Friday, September 14, 2012

Jawatan kosong di FAM

Ada jawatan kosong di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jawatan Ketua Jabatan Pengadil di FAM akan dikosongkan oleh Kol Kamaruddin Sakhari mulai 20 Oktober ini. Kontraknya tamat 18 Oktober ini.

FAM mempelawa sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan itu tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan minimum seperti berikut:

1. Pengalaman sebagai Pengadil Kebangsaan sekurang-kurangnya 7 tahun.
2. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai Penilai Pengadil atau Koordinator Perlawanan atau Kommissioner Perlawanan di peringkat kebangsaan sekurang-kurangnya 5 tahun.
3. Mempunyai rekod disiplin yang bersih iaitu tidak pemah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.
4. Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sama ada di sektor kerajaan atau swasta atau mana-mana badan badan sukan di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
5. Mempunyai kemahiran dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kepengadilan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan dan mempunyai prestasi kerja yang baik.
6. Mempunyai sifat amanah, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan berkebolehan bekerja lebih masa atau di luar waktu bekerja bagi memastikan kerja-kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
7. Berkebolehan bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
8. Mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi menggunakan perisian komputer sekurang-kurangnya Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
9. Calon mestilah bukan: 1. individu yang dalam pendakwaan atas tuduhan rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan dadah, pemalsuan atau fraud; 
atau -  individu yang disabitkan dalam kesalahan yang dinyatakan di dalam perenggan (i) di atas dalam tempoh 5 tahun yang lalu;
atau - individu yang dikenakan tindakan bankrap belum dilepaskan.

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon kepada FAM dengan menghantar biodata yang mengandungi perkara-perkara di atas dan salinan-salinan sijil yang diperakui sah serta sampul surat beralamat sendiri berukuran 11.5 srn x 24 srn kepada FAM sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 12 Oktober 2012.

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kelak.

Tahu alamat FAM kan? Jangan hantar memorandum pulak!

Amacam Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh? Apa tunggu lagi?

Harap siapa saja ambil alih bersikap terbuka, telus dan cepat merencanakan pembangunan pengadil kerana satu ketika dulu FAM berbangga dengan penonjolan T. Nadarajan, Tan Sri Zain Mahmud Hashim, Datuk George Joseph, Steven Ovinis, Othman Omar, Mohd Nazri Abdullah, Nik Ahmad Yaakub dan Subkhiddin.

Baca Subkhiddin for AfricaCoaching refereesKasihan Pengadil dan Topik hangat di Kafe Sukan.

Ada beberapa calon yang layak - Nik Ahmad yang pernah bertugas di Indonesia, Amir Sharifuddin Wong yang kini di Maldives dan Subkhiddin.







5 comments:

Anonymous said...

jangan ismail yaacob aplly sudahla coz no had umur

Anonymous said...

Bro - bola kat Malaysia selalu jadi bahan lawak - bila kita dpt melihat bolasepak yang betul2 Profesional?















Anonymous said...

Haji Mail dah uzur..cukup2 la involve dlm urusan seperti ini yang amat memerlukan tenaga muda yang lebih dinamis. Harap Haji Mail jangan 'nyanyuk' nak pi sembah Tuanku dan mohon jawatan ini. Rumah kata pergi kubur kata mali ooo....

Ikhlas dari jauh...

Anonymous said...

kung paano kanyang suweldo?

Anonymous said...

Anon 15 Sept, apa kaitannya dgn umur? bukan ke jawatan tu seumur hidup? Osman omar alor gajah pun boleh apply wakakakakaka....

siapa berhajat, mesti berkebolehan untuk mengrepair sistem yang telah rosak teruk. Jika calonnya 2X5, bertambah barai la.....