Tuesday, September 20, 2011

Malaysia 3 Jepun 0...

Kemenangan Malaysia ke atas Jepun dengan jurang tiga gol berlaku pada 23 September 1971, dalam kelayakan Olimpik Munich 1972 , maknanya genap 40 tahun lalu, hasil hatrik Syed Ahmad Abu Bakar, warden penjara kelahiran Johor yang berkelana ke Pulau Pinang dan Perak.


Bek kanan Dell Akbar dan penyerang utama, Syed Ahmad, gambar di IJN 2003...

Kesebelasan negara - Wong Kam Fook, Dell Akbar Khan Hyder Khan, M. Chandran, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, V. Krishnasamy, Hamzah Hussein, Wong Choon Wah (Yap Eng Kok), Salleh Ibrahim, Looi Loon Teck, Syed Ahmad Abu Bakar.

Hasil umpanan lintang Loon Teck, Syed Ahmad menanduk gol pertama. Choon Wah melorongkan bola sebelum Syed Ahmad memperdayakan penjaga gol, Kenzo Yokoyama untuk gol kedua sebelum Syed Ahmad sekali lagi menanduk gol ketiga hasil umpanan Loon Teck. Syed Ahmad ini media darling, handsome dan terror main zaman tu. Tapi sekarang dah dilupakan ketika rakan-rakannya ramai dah dapat Datukship. Malangnya, dia tercedera di bahagian belakang dan kempunan ke Sukan Olimpik di Munich. Dell pun injured.

Selepas kemenangan bergaya itu, Dave McLaren melihat luka di kaki Syed Ahmad dan sanggup menjilat luka itu.."I fought for you, Syed, I fought for you," merujuk kepada keputusan jurulatih Jalil Che Din yang seawalnya mahu meletakkan Eng Kok sebagai top striker.


Bayangkan Jepun tampil sebagai pemenang pingat gangsa temasya Olimpik di Mexico, diterajui penyerang sensasi Kunishige Kamamoto (gambar, kanan) ditemani Ryuichi Sugiyama selaku dua serangkai serangan.

 Fast forward pulak ke 1980, Malaysia terikat 1-1 dengan Jepun di Stadium Merdeka pada 30 Mac, 1980...


Beruntunglah mereka yang menyaksikan Soh Chin Aun, James Wong, Santokh Singh dan Hassan Sani pada zaman kehebatan mereka. Aku tunjuk anak-anak ku youtube...

Apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengehadkan bola sepak kepada pemain Bawah 23 tahun pada 1991, tertubuhlah Barcelona Babes dipimpin Chow Kwai Lam, antara tonggak pertahanan Ong Kim Swee...esok beradu strategi dengan Jepun...


Aku sekadar wartawan tempelan, meninjau perkembangan antaranya Malek Rahman, Shahrin Majid, Adnan Ibrahim, Lee Thean Ewe, Salahuddin Che Rose, Azman Adnan

Pada pra-Olimpik 1999, Malaysia diundi bertemu Jepun lagi...


Antara anak buah Hatem Souissi ialah Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Rosle Derus, Sany Fahmi, Tengku Hazman Raja Hassan, Shawal Johadi, M. Gopalan, Khalid Jamlus, Chow Chee Weng, Gilbert Cassedy Gawing, Yuzaiman Zahari, Nik Fadly Nik Leh


Dilayan oleh dua rakan wartawan Jepun...minum teh aje


Pas ke Stadium Nasional, Tokyo


Jurulatih Jepun Philippe "White Witch Doctor" Troussier dengan Hatem serta Zainul Azhar Ash'ari (Utusan Malaysia) dan Hazli Hussaini (Harian Metro) di Hong Kong

Pusingan pertama di Hong Kong, Malaysia tewas kepada Jepun 4-0...mana tidaknya, Shinji Ono, Tsuneyasu Miyamoto, Junichi Inamoto, Shunsuke Nakamura dan Atsushi Yanagisawa menterjemahkan taktik Philippe Troussier dengan handal...di Tokyo, keputusannya 4-0 juga. Hatem mengeluh "You look at the defender (Miyamoto), he's very intelligent, quick to find solutions"...2004, Miyamoto julang Piala Asia selaku kapten Jepun...Ono, Inamoto dan Nakamura cipta nama di Eropah. Di Jepun, Akmal bertentang mata dengan buah hati, cinta pandang pertama yang membawa kepada jinjang pelamin.

