Wednesday, July 21, 2010

Dan calon anggota pasukan FAM ialah...

Sebenarnya, secara jujur, jika aku tergolong dalam kelompok penasihat Sultan Ahmad Shah, akan ku sembahkan kepada Tuanku:

"Pingat emas Sukan SEA di Laos adalah tanda selamat tinggal terbaik dan hadiah paling tepat untuk Tuanku. Going out on a blaze of glory, Tuanku will be remembered for the right reasons. Tiba masa mencari pengganti Tuanku."

Tapi ramai yang berpendapat sebaliknya. Kata seorang rakan, Tuanku mahu mempertahankan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum memberi laluan kepada penggantinya separuh jalan penggal 2010-2013.

Siapa pula pengganti Tuanku? Anakanda Tuanku, Tengku Abdullah, meletak jawatan pada 2007 selepas kecewa dengan prestasi anak buah Norizan Bakar yang tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan dalam Piala Asia.

Dalam tempoh itu, beberapa nama dilontarkan untuk dijadikan pewaris kerusi presiden. Tun Daim Zainuddin, peguam merangkap tokoh perniagaan merangkap politikus merangkap pengerusi jawatankuasa kewangan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) tentunya layak.

Datuk Seri Utama Mohamed Hasan, bekas pemain merangkap tokoh korporat merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, juga bukan calang-calang.

Tengku Abdullah, naib presiden pada 1984 dan seterusnya timbalan presiden 1992-1993 dan 1994-2007, dilihat calon paling layak. Karpet merah seolah-olah dibentangkan buat Tengku Mahkota Pahang.

Apabila Tengku Abdullah meletak jawatan, Kongres FAM pada 2007 memilih semula Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan memberi peluang kepada muka baru, Khairy Jamaluddin. Kedua-duanya bagaimanapun tidak dilihat sebagai bakal presiden FAM.

Sebab itu aku rasa Tengku Abdullah dicalonkan sekali lagi untuk pulang ke pangkuan FAM.

Ampun Tuanku...
Mari kita kaji senarai pencalonan:

Timbalan Presiden (dua jawatan):

1.Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ahmad Shah
Mungkinkah perancangan mencalonkan semula Tengku Abdullah sebagai usaha awal menabalkannya selaku presiden FAM selepas ini? Bola sepak dekat di hati TM Pahang ini. Tidak lokek membelanjakan wang sendiri tetapi banyak idea beliau ditolak oleh Majlis FAM zaman aku buat liputan di FAM. Berupayakah Tengku Abdullah melawan arus kali ini? Dipilih semula selaku Timbalan Presiden adalah langkah awal juga buat Tengku Abdullah mengukuhkan cengkaman beliau di AFC dan FIFA.

2.Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
Dilihat sebagai faktor yang banyak memporak-perandakan sekretariat FAM satu ketika dahulu dan mengisi jawatan setiausaha agung sementara, memanaskan bangku buat Datuk Seri Dr Ibrahim Saad tidak lama selepas Datuk Dell Akbar Khan meletak jawatan pada awal 2005. Pengerusi jawatankuasa teknikal dan tidak lekang daripada kontroversi.

3.Datuk Hj Che Mat Jusoh
Presiden PBSNT dan naib presiden FAM tapi pernah kutuk pengadil dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Tidak mempunyai karisma untuk diangkat ke jawatan lebih tinggi.

4.Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa
Tokoh kontroversi dan tidak begitu berjaya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Namun sumbangannya menghidupkan semula bola sepak Kelantan harus dipuji. Formulanya - bawa pemain terbaik ke Kelantan, mesra media baru dan konvensional, mesra perniagaan sambil menumpang keghairahan semacam peminat Kelantan!

5.Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri elok saja jaga Kesatuan Orang Amat Malang (KOAM) atau Karim OK Atlet Merana (KOAM).

6.Datuk Abdul Mokhtar Ahmad
Cukuplah Datuk Mokhtar sumbangan Datuk di Selangor dolu-dolu.

