyak posing, maklumlah beratus-ratus gambar


Ex-BH lebih banyak sembang dan gelak ketawa. But aku Lotto tertinggal, habis kena buang...sedih


atau makan...


apapun aku sempurnakan penalti untuk bantu Ex-BH duduki tangga ketiga bola sepak Karnival BH baru-baru ini. Jasa but Lotto sebelum dibuang Omay...

Kepada rakan-rakan BH, selamat maju jaya. Kepada rakan-rakan Ex-BH, siap sedia tahun depan, kalau dijemput lagi lah.



2 comments:

Anonymous said...

hello bro rizal,

bh sukan masa tu memang glamour, hebat, kompetitif.aku rasa kecil sangat apabila satu meja dengan haniff, zian, rahim zain, hishamuddin, saodi...

mudah-mudahan rasid, bos baru bh sukan, boleh meneruskan zaman emas tu. kita doakan.

Anonymous said...

sdra rizal,

sdr menjadi2 betul skrg sebagai pengulas/ penulis/ blogger sukan yg ada oomp, ada aura n bak kata org putih u got balls. tak sia2 pengalaman di bh n mm.

saya suka penampilan sdra yg tidak pura2. berani kerana benar, takut kerana salah.

teruskan perjuangan demi sukan negara.


yang benar,
Megat Tam.