Monday, September 12, 2011

Tentera Abe Ya



Bekas jurulatih pasukan kebangsaan dan Kelantan, B. Satiananthan, akan mengajar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cara membedil pasukan lain musim depan. Khabarnya Sathia atau Abe Ya bagi penyokong Kelantan, diberi bajet mewah RM10 juta untuk memikat pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Norfarhan Mohammad dan pasangan kembar Negeri Sembilan, Aidil Zafuan serta Zaquan Adha Abdul Radzak.  Sathia dua kali bawa Kelantan ke final Piala Malaysia, termasuk kejayaan cemerlang memeluk piala itu musim lalu, sebelum digantung enam bulan gara-gara mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dia dilantik mencarta kemajuan akademi bola sepak Kelantan bergelar ARMY tetapi biasalah, jurulatih tugas dan kecintaannya memijak rumput, memantau pemain dan bercerita taktik setiap hari, bukan menaip di komputer bimbit sambil bersandar di kerusi empuk. Jadi Sathia dari ARMY ke Armed Forces...

22 comments:

anak langkawi said...

salam saudara....
jika benarlah ape yg diperkatakan, saya rasa persaingan untuk musim hadapan pasti lebih sengit di liga perdana ape2 pun tahniah(abe ya).

Anonymous said...

TIDAK SEMESTINYA PELABURAN YANG TINGGI & PEMBELIAN BINTANG-BINTANG BOLA SEPAK DAPAT MENINGKATKAN MUTU BOLA SEPAK SESEBUAH PASUKAN . , JIKA BERJAYA IANYA HANG ,MK LAND ,MPPJ PERNAH GAH DALAM MEMBUAT PELABURAN DALAM PEMBELIAN BINTANG-BINTANG BOLA SEPAK MALAYSIA .HANYA UNTUK JANGKA MASA YANG PENDEAK & TERTENTU SAHAJA . SUATU KETIKA DAHULU PASUKAN PAHANG ,PUBLIC BANK ,MPPJ , MK LAND ANTARA PASUKAN YANG BERBELANJA MEWAH SUATU KETIKA DAHULU .

Anonymous said...

TIDAK SEMESTINYA PELABURAN YANG TINGGI & PEMBELIAN BINTANG-BINTANG BOLA SEPAK DAPAT MENINGKATKAN MUTU BOLA SEPAK SESEBUAH PASUKAN . , JIKA BERJAYA IANYA HANG ,MK LAND ,MPPJ PERNAH GAH DALAM MEMBUAT PELABURAN DALAM PEMBELIAN BINTANG-BINTANG BOLA SEPAK MALAYSIA .HANYA UNTUK JANGKA MASA YANG PENDEAK & TERTENTU SAHAJA . SUATU KETIKA DAHULU PASUKAN PAHANG ,PUBLIC BANK ,MPPJ , MK LAND ANTARA PASUKAN YANG BERBELANJA MEWAH SUATU KETIKA DAHULU .

john said...

biar kemana beliau hendak pergi kerana kemana sahaja tujuan beliau untuk menaikkan mutu sukan bolasepak.Buat beliau satu pesanan jangan lupa juga kemajuan pasukan simpanan dan juga akedemik ATM. Jangan sampai lepas ni FAM buat keputusan kelakar utk sambung kontrak, sebab selalu perkataan "titah Tuanku" di guna pakai.

anak langkawi said...

sebabtu saya mengatakan musim depan persaingan pasti sengit..andai semua ini benar2 berlaku,dan di takdirkan ATM bertemu kelantan di FA cup atau pun PIALA MALAYSIA musim depan,sathia pasti akan di anggap sebagai pertualang kepada pasukan kelantan....

pemuda83 said...

habis la askar tk dpt bonus le mcm ni

Unknown said...

semoga pemergian Sathianathan ke ATM mampu mengubah nasib pasukan tersebut dan xmustahil ATM blm mnjuarai Liga Perdana musim depan...
All the best utk Abe Ya kito...
-Ahas Haikal

eddy zain said...

salam boss...jika i2 berita y benar maka sa2 lagi pembaziran..tidakkah pihak tentera tidak meneliti rekod silam pasukan2 y mewah memikat pemain berstatus bintang tapi impaknye hanya 2 musim...apa nak jadila dgn liga m skg yer....

