Monday, July 9, 2012

Pentingnya pangkalan data


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) teruk kena hemtam lagi. Satu isu Kongres FAM Sabtu lalu, yang dikhabarkan diadakan tanpa banyak beri ruang kepada idea-idea untuk dikemukakan. Ikut statut FAM, sebarang usul hendaklah dikemukakan kepada urusetia lebih awal.

Kedua, isu Myanmar yang membariskan pemain melebihi had umur pada kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun baru-baru ini. Baca laporan ESPN Star

Sepanjang 20 tahun membuat liputan bola sepak, isu ini bukan baru.

1994, Syria muncul juara Asia Bawah 20. Iraq tempat keempat. AFC guna imbasan sinar X atau x ray untuk mengukur kematangan rangka tulang yang terbentuk. AFC juga cadangkan pemeriksaan gigi pemain.

1999 pra-Olimpik di Hong Kong - Kecoh isu pasport pemain Nepal...tapi sekadar cakap-cakap tanpa bukti.


2000 - Oman, Bangladesh, Nepal, Thailand dan Iran dikenakan tindakan yang sama kerana didapati bersalah menipu umur pemain.

Pada 2001 Thailand didapati bersalah menurunkan dua pemain lebih usia untuk Kejohanan Asia Bawah 16 tahun di Vietnam.


Pada 2002, AFC menggantung 12 pemain dari Yemen dan Pakistan Kejohanan Asia Bawah 17 tahun
empat dari Yemen, lapan dari Pakistan. Ini hasil pemeriksaan x-ray AFC dan juga imbasan tulang pergelangan tangan yang mengukur kematangan rangka tulang tubuh.


Seperti ribuan yang lain, aku yakin Myanmar memang menipu umur pemainnya.

Tapi kalau aku jadi Ong Kim Swee, ini yang aku buat:

1. Memandangkan kita dah suspect Myanmar dah lama, dari awal jolok pemberita dan wartawan untuk timbulkan isu ini sebelum kejohanan. Nampakkan ia datang daripada media, bukan pengurusan pasukan.

2. Nyatakan bantahan dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

3. Kalah atau menang, dari segi persepsi Malaysia sudah menang sebelum menentang Myanmar kerana sudah ada gambaran atau tanda-tanda mereka menggunakan pemain melebihi had usia.

4. Bekerjasama dengan pegawai IT FAM untuk menyiasat segala rekod pertemuan membabitkan Myanmar dalam semua kategori had umur sebelum ini dan menyiasat nama-nama pemain dan tarikh lahir mereka.

Untuk mengharapkan FAM mengemukakan rayuan sedangkan Myanmar memberi dokumen-dokumen menunjukkan kononnya pemain layak dari segi had umur, adalah sukar.

Jadi ini cadangan aku:

1. Pastikan setiap pasukan kategori umur di bawah naungan FAM ada pentadbir yang skop tugasnya menyiasat latar belakang pasukan lawan. Kumpulkan semua maklumat semua pemain, semua pasukan untuk diselitkan ke dalam pangkalan data, lengkap dengan biodata, video dan gambar. Kalau dibuat dari usia 12 tahun, bermakna kita ada rekod sehingga pemain itu beraksi di Sukan SEA yang dikhaskan buat pemain Bawah 23 tahun. Kalau ada sebarang syak wasangka, siasat ikut carian. Melainkan negara lain meletakkan pemain yang tidak pernah beraksi di peringkat had umur, pangkalan data ini boleh menafikan dakwaan negara lawan yang mereka tidak menipu. Jika ada kes dan hujah yang kuat, AFC terpaksa timbang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada laporan Match Comissioner.

2. Gabungan Bola Sepak Asia, istilah yang kita pakai dulu sebelum ditukar jadi Konfederasi  (AFC), harus lebih berani mengambil tindakan dengan mengenakan syarat-syarat ketat sambil memantau Jawatankuasa Penganjur yang biasanya digelar LOC, Local Organising Committee (LOC). Jangan ingat nak bercuti atau ambil elaun dalam US dollars!

