Sunday, July 15, 2012

Nasib Rozaimi


Md Rozaimi Abdul Rahman - nama ini meniti di bibir peminat bola sepak Malaysia selepas dia mengumpul 10 gol ketika pasukan negara menduduki tangga ketiga pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun baru-baru ini.

Kaki kirinya berbisa dan berseni - kalau dalam bahasa Inggeris biasa disebut cultured left-foot. Tontoni saja jaringan ketiga Sabah ketika menewaskan Perak 3-0 pada final Sukma di Kuantan Sabtu lalu, apabila Rozaimi atau Amy tenang menolak bola ke dalam gawang dengan kaki kirinya.


Rozaimi...ihsan FB Sabahawks


Bapanya Abdul Rahman Latip adalah petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, manakala ibunya Dayang Salmiah Awang Bagul suri rumah sepenuh masa.

Pada tanggal 6 Oktober nanti, Amy genap berusia 20 tahun. Anak kelima daripada lapan beradik ini dulu khabarnya sukar menyesuaikan diri menjalani latihan.

Sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup dalam pasukan, selepas dua hari, dia pulang ke rumahnya di Taman Keramat, Kota Kinabalu. Itu dulu. Kini selepas diberi pendedahan dalam Sabahawks Juniors dan seterusnya bersama skuad senior sebelum disenaraikan oleh Ong Kim Swee untuk kempen pra-Olimpik pada 2011, Amy jauh lebih yakin.

Penonjolannya bersama skuad Kim Swee mendorong K. Rajagobal menyenaraikan Amy dalam senarai pelatih menjelang Piala AFF.

Bukan itu saja, ada kelab dari Portugal dan juara Thailand, BEC Tero Sasana, mahu memikatnya.

Sebagai pemain, Amy tentu tidak sedar selok-belok perjalanan hidup seorang pemain bola sepak tempatan kadangkala ditentukan pegawai.

Misalnya, di saat dia berpeluang berkelana ke Thailand untuk menyarung jersi kelab Thai Premier League, BEC Tero, Rozaimi sibuk melayan permintaan Selangor untuk mewakili Gergasi Merah itu bagi kempen Piala Malaysia.

Sabah FA pula mungkin menghormati Selangor dan otai-otai yang ada macam Datuk Hamidin Mohd Amin, maka mereka akur dan turut kata. Sedangkan sepatutnya Sabah FA bersedia meletakkan kepentingan pemain dan negara mengatasi segalanya dan merelakan Rozaimi ke Bangkok dengan proses penghijrahan mengikut yuran perpindahan.

Bagi peminat yang menyedari bola sepak Malaysia pernah diwarnai bakat dari Malaysia Timur seperti James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Razali Zinin, Matlan Marjan dan adiknya Zainizam, kemunculan Rozaimi harus disambut dengan senyuman.

Tapi apakah wajar jika bakatnya yang sepatutnya boleh digilap di luar kotak pemikiran Piala Malaysia, kekal  di Malaysia?

Takut peluang seumur hidup ini lebur dek kerenah pegawai Malaysia yang tidak profesional.

Inilah masalah bola sepak Malaysia.

Minggu ini pengurus besar BEC Tero, Robert Procureur akan beri kata putus sama ada Amy akan ditawarkan kontrak di Bangkok atau tidak!

Ataupun Hamidin lebih berkuasa menentukan masa depan Amy?


Procureur bekas pegawai Muangthong United









37 comments:

Anonymous said...

spatutnya fam lbih peka tentang bakat yg ada sperti rozaimi.... beri ar dia pluang di liga thailand ntuk mematang or mningkatkan cara permainan dia... jgn dsebabkan kpntingan dri bakat rozaimi hnya stakat itu sahaja..

Anonymous said...

spatutnya fam lbih peka tentang bakat yg ada sperti rozaimi.... beri ar dia pluang di liga thailand ntuk mematang or mningkatkan cara permainan dia... jgn dsebabkan kpntingan dri bakat rozaimi hnya stakat itu sahaja..

Anonymous said...

Laa, macam ni ke ceritanya? Baru ku tahu. Harap taiko Rizal kupas lagi isu-isu 'di sebalik tabir' macam ni. Saya rasa lagi bagus kalau Rozaimi ke Liga Thai dengan peluang ke AFC League?

