Friday, July 16, 2010

Azraai dan FAM

Nampaknya jodoh Azraai Khor Abdullah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak panjang. Pelik sebenarnya kerana jarang-jarang seorang jurulatih di FAM ditunjuk jalan keluar tidak sampai enam bulan berkhidmat. Sudah tentu ada yang tidak kena.

Percakaran di antara Azraai dan jurulatih penjaga gol P. Mohana Sundram dikhabarkan menjadi antara faktor mendorong FAM membuat keputusan drastik. Azman Eusoff, selaku penolong yang dilantik oleh Azraai, turut terpaksa angkat kaki.

Mudah kalau menuding jari terhadap FAM. Namun dikatakan ada laporan teknikal terhadap keupayaan Azraai.

Tentunya ramai terkejut kerana Azraai tampil di Wisma FAM dengan reputasi gah - mengendalikan Kedah sejak mengambil alih daripada Miradinha pada 2004, membawa Hijau Kuning merangkul treble dua musim berturut-turut.

Dikhabarkan corak latihan Azraai selain pendekatannya yang agak santai, menyebabkan pemain "hilang respect" terhadap bekas pemain kebangsaan itu.

Baca Harimau Muda dah tak ngaum dan Di balik tabir Slovakia. Ikuti juga luahan Kaki Bola dan fahami apa yang tersirat dalam A journey to an end

Ada juga desas-desus mengatakan kembara di Slovakia penuh cerita kurang enak, membabitkan beberapa individu Slovakia yang cuba menumpang rezeki Harimau Muda A, termasuk kisah tukang urut berlakon jadi pakar fisioterapi dan kitman yang kurang pengalaman.

Sebenarnya aku menyokong pendedahan ke luar negara, sama ada Slovakia, Perancis, England dan mana-mana kawasan sewaktu dengannya kerana pemain harus menggarap pengalaman untuk belajar. Sebelum inipun sudah banyak kali pasukan kebangsaan ke luar negara menimba ilmu.

Dari zaman Tan Sri Elyas Omar di KL, anak buahnya dari peringkat remaja bermain dalam Gothia Cup dan berkampung di Jerman, Slovakia dan England. Claude Le Roy membawa pasukannya ke Kejohanan Toulon manakala anak didik Hatem Souissi berkelana ke England dan Perancis dalam persiapan menghadapi Piala Dunia Bawah 20 dan pra-Olimpik 2000.
Masalah timbul apabila team dynamics tidak padan dan wujud unsur negatif serta tikam belakang. Akhirnya, pasukan yang menjadi mangsa.

Pelantikan Ong Kim Swee tidak mengejutkan. Kebanyakan pemain Harimau Muda A anak buahnya juga. Kisah ini tentunya belum bernoktah.

Harapnya Harimau Muda A mengaum semula.

7 comments:

Ramli Ghouse said...

SECARA ikhlasnya, aku tidak sedikitpun menyalahkan FAM dalam soal ini. Satu Malaya dah tau apa itu FAM dan siapa itu FAM.

Yang aku salahkan ialah sdr Azrai dan sdr Azman sendiri. Hangpa berdua sengaja menempah maut. Orang lain kalut angkat punggong, hangpa berdua kalut pi pindah ke Kelana Jaya tu.

Itu pandangan peribadi aku drp satu sudut. Maaf jika mengguris hati.

Azmi said...

Salam,

Sejak bilakah menjadi seorang jurulatih yang santai satu kesalahan dan sesuatu yang negatif.

Perlukah seorang jurulatih menjadi seorang yang ala sergeant-major dan memekik melolong.

Sekiranya pemain (muda) kita tidak menghormati jurulatih mereka atas sebab santai, itu menunjukkan ketidak matangan yang begitu menggusarkan.

Agak menjengkelkan jika benar pemain "hilang respect" terhadap jurulataih mereka yang "agak santai".

Pemain harus lebih "mature". Mereka bukan dalam kem tentera!!! Kalau nak ketegasan yang melebih-lebih, hang up your boots and join the army!!!

Terdapat ramai jurulatih antarabangsa yang "santai" tetapi berjaya. Mereka mungkin agak eccentric tetapi berjaya. Lihat sajalah Clough, Roger Lemerre, Aime Jacquet, Guardiola dan sebagainya.

Look where military training and intensive camps have brought our badminton team.

Sudahlah FAM.

