Wednesday, July 14, 2010

Betul ke SAM cap ayam?


Wah, Abdul Rahim Lajis (gambar), bekas penjaga gol bola sepak remaja Melaka, wartawan Berita Harian dan Utusan Malaysia, marah betul dengan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), melabel SAM sebagai persatuan cap ayam,‘Persatuan Penulis Double Standard’, ‘Persatuan Ketam Ajar Anak Berjalan Lurus’, ‘Persatuan Penulis Lidah Bercabang’, ‘Persatuan Kuali Mengata Belanga Hitam’, ‘Persatuan Pemimpin Kencing Berdiri Ahli Kencing Berlari’, ‘Persatuan Kuman Di Seberang Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Nampak’, ‘Persatuan Penulis Sukan Hipokrit’ dan banyak lagi.

Sedih aku. Abdul Rahim turut memilih untuk meletak jawatan sebagai ahli biasa dengan penuh gaya, menulis surat membelasah ahli SAM sambil membuat salinan kepada Penaung Diraja, DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, Penaung, YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Pendaftar Pertubuhan, Pengarang-pengarang Media, Penulis-penulis blog sukan, Ahli-ahli sukan kebangsaan, Ahli-ahli sukan negeri, Pegawai-pegawai persatuan sukan kebangsaan, Pegawai-pegawai persatuan sukan negeri, Penyelaras Malaysia, Guinness Book of World Records dan Penerbit Malaysia Book of Records.

Antara lain, Rahim menulis dia mengambil keputusan untuk berhenti menjadi ahli SAM berkuatkuasa 12hb. Julai 2010 kerana tidak mahu dikaitkan dengan sebuah persatuan yang SENGAJA TIDAK MAHU MEMATUHI PERATURAN SENDIRI.


Katanya, ini berikutan keputusan memeranjatkan oleh ahli-ahli SAM pada Mesyuarat Agung Luarbiasa Dwi-Tahunan SAM 2010-2012 di Wisma OCM, Kuala Lumpur pada petang ini yang telah bersetuju untuk menerima dua (2) pencalonan jawatan Timbalan Presiden yang TIDAK MEMATUHI SYARAT-SYARAT WAJIB layak bertanding kerana pertama, pencalonan tidak ada penyokong dan kedua, borang pencalonan dikemukakan selepas tarikh tutup.


"Kedua-dua KECACATAN itu adalah jelas telah melanggar syarat dan peraturan seperti mana yang dikehendaki dan ditetapkan dalam borang pencalonan tetapi tetap diterima seolah-olah syarat dan peraturan yang ditetapkan tidak mempunyai apa-apa makna langsung.


"Kita semua sedar bahawa memenangi apa-apa jawatan atau mendapat sebarang kedudukan tidak memberi makna jika caranya terpaksa menngorbankan sejarah kehormatan sesebuah pertubuhan itu dan ahli-ahlinya kerana tidak mematuhi peraturan yang dikehendaki dan ditetapkan oleh organisasi mereka sendiri.


"Sedangkan dalam pelbagai persatuan lain, pemimpin dan ahli sanggup meletak jawatan demi untuk memelihara maruah, integriti dan kredibiliti pertubuhan mereka daripada membelakangkan undang-undang dan peraturan mereka sendiri.

"Keputusan itu juga telah MENGHINA kewarasan akal calon-calon lain termasuk yang menang tanpa bertanding bagi Penggal 2010-2012 ini dengan menjadikan mereka bahan ketawa kerana sibuk dan bersusah-payah untuk mengikut peraturan dan masa yang ditetapkan, sedangkan usaha-usaha untuk mematuhi segala peraturan itu sebenarnya tidak perlu.


"Saya bimbang apabila kes-kes tidak mematuhi peraturan seumpama ini masih terus diterima, ia akan menggalakkan lebih banyak perbuatan melanggar peraturan pada masa akan datang terutama mengenai kewangan. Ini adalah teladan yang buruk dan sangat berbahaya. Ia akan menular seperti PEKUNG dan KANSER yang pertama dalam sejarah SAM."

Pada aku sebagai ahli biasa, jika kita tiada kepentingan, kita tidak harus meletak jawatan atau merendahkan martabat sesiapa.