Paklong said...

itu lah rona rona dunia sukan Malaysia. sentiasa dilakukan mengikut nafsu sendiri oleh pegawai-pegawai yang merasakan dirinya seperti dawai untuk menguasai situasi tertentu.

yusaini_yn said...

tq for this article mr rizal.
hopefully rozaimi di beri kelonggaran
memilih apa yang dia nak for himself.

if bro rizal ada masa, why not englighten us readers dengan menulis tentang managament player player bola di malaysia, maksud nya, berapa ramai player malaysia hari ini ada pengurus macam safee sali sebagai cth??

kalau lagi baik dapat compare dgn player player liga asean yang lain,
sebab dari nampak gaya player payer malaysia nie mcm bergantung sepenuh nya dgn FA negeri negeri ja???

terima kasih mr rizal

skulluv said...

episod lama berulang.

Anonymous said...

hamidin dan azzudin. takdo lah guno eh dua orang ni. kerja menjahanamkan bolasepak Malaysia je.

Anonymous said...

memang dah kena la tu..

UDIN & IDIN... problemers for FAMER...

Anonymous said...

Dia kena ade seseorang yang boleh menguruskan dia and take his career to the next level.Somebody mcm Mr Zack perhaps..His confident is on the rise and he needs all the support he can get.I do hope he can make the right choice..

Kurast said...

Masalah pengurusan bolasepak di malaysia, Malaysia satu-satunya negara yg mempunyai ramai pegawai berbanding pemain mengikut purata.

FAM itu ba****t!

Kurast said...

Masalah pengurusan bolasepak di malaysia, Malaysia satu-satunya negara yg mempunyai ramai pegawai berbanding pemain mengikut purata.

FAM itu ba****t!

Anonymous said...

Rozaimi, permata baru di barisan hadapan..

Harap beliau terus maju. Di Eropah yg lebih kompetitif.

Anonymous said...

betul..rozaimi ada kaki kiri yang sgt special..tenang..boleh jadi midfield & striker yang bagus..

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

amende lah ko nie rizal... cam ko tau sgt je pasal semua sukan... ape salahnye die bermain sekejap di selangor.... pemain yang hebat tidak kisah bermain di mana-mana.. asalkan dpt memberi komitmen 100%. jangan jadi batu api lah rizal... mcm mana malaysia nk maju kalau still ader blogger yang suke2 dan pandai buat hujah tanpa meneliti sesuatu perkara itu dengan sedalam-dalamnye...

Anonymous said...

Korg dok bising2 pasal rozaimi.. segala kata putus terletak gak pada pemain itu sendiri..klau die dh berniat tok mewakili pasukan dlm mlysia kite perlu akur..n terima...
ini bkn disebabkn "org fam" ke ape..
rozaimi sendiri menyuarakn hasrat nye mahu mewakili pasukan selangor wlaupn ade ura2 sblm ni die mahu ke thailand...

Anonymous said...

midin ni apasal asik buat hal je?tak bleh tengok orang senang sikit....

Anonymous said...

Spptnya rozaimi diberi peluang utk bermain di liga Thailand,kalu x silap sy liga mereka lebih tggi skit ranking mereka dri liga kita,so spptnya beliau perlu didedahkan di sana dari hnya berkelana dlm negara.bakatnya perlu di perkembangkan drpd melakukan demi kpntgan sesebuah negeri demi mencapai impian mereka utk mndptkan piala malaysia.x dinafikan kebolehan rozaimi ini akn membuka pntu kpda pemain2 lain yg berkebolehan spt beliau utk berjaya 1 hri nti.kalu stkt hndk mereka bermain dlm negara,knp mlpskn safee,nazmi ke luar?? Sekadar pandangan.renung-renungkan

Anonymous said...

FAM bangsat

Anonymous said...

Salam bro, BEC Tero hanya menawarkan latihan percubaan atau trial dan bukannya full contract

Anonymous said...

Pengurus mau hasil yg sama...

HSKAMAL said...

ATS CONCEPT RESOURCES merupakan kompany yg terlibat dlm khidmat nasihat sukan. Khususnya Bolasepak.

Penasihat2 dan Pakar2 yg bersama kompany ini terdiri drp bekas instructor kejurulatihan FAM dan saya anak muridnya. Sangat bangga saya dpt mempelajari banyak perkara tentang bolasepak drp beliau.

Bila kita sebut bolasepak, kita status pro, pemain mesti independent. Mereka berhak dan harus dptkan khidmat nasihat dan penilaian yg tepat. Jgn sesekali bergantung pada fa negeri mahu pun Fam. Competency level mereka sangat rendah. Mereka hidup dlm budaya ampu dan bodek.

