Tuesday, July 27, 2010

PBSMM sokong TM





SIARAN MEDIA
Rabu, 28 Julai 2010

SOKONGAN BARISAN KEPIMPINAN BARU PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA - FAM

Kuala Lumpur; Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sabtu lalu, menyatakan sokongan penuh keatas Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bagi menduduki jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM.

Menurut Datuk Takiyuddin Hassan, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, ”kewibawaan dan kredibiliti Tengku Abdullah dalam sukan bolasepak selama ini jelas terbukti dan ianya amat berfaedah ke arah memacu semula FAM dan sukan bola sepak negara ke era yang lebih dinamik”, demikian menurut Datuk Takiyuddin.

Kongres ke-47 badan induk bola sepak negara akan berlangsung pada Sabtu, 31 Julai ini, dimana kongres kali ini dianggap bersejarah kerana buat pertama kali jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Eksekutif dipertandingkan serta ia menjadi rebutan ramai calon.

2 comments:

Emmet Muhamad said...

banyak persatuan dan individu ambil jalan selamat dgn menyokong Tuanku Sultan Pahang mengekalkan jawatannya, walaupun umum mengetahui ramai yang menggesa agar Baginda melepaskan jawatan itu.

Memang tak boleh dinafikan sumbangan Tuanku dalam memodenkan sistem pentadbiran dan pengurusan bola sepak di malaysia, dan asia.
Malahan Baginda lah yang bertanggungjawab membawa Piala Dunia Ke Korea&Jepun pada 2002.

Tapi,apa sudah jadi dengan pencapaian bola negara?

Langkah Tengku Muda bertanding balik jawatan timbalan presiden mungkin adalah mukaddimah kepada pengunduran Tuanku Sultan Pahang dari FAM.

Mungkin Baginda mahu Tengku Muda yang menggantikan tempatnya, sebab itu lah Tuanku Sultan Pahang masih mahu memegang jawatan itu sepenggal lagi.

Jadi dia boleh menyerahkan jawatan presiden kepada Tengku muda dengan selamatnya.

Tengku muda 'hampir' berjaya menyelamatkan pasukan hoki kebangsaan dari terus merudum.

Tapi berbeza dengan skuad bola sepak negara, yang sememangnya telah lama hanyut dihempas ombak kemajuan bola sepak dunia.

Siapa2 pun yang menang pada kongres nanti, tak kiralah Tuanku ke, tengku ke, tan sri ke, datuk ke, orang biasa ke, ingatlah taggungjawab anda bukan mudah!

langkah damai said...

Tak mencabar minda langsung kalau nak berpersatuan pun,
kalau nak tunjuk serius - petik la nama calon lain...

Seantero Malaysia pun tahu Tengku Abdullah - siapa yang tak sokong ?

besok saya nak buat Press Conference juga untuk umumkan saya juga menyokong Tengku Abdullah - ada juga ke Wartawan nak datang walau dah tahu apa nak dicanang ..;)