Sebenarnya, ketika isu ini diajukan sebelum pemilihan, presiden SAM Ahmad Khawari Isa bangun menjelaskan pencalonan itu dibincangkan di peringkat Exco SAM yang kemudian memutuskan agar ia dibawa kepada perhimpunan agung selaku badan paling berkuasa.

Kemudian aku bangun, mencadangkan atas semangat kekitaan, kekeluargaan dan bertujuan memelihara keharmonian, apa kata kalau SAM terima pencalonan mereka dan ketepikan isu teknikal. Lagipun dua calon itu ada sumbangan dan track record yang tidak boleh diketepikan semata-mata atas dasar teknikal.

Selepas itu Nasir Ahmad dari Berita Harian menyokong sambil berkata sebagai golongan yang tidak ada kepentingan dan tidak dijanjikan apa-apa habuan atau pakej rangsangan, elok terima saja pencalonan.

Kemudian Mat Yusoff dari Astro Arena mengingatkan agar calon-calon pada masa akan datang agar berhati-hati dan mengemukakan borang mengikut syarat.

Jadi mesyuarat secara sebulat suara menerima pencalonan mereka.

Beberapa persoalan berlegar di kepalaku...Asan Ahmad mengemukakan borang pencalonan untuk Timbalan Presiden dengan pencadang tanpa penyokong, manakala Ibrahim Abu Bakar melepasi tarikh tamat.

Ada dua atau tiga calon lain yang bertanding kerusi exco juga tidak ada penyokong tetapi borang mereka ditandatangani oleh Rahim Lajis selaku penyokong. Tapi borang Asan tidak pula ditanda tanganinya?

Bagi aku, SAM harus dipimpin oleh mereka yang tidak ada agenda peribadi. SAM juga bukan badan sukan yang diwujudkan untuk melahirkan atlit prestasi tinggi atau badan politik yang mengejar projek dan tender berjuta-juta. SAM sekadar untuk menjaga kebajikan penulis sukan.

Adalah lebih baik memilih orang yang silap isi borang tetapi ikhlas dan ada sumbangan daripada mengundi orang yang pandai isi borang, pakai smart, soft-spoken tapi ada kepentingan peribadi dan politik. Lagipun sayugia diingatkan, perlembagaan dan peraturan dicipta untuk menjadi garis panduan kepada manusia agar tidak bertindak seperti haiwan. Kita ada budi bicara dan akal. Sama ada waras atau tidak, mungkin boleh panggil pakar psikologi ISN.

Kalah atau menang, tidak perlulah buat salinan kepada FIFA atau IOC. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai. Maaf otai Rahim...aku tidak setuju dengan saudara!

22 comments:

Anonymous said...

persoalannya saudara rizal, bagaimana rahim boleh jadi ahli SAM? dia langsung tidak menepati status ahli seperti dalam perlembagaan.

dia sekarang ni di merdeka online, portal yang tiada langsung menyiarkan berita sukan. jadi, kalau dia nak guna perlembagaan, awal-awal lagi dia sepatutnya dah tak boleh bertanding...

itulah, jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak sendiri yang lebih.

Ahli SAM said...

Kepada Semua Ahli SAM.....