Kita mesti ambil pendekatan ala Eropah dimana pemain sendiri dgn nasihat pakar2 bebas dpt menentukan halatuju karier. Bukan Pegawai yg dtgnya drp FA. Ingat jgn tersilap dan jadi mangsa. "Kalau tak silap aku, Arwah Mokthar Dahari pernah berada dlm situasi sebegini dan terlepas peluangnya". Apa yg berlaku?

Lesen agen pemain yg ada pun dikalangan kroni2 FA. Nak harapkan mereka pun bahaya, kerana mereka tak bebas, terikat dgn warlord2 dlm FAM. Player agen lesen pun dikeluarkan senyap2-Bro Rizal pasti ada info2nya.

Akhir kata, pastikan keputusan dan langkah2 yg nak diambil itu tepat dan merangkumi semua aspek bidang bolasepak.

Untuk maklumat lebih lanjut, pergi ke Facebook Muhd Kamal ganesan sivaraman dan buka ATS CONCEPT RESOURCES. Tinggalkan isi hati anda. They will advice accordingly.

Anonymous said...

Dari sumber-sumber risikan Admin DRE12, Hamidin FAM akan gunakan kuasa veto untuk pastikan players muda yang berbakat dipaksa untuk digunakan untuk kepentingan Selangor. Ramai players yang berbakat dari Sekolah Sukan bukit Jalil atau Harimau Muda B berasal dari Selangor jika tidak dapat disambung kontrak ke Harimau Muda A akan "DIPAKSA" bermain untuk Selangor dengan gaji RM800 ke RM1000 sebulan bermula dengan Pasukan Piala Presiden. Jika menolak bermain untuk Selangor akan "DI BAN" oleh FAM! Sebab itulah Ariff Zulkifly berhijrah ke New Zealand dan sampai sekarang tak boleh bermain untuk pasukan negara sebab tak ikut kehendak FAM...

Alasan Hamidin players National SSBJ atau Harimau Muda B bawah 21 tahun kena berkhidmat untuk negeri dulu walaupun ada tawaran dari Kelab lain yang memberikan gaji lebih baik. Bayangkan jika di Harimau Muda B gaji mereka RM2000++ , mereka harus terima saja gaji RM800 ke RM1000 jika bermain untuk Selangor bermula dengan Piala Presiden dulu. Sangat zalim mereka ini mengugut player muda negara jika tidak ikut kehendak mereka. Di harap mereka yang ada autoriti untuk pantau kezaliman FAM ini boleh ambil tindakan! Hamidin cakap ini termaktub dalam undang-undang drakonian FAM! - Page FB Revolusi Harimau Malaya

Anonymous said...

Komen2 kat sini memandai ajer...tah mane dapat cerita ni semua? And to you En Rizal, just shut the f*&^ up, will you? Who the f&^% are you anyway?

jeed said...

Habislah. kalau main kat selangor alamatnya tak berkembanglah bakatnya. Ditambah lagi pengaruh2 negatif dari persekitaran yg boleh mempengaruhi seseorang pemain tersebut. Jika bermain diluar sekurangnya dia boleh berdikari tanpa memikirkan perkara2 lain selain drpd bolasepak.

Anonymous said...

BRO - liga kita antara terbaik kat dunia, mestilah semua pemain berebut nak main kat sini ? Selangor pulak gergasi bolasepak Malaysia yang....makin mundur!

blogrojak said...

cadangan untuk saudara rizal hashim,untuk lebih konstruktif ,jikalau boleh
Aturkan pertemuan Rozaimi,Safee sali,Tan sir Anuar Musa dan Zack Rahim (pengurus SS10 )untuk diadakan forum mengenai perpindahan pemain bolasepak keluar Negara. (siarkan secara langsung di TV) Perbincangan mengenai peluang bermain diliga luar negaraForum ini dapat memberikan pendedahan bukan sahaja kepada rozaimi tetapi kepada pemain muda lain mengenai peluang bermain di liga yang lebih baik SELAIN liga Malaysia.dengan memberikan pendedahan yang betul kepada rozaimi sudah tentu dia membua keputusan yang betul kelak dimana sepatutnya dia berada.
Dan tidak mustahil dengan forum ilmiah seperti ini akan menarik lebih ramai bakat muda bolasepak Malaysia berkelana,dan persaingan skuad bola sepak Malaysia pasti lebih sengit dan di penuhi oleh bintang-bintang pemain asia dan eropah.tidak musahil jika pemain bola sepak Malaysia akan beraksi merata di liga terbaik Asia dan Eropah.

