Tuesday, September 4, 2012

Piala Emas Raja-Raja kembali November ini

Kuala Lumpur: Kejohanan bola sepak tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-72 bakal meneruskan tradisi kegemilangannya apabila 16 pasukan memulakan cabaran awal peringkat kumpulan bermula dari 9 hingga 11 November depan.

Dibahagikan kepada empat kumpulan menyaksikan Pahang selaku juara 2011 diundi dalam kumpulan C bersama Angkatan Tentera Malaysia, Perak dan Pulau Pinang.

Kumpulan A menyaksikan Kedah selaku tuan rumah bersaing dengan Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Sementara Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan MASUM berentap dalam kumpulan B. Aksi kumpulan D tampak sengit apabila Kelantan juara Piala Agong 2011 serta pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja berdepan satu lagi pasukan jaguh pantai timur, Terengganu yang turut menyaksikan cabaran pasukan Perlis serta Polis DiRaja Malaysia.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan yang dipengerusikan Dato’ Lt.Kol (B) Mohd.Nor Mohd Darus bersidang Ahad lalu turut menggariskan beberapa perubahan dalam peraturan pertandingan, antaranya kesemua 6 pemain dari Liga Super atau Liga Premier yang mahu diturunkan perlu mendapat surat pelepasan dari majikan masing-masing sambil mengekalkan hanya empat pemain berstatus profesional yang dibenarkan beraksi pada sesuatu perlawanan.

Jadual peringkat suku akhir secara timbal balik dijadualkan 17 November 2012 dan 24 November 2012. Peringkat separuh akhir juga secara timbal balik pada 1 Disember 2012 dan 8 Disember 2012. Kemuncak perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2012 ditetapkan pada 22 Disember 2012.

Tirai pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2012 bakal dimulakan dengan perlawanan Sumbangsih diantara Pahang selaku juara bertahan Piala Emas Raja-Raja 2011 menentang Kelantan selaku juara Piala Agong 2011.

Perlawanan tersebut dijadualkan di Stadium Darul Makmur Kuantan, jam 8.45 malam. Jawatankuasa pertandingan pada mesyuarat tersebut juga menawarkan kepada mana-mana syarikat atau organisasi yang mahu menaja Kejohanan musim ini agar menghubungi PBSMM ditalian 03 78803001 atau melalui fax ke 03 78803002.

2 comments:

fed up said...

Kita selalu kata nak mulakan program sukan dari sekolah. Jadi apa salah bila dihidupkan balik Piala Emas Raja-Raja ni, astro atau blog loose cannon sendiri siarkan background pertahanan - untuk anak-anak muda kita yang tak tahu.

p/s sampai la ni anak dan anak buah tanya, apa yang nostalgianya bila Singapura masuk balik bertanding Liga Super dan Piala Malaysia.....malas nak jawab sebab dalam hati tak suka Singapura masuk balik bawak kudis judi ke bolasepak malaysia.

Black said...

Adik dan Abang selalu dalam keluarga..apa salahnya kalau pemain pemain liga super turun kepadang Piala Emas Raja Raja yang pernah menjadi ASAS untk melahirkan lagenda lagenda Bolasepak Malaysia.jangan dihiraukan soal gaji.Yang penting..TUGAS anda untuk MELAIRKAN sendiri pemain setaraf anda melalui KEJAYAAN yang sedang dikecapi bukan SETELAH diHARUNGI.....fikir fikir laa..tq. Kan bagus sepanjang tahun AKTIF...cuti pun sikit..SO makin laa FIT player player..bukan FIXED to the stupid GOSSIP and SCANDAL....