Insiden membabitkan individu terbabit nyata menyentap dan mengejutkan ramai pihak...wpun ada setengah yang dah tahu "Mamat" ni punya sejarah hidupnya dalam dunia kewartawanan.Masakan bekas majikan"Mamat" ni memberhentikan "Mamat" dari tempat asalnya...Kebanykkan pengamal media lebih arif mengetahui siapa sebenar "Mamat" ni...Sebagai salah seorang ahli SAM saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat tentang "Mamat" ni...sepanjang pengetahuan saya "Mamat" kerap mendampingi "Geng2 Politik" untuk dptkn sesuatu...Wallahualam apa yang dia dapat...Akai panjang.....Pada pemilihan sebelum ni "Mamat" menang tanpa bertanding...jawtan tak koman...Setiausaha SAM,tapi hakikatnya kerja tak buat...Nak dptkan pengesahan ROS amik masa 6 bulan...Naib Presiden ketika itu rasa terpanggil pergi ROS utk selesaikan beberapa perkara...Aik ROS selesaikan dalam tempoh tak sampai 1 bulan..."Mamat" apa brg lu amik masa 6 bulan org lain amik masa 1 bulan...Kacau2...Pergi SUKMA,kononnya memantau...Rakan2 Media lain bg tau tak pernah nampak muka pun...Keluar kenyataan "SAM puas hati perjalanan SUKMA" Sedangkan 2/3 hari sebelum tu STAR mengutarakan beberapa kelemahan tuan rumah yang perlu diperbaiki...Mmg bercanggah...Dah la malas nak menelanjangkan " Mamat" lagi...Cukup sekadar episod tu saja...Berbalik pada pemilihan,Ahli SAM tak bodoh!,Ahli SAM sayangkan kan SAM..Kami dah happy dgmn apa yang telah barisan kepimpinan sekarang buat cuma perlu upgrade lagi utk keselesaan ahli.Kepada "Mamat" bawa2 lah mengucap dan istighfar...Teruk sgt dah ni...Tak yah nak pukul canang kat luar yang SAM CAP AYAM..Sape yng cap ayam sebenarnya? Persatuan bukan utk tiket peribadi raih populariti dan kesenangan.Bak kata Farith Ismeth .....Manusia ada 2 jenis.Pertama...Dia tahu yang dia tidak tahu,Kedua Dia tahu tapi pura2 tahu...Fikir2...SAM kebanggaan kami warga media sukan tanahair...Cargas....

Bunga Kekwa said...

Siapa tu Rahim?

Setia SAM said...

Kalau individu seperti ini kalah dalam pilihan raya untuk memimpin negara, habis negara kita dia kutuk ke serata dunia. Dengan SAM pun dia nak buat macam tu. orang macam ni PENGKHIANAT namanya. saya anggap orang macam ni seperti berikut: 1. tak pandai menghormati orang lain. 2. tak ada ciri-ciri sebagai pemimpin. 3. terlalu mementingkan diri sendiri. 4. tidak menghormati suara ramai. 5. apa lagi...PENGKHIANAT LAH...

Anonymous said...

saudara rahim: SAM tidak terjejas sedikit pun dengan komen saudara, apatah lagi perletakan jawatan saudara dari menjadi ahli SAM...malah dialu-alukan. sebagai ahli SAM, kita harus ingat bahawa persatuan ini bergerak atas dasar kekeluargaan, tidak pernah meletakkan kepentingan jawatan atau peribadi mengatasi keperluan SAM. jadi, untuk pengetahuan saudara rahim,(kalau belum tau)ikatan persaudaraan dalam SAM tidak pernah terjejas sebelum ini walaupun calon kalah dalam pemilihan....saya bagi contoh, saudara shauki kahar masih bersama SAM, abu bakar atan pun masih bersama kita walaupun khawari "merampas" kerusi presiden dari tangannya, saudara rizal hashim dan rosmanizam yang pernah memegang jawatan dalam kabinet terdahulu pun masih bersama kita, ahmad alimi yang dua kali tewas dalam perebutan jawatan pun masih setia bersama SAM....jadi saudara rahim, anda lah sebenarnya virus dan pengkhianat dalam SAM...dan kami di SAM tidak memerlukan orang seperti anda.......HIDUP SAM!!!!!

uknowmela@rafabenitez_subang

FJ said...

ini kes pelik betul... dulu berlaku juga krisis, tapi akhirnya kembali semula ibarat air dicincang... ini kes keluar bawak keburukan ciptaan sendiri ni walhal kata sepakat dah pun dicapai oleh semua ahli... tak pe tak perlu kita melatah kerana tidak menjejaskan apa2 pun. kalau pun terjejas boleh diperbetulkan..

saya sendiri kena mengambil iktibar dari semua kejadian ini kerana ia juga membabitkan diri sendiri yang dah ada kat dalam SAM. semoga saya dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. sila tegur jika ada kekurangan.

saya juga harus berwaspada kerana pesaing saya yang terkenal dengan added valuenya mula canang keliling mempertikaikan kemampuan saya. takpe ini juga saya jadikan cabaran. lagipun sapa tak kenal dia. seluruh jajahan tahu dia sapa. banyak muslihatnya...