Naib presiden (empat jawatan):

1.Datuk Afandi Hamzah
OK lah...peguam dari Kelantan...

2.Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Politikus dan blogger...pernah bawa Perak ke mercu kejayaan dan digantung tiga tahun akibat kutuk pengadil dan FAM. Orang kuat Sultan Ahmad Shah.

3.Datuk S.Subramaniam
Kuota MIC la kot

4.Datuk Hamidin Mohd Amin
Playmaker dalam pasukan. Dikatakan mencatur senarai anggota pemilihan. Ada sokongan akar umbi berasaskan pengaruhnya selaku setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), pengerusi jawatankuasa futsal dan bola sepak pantai FAM dan pengurus pasukan futsal.

5.Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Eh bukan Pulau Pinang corot ke? YB fokus la tugas di Parlimen...

6.Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
Bekas ahli majlis FAM dan lembaga pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) zaman Datuk Seri Azalina Othman Said, Hishan banyak menyumbang pada awal 90-an selaku pemilik Glamoir World of Sports, khususnya dalam menjulang imej bola sepak amnya menerusi pembabitan dalam anugerah SAM-Glamoir.
Orang kuat Perak FA la nie...

7.Datuk Subahan Kamal
Ditugaskan mengurus pasukan Sukan SEA di Laos ketika Redzuan kesibukan, Subahan juga aktif dalam hoki. Tapi berapa calon dari Selangor meh?

8.Datuk Lawrence Gimbang
Pernah digantung oleh FAM pada 2003, bapa kepada peserta AF Rich ini mewujudkan Liga Sabah membabitkan 132 pasukan.

Jawatankuasa Eksekutif (lapan kerusi):

1.Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim
Bekas ketua pengarah DBKL, aktif dalam bowling dan lumba basikal. Dikatakan calon Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP).

2.Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman
Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dan pakar kewangan serta orang kepercayaan Sultan Ahmad Shah.

3.Datuk Hamdan Mohamed Khalib
Exco Negeri Kedah, setiausaha Persatuan Bola Sepak Kedah..nampak macam orang baik-baik. Tapi dalam bola sepak, kita perlukan pemimpin, ketokohan dan paling penting idea...

4.Datuk Takiyuddin Hassan
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM). Ada tokoh...

5.Datuk Jefery Low Han Chau
Alamak, bukan lu kah yang sokong Kedah supaya haramkan pemain import? Amacam penyokong Kedah? Ada berani sokong dia? Naib Presiden KFA...

6.Datuk Astaman Abdul Aziz
Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, aktif dalam basikal, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur...

7.Datuk Ibrahim Shamsuddin
Orang kuat Negeri Sembilan...exco FAM dulu...dapat Datukship Pahang...

8.Datuk Osman Salleh
Ketua Polis Negeri Sembilan?

9.Datuk Soh Chin Ann
Bekas kapten pasukan kebangsaan, bekas pengurus pasukan, bekas pengerusi jawatankuasa pengadil, ahli jawatankuasa teknikal...

10.Rosmadi Ismail
Naib Presiden Kelantan FA (Kafa)...perlu ke?

11.Mej Rani Abdul Rahim
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera...

12.Wan Mohd Nizam Wan Omar
Setiausaha Johor FA, orang kuat Hamidin...Johor ada maju ke?

13.S.Sivasundram
Orang kuat Kastam, bendahari FAS, orang kanan Hamidin...

Dalam ramai-ramai calon, hanya Chin Aun pernah menganggotai pasukan kebangsaan...

Kalau diberi pilihan, aku juga mahukan revolusi dalam FAM. Aku faham perasaan marah yang membuak-buak terhadap FAM. Tapi inilah realitinya. Kita tidak dapat mengubah apa-apa kerana struktur di FAM berlandaskan pasukan negeri. Perwakilan yang memilih pemegang jawatan datangnya daripada persatuan negeri!

Dalam ruang lingkup berlandaskan realiti ini, tidak banyak perubahan yang boleh dilakukan. Mujur jawatankuasa eksekutif mengambil tempat majlis FAM yang dianggotai semua wakil negeri yang akhirnya menentukan hala tuju bola sepak Malaysia!