In any case, good luck to Kim Swee. Dia baik orangnya. Dulu zaman dia main untuk Sarawak tak pernah say no to autograph hunters (seperti saya.. hahaha).

Unknown said...

saya menyokong seratus peratus apa jua tindakan FAM kerana kewibawaannya menempa emas sukan SEA baru-baru ini dan membawa Harimau Muda A menjuarai MPL edisi lepas.

cuma agak terkilan dengan persatuan negeri dan kelab yang terlalu bergantung terhadap FAM dan ketidakmampuan mereka untuk menghasilkan pelapis berkualiti sendiri. dahulu selangor gah kerana mempunyai pemain-pemain muda yang membawa impak pada usia muda seperti azman adnan dan amri yahya. tetapi kini tidak lagi. sebaliknya reputasi itu diambil alih oleh kedah dan terengganu.

FAM terlalu banyak menerima tekanan daripada media dan peminat bola sepak. sedangkan fokus media harus lebih tertumpu kepada persatuan negeri dan kelab.

MatRock said...

BERITA terkini mengesahkan pengurus ladang memang tak reti bahse punya orang. Membuat kesimpulan sendiri hanya berdasarkan tajuk surat tapi tak baca isi surat. Hadoi...Ni la susahnya... tak penah nak ngaku kesilapan sendiri.

Dalam Islam sendiri pun, jika kita berniat nak melakukan maksiat atau kejahatan, ianya tidak berdosa selagi kita tidak melakukannya. Manakala jika berniat melakukan amal jariah dan kebaikan pula, ianya sudah dpt pahala walaupun kita belum melakukannya lagi.

NIAT dari kacamata FAM lain pulak ceritanya. Jika berniat melakukan sesuatu, maka ianya sudah dianggap SAH dan menjadi kenyataan sebaik-baik saja kita pasang niat. Cis...

Anonymous said...

Ese bersetuju bonar dgn Sdr Ramli Ghouse. Eko memang botul warikh, Den kobar dah dulu Azrai dan Azman sengaja nempah maut masuk kandang kek Kelana Jaya. Agipun Azman & Azrai bukan calon yang paling layak jadi coach Harimau. Bikin malu jo, elok lah FAM copek buat keputusan ketepikan Azman & Azrai. Lam pada tu elok juga FAM muhasabah diri sebelum buat keputusan merapu utk team Rimau ni pas nie.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

ini lah yang di namakan putar alam Dato Azuddin Bin Ahmad baca surat tak habis lepas tu kalau nak tunggu jawapan dari dia agak susah untuk dia tulis surat sebab masa zaman ashkar dulu pakai taip writer yang kena ketuk kuat2 pakai komputer agak kurangkan ( kita maafakan dia ya bab ni) so lagi satu senjata sulit Dato Azuddin semuanya keputusan titah tuanku, padah hal tuanku pun tak tahu sepatah haram

buat Azrai dengan Azman dan buat semua tahniah kerana anda merupakan golongan yang telah di potong oleh Dato Azuddin Ahmad (dia akan potong sapa yang tahu dia punja jalan atau lawan sama dia , kena ingat ini ashkar perisik beb)

so baik lah anda berdua cari tempat lain di cadangkan luar dari Malaysia lah

SELAMAT JALAN ROMEO

Bola itu petak said...

hahaha.. lawak arr.. kalau sebab santai kena pecat..mcm sial la player malaysia.. patut tak maju bola sepak, sebab player mengadu coach kena pecat. kah kah kah kah.. FAM nak tutup malu oii..dah habis berjuta antaq pi luar negara main..tapi kalah ja.. last2 coach kena kambing hitam.. kah kah kah kah.. FAM oh FAM. Ingat antaq pi sana boleh masuk world cup, yang pak menteri berangan nak anjur world cup..kah kah kah.. propa2

nanti tunggu coach lain plak kena kambing hitam.. haha.. raja gopal tunggu masa ja.. harap buleh emas sebiji tuh pun sukan sea.. kah kah kah..

FAM OH FAM.. perosak bola sepak malayisa sejak tahun 80'an. kearan asyik dgn kejuaran dulu..lupa nak buat program bola sepak.. BUKA MATA BUKA TELINGA, TEPUK KEPALA TANYA KEPALA HOTAK

Marah-marah jugak, ahad nih jom ramai2 pi sokong skuad malaysia.