Di bawah B. Sathianathan, skuad pra-Olimpik 2007 yang menampilkan Aidil Zafuan Radzak, Amirulhadi Zainal, Azrul Ahmad, Sabre Mat Abu dan Safiq Rahim tewas 2-1 di Kuala Lumpur dan 3-1 di Tokyo.

Esok, Kim Swee berdepan cabaran menggunung tinggi, setinggi gunung Fuji.

Kaptennya Khairul Fahmi Che Mat


Yang bakal berdepan skuad rata-rata anggota pasukan yang muncul juara Sukan Asia 2010 di Guangzhou..

Rasanya, Kim Swee akan menyandarkan harapan kepada Fahmi, Mahalli Jasuli, Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Noor, Irfan Fazail dan A. Thamil Arasu. Irfan yang menjaringkan gol ketika menewaskan Taiwan dan Lebanon, menanggung kecederaan. Disebabkan kemahiran teknikalnya, Irfan yang baru pulang dari pengembaraan di Slovakia, adalah sumber terbaik untuk mendapatkan gol. Fahmi pula harus sibuk berdepan Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi, antara sandaran jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka.

Ingat, 40 tahun lalu, pedang samurai berkecai...tapi kita realistik, asal jangan jadi tofu di Stadium Tosu sudah!

23 comments:

Kefli IIUM said...

Kejayaan sesuatu pasukan tidak datang sekelip mata, nama-nama pemain dalam skuad Jepun yang dinyatakan itu seperti Ono, nakamura dan yang lain-lain adalah juga nama-nama yang sentiasa tersenarai dalam skuad Jepun dari ketika mereka bermain untuk pertandingan peringkat umur bawah 14tahun lagi. Pasukan mereka sentiasa mencapai keperingkat tidak kurang lapan pasukan terbaik Asia. Dimanakah kedudukan pasukan bimbingan Kim Swee ini, dalam pertandingan peringkat umur anjuran AFC 2006, 2008, dan 2010 yang lalu, ini lah pengukuran dan perbandingan yang perlu kita fikirkan, manakala pasukan Malaysia tahun 70an awal 80an sentiasa tidak ketinggalan tersenarai dalam pertandingan pusingan akhir peringkat umur AFC, malah kita pernah melangkah keseparuh akhir... Renung-renungkan lah.....

Anonymous said...

Salam Bang Rizal,

Saya sememangnya agak menyukai cara pengedalian n taktikal coach Ong. Saya juga optimis Malaysia akan memberi saingan kpd Jepun, bkn lg budak belasahan.

Seperti yg abg utarakan dlm cafe sukan siaran langsung dr Kolej Komuniti, kita semua perlu optimis.

Walau bagaimanpun, apa yg mengecewakan adalah jawapan dr coach snr, RG. Kalau lah saya ada diberi kesempatan utk bertanyakan soalan2 kepada beliau...byk sgt ingin sy utarakan terutama dng pemilihan skuad utk melawan Australia..

Apa yang dpt saya katakan, sy yakin dan percaya coach Ong akan mengatasi pencapaian RG krn idea n taktikalnya adalah untuk mengatasi pihak lawan namun RG lebih kpd kepuasan diri sendiri. KING GOPAL...

Kemah kemim...

MFM said...

kalah perkara biasa,seri satu bonus,menang sesuatu yg miracle.apa2 pun tiada yg mustahil.Malaysia Boleh!!!!!!!

izu mercurial said...

pemain HM harus juga bijak mencuri peluang drpd pemain Japan..tgok mcm Mu vs Chelsea,,Chelsea lbh byk mengasak,,ttp dengan hanya bbrp kali asakan MU berjaya mencuri gol..go go HArimau Malaya

izu mercurial said...

