Temasya Sukan Olimpik akan berlangsung tidak sampai setahun dari sekarang. Prospek kita? Cuba baca pendapat bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang dulu mengamalkan belanjawan berhemah ketika menerajui agensi kerajaan itu dari 1993 hingga 2005. Bacalah
prospek acara terjun,
peluang skuad badminton dan
anggota skuad elit yang terlalu besar. Artikel terakhir itu menarik kerana ia mempersoalkan jumlah atlet elit yang terlalu ramai, sedangkan mereka bukan prospek pingat ketika Cuti-Cuti di London musim panas 2012 nanti.
9 comments:
Salam bro Rizal..
Seperti yang telah di'forecast'kan oleh datuk itu dulu telah menjadi kenyataan, tengok sahaja sukan badminton... adakah mampu mencapai pingat jika prestasi terkini dinilai?
Hoki pun belum tentu layak... harapan dalam acara terjun pun 50-50 sebab penerjun china terlampau kuat dalam acara tersebut.
Lainlah kalau SKUASY dipertandingkan.... hehehe...
Cuit - cuit London 2012...
ha ha memang dah plan nk pergi bercuti @makan angin kat London...
berikut tempat - tempat menarik yg boleh atlet2 & pegawai2 sukan kita lawati...
http://www.visitbritainsuperblog.com/2011/09/top-things-to-see-and-do-near-olympic-venues/
kpd semua atlet dan pegawai yg terpilih pikullah amanah ini sebaiknya.duit yg di guna utk belanja hangpa kat London tu sebahagiannya adalah duit kami yg membayar cukai pendapatan setiap purnama.penat kami membanting tulang bukan utk bayar kos hangpa bercuti di London, tp utk mengharumkan nama Malaysia!
good luck all!
Nak ikut! Buleh gak lepak kat TS sambil makan aiskrim. Naik bas 2 tingkat. Budget banyak apa.Duit MSN duit kawan2 & adik beradik aku juga. So tak salahla.
Perbelanjaan athlit dan pegawai sukan yang mengiringi athlit untuk sesuatu kejohanan juga perlu telus sebab melibatkan wang rakyat dan wang pembayar cukai yang jumlahnya agak besar. Pihak Kementerian belia dan sukan serta majlis sukan negara perlu memantau perkara ini.
Bidang sukan tidak boleh dikecualikan daripada sebarang bentuk audit dan semakan kewangan seperti juga dengan perkhidmatan awam daripada setiap kementerian lain.
Rakyat Malaysia sedang memerhatikan perkara ini ...
Pernah dengar Dato Mazlan kata Azizul tak boleh pergi jauh sebab fisikal yang kecil tapi sekarang lain pulak statement Dato Mazlan antara yang mampu menyumbang pingat kat London 2012 nanti...
Anonymous September 14, 2011 7:33 PM:
Aku pun ada sama dengar masa bincang pasal Azizul ni di msn. Tapi aku faham apa yang dimaksudkan oleh bekas KP tu.
Pada aku, Anonymous September 14, 2011 7:33 PM tak faham secara keseluruhan apa yang cuba diexplain oleh beliau.
Cuti-cuti Zol
salam bro rizal.....
sokong dgn otai msn said, september 16, 2011....5.45pm
Post a Comment