Saturday, May 23, 2009

Koperasi dan persatuan buat bekas ahli sukan

Satu perjumpaan bekas atlit negara dijadual diadakan hujung minggu ini yang antara lain membabitkan aktiviti kesihatan seperti derma darah dan pemeriksaan kesihatan dan bina semangat.

Kem anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang dinamakan Program Anda Tetap di Hati ini bertujuan mengumpul semula dan membina hubungan erat di kalangan bekas atlit negara dan berkongsi pendapat bagi meningkatkan peranan YAKEB.

Program dua hari satu malam ini mengumpulkan 111 bekas atlit negara. Turut diselit dalam aturcara solat maghrib berjemaah di Menara Kuala Lumpur sebelum perasmian oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek.

Shabery dijangka mengumumkan kewujudan koperasi atlit dan penubuhan persatuan bekas atlit kebangsaan yang diterajui oleh bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur dan Kedah, Faridzul Kassim, satu daya usaha yang harus dialu-alukan dalam memastikan nasib ahli sukan sesudah bersara sentiasa terbela.

9 comments:

bekas pemain said...

Yang 111 ni croni ke apa,yang kita bekas pemain kebangsaan selama 5 hingga 6 tahun tak pun tahu tentang ni.Ni la jadi bila bekas pemain nak jadi pultision.

Anonymous said...

bro just wondering you mentioned fadrizul kassim as orgainiser,this guy played for blue school or red school.

Anonymous said...

kita perlukan bekat atlet negara ada masa dan tenaga untuk tampil kehadapan untuk sama-sama memperjuangkan nasib bekas atlet negara. bukan politician

BEKAS ATLIT said...

aku dengar faridzul kassim tu kaki kencing kawan2, betul ka

rizal hashim said...

Bekas pemain, maaf saya terlupa menyebut bahawa in kem pertama dan kem seterusnya dengan kumpulan bekas atlit yang lain akan menyusul. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yakeb.org.my atau telefon 03-8996 4841/4844.

Anonymous said...

Saya rasa u pun ni main poltik pasai u pun bolih khabar mcm u ni bekas pemain MALAYSIA padahal u bekas reporter p la lu lebih kurang mcm master u rocky,umno dulu kini dan selama nya.

Anonymous said...

Saya rasa u pun ni main poltik pasai u pun bolih khabar mcm u ni bekas pemain MALAYSIA padahal u bekas reporter p la lu lebih kurang mcm master u rocky,umno dulu kini dan selama nya.

Anonymous said...

Saya rasa u pun ni main poltik pasai u pun bolih khabar mcm u ni bekas pemain MALAYSIA padahal u bekas reporter p la lu lebih kurang mcm master u rocky,umno dulu kini dan selama nya.

Anonymous said...

bekas atlit...
memang betul apa yang you cakap tentang faridzul kassim. memang kaki kencing. sedihnya, those yang nak buat kerja ni majoritynya unreliable and takde kredibiliti. orang mcm ni yang kita nak harap untuk bela nasib bekas atlet? minta maaf la....semua sekadar nak tonjol nama jer...