28 comments:

pulutmalaya said...

FAM.....cerita lama "dibarukan"...calon-calon janji itu dan ini, tapi tetap cerita lama yang dibawa...saya rasa perlu ada perubahan....mungkin perubahan itu akan betul-betul membawa cerita baru dalam FAM...cerita baru nak tingkatkan prestasi bola sepak kita.

PILIHAN SAYA:
Presiden: Sultan Ahmad Shah (sementara je nih...lepas tu Tengku Abudllah naik)

Timbalan:
1. Tengku Abdullah (sementara je sebelum naik pangkat jadi presiden) - dalam senarai calon timbalan presiden, saya tak nampak ada yang layak untuk isi kekosongan ini sekiranya TM naik presiden...

2. tan Sri Annuar Musa (mungkin boleh diberi peluang, mana tau dia betul-betul ada cerita baru nak di bawa ke FAM)..jangan dipolitikkan sudah!

Naib Presiden:
1. Datuk Hamidin lah kot..(dia ni less talk more action)...
2. Datuk Affandi Hamzah pun ok..
3. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim (mungkin dia ada idea baru....mana tau team DBKL aktif balik macam ketika zaman tan sri Elyas Omar dulu...
4. Datuk Soh Chin Aun (yang ni MESTI pilih..FAM still need a 'tawkay'...
Calon-calon lain tu, elok buktikan kemampuan di peringkat negeri dulu...

deus X machina said...

saudara rizal cuba baca yang ini

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

sudah lama, januari 2009, tapi rasanya inilah proposal terbaik yang pernah saya baca untuk revolusi bolasepak Malaysia

Anonymous said...

SOKONG SOH CHIN AUN!!!!

rizal hashim said...

deus x machina,

terima kasih. kebanyakannya sudah disentuh di media arus perdana.

cuba fikirkan, pertama kita hendak Sultan Ahmad Shah undur...

kemudian kaji semula semua saranan blogger tronoh tranquility...adakah ia membabitkan presiden FAM?

Benar, perubahan pucuk pimpinan FAM boleh mengubah suasana, tetapi hakikatnya bola sepak Malaysia memerlukan revolusi root and branch...akar umbi, dari atas hingga bawah, jadikan ia satu agenda nasional.

Kelak bersambung

Anonymous said...

keke...sinis,tp mcm tuh jugakla FAM...hmm,hampa.

Anonymous said...

hehe,sinis tapi camtuh jugakla FAM...entah sapa2 la yg ade kat FAM nih,harap ramai tp fungsi tarak...hampa,FAM bubar jerla anggota sume tmasuk President,anda gagal!

Unknown said...

..when will enough, be enough?..after so many decades, with nothing rising from the ashes, should not these guys take a hard look at themselves and just admit that they failed?..how many more chances do they need?..after so many decades, it is pretty obvious that the structure and system of FAM does not work..the fans are tired of being led along the garden path that ended only in quagmire..should not they be disassembling the whole thing and start anew?..remove the states affiliate, if need be..sometimes drastic situations need drastic actions..is not being ranked 130th drastic enough..?..or must they wait for the fans to form a movement like the Thais to oust them out?..
..come on, lah,lc..we are sick and tired of FAM nitpickings.. and their constant search for personal glory and pecuniary..
..the SEA gold gave this coot a glimmer of hope..but it was just a flash in the pan, after all..
..cheers..

kengkawan said...

macam saya ckp dulu la...presiden tu yg perlu diturunkan dulu...dah terlebih cukup dah khidmat dia kt FAM tu, sudah-sudah la...bg orang lain pulak sumbang idea baru untuk bolasepak Malaysia..kalau tak, sampai bila la rakyat Malaysia hanya jadi penyokong pasukan lain je kt Piala Dunia nanti...
kesian..
kesiannn...
kesiannnnnn...

Unknown said...

presiden:
sultan ahmad shah. mempunyai networking yg ramai.(calon sementara)

timbalan:
1. tengku abdullah. mempunyai byk2 idea bernas yg tidak dpt dilaksanakan
kalau naik jd presiden, malaysia punya harapan baru.