ahlisam2 said...

rizal, kenapa sam buang masa dgn orang begini??? in the first place, mcmana boleh jadi secretary sebelum ini sedangkan tiada jawatan di dalam arena sukan (wartawan, etc)... sungguh malu ... kita tak perlu orang begini dalam sam.. betul ckp saudara rizal... smart lebih tapi siapa sangka begini rupanya perangai saudara rahim ini...sam sedang menuju di landasan yang kejayaan... we dont need org begini untuk hancurkan sam... tak sangka boleh "belasah" sam begini rupa atas kepentingan diri sendiri...

Anonymous said...

Be ratiional in your thinking.What is wrong is always wrong. If the fiorms are not perly attested, then it should not be accepted. This is the rule in all other associations. Surely, members of SAM would protest if this happens in any other associations. Even in a GE, if you miss out something in your submission, your nomination can be disqualified. Please don't say SAM and GE different. High standards are to be expected at all levels.As for Rahim writing to all and sundry, I think here is more to all this than what meets the eye.The bottomline is that SAM is now really no different from most of our national associations when it should be the standard bearer. The rot began a long time ago when guys like you stopped speaking on matters of principles and started generalising everything. It also began when people with a vested interest began taking over the leadership of SAM.Pity.

S.Vengalapudukkan

nstman said...

Rahim was my former drinking partner. I have known him to be a man of principles who dared to stand up against then NST dictator Kadir Jasin in the nineties at the cost of losing his job. Rahim, how are you brother?

Anonymous said...

Bro 'defenders' of rahim. This is the same guy that utusan asked to resign because of misappropriation of money.

As far as SAM is concerned, it's good riddance! He disposed of association's assets without telling anybody, claimed rm3000 for trip that no one authorised, brought friends to persuade SAM council to start sports portal, took out 50 SAM t shirts without permission to be given to his friend's football team etc etc. The list of wrongdoings is indeed long!!!

SAM now is more vibrant n united. What it doesn't need is member like him who put self interest above anything else. If don't know, please don't throw wild accusations la.

There's more of what he had done. Please be a reasonable man n don't simply support without knowing the truth. We don't disturb u, so don't disturb us la. U're not even our member, it's not fair to throw allegations n make wild assumptions, bro!

From people who love SAM

SETIA SAM said...

Hi mr.S.Vengalapudukkan...rahim is a friend to all of us. he is not our enemy. but as a friend, we still questioned of his sincerity when he held the post of sam secretary uncontested last year. actually he contested the post after realising that no one vying for the post and that is always his style because he knew that he do not have grass root supports. actually sir, there were few forms that needed to be updated before the closing date. those involved very very aware of it. But, when these candidates came to sam office on saturday (july 3rd) to to get their forms done, sad to say that all the forms were gone. No one knows who took it out from sam office. only to find out that during sam exco meeting, all the form were with rahim. surprisingly, three of the four uncompleted froms were signed except one. and the three also surprised to see their form signed by the same guy name rahim. As a secretary, he should have contacted the parties concerned about the nomination form, but he did not. we as sam members are aware of regulations, but in this case, it was purposely planned by him. is this what we called sincere? you can do what ever yu want but sincerity must come first. JANGAN BUNUH KAWAN SENDIRI.

Anonymous said...