*untuk selangor mereka memang ada hak untuk mengikat kontak rozaimi,dengan harapan Selangor FA bersungguh untuk bersaing di kejohanan AFC. tetapi adalah lebih baik jika Rozaimi mengembangkan bakat di liga Thailand, jika dilihat dari segi persaingan liga Thailand lebih kompetetif dan kelab diliga mereka layak bermain di AFC CHAMPIONS LEAGUE.rozaimi sepatutnya mengambil peluang bermain di BEC Tero Sasana FC.
Inilah peluang pemain bolasepak muda Negara untuk keluar dari kepompong liga bola sepak Malaysia ,yang entah bila akan layak bertanding di AFC champion League.Peminat masih tidak faham dengan kepimpinan FAM langsung tdak peduli dan mempunyai hala tuju untuk memajukan liga Malaysia sehingga mampu masuk ke kelompok pasukan elit kelab bola sepak ASIA.
Sehingga kini pasukan F.A NEGERI masih dimanjakan dan tidak pernah berdikari untuk memajukan pasukan,(terkecuali pasuka KELANTAN @TRW) dIbandingkan perkembangan bola sepak Thailand adalah lebih kompetetif,kelab –kelab mereka lebih banyak berbanding MALAYSIA, Disini FA negeri lebih dipengaruhi oleh kepimpinan politik.sampai bila ? mengapa pasukan bolasepak masih di bawah kerajaan negeri,sudah sampai masa perancangan hala tuju bola dikaji dan keluarkan untuk direalisasikan,tetapi itupun jika FAM di TRANFORMASIKAN,pasukan negeri diswastakan,FA negeri hanya perlu menguruskan liga negeri dan daerah,perbanyakkan sokong kepada PENUBUHAN kelab kelab yang akan bertanding ke asto liga Malaysia.

blogrojak said...

Tambahan masih mengai isu FA&FC di liga Malaysia* kalau boleh rizal hashim boleh kupas isu idea persatuan bolasepak johor yang ingin mengabungkan kelab bola sepak mereka,agak mengejutkan jika ini berlaku,apakah kesudahannya,akan wujudkah pasukan Johor A &B,jika benar INI akan berlaku amat pelik sekali ,tidaK pernah dibuat kelab antrabangsa sebagai contoh Sheffield united f.c dan Sheffield wednesday bergabung,Atletico madrid dan Real Madrid ,River Plate & Boca junior ADAKAH kelab ini bergabung,tidak,jika DI liga Malaysia ntah bila akan muncul perlawanan ‘superduperclassico’.JIKA benar hasrat Johor akan menjadi reality,inilah masa terbaik untuk terus menyokong pasukan BPL&LA LIGA,TINGGALKAN LIGA Malaysia dan FAM&CO…biar mereka sahaja yang menonton Liga terbaik Malaysia.
Tranfomasikan bolasepaK Malaysia.

Anonymous said...

Saya setuju yg FA Negeri harus diswastakan dan diuruskan sebagai satu bisnes atau syarikat yg "self-sufficient" dari mengharapkan dana negeri semata2. FA Negeri juga sepatutnye lebih berfungsi untuk membangunkan "grass-roots" football di negeri masing2 dan menjadi feeder kepada team utama.Pihak pengurusan team negeri tu mestilah org2 management professionals dan pakar2 marketing dan bukan ahli2 exco negeri dan politik dan org2 kenamaan semata2 yang hampir kesemuanya buang masa saja dan tak membawa sebarang faedah kepada team.
Malangnya, inila org2 yg mengendali FA negeri2 dan juga FAM

Anonymous said...

And another thing I wish to highlight here. What makes people think that the Thai league is that much better than our own? It's at least as corrupted if not more so and aren't we currently the best team in Southeast Asia? Take Safee Sali, is he a better player since he moved to Indonesia? Hard for anyone to argue that he is...the only thing he gained from that move was freedom (from his wife) and loads of money...but benefit for our national team? Hardly. If they get an offer to Japan, Korea or Middle East or even Europe...then by all means go. But Thailand and Indonesia? No real difference to me.

HSKAMAL said...

