Dari segi sukan tempatan pula, ingat ketika Piala Dunia ISTAF baru-baru ini, apabila Astro Arena menampilkan saluran khas 802 bagi menampung siaran langsung pelbagai kejohanan sukan serentak?
Saluran 802 dihidupkan semula Sabtu dan Ahad ini, khas buat pelanggan Astro.
Sabtu ini, Saingan Piala Malaysia, siaran langsung di antara Perak dan Sabah di saluran 801, disusuli Terengganu dengan Sime Darby FC secara tertunda juga di 801. Serentak di 802 pula, perlawanan sumbangsih Liga Hoki Kebangsaan di antara KLHC dan TNB di 802 bermula 8.0 malam.
Keesokannya, Ahad, kejohanan sepak takraw Utusan Malaysia zon tengah, separuh akhir 10 pagi hingga 1230 tengah hari dan akhir 4 petang hingga 6 petang secara langsung menerusi Grandstand Ahad di saluran 801, diikuti Kelantan lawan Sarawak dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia bermula 8 malam.
Di saluran 802 pula, Kejohanan Freestyle Dunia dari jam 1.0 tengah hari hingga 4 petang disusuli Liga Hoki Kebangsaan di antara UiTM dan UniKL pada jam 6 petang dan Nur Insafi lawan YNS jam 8 malam.
Ini dia...Raja Freestyler kita...
6 comments:
Raja freestyler nape xmain bola wakil malaysia.. nnt leh la lwn safee sali
ASTRO the best!!!!
Salam Bro Rizal..
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Astro Arena kerana sentiasa menyiarkan ape jenis permainan tanpa memilih bulu, harap astro leh cover jugak badminton di peringkat remaja sbb nak tgk perkembangan skuad remaja juga..
TQ
thanx astro. harga dah mahal, so, kena la wat program yg best2.
kene bayar ke saluran ini>>??
kene bayar ke>??
Post a Comment