HELLO MR. NSTMAN and S.VENGALAPUDUKKAN...RAHIM A MAN WITH PRINCIPLE? HEY MAN, YOU MUST BE JOKING..AS SAM MEMBER, I ALWAYS FOLLOW WHAT EVER SAM ACTIVITIES. BEFORE THIS, RAHIM WAS ELECTED UNCONTESTED AS SAM SECRETARY. YOU TWO KNOW WHAT, IT TOOK HIM HALF A YEAR TO PREPARE THE BGM MINUTE. HE DOESN'T KNOW TO PREPARED THE MINUTE AND HE REQUESTED ROSMANIZAM TO PREPARED IT FOR HIM AND ROSMAN REFUSED. THAT WHAT ROSMAN TOLD ME. AS A MAN WITH PRINCIPLE (AS MENTIONED BY NSTMAN), HE SHOULD BE ABLE TO PREPARED THE BGM MINUTE WHICH IS TO BE SENT TO ROS...MINUTE PUN TAK BOLEH BUAT MACAM NAK PIMPIN SAM? HOW TO LEAD THE ASSOCIATON IF YOU DON'T EVEN KNOW HOW TO PREPARED BGM MINUTE..I GUESS HE ALSO DON'T DO SAM EXCO MEETING MINUTE AS WELL...I DON'T KNOW..ONLY THE PREVIOUS EXCO KNEW IT. MAYBE RAHIM ONLY GOOD AS YOUR DRINKING PARTNER, I HOPE YOU TWO TAK MINUM AIR HARAM TU BECAUSE RAHIM IS A MUSLIM.
- AHLI SAM

Anonymous said...

aiyoo, how can you ask somebody else to prepare bgm minute for you. it should be done by the sec.gen lah. malu lah. ow can you trust this kind of people. thank god, this guy is already out from sam, if not hancur this sports writers association.

Anonymous said...

I am not standing up for Rahim but for principles.Let me make this clear. By the way, if Rahim such a bad bloke, how come he got elected? Are those of us in SAM now no better than the riff raff managing national asociations, who elect people blindly to positions. If SAM is realy serious about standards, then let us see it in action. If Rahim had commmited a wrong in disposing off SAM's assets without permission, then,please make a police report. I am actually quite surprised with this relevation of asset disposal. Should be worth a story for all those so-called sportswriters in SAM. Or are we all afraid that if we rattle the skeletons in Rahim's closet, those in our own, will start responding!This SAM can never change.

S.Vengalapudukkan

nstman said...

SAM has now been infiltrated by Umno apparatchiks and minions. It's our duty to support Saudara Rahim in the fight against lies, corruption. Rahim is a condemned man, demonised by the inner sanctum of SAM.

Anonymous said...

SAM did nothing wrong to rahim ok. Plse bared that in mind.Police report? SAM tak sejahat itu, masih ada sikap perikemanusiaan terhadap seorang kawan. SAM mendengar suara ahli yang dilihat lebih penting untuk menentukan hala tuju SAM.

Anonymous said...

S.Vengalapudukkan and nstman, please put some sense in it, there must be something wrong with this guy, how come one could be hated by so much, by the letter that he sent out, it tells already what type of a guy he is. sorry to say this but he seems to be a real 'scumbag', action speaks.

Rahim Lajis said...