2.Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa.
berjaya mengubah pasukan kelantan secara total dan hampir mencapai standard pro. walaupun liga m'sia dah lama jd pro tp pasukan2 bertanding belum pn mncapai standard pro)

naib presiden:
no comment. harap2 org politik x politikkan FAM.

Unknown said...

Saya dah baca tulisan tronoh tu, idea ok tp x boleh relate dgn suasana bolasepak malaysia sngat. Bagi saya bolasepak malaysia "fan-based"nya masih bersifat kenegerian. Walau di mana mereka tinggal, mereka tetap menyokong negeri masing2. contohnya merujuk kepada peminat kelantan, di mana sehaja mereka berada di malaysia ini, x kira di bangi, shah alam, kuala lumpur, selayang, kajang atau mana-mana saja, mereka tetap meyokong pasukan negeri mereka.

Andrew Gopal said...

Lets pray football in Malaysia will change for the better in the near future Rizal.
Well written.

Ramlee Ghouse said...

Ramai pihak yang kalut membuat spekulasi tentang sapa yg jadi org no 1 hingga 3. Bagi aku, org no 1 amat penting kerana dia bakal melantik org yang boleh mentadbirkan sekretariat FAM dengan cekap, telus dan tidak putar belit punya kaki.

Walaupun pembuat dasar terdiri drp exco/majlis mahupun jawatankuasa tertetu, tapi jangan lupa sekretariat juga boleh memainkan peranan untuk menyalurkan sesuatu maklumat atau cadangan supaya memilih dasar tertentu. Jika maklumat yang disalurkan tonggang langgang, maka balik2 tang tu jugak la jadinya.

Bagi aku, siapa yang bakal menerajui sekretariat FAM lebih penting drp kerusi lain!!!

Anonymous said...

Sedih, sedih, orang media, termasuk LC macam dah lupa FAM masih sarat dengan kelemahan. Yang dicari ialah pembaharuan dan rombakan ke arah kebaikan, tetapi akhirnya FAM kembali seperti sediakala. Raja Ahmad masih nak jawatan, Datuk Hamidin masih nak panjat tangga pangkat FAM misalnya..Media tempatan pula, termasuk Harian Metro, macam sama ghairah berkempen pulak dengan grup yang dah 'mesra' dengan mereka. Berita Harian pulak siap anggap "nama besar" calon-calon untuk jawatan FAM. Nama besar apa kalau mereka juga pernah bertanggungjawab dengan kemerosotan FAM dan bolasepak Malaysia secara amnya. Dalam hal bolasepak, kat mana besarnya mereka? (3 Tan Sri, 6 Datuk Seri dan 21 Datuk seperti yang didedahkan dalam TV3). Loose Cannon siap bergambar lagi dengan Presiden FAM lagi...memang tak salah..Tetapi, peminat dan rakyat sentiasa memerhati. Malangnya, orang media masih dekat, mengangkat dan terangkat dengan FAM!!!
* Ambik iktibar sikit daripada DFB Jerman, tonggak persatuannya kukuh dengan orang bola (bekas pemain yang dihormati, dibimbing dan kemudian menggunakan semangat, naluri dan pemikiran bolasepak mereka). Bukannya...baik Tan Sri, baik Datuk Seri...baik Datuk, YB...

Haresh Deol said...

With all due respect, I couldn't agree more.

The Black said...

Ibarat pergi berperang, tapi ambil askar pondan, ibarat pergi berlawan tapi hantar pendekar tak pandai bersilat, ibarat menghantar S.M Salim ke konsert Metallica dan suruh dia menyanyi Unforgiven....semua serba tak kena...sampai bila!?
Renung2 kan dan selamat beramal!?

The Black said...