3 . FAM pula harus bijak berbincang dengan pemain yang menjadi mangsa agar faham bahawa sebarang bentuk bantahan harus diiringi hujah dan bukti kuat sambil meyakinkan mereka usaha sedang dibuat agar isu ini tidak berulang.

Dulu masa aku kerja di BH dan Malay Mail, dua minggu sebelum kejohanan aku sudah buat story mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan selain tonggak mereka kerana kita sudah tahu kekuatan dan kelemahan team Malaysia. Itu zaman sebelum ada facebook, twitter dan google. Jadi kalau nak bantu pasukan, media Malaysia juga harus bekerja keras!




20 comments:

Hadriegas said...

FAM banyak kerja..

Anonymous said...

hrrmmm..FAM lagi..Cadangan Bro Rizal banyak melibatkan FAM..
Penyokong dah kecewa sangat2 dengan FAM..

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

sayangnya tak ada stesen tv (termasuk astro) masukkan babak serahan memorandum dlm laporan kongres FAM.. hanya sedikit saja keluar dlm bernama tv...


http://sokernet.com/malaysian-football/ultras-malaya-serah-memorandum-desak-presiden-fam-letak-jawatan.html

Anonymous said...

sayangnya tak ada stesen tv (termasuk astro) masukkan babak serahan memorandum dlm laporan kongres FAM.. hanya sedikit saja keluar dlm bernama tv...

http://sokernet.com/malaysian-football/ultras-malaya-serah-memorandum-desak-presiden-fam-letak-jawatan.html

HSKAMAL said...

Kita bukan saja perlukan pangkalan data. Kita juga memerlukan kematangan dan kebijaksanan dlm peranan kita untuk memajukan sukan b.sepak.

Malangnya, org2 yg menerajui badan induk terdiri drp org2 yg langsung tidak competent untuk menjalankan tugas. Lihatlah FA2 negeri. Mampukah mereka menyumbang. Selain pentadbiran dan pengurusan, apakah peranan mereka dlm kebijaksanan permainan bolasepak?

Punca jatuhnya bolasepak kita di peringkat awal adalah disebabkan oleh poor planning dan poor organisation, sebelum gejala rasuah menghancurkan keseluruhanya.

Kita masih mahu menafikan, kegagalan kita. B.sepak Malaysia tipu dan pura2. Mereka hanya mahu sebat duit dan menikmati kemudahan2 yg mengiringinya.

Boleh kita harapkan dan percaya pada mereka?

Kesimpulanya, jgnlah kita buang masa dan menaroh harapan terhadap org2 yg tiada halatuju dan malang.

Unknown said...

nak harapkan FAM..?? hahahahaha..

satu lagi. drpd suruh OKS jolok pemberita dan wartawan untuk timbulkan isu lebih had umur, baik jolok cerita supaya pengurusan FAM tu bubar je. hurm, xyah jolok pun xpe kot sebab ramai je pemberita & wartawan dah tau apa yang peminat nak (PFSLJ) tetapi xberani nak lapor :)

tapi, good job laa sebab perah otak n share kat blog.

Anonymous said...

Bro - tak payahlah bagi cadangan, buat apa peningkan kepala otak kita. Ranking bola kita dah cukup bagus utk standard kita - Bola kita dah maju dan akan maju lagi...

Anonymous said...

musibah yg paling besar utk bolasepak malaysia selepas meraih gelaran seagame dan aff cup ialah kemenabgan itu menjadikan fam pekak dan tuli terhadap kritikan ....modal fam utk terus besar kepala dan kekal ngan jawatan masing2...perjuangan belum selesai katanya....

Unknown said...

bro Rizal...FAM dari dahulu sampai sekarang, Presiden sama, selagi tak tukar,tak berubahlah FAM tu... Ada Tan Sri Musa yang aktif dan byk idea2 bernas pergi gantung. Inilah bolasepak Malaysia!!!!

Apa kata kita sokong pasukan Kelantan sampai berjaya menang AFC cup..Insyaallah.

