Belakang dari kiri Rahime Yusoff, Saodi Mat Atar, Hj Ali Mansor Aman, Radzi Wahab, Rosli Safar, Rosli Rahmat, Zulkifli Ibrahim. Depan dari kiri Hj Mohd Ali Majid, loose cannon, Ishak Dalib, Rodly Nayan, Munir Ana'am Zuljadan dan Badrulhisham Othman. Sempena kejohanan antara unit Berita Harian yang diberi nama Piala Dunia BH. Team ini muncul naib juara, tewas kepada Harian Metro dalam final. Gambar 1992.
Rahime Yusoff - mengajar aku menulis dengan berbunga. Menggunakan beberapa perkataan unik. Susunan ayat yang memukau. Kemudian menjadi setiausaha akhbar Annuar Musa.
Saodi Mat Atar - "kau tulis kena main sentimen, Zian suka," kata Saodi ketika aku mendapat story Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mahu memanggil semula Rehan Mohd Din dan Malek Shamsuddin untuk berganding dengan Nordin Sabaruddin selaku trio emas. Masih setiausaha akhbar Menteri Besar Johor.
Hj Ali Mansor Aman - boss yang cool, bercakap bila perlu. Kalau Hj Ali jaga desk, satu story kecik pun cukuplah.
Radzi Wahab - ketika aku masuk ke meja sukan, Ron dipindahkan ke sukan harian dari Jaguh. Daripada Ron, aku belajar pentingnya mentelaah buku dalam resource centre NSTP. Sekarang Pengarang Sukan Harian Metro.
Rosli Safar - senior yang bawak aku ke Majlis Sukan Negara (MSN) yang beribu pejabat di Stadium Negara waktu itu. Bayangkan bekerja dengan Rahime dan Rosli di unit Jaguh. Kini Timbalan Ketua Penyunting Berita Harian.
Rosli "Wak Jawa" Rahmat - pernah dibawanya aku makan tengah hari di kampungnya tak jauh dari kampung arwah bapak aku di Parit Sulong serta rumahnya di Hulu Langat. Aktif bersukan. Wak antara senior di foto.
Zulkifli Ibrahim - digelar Titun oleh bos. Penyunting yang sealiran dengan aku pasal boleh cerita bab bola sepak luar negara bukan saja England. Adiknya pernah berjiran dengan aku. Titun pernah bertugas di Malay Mail. Akhirnya aku dapat tahu kakaknya berkahwin dengan sepupu orang rumah aku. La sedara lah kita...Kini penyunting eksekutif di Harian Metro.
Hj Mohd Ali Majid - dulu penulis kolum Biar Berpeluh di Padang. Pengadil peringkat kebangsaan. Apabila aku dipilih menjadi Setiausaha Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Hj "Skuad" Mali menghadiahkan aku buku Bagaimana Mengendalikan Persatuan. Kini bendahari SAM.
Ishak Dalib - kerja aku, kalau tidak menyambut telefon Kak Pah di 363, membawa Ishak berdating...Bos Jaguh yang suruh aku buat macam-macam. Macam-macam tu buat aku belajar.
Rodly Nayan - bekas pengarang Majalah Bolasepak dan penyunting Berita Harian. Aku jadi saksi nikahnya. Kini penerbit buku dan majalah.
Munir Ana'am Zuljadan - disebabkan bapanya bertugas di Jabatan Penjara, Munir ada access kepada ramai bintang bola sepak zaman dulu. Senang-senang aje dia dapat quotes Syed Ahmad Abu Bakar, Shaharudin Abdullah, Namat Abdullah. Tension aku. Batch aku. Kini Pengarang Berita Harian Metro.
Badrulhisham Othman - Satu pagi di Alor Star, aku naik teksi. Drebar tu tanya dari mana, cakaplah KL, nak tengok bola. Wartawan ke? aha, Berita Harian, jawab aku. Oh, saya minat tulisan Badrulhisham Othman...tulisan dia hebat. Bad banyak mengajar aku bukan saja dari segi analisis bola sepak bahkan pasal kehidupan juga. Tanpa sepatah bicara pun cukup kerana caranya yang diplomatik, non-confrontational serta soft-spoken mengajar seorang junior pentingnya bersabar. Ketika kami berkampung di Athens, Greece hampir sebulan meliput Sukan Olimpik 2004, Bad sedikitpun tak tunjuk dia bos, bahkan sanggup tidur di luar bilik kami yang berdepan dengan bilik mandi. Ketika Lazarus Rokk, Tham Foo Kan dan Azahar Taib sedap berdengkur, Bad sudah keluar cari story. Seawal 7.0pagi. Aduh...Kini Ketua Penyunting Berita Harian.
Baca juga Kelab Met Reunion
4 comments:
Salam sukan dari saye...
en rizal,
seingat saya yang menjadi jiran sekerja jarak jauh u, sukan berita harian ketika itu woww hebat, sedap dibaca, macam-macam ada, ada aura begitu...
PEMINAT SETIAMU
bro,
where is sdra zian johari, rahim zain, hishammudin aun? if not mistaken, they were "great footballers and buddies" too for berita harian sukan during that golden period.
zal...i terharu dgn semua certita u ..terlalu byk kenangan indah ketika di meja suka...waktu itu sukan berita harian jadi tumpuan dan pujian ...hari ini - i sendiri pun tk berapa ikut....tk ada lagi komentar bernas - 'dari kaca mata' dh hilang...
Post a Comment