Ibarat melihat S.M Salim menyanyikan lagu di Konsert Metallica...Ibarat melihat anak ayam melawan Ular Sawa, ibarat melihat orang kaki bangku main bola lawan Sepanyol...
Perlantikan berdasarkan status politik...bukannya mereka yang terdiri dari bekas pemain..sudah tiba masa bekas pemain kebangsaan mengambil alih tampuk pemerintahan FAM, Jangan ambil Askar Pencen Jadi Setiusaha lagi.....

Anonymous said...

Apa yang rizal katakan ni memang betul. Tapi saya nak ingatkan walauapapun kita suarakan tak akan dapat merubah segalanya. Presiden amat penting kerana dia punca pasukan kebangsaan ujud kerana Setiausaha dan Bendahari dilantik oleh beliau.

Tapi kitapun kena ingat cara orang Malaysia jika tubuhkan badan tak kira apa mesti perlu orang yang ada nama. Jika tidak segala urusan sukar untuk dilaksanakan seperti politik jugak.

Renungkanlah menteri-menteri kita sekarang tak berkaliber tapi bila PM dah lantik rakyat kena ikut.

Doctor Romario said...

Looking forward to the results of this election...which is a chance for us to strenghten the future of football in Malaysia, ASEAN, Asia and beyond.

Remember each and everyone we vote for must be able to guide our teams to victory in battle over the next few years which includes the Merdeka Tournament...Malaysia playing/hosting the SEA Games, Asian Games, World Cup and The Olympics.

For the Game. For the World.

p.s...dont forget Malaysia Super Tigers has 2 return matches with England at Wembley and Brazil at The Maracana. (Refer...1991 Merdeka Stadium and 2002 Bukit Jalil)

Anonymous said...

memandangkan presiden masih tidak mahu melepaskan jawatan, maka apa yang aku boleh ulas di sini ialah, jawatan timbalan presiden WAJIB diberikan kepada YTM Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah dan Dato Seri Annuar Musa. manakala untuk jawatan utama di sekretariat, eloklah diserahkan kepada ramlee ghouse

c@rt00n said...

pada saya yg atas mungkin membuat kate putus shj..yg betul2 bekerja adalah s/u..jdi sy sokong apabila Tengku Abdullah ingin kembali ke FAM kerana pengaruh diraja...BOLA SEPAK MALAYSIA PERLU PERUBAHAN DRASTIK

Ramlee Ghouse said...

Anon 5.18pm,
Terima kasih atas sokongan anda tapi aku sendiri tak berminat untuk duduk di kerusi SU Agung FAM. Windsor Paul mungkin calon yg lebih sesuai..

Allan Russel said...

Udah la Man, x yah susah2 lg dg bola, pi mai pi mai tang tu...

Anonymous said...

Doctor Romario - who are WE and who do WE get to vote? you and me and the rests are merely observers. forget OUR role to vote, there's nothing that you nor me could do to change unless THEY want to change it THEMSELVES for the betterment of the game..

Doctor Romario said...

Anon 1115am...thanks for reading my notes...dont be afraid as we move towards the new modifications for FAM...all REGISTERED voters will of course decide.


For the Game. For the World.

FJ said...

mungkin dalam ramai2 calon tu ada diantaranya betul2 mempunyai visi dan matlamat untuk membangunkan bolasepak negara x kira la ahli politik atau bukan. masalahnya bila sampai melibatkan duit masing2 terpaksa tutup mulut, berdiam diri dan akhirnya makan gaji buta.

tidak kurang pula yang menjadikan FAM sebagai platform peribadi sama ada untuk medan berpolitik atau apa saja.

tetapi mengharapkan bekas pemain bolasepak mengambil alih mungkin takkan terjadi atau kalau jadi pun mungkin mengambil masa lama...

alasannya mudah... bekas pemain bola kita hanya tau main bola dan jadik jurulatih. kalau di suruh mentadbir mungkin diorg akan garuk kepala.. kalau ada pun x ramai dan yang tak ramai ni kalau disuruh pun mungkin akan menolak. sebabnya diorg je yang boleh jawab.. mungkin dah selesa berniaga atau bekerja dan x nak sakit kepala... soh chin aun mungkin susah sebab dah tua sgt.. lagipun apa kuasa yang dia ada kalau mulut pun kena kunci atau dia pun x tau nak buat apa.