Anonymous said...

bro Rizal.. FAM dari dulu sampai sekarang Presidennya sama. Selagi tak berubah, FAM pun takkan berubah. Bolasepak skrg maju sikit sebab dapat duit dari ASTRO, kalau tak hampeh liga Malaysia ni...stadium kosong, rasuah, asyik injured, main kotor, sikit2 nak gaduh dll...

Ada Tan Sri Musa yg berjiwa muda, idea2 bernas dan kreatif, FAM menggantungnya sebab alasan bodoh..
Inilah Bolasepak Malaysia!!

Apa kata kita sama2 sokong Pasukan Kelantan sehingga menjuarai Piala AFC...inilah maruah Malaysia yg sebenarnya!!!

Anonymous said...

Tindakn Fam tak membuat bantahn memng megecewakan...Ini menjejas moral pemain,jurulatih dan penyokong.....Alsan untuk mnjaga imej dan kreadibliti....Menjaga kreadibliti persatuan yang acap kali mengubal bilangan pasukan dalam liga tempatan.....Menjaga kreadibiliti persatuan yang payah nk mendapat perlawanan persahabatn gred A.Alsan Rgking Tak pentg..Pesatuan yg tak boleh ditegur....Yakni FAM yg dicintai....(Peminat Bola Sepak Negara)

Anonymous said...

Tindakn Fam tak membuat bantahn memng megecewakan...Ini menjejas moral pemain,jurulatih dan penyokong.....Alsan untuk mnjaga imej dan kreadibliti....Menjaga kreadibliti persatuan yang acap kali mengubal bilangan pasukan dalam liga tempatan.....Menjaga kreadibiliti persatuan yang payah nk mendapat perlawanan persahabatn gred A.Alsan Rgking Tak pentg..Pesatuan yg tak boleh ditegur....Yakni FAM yg dicintai....(Peminat Bola Sepak Negara)

artakus said...

Rizal;

Pegawai FAM baca saranan kau tupun diorang dah pening kepala. Bukannya tahu apapun..database, strategy??!! Apa tu? Diorang tu makan gaji buta aje.. Seriously, selagi muka2 yang ada sekarang tak ditukar, tak payahlah kita mimpi bolasepak kita akan pergi jauh.

artakus said...

Rizal;

Pegawai FAM baca saranan kau tupun diorang dah pening kepala. Bukannya tahu apapun..database, strategy??!! Apa tu? Diorang tu makan gaji buta aje.. Seriously, selagi muka2 yang ada sekarang tak ditukar, tak payahlah kita mimpi bolasepak kita akan pergi jauh.

Anonymous said...

media mainkan peranan penting untuk bongkar penipuan pemain myanmar,media myanmar pun rimas dengan tindak tanduk pasukan myanmar yang gunakan taktik kotor,kenapalah FAM tolak mentah-mentah isu ni?pelik betul,ramai yang dah jangka FAM akan batalkan hasrat untuk buat bantahan,tolongla...jadilah sebuah badan yang profesional.takkan la isu ni pun susah nak kesan penipuan ni,banyak data yang FAM boleh rujuk untuk kesan penipuan umur,myanmar pun byk involve game sebelum ni yang FAM boleh rujuk...

mimya said...

cdgn yg menarik drp bro Rizal namun percayalah ianya tidak akan diendahkan oleh FAM pun....

pelbagai isu FAM timbul drp kata ranking x penting, x bantah isu pemain myanmar lebih umur,x bid jd tuan rumah sampailah harini FAM xmau beri penghormatan mengadakan majlis penyerahan piala liga super kpd sang juara atas alasan FAM sibuk dgn SUKMA.

tiap kali isu berkaitan FAM timbul tiap kali tu lah kita akan dgr jawapan 'budak sekolah tadika' yg diberikan oleh pegawai2 FAM terutama SUA nya.

aku antara org yg amat mengharapkan suatu reformasi bakal dilakukan ke atas FAM, BAM dan KOM.namun setakat ni seolah2 menunggu bulan jatuh ke riba...

Shafik said...

