Monday, September 26, 2011

Pentingnya ejen atau wakil pemain

Pada 1999, aku menulis dalam the Malay Mail agar Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Juzaili Samion diwakili ejen agar segala urusan berkaitan kerjaya mereka di Strasbourg berjalan lancar tanpa membebankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tapi pembesar-pembesar FAM tak ambil pusing pun.

Sekarang Safee Sali sudah ada Zack Rahim, senior aku kat sekolah dulu (tapi dia tak kenal, hehe), manakala Safiq Rahim pun khabarnya selalu ditemani pengurus ke mana-mana. Sekarang sudah sampai masa pemain yang ada wawasan lantik seorang wakil, ejen atau syarikat mengurus kerjaya mereka, bukan saja dari segi prospek perpindahan, bahkan merencanakan masa depan mereka. Tapi berapa kerat sanggup melabur sedikit agar masa depan lebih terjamin? Baca kolum terbaru ku di di sini

9 comments:

raimon_taro said...

Saya sangat setuju dgn pandangan saudara rizal. Tetapi saya tidak rasa pemain2 malaysia sanggup melabur walaupun utk kepentingan kerjaya mereka. Kita tengok apa yang terjadi pd akmal dulu semua nak diharapkan pada FAM, akhirnya bakatnya terbiar begitu shj walaupun pernah menjadi antara penjaring terbanyak kelab yang diwakili diperancis dahulu.

Cruyff moden said...

Salam En Rizal,

Mengambilkira sosio-cara orang Malaysia nih, pelantikan seorang pengurus belum menjamin kebaikan masa depan seseorang pemain bolasepak tempatan kita. Apatah lagi industri bolasepak kita masih goyah walaupun sukan itu sudah lama bertapak. Jika kena gayanya, ahli keluarga sendiri mungkin pilihan yang lebih baik sebagai pengurus. Kemampuan kewangan seseorang pemain itu juga perlu kukuh terlebih dulu. Lepas tu pulak, orang yang dilantik bergelar 'pengurus' juga perlu dikaji secara mendalam...dah banyak kes berlaku!!! Kelayakan dan pengetahuan si pengurus yang bakal membawa pemain ke luar negara pun perlu rasional dan diselidik. Malahan, ejen-ejen bolasepak di Eropah pun semakin meresahkan UEFA atau EPL.
Namun, sudah tentu baik jika pemain kita sekarang ada pengurus -- perjalanan karier seharusnya lebih terancang.

Anonymous said...

Macam dah kurang satu artikel la.....

yusaini_yn said...

good article there in arena.my, tapi apasal tarik balik article raja's ransom?

nampak mcm hang berdendam sgt dgn rajagopal, apa ra lu bro!

Anonymous said...

FAM dari dulu sampai sekarang apa yang betul? Kat FAM tu semuanya pandai belaka hanya kat luar ni yang tak reti pasal bola...........

Anonymous said...

Dawai kokot,

Rizal berdendam atau Rizal kena pulas tangan; mana lagi logik?

Apa-apa pun minta Rizal bagi pendapat:

Adakah kita tidak perlu beria-ia sangat memberi sokongan kepada Pasukan Malaysia bila lawan Australia nanti.

Sebab:
1.Target kita Piala Asia 2015 manakala lawan Australia ini sekadar cari pengalaman saja.
2.Sokongan padu peminat dikhuatiri akan memberi tekanan kepada pemain.
3.Hanya coach saja yang reti pasal bola makanya kita peminat ini mana reti nak menghayati game yang bagus.

Maklumlah takut coach kecik hati.

Jika main di Malaysia, saya tambah #4.Tidak perlu membazir cuti sebab tiket pun belum tentu ada walau beratur dari jam 11 pagi.

Berbalik pada soal ejen, boleh Rizal ulas sistem yang dipakai di Argentina dimana pemain berpotensi ditaja dalam sistem seakan-akan unit saham.

Saya dapat tahu, gini caranya Messi memulakan karier di Akademi Barcelona pada umur 16.

Kamarul.

Anonymous said...

Aku setuju dengan komen bro rizal.Memang sudah sampai masanya pemain2 Malaysia mempunyai ejen.Mempunyai ejen yang mempunyai pengetahuan,pengalaman serta hubungan networking yang baik sangat membantu perkembangan bolasepak seseorang pemain.Selain bakat modern footballer must have a management team with good marketing plan untuk "menjual" diri mereka ke kelab2 yang lebih baik.Example Hidestoshi Nakata mempunyai companynya sendiri Sunny Side Up yang manage karier bolasepaknya.

imlan adabi said...

Pemain ada pengurus pun tak ke mana jika kualiti permainan tak seberapa. Liga M masih di bawah kualiti yang sepatutnya. Malaysia menang Suzuki Cup pun kerana nasib kerana Indonesia bermain lebih baik.

hisyam said...

huish..dah ader rupernyer artikel pasal ejen ni..satu jer nak tanyer..pelaburan terhadap ejen tu bukan ke ikut percentage dari kontrak yg pemain tu dapat? rasenyer dalam 5% ke 10% komisyen..jadik maknanyer ejen2 tu jugak akan cuba dapatkan kontrak yg terbaik utk pemain supaya komisyen diorang pun lebih tinggi..bukan kira win-win situation ke tu?