Saturday, January 7, 2012

Pakar bola kita

Oh Malaysiaku...bila agaknya anak-anak Malaysia yang diiktiraf orang luar dapat menabur bakti di tanah air sendiri? Atau diberi peluang kedua mengurus bola sepak tempatan?


Windsor Paul John dikhabarkan akan menjadi penolong Pep Guardiola? Anak jati Kedah ini bekas ketua penyelidikan dan pembangunan FAM, pernah menjadi penolong jurulatih kepada M. Chandran di Selangor...bayangkan semua orang termasuk Diego Maradona terpaksa minta kebenaran Windsor untuk masuk bilik persalinan Piala Dunia...baca sini. Apabila jawatankuasa pembangunan bola sepak ditubuhkan, aku mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk melantik Cikgu Windsor mengepalai projek itu...hmmmm, aku dah serah CV Windsor kepada YB...


Haji Saifuddin Abu Bakar, pernah jadi penolong setiausaha agung FAM, kini menjadi penolong ketua jabatan pertandingan Qatar Stars League


"Rizal, over there 2 billion people will listen to what I say, but over here," begitulah keluhan Datuk Yap Nyim Keong, yang meletak jawatan selaku penolong setiausaha agung FAM pada 2005. Kini menasihati Chinese FA


Haji Amir Sharifuddin Wong, satu nama yang cukup sinonim sebagai pengadil dalam liga tempatan, kini menyemai bakti di Maldives


Cikgu Mohd Rodzali Yacob adalah instruktur pengadil elit AFC, selalu bantu aku memudahkan tugas selaku pegawai media FAM selama dua bulan pada 2008


Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh kini anggota jawatankuasa pengadil FIFA. Baca senarai anggota jawatankuasa pengadil FIFA


Datuk Dell Akbar Khan (kiri) anggota jawatankuasa stadium dan keselamatan FIFA. Adalah menjadi harapan aku untuk mempelawa ketiga-tiga individu ini, termasuk Yap dan Datuk Zolkples Embong bagi program Dengan Izin terbitan Slamet Sazly Yakub


Stuart Ramalingam pula adalah ketua eksekutif MSL Sdn Bhd, cuba membawa angin perubahan tetapi berdepan pelbagai kekangan dan cabaran secara harian. Mungkin Datuk Seri Sepp Blatter boleh bantu


Lim Kim Chon yang pernah bertugas di FAM dan AFC, biasa menjadi anggota TSG FIFA, atau technical study group. Kini menjawat tugas paling penting dalam bola sepak Malaysia, selaku pengarah teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Sila baca blog jawatankuasa di sini. Topik pertama aku sebagai blogger pada April 2008 - Kim Chon, baca Anak Melaka for the hotseat


Adik Kim Chon, Teong Kim pula sudah lama berkelana ke Munich, mengambil lesen paling tinggi dalam bola sepak Jerman di Cologne pada Jun 2005. Baca Thomas, Mesut and Lim

Baca pula akhbar the Star dalam artikel bertajuk FAM in La-La land

27 comments:

Anonymous said...

terbaek!!

Emmet Muhamad said...

rizal, pernah dengar nama coach Zulakbal? Coach yang menaikkan nama Nazmi Faiz skuad u-18 KL beberapa tahun dulu.

Kini berada di Australia menyambung PHD. Salah seorang orang Malaysia yang menjadi instruktor AFC (conditining).

InsyaAllah bakal merubah bola sepak Malaysia satu hari nanti

rizal hashim said...

Emmet, cikgu zul pernah bawak team Asian Schools! ya terima kasih...

saiful said...

Tahniah Cikgu Amir Sharifuddin !!

Anonymous said...

azimi abdullah seorang rakyat malaysia bertugas untuk FIFA.tapi x pasti jawatan apa..

ahmad khalidi supian juga merupakan salah sorg fitness instruktor fifa

cikgu amir syarifudin merupakan maldave referee director

Cikgu Helmi said...

kwn sekolah kami tue......zulakabal

Tiger Mizie said...

Rizal,

Sebenarnya FAM punya barisan kepimpinan yg sangat berkaliber dari dulu lagi. Dari zaman Tunku lagi. Bukan saja kepimpinan yang bagus, tetapi semangat mengenai bola sepak org-org bawahan pun sgt bagus.
Permasalahan sebenarnya adalah mereka ini tidak dapat melakukan yang terbaik bila berada dikerusi kepimpinan FAM. Hairan bin Ajaib, tetapi kenyataannya. Mesti ada kesilapan root cause yg FAM sendiri tak perasan. Nak kata sebab Presiden, Presiden FAM sendiri cukup cemerlang bila menerajui AFC? Nak kata Timbalan, dua2 timbalan juga berjaya dalam kepimpinan FAM. Secara peribadi saya melihat Jawatankuasa2 yg wujud dalam FAM adalah penyebab kegagalan ini. Mgkin tiada fakta, tetapi kecacatan menganjurkan sesuatu bahkan mengadili sesuatu hukuman serta kecelaruan menguruskan pasukan liga M dan Kebangsaan menjadi contoh kegagalan. Apa yg perlu sekarang, kerjasama semua pihak perlu utk mengubah FAM ataupun boleh disebut sebagai Transformasi FAM

Mizielyn
Once a Tiger, Always a Tiger

Shah Persian said...

kalau diowang semua join msuk fAM confirm league in malaysia gempak mcm la liga dan malaysia dpt msuk world cup

MatRock said...