Assalamualaikum wbt, Sdr Rizal,

FAM needs major revamping. Kalau mereka yg berjawatan di FAM sekarang tu kekal memegang jawatan, senario bolasepak Malaysia tidak akan berubah. Adalah amat memalukan bila bantahan tidak dibuat selepas perlawanan M'sia-Myanmar. FAM tidak menghargai langsung penat lelah dan keringat pemain-pemain M'sia. Bagi mereka selagi gaji jalan dan tiada orang yang boleh mengganggu gugat kedudukan mereka di FAM maka selama itulah mereka akan terus berperangai sedemikian.

Kalau difikirkan secara rasional, dah beribu rakyat M'sia meluahkan perasaan sama ada di blog, website atau media2 lain. Apa tindakan mereka? Buat tak tahu macam lembu kenyang!

Most recently keputusan FAM utk menyampaikan piala Super League kepada pasukan Kelantan di pejabat FAM! Hamidin memberikan dua alasan:
1. Tahun lepaspun bagi piala kat pejabat FAM juga, jadi apa bezanya tahun ini.
2. Kakitangan FAM sibuk di SUKMA.

Pengiktirafan harus diberikan sewajarnya kepada pasukan yang menang. Tak kira pasukan mana! Apakah kerana Kelantan pasukan yang tidak disukai oleh org2 di dalam FAM maka pengiktirafan yg sepatutnya tidak diberikan? Atau apakah masih ada agenda untuk menghukum Tan Sri Annuar Musa?

Kesimpulan disini Sdr Rizal....selagi mereka yang memegang jawatan2 penting di FAM itu masih lagi kekal saya rasa baiklah Sdr Rizal simpan sahaja cadangan2 bernas itu. Tak de dipandang oleh mereka. Buat ngabih boreh yo

Anonymous said...

Penyerahan Piala di FAM adalah kerja giler. Pernah tak kita dengar Sepp Blater cakap kat Del Bosque suruh datang office FIFA di Zurich utk ambik World Cup??? Atau Platini cakap, pi ambik Piala Euro kat ofis di Geneve??? Boleh ke macam tu??? Apa besar sangat ke SUKMA tu sampai semua kakitangan FAM busy dan tak boleh hantar wakil utk serahkan piala??? Apa kejadahnya ada pelbagai Pengerusi jawatankuasa yang berlambak-lambak sampai takde sekor pun sanggup jadi wakil utk serahkan Piala?? Sekor je wakil FAM dtg KB bawak piala dan suruh Sultan Kelantan atau TM nya atau TGNA sebagai tetamu kehormat utk serahkan Piala. Lagi besar maknya kepada mereka. Tau la SUKMA dilangsungkan di negeri Presiden dan PM tapi tak kan benda kecik macam ni FAM nak sisihkan juara Liga yang main 3/4 suku nyawa untuk menang. Apa mereka tu semua main liga kampung ke ??? Den bukan orang Kelantan tetapi amat2 menyanjung sokongan mereka kepada bola sepak negara. Jawapan Datuk Midin adalah yang paling dangkal aku dengar keluar dari mulut seorang Naib Presiden yang bercita - cita nak jadi SUA. Dah dapat 'datukship' dan jadi pengerusi j/k pertandingan semakin kalut kau Midin. Kalau aku jadi Per. BS Negeri aku cakap, kami pun sibuk la dan tak dapat hadir untuk ambil Piala. Hantar pakai POS LAJU je le..Hello FAM hargailah sumbangan Pemain dan Penyokong kerana mereka akan melihat penyerahan Piala di hadapan penyokong sendiri adalah pengiktirafan kepada pasukan mereka. Itupun kalau kau orang di FAM mengiktiraf mereka sebagai Juara la...

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Rizal cuba cek semula coz saya dapat tahu nama sama tapi orang tak serupa.

so sila semak sebelum keluarkan isu.

terima kasih.

Anonymous said...

Kalau dah x btl,bnyk lg kepincangan dan kedangkalan akan melanda.....Setuju sngt2 dngn komen Sdr Shafik dan Xabi Alonso Larkin...