Anonymous said...

byknyer duit ATM..dri mne erk datang...bonus anggota tntera pn lintang pukang,subsidi utk rakyat...membazir

ariffin_Bdr Baru Bangi said...

berbelanja untuk jangka pendek mungkin YA, tapi untuk kemajuan jangka panjang ia hanya 'menyekat' pembangunan bolasepak.

amat beruntunglah mana2 pasukan yg kantungnya kembung.

Jangan jadi seperti Manchester City berbelanja besar.

kelantan dan terengganu serta kedah bermula dari peringkat paling bawah dan hasilnya menyerlah sekarang.

Anonymous said...

ambo sbg penyokong kelate, lbh sukakan abe ya berbanding dato' ka...

simpati kt abe ya kerana menjadi mangsa rakus FAM...

kami penyokong the red warriors ttp menyokong anda...

ANAK LANGKAWI; dont judge a book by its cover..ptualang hanyalh utk 3 Abdul yg tidak jujur...janji yg tidak di tepati...jgn komen kalo xtau hjg pangkal...

hidup matiku kelate...kemah kemim..

bUdAkmILo said...

suka tgok peyokong ATM yg beri sokongan yg tak belah bagi!!ayoh ARMY lu gegar stadium!!

mimya said...

bagi gua Abe Ya antara coach terbaik di Malaysia la ni.dia antara coach yg bukan saje bagus taktikal malah bijak utk manage "pemain2 bintang". tidak semua coach pandai manage "pemain2 bintang".

Kalau benar berita lu ni bro, ianya satu kehilangan besar buat Kelantan. Gua ingatkan tahun depan Abe Ya akan swap dgn Dato' Kar...maknanya Abe Ya jd coach TRW, Dato' Kar urus ARMY.

ape2 pun best of luck utk Abe Ya!

Cerita Sendiri said...

Hidup nie umpama Roda, adakalanya akan naik dan turun. Kalau nak merasa kejayaan mestilah melabur. Dptkkan pemain2 established pada masa yg sama dptkan juga pemain2 muda yg berkaliber. baru kesinambungan tu ada. Bila ramai org ke stadium. Banyak kompeni yg nak menaja. Duit FA banyak. pemain2 yg bagus akan kekal. Kejayaan akan terus di rasai.
It has to starts from somewhere. Jadi bila ada pemain2 yg status A++ nie, pemain muda dr ATM sendiri pun harus menujukkan peningkatan. Tapi kalau tiada kesinambungan maka akan jadi lah mcm Klab2 yg lain. 2-3 musim KO.

Cerita Sendiri said...

Mungkin off tajuk, tapi generalnya masih lagi pasai MSL. Mungkin Rizal buleh buat cerita apa jadi pada team negeri aku. Negeri plg Utara nun yg tengah tenggelam dengan ayaq bah la ni.
Menang sekali shj. Awat laa! jadi lagu tu. 4-5 taun lepaih juara PM, Super league, naib juara FA. Masuk Piala MAlaysia tiap2 taun.

Maaf la kalau kacau daun pasai cerita Abe Ya ni,

Salam semua.

Anonymous said...

saya optimis tetapi ada kekangan dalam proses ini.Satu,memperbanyakkan skuad2 yang boleh menggugat team yang agak kuat.Justeru,mereka yang berwawasan akan menampilkan pemain muda dengan cara akar umbi.Kebetulan modal ini sesuai kerana musim akan datang,pemain import akan kembali.

Anonymous said...

kecewa kalau abe ya pimdoh di kala kelihatan byk sinar remaja bergemerlapan di kelantan hasil usaha beliau...tp kena trima hakikat...itulah bola sepak malaysia

Anonymous said...

Salam bang Rizal,

Hanya ingin meluahkan perasaan kecewa skali lg terhadap mutu pengadilan perlawanan N.9 vs Terengganu.

