Saturday, July 10, 2010

Aku budak Tingkat Empat

Ulang tahun ke-53 Berita Harian 1 Julai lalu meriah. Diadakan di tingkat empat Balai Berita yang menempatkan Berita Harian dan Harian Metro. Ia diubah suai pada 2008, apabila the Malay Mail dipindahkan ke tingkat dua, tidak jauh dari surau NSTP.

Tingkat empat itu meninggalkan banyak kenangan. Ia di sebelah new wing Balai Berita yang menempatkan Berita Harian, Harian Metro, The New Straits Times dan the Malay Mail bermula 1991.

Kenangan terindah tercatat di situ. Maklumlah, bermula dengan latihan amali di Harian Metro, kemudian menjadi staf Berita Harian di meja berita, disusuli pengalaman lima tahun di meja sukan Berita Harian dan kembali ke meja am Berita Harian selama sembilan bulan pada 1996. Kemudian aku berhijrah ke The Malay Mail, yang juga berada di tingkat empat Balai Berita ketika itu. Jadi aku sudah bekerja di setiap sudut Tingkat Empat.

Selepas tiga bulan belajar di bawah Nashrul'adin Abdul Rahman, ketika itu Ketua Pengarang Berita BH, 14 PETS BH serba gelisah, tidak tahu sama ada diterima menjadi kakitangan sepenuh masa ataupun tidak. Arwah ibuku ada "orang dalam", Zubaidah Abdul Rahman (ZAR) yang punya pelbagai kisah menarik sepanjang mengelolakan ruangan Sri Siantan. Syukur aku tidak terhingga apabila semua 14 peserta kursus BH diterima menjadi staf akhirnya.


Aku diapit Hj Tajuddin Saman, penulis buku Dari Kodiang ke Jalan Riong dan Zubaidah Abdul Rahman (ZAR), pengelola ruangan Sri Siantan yang terlalu banyak pengikut. Belakang kami Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Idawati anak ZAR dan Hajjah Noraini. Gambar ini diambil di bilik mesyuarat dikenali sebagai ruang akuarium, kini dinamakan Bilik Samad Ismail.

Bacalah catatan nostalgia sambut 53 tahun BH, laporan Harian Metro, sambutan meriah, catatan penulis skrip terkenal, ahli politikus dan terujanya rashidah ibrahim. Kalau ada yang menunaikan umrah pula, bolehlah hubungi bekas wartawan Berita Harian, Hajjah Raihanah Abdullah di blognya di sini.

2 comments:

Anonymous said...

bakti masih di bh lagi ke? sampaikan salam kat bakti. anyway, you join cari forum ke? salah satu artikel bacalah catatan tu link to forum cari.

~sf bay area.

rizal hashim said...

sf bay area, bakti dah tinggalkan BH, Mei lalu. taklah i tak join cari forum..