Tuesday, September 29, 2009

Malik Mydin 0 Daud Abu Kassim 0

Skripnya bermula begini - Wira Samudera, Datuk Abdul Malik Mydin, mencetak gol pembukaan apabila ditabal selaku presiden Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu, sambil dibekalkan peluru oleh pelumba yang mewakili negara di Sukan Olimpik 1972, Fazin Saad. 1-0.

Timbalan Presiden yang digulingkan, Daud Abu Kassim, pengasas PLBKL pada 1979, mengatur serangan balas dengan mengutarakan empat hujah - penetapan tarikh mesyuarat agung tidak mendapat persetujuan ahli majlis, mesyuarat agung pemilihan diadakan ketika laporan kewangan belum disiapkan untuk diaudit, bendahari tidak menerima yuran tahunan dan keahlian yang dipertikaikan.

Ia boleh dikira sebagai jaringan penyamaan yang tertunda sehingga pengadil yang juga Pesuruhjaya Sukan, Datuk Nik Mahmud Nik Yusof, meniup wisel lalu menganggap gol Malik dan rakan-rakan sepasukannya tidak sah, menerusi kenyataannya kepada Joe Marcose di sini.

Sebaik jaringan itu dibatalkan, Daud yang kecewa dengan sikap pihak tertentu yang disifatkan sebagai berkepentingan peribadi, menyeru keharmonian rumah tangga PLBKL dikekalkan, katanya di sini.

Niat Malik baik. Namun untuk menjaringkan gol, sama ada dari sepakan sudut, sepakan percuma, penalti ataupun rembatan jarak jauh, kita tidak boleh melanggar undang-undang permainan. Tidak boleh pegang bola, tidak boleh menjatuhkan lawan dengan sengaja dan membuat bentesan keras dari belakang!

Daud pula yang dari dulu banyak mengeluarkan duitnya sendiri dalam menjalankan kegiatan PLBKL, seorang yang cukup teliti dalam urusan dan peraturan permainan. Kepada pengadil Nik Mahmud, tahniah.

3 comments:

Unknown said...

hebat betul le sedara Rizal ni..

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

online kamagra said...

Hi it is really nice and interesting blog.. I like the information you have keep here.. keep updating with more things I will be following your blog.. its really nice...