kita dah pernah ada bekas olimpik munich 1972 mohd bakar yang juga bekas jurulatih pulau pinang dalam FAM satu ketika dulu. latih PP sebelum ini. pengurus PP shukor salleh olimpik mexico 1980 pun ada sebagai pengurus PP. napa diorg ni x mau bertanding? diorg je yang tau sebabnya...

logiknya mudah je.... seorang bekas pemain masuk dalam FAM. cuba bawak pembaharuan.. tapi dia pernah gagal sebagai pemain atau jurulatih... ataupun dia mempunyai sekatan dalam FAM seperti kewangan atau suara.. last2 kalau bola still x menjadi dia jadi bahan kutukan peminat bolasepak... sama je x de kesudahan.

mungkin penyelesaian ni boleh pakai- cari duit banyak2... hantar player gi luar malaysia. banyakkan friendly dengan kelab luar... jual pemain2 pakai ejen. yang penting dedahkan kepada permainan antarabangsa.... (tapi nanti komplen pulak membazir la apa la)

soal bolasepak akar umbi dah x wujud lagi dah... dah banyak sangat pemain pelapis. soalnya camana nak dedahkan diorg ke peringkat antarabangsa...

sekian....

langkah damai said...

masih frust - KJ tak nak bertanding ,kalau tak mesti meletup FB & seantero alam cyber "sokong" KJ ni..;)..

mohd said...

FAM perlukan lebih ramai orang yang berfikiran seperti Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil... Tapi sayang semasa hidupmya, Allahyarham tak pernah dihargai FAM, idea2nya hanya dipandang sepi walhal sudah terbukti itulah formula yang digunakan oleh negara kuasa bola sepak dunia terutama dari Asia seperti Korea Selatan dan Jepun... Sayang seribu kali sayang...

Anonymous said...

sdra rizal,

Percayalah FAM tidak ke mana-mana jika presiden yang kekal seadanya masih memerintah bolasepak
negara.

Tuanku memang arif, bijak bistari dan matang serta tahu sepak tendang pelbagai golongan di FAM itu. Ampun tuanku.

Tuanku rasa-rasanya menunggu masa paling sesuai,tentunya nak 'passing baton' kepada anakandanya sendiri yang kemungkinan besar menang salah satu daripada dua jawatan Timbalan Presiden FAM.

Tapi Tengku Abdullah juga presiden persekutuan hoki malaysia. Tanggungjawab jaga hoki amat besar dan mencabar-cabar. takut-takut
nanti yg dikejar tak dapat, yang dijinjing berciciran.

Yang mana satu ni Tengku? Ikut akal biasa,kena pilih satu saja. Hoki atau bolasepak? Apalah perlu sangat nak jadi hero kedua-dua persatuan.

Tiada sekelumpat niat nak bunyi kurang ajar atau mengajar sesiapa.

Orang-orang besar FAM maha bijaksana belaka tapi kadangkala perasaan menguasai fikiran dan timbang cara melayang-layang di antara kepentingan diri dan hala tuju baru FAM.

Wahai FAM, pilihlah calon-calon yg boleh dan mahu bekerja segenap jiwa raga, semata-mata cintanya kepada bolasepak negara.

Usahlah pilih orang-orang besar FAM kerana darjat, terhutang budi
mahupun nak berbudi bahasa.

Kalau betul Tengku Abdullah harapan kita, pilihlah sekalipun terasa macam kroni.

Kalau benar Anuar Musa boleh bawa sinar harapan dan perubahan, tak salah naikkan dia.

Sekiranya Redzuan Perlis masih ada uumpnya, fikirkanlah.

Begitu juga orang besar dari Terengganu dan Selangor yang jika pada pengamatan mereka boleh menjulang FAM, julanglah mereka di tampuk yang dicalonkan



Ingatlah anak-cucu-cicit kita menuntut yang terbaik, yang ikhlas daripada pemilihan FAM kali ini.


JANTAN ALAM
Petaling Jaya