Sunday, September 13, 2009

Tun Daim writes...


Our gratitude to Tun Daim Zainuddin for sharing his thoughts on football, Newcastle United, Manchester United and sports in general. I believe the article, written by the man himself, was the first of its kind.

Excerpts of the article published by the EPLx pullout in Kosmo! on Saturday...

Saya membayangkan Kuala Lumpur sebagai ibu kota pertembungan bola sepak Eropah, Latin Amerika, Afrika serta Asia.

Kita jadualkan lawatan 16 pasukan ternama seluruh dunia setahun. Manchester City dimiliki jutawan Arab. Kita boleh pelawa mereka bermain di sini, mungkin tidak pada musim panas tahun depan kerana bintang ternama terlibat dalam Piala Dunia.

Mungkinkah seorang daripada kanak-anak yang kita lihat dalam National Little League (Liga Kebangsaan Kanak-kanak) melalui Astro akan membanggakan negara? Saya terpegun melihat kebolehan anak-anak ini. Maaf, saya tak ingat nama mereka. Tetapi ada seorang penyerang yang memakai jersi No 6 yang sudahpun menjaringkan lapan gol. Saya lihat dia ada naluri sebagai penyerang modern seumpama Rooney.

Saya terfikir apakah amalan pemakanan dia? Apakah beliau dibimbing cara mengambil makanan secara professional? Lionel Messi tidak sebesar mana, tetapi dia kental dan langsung tidak gerun pada pemain-pemain yang lebih besar.

Saya sudah melawat beberapa kelab ternama EPL dan terpesona melihat disiplin pemakanan mereka.

Apakah bahan bacaan anak muda yang memakai jersi No 6 itu? Saya tanya mengenai bahan bacaan kerana kita dapati pemain Sepanyol dan Perancis lebih berilmu dan faham persoalan falsafah.

Pembaca sekalian tentu sekali ada mengikuti interviu dengan bekas penyerang Manchester United dan Perancis, Eric Cantona. Bandingkan pula temubual dengan bintang-bintang EPL. Pemain kita harus bijak seperti Cantona.

Saya pernah diusik rakan yang bertanya: “Tun, tak berminatkah beli pasukan ternama EPL?”

Saya sudah 71 tahun. Biarlah mereka yang muda terlibat kerana pengurusan kewangan, jual beli, menyediakan program merchandising, tajaan dan program latihan pemain negara semuanya memerlukan tumpuan sepenuh masa.

Ada yang bertanya mengenai Newcastle United. Satu ketika dulu, memang ada pihak yang saya kenali meninjau kemungkinan ke arah sedemikian tetapi Newcastle kini bermain di Divisyen Satu. Jumlah gaji atau kos saraan pemain terlalu tinggi. Apa jadi sekiranya mereka cedera?

Kelab-kelab Perancis atau Belanda lebih menarik untuk diterokai, pada pandangan saya. Mereka tidak putus-putus menghasilkan bintang baru. Kelab-kelab Perancis dapat menarik minat pemain Afrika dari Franchophone, tanah bekas jajahan Perancis.

Saya sering berkunjung ke Afrika bagi tujuan bisnes. Mana saja ada kawasan lapang, kita lihat anak muda bermain bola. Skil mereka agak luar biasa, serta mereka bertubuh besar.

7 comments:

Anonymous said...

Well done Tun Daim...thanks for keeping AFC in Kuala Lumpur...i knew there were some Malaysia
Super Tigers in there.


for the game. for the world,

Anonymous said...

dari dulu aku suruh atlet kita, pegawai, pengurus pasukan p media training, baca buku, tapi depa tak mau. daim ni kawan bapa aku. dia rock sebenarnya.

Anonymous said...

We should have this kind of people to lead our football organisation -think more then football schedule & format!

Anonymous said...

Bro,
We should have this mentality of people to lead our football organisation -think more then football schedule & format!

anynomouse said...

Saya ingin minta izin untuk berkongsi artikel ini di 'Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia Facebook' http://www.facebook.com/group.php?gid=120200776011

Ridhzuan

Anonymous said...

I hope Tun Daim can lead FAM...we need this kind of man to bring back the glory of malaysian football..

Anonymous said...

we need someone like Tun Daim to lead the FAM...