Seperti biase byk sgt keputusan 'offside' yg diberikan oleh Linesman yg dipertikaikn. Larian dr belakang oleh pemain yang hanya melepasi pemain lawan setelah bola dihantar sememangnya tidak offside. Astro ada membuat replay tetapi tidak secara tepat seperti ESPN utk premier league.

Disamping itu juga, pengadil muda yg kurang pengalaman agak menganggu perjalanan perlawanan. banyak sgt wisel ditiupkan utk kesalahan2 kecil dan banyak terpengaruh dengan reaksi pemain2 untuk meniup wisel.

Saya mengharapkn FAM mengambil inisiatif segera untuk menangani isu ini. Jangan hanya rakus menghukum persatuan or kelab tetapi FAM seharusnya mencermin diri sendiri juga, untuk melihat kelemahan mereka sendiri.

Ikhlas,

kemah kemim

Anonymous said...

10 juta..100 juta pun boleh belanja kalau ada funder..tp macam mana nk dapat balik pelaburan tu..jangka pendek dan jangka panjang..mgkn sbb tu tony g beli QPR dn bukan develop mana2 team kat MSL ni..

Team ptt fikir mcm mana nk buat duit baru fikir macam mana nak belanja duit..simple maaa!

Anonymous said...

Salam Saudara Rizal,

Dgn duit sebanyak 10juta tu sy rasa dpt bertahan beberapa musim ja. paling kuat 3 musim. habis 3 musim kena cari lg 10juta. kalau x kejap lg kuar paper, player merayu xdpt gaji dll.

pada pendapat saya, ATM ni patut bergabung dgn MP Selayang. tukar nama jadi ATM-Selayang dan tukar logo baru. byk benefit yg akan ATM dpt dr penggabungan ni.
1. Penduduk Selayang akan menyokong ATM-Selayang dan memenuhi stad setiap minggu. jadi xde la ATM cuma mengharapkan sokongan dr askar2 dr kem berhampiran ja.
2. Sewa stad maybe tak perlu di bayar sbb Stad tu under MPS @ sewa di kurangkan.
3. merc di perbanyakkan. jualan di buat di al ikhsan depan Stad Selayang dan di dlm kem2 tentera. jadi bila ramai yg menyokong ramai juga yg akan beli merc.

lepas tu ambil 1 sekolah rendah & menengah utk di jadikan Sekolah angkat aka akademi ATM. player2 terbaik dr sekolah ni kemudian di serap masuk ke skuad piala presiden dan Liga M seterusnya. jadi ATM dpt jimatkan kos utk mengambil player2 berbakat dr negeri2 lain.

sy rasa at least separuh dr budget 10juta utk musim depan utk buat apa yg di cadangkan ni mencukupi.

Eddie.

Anonymous said...

ATM perlukan pengurusan yang lebih profesional. Dahulu mereka pernah membeli ramai bekas bintang Perak spt Khalid Jamlus, V saravanan, Nasril dan Chan Wing Hong. Bagaimanapun kesilapan pendaftaran menyebabkan Khalid terkeluar daripada skuad dan Saravanan keseorangan.
Dengan budget besar yg diberi,persaingan akan lebih sihat. Pengurusan ATM perlu mendaptkan pemain muda untuk pelaburan kejayaan masa depan dan bukan membeli kejayaan segera. Ini juga membantu kesinambungan malaysia melahirkan pemain-pamain baru yg muda dan perlukan pendedahan awak.Bagaimanapun saya mencadangkan beberapa tonggak senior dalam 30% daripada jumlah pemain memang perlu ada untuk membimbing skuad muda yang akan dibentuk itu.

Unknown said...

Salam Ukhwah. Saya mengikuti perkembangan pasukan ATM sejak mereka menjadi pasukan belasahan lagi.

ATM adalah majikan saya biarpun saya anak jati Perak, ATM adalah pasukan kedua saya dan Perak pasukan Pertama saya.

Untuk Pengetahuan, saya pernah menlis dalam blog saya tentang hala tuju pasukan Tentera seperti di link di bawah . Jadi segala harapan dan ceritanya ada dalam, bukan nak promosi blog, kalau nak copy ayat tu panjang sangat.

http://soldiersoccerfc.blogspot.com/2010/12/realiti-ke-mana-hala-pbat.html