Indonesia and Thailand are above us in football, even if the situation are the same as Malaysia, nevertheless they have qualified for the Asia cup where Malaysia failed to do so for a long time now.

Even the Koreans are corrupted too.
Remember the 2002 World cup? They made it all the way to the semis with many unjust decision by the match officials.

Are you sure we are the best in SEA? We are not able to beat teams like Singapore and Myanmar. You say we are the best?
These is a good step forward for our players.

Anonymous said...

Midin sanggup buat apa saja bro demi misi 33 yg ntahape2ntah.... Nk sgt striker hebat tp goalkeeper cm gampang!!!!

Anonymous said...

Org FAM yg berkuasa , bukan peduli tentang future Rozaimi dan Sabah . Semua fikir nak capitalize atau tak advantage saja , untuk kepentingan pihak tertentu .

FAM , kes rasuah dah siasat. Ka ? Dgr kata , org dalam terlibat , familiar faces pula tu , tinggi juga jawatan .

Adakah ini salah satu sebab , mengapa TSAM tak ada ofis , dan sekarang dah kena gantung .

Craft Cempaka said...

Malaysia mempunyai pemain2 yang berbakat besar. Tetapi seperti selalu kerenah FAM sentiasa me'musnah'kan bakat2 tersebut. Lihat saja cemuhan & reaksi2 negatif bila Safee sali bermain di kelab Indonesia. Sebaiknya, bakat2 muda negara perlu 'berhijrah' ke luar demi menyelamat bakat & kemampuan yg ada.

Anonymous said...

rozaimi masih perlu pendedahan lebih banyak game,bagi saya dia masih perlu tunjukan kebolehan di mana-mana dan apa jua game,tak perlu kita terlalu mendesak supaya dia berkelana di luar,dia semestinya sudah membuat pilihan bijak untuk kariernya.mungkin bukan sekarang,mungkin akan datang bakatnya lebih menyerlah dan mendapat tawaran kelab ternama..siapa tahu?

Anonymous said...

HSKAMAL,
typical malaysian defeatist mentality. thai, indon n malaysia league is quite similar in standard n management. jgn la smp xde maruah sgt smp kata bolasepak malaysia totally sampah. the players that won aff cup n sea games dtg dr team yg main dlm super league msia + project boys harimau muda. backed up by sports school. kalo ikut suma team kat asean ni lebih kurang sama je kualiti dia. so, it is not a big loss kalo x main bec tero sasana pun.

HSKAMAL said...

Anonymous 3:38pm,

Being positive when comes to Malaysian football is something in the past...

The current situation in the football scene is different then before, where we have in-competent people running the show..."Are you one of them"

How well do you know the people running the show?(FAM and FAS)
Bukan sahaja player dtg drp project bolasepak, kemenangan kedua-dua title pun kena project da!!

Kita perlu force the situation in-order to jolt the entire setup.

Kalau kat China, ahli sukan kena rotan dan pegawai2 yg seleweng kena tembak bro... Malaysia Boleh Tahan!!!

Saudara sendiri gunakan perkataan sampah. Betulah tu.

Beb, aku dah produce ramai pemain bolasepak remaja untuk National and state level pada tahun 90an melalui pendekatan dan kaedah2 yg dimana FAM dan FAS sendiri pun tak nampak.

Semua sumbangan aku kepada negara dan negeri sia-sia sahaja, kerana kita masih nak lebihkan makan nasi drp roti.

KINGkong temasik said...

peluang mcm ni mana boleh tolak
bro...kekadang tawaran dari club
cuma dtg sekali seumur hidup...
sekali trlepas mmg bye2 la...
patut rozaimi gi test dgn club
siam ni..news dari club siam ni
baru je sign contrack dgn player
indon c TITUS BONAI...tp tula
rozaimi dh buat keputusan nak
join selangor dlm MSia cub...
glamer main dlm Msia je la...
silap2 hari bulan club siam BEC
TERO SASANA ni layak main dlm
ACL 2013...mana ada team dr Msia
ni yg layak dlm ACL ni..paling
kuat pun cuma AFC champion je mcm
yg kelantan n Ganu dpt tahun ni..
BRO RIZAL nak tanya sikit la nape
sorang player Msia yg main club
china SHANGHAI SHENHUA Tam Sheang
Tsung 17thn tak pernah di test
HM A OKS...mcm buat tak pandang
je dgn mamat ni...kalau tak bagus
nape club china yg ada players
mcm anelka , drogba boleh sign
contract dgn TAM ni...