Di harapkan skrip perlawanan MU vs Chelsea berulang utk team olimpik...byk asakan ttp tidak mndpt gol..namun MU dgn hanya bbrp kali asakan,,mereka brjaya mncuri gol..

mohd fadil talib said...

Sejarah akan berulang...cuma bila masanya. Akan terciptakah sejarah baru bolasepak negara ?

mimya said...

kita kena realistik.jgn terlalu mengharap hingga menambah tekanan kpd pemain2 muda kita.sekiranya kita seri atau menang mlm esok...pasti news mencanak2 puji pemain kita yg akhirnya boleh menyebabkan depa pressure dan tewas di gelanggang sendiri nnt.

namun,sokong kita tetap sokong.pendedahan itu penting.andai x leh beat jepun, biarlah kita menang atau seri dgn syria dan bahrain.

ariffin_Bdr Baru Bangi said...

masih terngiang-ngiang ditelinga, syed ahmad hero rimau malaya...akhbar jepun mengeluh...."never play malaysia in the rain"

tapi sayang syed ahmad tidak ke munich kerana dikatakan 'cedera'(?) yg pergi saharuddin abdullah adik kepada namat abdullah.

pada mlm opening game olympic munich rahim abdullah tendang kena side netting, satu asrama melompat ingatkan sudah gol.

itu hanya kenangan yg sudah berlalu.

apa2pun didoakan team rimau malaya kendali kim swee ini berjaya

MFM said...

Kenapa program "Dengan Izin" tidak diteruskan?Soalan soalan ganas sngt kot....Kalau diteruskan mesti ramai yg x sabar nak tngk macamana Datuk Rajagopal menjawab soalan2 panassss......

Mazri Afandi said...

ske bace flashback kisah Harimau Malaya....lg satu,coach Ong dl botak kan time playing days.sejak pencen ni,br ade mase nk jaga rambut kot.hehehe.btw,all the best skuad Olimpik.selamanya Anak Malaysia.

saxo said...

insyaallah ada kejutan di stadium tosu mlm sok wpun atas kertas jepun terlalu gagah utk msia. ibarat 'David vs Goliath'. kalau diizinkan Allah anak buah OKS boleh jd pembunuh gergasi dan stadium tosu yg riuh boleh terdiam sampai hingga boleh dengar bunyi sebatang jarum jatuh. (sptmana yg ditulis oleh wartawan bila msia menundukkan korea selatan 1-0 di seoul pra-olimpik 1972).

cuma mengharap tiada pemain kita kena buang padang mlm sok. sekiranya berlaku sudah tentu merencatkan perancangan OKS.

Anonymous said...

Duhai Harimau,

Langkah pertama semangat dijiwa,
Tenangkan minda minta dari-Nya,
"Malaysia Boleh" bekalan dibawa,
Serang Samurai Patahkan Pedangnya.

Astro Arena tahun kedua,
Pengulas mantap agak terhibur,
Kami disini mengirim doa,
Harapkan Harimau Mengaum di TIMUR..

Kemah Kemim...

Anonymous said...

tambahan ..
Malaysia 2- Jepun 0 Pestabola Merdeka 1976
Malaysia 4 - Jepun 1
Pestabola Merdeka 1978
Jepun 2 Malaysia 0
Pestabola merdeka 1981

Anonymous said...

Syed Ahmad tidak pergi ke Munich bukan pasal cedera.. ada cerita sedih disebaliknya..
orang yang terlibat dah pun meninggal dunia.. Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi orang tengah memujuk Syed Ahmad yang terlalu kecewa hingga terlepas kata kata yang sepatutnya tak boleh diucapkan. Wallahuaklam

Anonymous said...

lol.kaki komen kat sini semua kaki bangku ke,korang tengok tak mcm mane Mlaysia kena belasah sampai penjaga gol jepun mkn gaji buta,ha.
JGN berangan lah.
Australia pun kalah dgn jepun.