Nama-nama besar yang diwar-warkan oleh LC tu rasa-rasanya kalau ikut hukum akal, susah sikit nak masuk semula FAM. Tapi kalau depa sanggup nak hulur tengkok. cuba-cubalah nasib.....

Contoh terbaek, kita tanya LC sendiri yang pernah bawak tikar bantal kat tingkat 3 Wisma FAM; sanggupkah anda rujuk semula dalam suasana sekarang yang tiada bezanya pada masa anda angkat kaki dulu?

Anonymous said...

ni sume masalah sultan bola...presinden dgn org bawahan fam ok je

Epyy said...

pernah dengar fisol abd razak? dia pernah jadi coach kat brazil dlm tahun 90an. dan dia juga pernah jad coach kedah. coach ni la yg mengenal pasti bekas peyerang berbakat Kedah/Malaysia iaitu Akmal Rizal. masih lagi ingat masa dia memegang jawatan coach di salah satu sekolah di Kedah. dalam tahun pertama dia pegang, sekolah tu dah jadi johan daerah KM/Y(Kuala Muda/Yan). dia mmg bagus dgn player2 yg muda.

Epyy said...

pernah dengar Fisol Abd Razak? dia pernah latih Kedah lewat 90an. dan kalau tak salah dia pernah ke Brazil, latih satu kelab di sana. Dia ni juga yg bertanggungjawab mengenal pasti bakat Akmal Rizal dan seterusnya menjadi striker yg teknikalnya cukup tinggi.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Bro Rizal,

Welcome to Malaysia football, the nation that supply n exporting technical talent to outside world..

Hidethosi Jan Miura

Coach Wan said...

Even though Coach Kim Chon is holding an important role in our football development...his hands are tied as well by the people up there

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

Orang hebat tak sesuai duduk dalam FAM. FAM suka orang biasa-biasa dan pak turut je. Senang nak tadbir FAM.
Lagi pun mentaliti FAM setakat jaguh kampung. Jadi mereka ini, biarlah berkelana sebab mereka memang diperlukan di luar sana. Tahniah atas kehebatan mereka.

Anonymous said...

BRO - mereka ni semuanya tak hebat - puak2 kat FAM lagi hebat dan knowledge mereka pasal bolasepak sungguh excellent?

HSKAMAL said...

Ada jurulatih lagi hebat. tanya Kim Choon tentang K.Sukumaran...beliau adalah contoh kepada ramai yg bertugas di FAM tetapi tak layak sepertimana K. Sukumaran...

Seorang yg faham sangat tentang bolasepak... Mangsa politik dlm sukan.

CKNR said...

Kita tahu, kita baca, kita lihat kehebatan pakar-pakar sukan beraksi diperingkat agak tinggi dan telah terbukti dalam bidang yang diceburi mereka.MSN , FAM dan lain-lain agensi sukan yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan prestasi sukan dari akar umbi ke peringkat elit serta dapat bersaing dengan berkualiti di persada antarabangsa. Hanya 1 soalan - apakah solusi yang terbaik untuk mengembalikan sukan Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan serta menjadi inspirasi dan warisan kepada generasi akan datang. Mudah saja- dapat khidmat mereka dan sanggup bayar seperti dibayar kepada pakar luar negara.

For the Game , For Malaysia

Anonymous said...

jd juri pon kecoh bagai...mcm bagus...ape pnye org la....sultan kite kne hormat...ko tu lembu ke xde otak....

ereq said...

rezal...rmaai yg keje kt luar sbb politik fam..bukan nk timba ilmu diluar n berbakti pada fam....phuiii...x leh pk...

rizal said...

mati2 la mu rizal hashim
mulut mu 2 bleh chili
mu 2 sdap la komen kow ore
dh la palo bubus

Anonymous said...

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=4299409138346225287&postID=307567140562872116

Anonymous said...

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=4299409138346225287&postID=307567140562872116

Anonymous said...

Bro Rizal,

Nak tanya,
coach zulakbal ni nama penuh nya zulakbal abd Karim ke?.

baMbOoCaNnOn said...

ada "cartel" dalam FAM dan sikap favouritism yang merosakkan sistem merit. tak kan tak faham2 lagi FAM tu macam mana.

Anonymous said...

Kalau lah FAM dianggotai oleh "Pakar Bola" sbgmana yg diatas,,,rasa Malaysia telah mengatasi Jepun dan Korea Selatan peneraju bolasepak Asia tapi malang nya FAM dianggotai oleh "YES MEN"

Anonymous said...

Dlm rmai2 coach yg prnh melatih sy..fisol razak paling sy hormati,ilmu yg cukup kiss dr sis.rugi kedah Dan msia x guns org mcm dia..