Maaf sebab lambat jawab pertanyaan dan tuduhan daripada individu yang menyiarkan nama mahupun yang tidak menyiarkan nama.
Permintaan saya ialah eloklah disiarkan sepenuhnya surat itu. Tiada apa yang perlu disembunyikan termasuk pujian saya kepada yang lauak.
Kepada yang tidak sukakan saya, apa yang berlaku adalah seperti yang dikehendaki oleh mereka. Bukankah itu bagus?
Kepada yang bertanya mengapa saya tidak tandatangani ruangan penyokong dalam borang pencalonan Asan ialah kerana berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang yang cetek ini, belum ada di dunia ini calon yang bertanding menjadi penyokong kepada calon yang sama-sama bertanding dengannya dan untuk satu jawatan pula.
Saya tiada kepentingan peribadi dan tiada apa-apa masalah dengan Asan walaupun ada yang bertanya beliau buat jaket SAM tiada sekurang-kurangnya tiga sebutharga dari tiga pembekal.
Kepada saya itu masalah remeh yang boleh kita bertolak ansur kerana kesuntukan masa untuk memanggil banyak syarikat dan akan melengahkan proses menyiapkan tempahan.
Saya hanya menyebut jawatan dan kecacatan pencalonan dari segi peraturan. Tiada menamakan sesiapa yang tidak atau gagal mematuhi peraturan itu.
Ini kerana yang penting ialah bukan siapa tetapi peraturan dan persatuan.
Saya tiada masalah dengan Presiden, Sdr Khawari tetapi apabila beliau juga pada mesyuarat Ahli Majlis sebelum itu menimbulkan persoalan sama kenapa saya tidak tandatangan jadi penyokong pencalonan Asan dan meminta saya menandatanganinya pada masa itu juga, saya terkejut tetapi saya tidak dapat melakukannya kerana akan nampak pelik.
Kita akan mati juga akhirnya tetapi apa yang terjadi kepada peraturan dan persatuan kita adalah lebih penting.
Saya tidak bersetuju tetapi majoriti ahli SAM bersetuju menerima pencalonan seumpama itu. Oleh itu saya berundur supaya mereka dan ahli-ahli SAM yang bersetuju pada mesyuarat agung boleh terus mengendalikan SAM.
SAM ada ramai ahli. Kalau seorang berhenti tidak akan ada orang yang perasan.
Yang penting ialah masa depan persatuan dan ahli-ahli SAM sekarang dan ahli-ahli SAM yang akan datang.
Soal parti politik itu agak menyedihkan kerana ungkapan itu turut mempersoalkan maruah dan kredibiliti ahli-ahli yang bekerja dengan media-media ketajaan dan swasta yang kita ketahui dimiliki atau sebagainya oleh parti politik berkenaan.
Jika ada apa-apa pertanyaan lain bolehlah saya jawab dari semasa ke semasa walaupun mungkin lambat tetapi adalah penting bagi saya sebagai wartawan untuk mengenali dengan siapa saya bersoal-jawab kerana jika tidak saya akan kelihatan betul-betul pelik.
Lagipun, sebagai wartawan kita dilatih sebegitu.
Salam hormat untuk semua.
Saya jadi ahli SAM kerana layak dari segi perlembagaan kerana ada media elektronik seperti Saudara Rizal juga.
YBhg Tuan Haji Ibrahim bertugas dengan Persatuan Lawn Tenis Malaysia juga tiada media. Ahli Majlis SAM, Sdr Tumpang Saptu sudah bersara dari RTM pun sekarang tiada media.

nstman said...

Rahim, my good friend, jangan takut. Semua penipu akan di exposed satu hari. Rahim, semua orang yang support transparency sokong you. Kita mesti struggle against lies, stupidity. Cheers, broder. Remember the good old times at Leo's National Press Centre in Damansara.

Zulkip said...

tak payahlah nak salahkan siapa yang betul dan siapa yang salah. yang penting continue to work as a team untuk kebaikan SAM. sebelum ini pun macam-macam yang sudah dilalui oleh SAM..malah lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh rahim, tapi members tetap mahu melihat SAM brgerak dan tidak mahu memikirkan masalah remeh. masalah rahim ni remeh je sebenarnya. yang saya hairan tu, kenapalah benda kecil macam ini, rahim buat macam terlalu serius. itu yang saya nampak pelik. sebagai seorang profesional rahim harus bersikap profesional dan tidak perlulah nak melebel sam sebagai cam ayam. sebagai orang lama dalam sam, dia seharusnya sudah tahu apa yang sudah dilalui sam sedekad lalu..so eloklah kita sama-sama bergerak dan bekerja sebagai satu pasukan.

bekas ahli SAM said...

Rahim Lajis adalah orang yang berpendirian , tegas,tidak pernah leka atau cuai n jujur dalam segala urusan. he was the best editor Utusan Malaysia ever had.malangnya ketelusan itu menyebabkan beliau dianiaya dan Utusan segera pincang asyik kena saman jer sebaik sahaja dia dipinggirkan.Berapa puluh kakitangan Utusan esply ahli kesatuan benti keje sebab muak dgn pengurusan...
anda tak tahu apa-apa so tak perlu mengata dia.
dia bagi statement masa dia masih setiausaha agung SAM...
lagipun SAm pincang teruk masa zaman pembaca sukan TV3 ... takkan dah lupa kot, berapa puluh ribu RM duit persatuan lenyap tiba2?
the truth is any organization will guaranteed bloom (in a gud way) if Rahim lajis helmed it.

bekas ahli SAM said...

oh ya... apasal selepas rahim lajis tampil memberi penjelasan dan mempertahankan maruah diri dan kebenaran, anda-anda yang menghentam secara membabi buta tu habis lenyap bagai asap dipukul badai?