Anonymous said...

kesian Khairul Fahmi..klau x disebabkan dia byk da goal Jepun dpt. Bagi saya cara Malaysia main sama sj mcm tournament yg lalu...Merdeka Cup, SEA Games dan AFF Suzuki Cup..bile bola tiba kat defend je clearance tp x tau ke arah mana n kdg2 tue dpt blk pd opponent..midfield same je xde yg bley 'spray' bola cantik2. harap mistake opponent sj. sy ckp mmg sng tp itula kenyataan..huhuhu..smpi bile bolasepak malaysia nk pergi maju jika main pon kureng ada peningkatan..sama jer...blaja la dr Jepun..pengurusan, latihan dan sebagainya yg begitu sistematik..huhuhu..gambante nippon !

Anonymous said...

Salam,

kalo itulah prestasi yg ditunjukkan oleh back 4 harimau muda, mereka tidak patut berada dlm skuad senior King Gopal. Harap King Gopal membuang segala ego dan lebih terbuka untuk memanggil pemain yang bukan feveretnya...Terlalu byk mistake oleh Mahali samada ketika defend or menyerang. Banyak bola mati kt kakinya n both centre back pulak terlalu lemah untuk membaca bola through pass jepun..

TOLONGGGGG lah KING GOPAL, buang ego n bersifat terbuka...Subra n lain2 lebih bagus n bersedia bila2 masa untuk menabur bakti kpd negara...

Anonymous said...

Kesian Mas, nasib baik tk kena 5, 6 gol. Kalu tak, apa agaknya Dez Corkhill n Paul Parker nk ulas lagi. Corak mainan mmg tk der corak langsung. Defence dpt bola, main hentam clearance, dpt balik players Jepang. Midfield dpt bola, pun serupa tk tau nk buat apa.

Jepun dpt bola, depa susun cantik ja, boleh buat apa depa suka, mcm training ja.

OKS ajar apa kt players, tak tau la.

raimon taro said...

salam harimau malaya,
saya setuju dgn pendapat Anonymous,
game smalam memang hancur. mcm nie ka nak main kat olimpik. nie belum jumpa england atau brazil lagi.
kpd coach Ong byk lg yg perlu diperbaiki.. apa2 pon perjuangan ttp diteruskan kita ada lg 5 game. gud luck harimau malaya

mimya said...

best dengar komen OKS masa post-match mlm td.satu kenyataan realiti dan takde ego sedikit pun.dia jg tidak cuba menutup kesalahan sperti dgn memberi alasan "taget kami adalah piala asia 2015..."

Dah kalah, kalah lah...yg penting kita bagi yg terbaik utk kejohanan/kelayakan yg dihadapi skang ni.bukannya guna siri kelayakan skang ni utk preparation piala asia 2015 ke...olimpik 2016 ke...piala dunia 2018 ke...kalu gtu gua pun boleh jd coach...kalah je gua akan ckp "ooh xpe...target kita utk next tournament..LOL!"

syabas HM...insyaallah usaha keras sket lagi..pastikan tidak tercicir mata bila lwn syria dan bahrain nnt!

honda said...

wlpun kalah, syabas kpd HM kerana berpeluang bermain dgn pasukan Jepun. kekalahan 0-2 kpd Juara Asia boleh diterima.yg penting dpt pelajari byk perkara dari perlawanan ini. yang jelas, jepun telah mempersembahkan cara orang asia bermain bolasepak tanpa meniru 100% gaya bolasepak amerika selatan atau eropah.inilah gaya bolasepak asia yg mampu memberi saingan kpd gergasi bolasepak dunia spt brazil,germany, argentina, italy dll.teringin melihat kebangkitan asia di piala dunia.

Praveen said...

saya hanya boleh nampak Khairul Fahmi lawan Jepun...lain2 hanya mengisi senarai 10 pemain....

Anonymous said...

Tahniah kepada semua pemain Olimpik yang bermain dengan cemerlang walaupun kalah kepada Jepun.Anda semua sudah bermain dengan baik sekali.Usaha lagi!