Monday, September 5, 2011

Previu Piala Malaysia

Esok sepak mula Piala Malaysia. Tidak seperti negara lain, kemuncak bola sepak Malaysia bukan kejuaraan liga tetapi Piala Malaysia, atau dulu Piala HMS Malaya yang diperkenalkan pada 1921 tetapi ditukar nama pada 1967.

Secara ringkas, previu ikut kumpulan.

Kumpulan A (Perak, Kedah, Johor, Sabah)

Daripada empat pasukan ini, hanya Sabah belum bergelar juara Piala Malaysia. Perak berdepan kemungkinan hilang tonggak yang akan dibicarakan pada 7 September atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil. Norizan Bakar dan Wan Jamak Hassan bukan saja bekas jurulatih kebangsaan, bahkan pernah menjulang Piala Malaysia, Cikgu Jan pada 2004 apabila lontaran Adrien Jurad Chamrong gagal didakap Megat Amir Faisal Ibrahim dan Wan Jamak pada 2009 apabila membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun. Jadi mereka tahu resipi untuk muncul juara. Johor dalam proses membina semula reputasi manakala Sabah terlalu bergantung kepada Zainizam Marjan.

Ramalan: Kedah dan Perak ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Kumpulan B (Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime Darby)

Susah nak ramal kedudukan empat pasukan tetapi selaku juara Piala FA, Terengganu dibuai keyakinan tinggi. Kepantasan adalah kunci taktik Irfan Bakti Abu Salim berteraskan larian tiga serangkai Abdul Manaf Mamat, Hadi Yahaya dan Ashaari Samsuddin, dibantu Joseph Kallang Tie dan Ismail Faruqi Asha'ari. Negeri Sembilan dikendalikan Azraai Khor Abdullah yang tahu nikmat muncul juara tapi tertekan dengan pengurusan yang mahu results, manakala Sime Darby dilihat mampu jadi pakej kejutan biarpun tanpa kehadiran pemain bertaraf bintang.

Ramalan: Terengganu dan Negeri Sembilan ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)

Kumpulan C (Kelantan, Felda United, Johor FC, Sarawak)
Sekalipun tanpa Khairul Fahmi Che Mat yang tegas mementingkan misi skuad pra-Olimpik, Kelantan memiliki keupayaan melepasi halangan. Ada kekuatan di semua posisi dan daya kreativiti Norshahrul Idlan Talaha kunci melebur kubu lawan. Felda United dan Johor FC bakal berebut tempat kedua, dengan kedua-dua pasukan menyandar harapan kepada pemain veteran untuk mencarta hala tuju. Jika Johor FC bergantung harap kepada Rezal Zambery Yahya dan Eddy Helmi Manan serta Rahman Zabul dan Mat Saiful Mohammad, Felda mengharapkan Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusof, Hamsani Ahmad, Kaironnisam Sahabuddin Hussain dan Azi Shahril Azmi untuk menyuntik keyakinan kepada anak buah E. Elavarasan. Sarawak pula mampu cipta sedikit kejutan, memandangkan Robert Alberts, arkitek kemenangan Kedah pada 1993, membimbing Bujang Senang. Bobby Gonzales di depan, Wong Sai Kong di tengah dan lima pertahanan yang kental mungkin formula yang cukup untuk menidakkan Felda atau Johor FC.

Ramalan: Kelantan dan Johor FC ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Norshahrul Idlan Talaha

Kumpulan D (Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM)

Misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 harus memberi tekanan kepada Selangor. K. Devan sudah menang pelbagai gelaran tetapi masih kempunan Piala Malaysia. Tewas bermakna Devan harus ucap selamat tinggal kepada Selangor. T-Team dibarisi bintang lama yang berpegang kepada reputasi silam tapi harus miliki pengalaman mara ke suku akhir setidak-tidaknya. Kuala Lumpur pula berdepan masalah kewangan dan Razip Ismail tiada jalan lain selain berdoa dia masih ada kerja musim depan.

Ramalan: Selangor dan T-Team ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Amirulhadi Zainal

Pemain pinjaman seperti Failee Ghazli Muhammad (dari USM ke Perak), R. Surendran (Pahang ke Kelantan), Yusaini Hafiz Che Saad (ATM ke Sime Darby) dan G. Jeevananthan (USM ke Selangor) boleh bawa dimensi berbeza kepada pasukan.

Terus terang, aku mahu lihat kejutan. Kalau Sime Darby atau Sarawak ke suku akhir, ia bakal cetus fenomena baru. Bola sepak Malaysia harus sentiasa disuntik kesegaran dalam bentuk kejutan.

Satu lagi, setiap pasukan kena ada manual Liga M (gambar bawah) yang diberi kepada semua pegawai pasukan pada taklimat awal musim. Kalau baca dari A ke Z, pasukan negeri atau kelab sedar bahawa:

kalau keluarkan kata-kata kesat kepada pengadil atau menyerang secara menghampiri dengan agresif, garang atau memarahi dengan cara menyentuh, memegang, menolak, memegang baju, boleh dikenakan tindakan gantung dua perlawanan secara automatik dan didenda. Kalau lambat jawab surat pertuduhan, macam yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) dalam kes lima pemain - Shahrulnizam Mustapa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nasril Nourdin, Azmeer Yusof dan Syazwan Roslan - pun kena tambah hukuman.

Pasukan kelab atau negeri juga kena pandai nak menang kes. Kalau ikut kod tatatertib FAM, rungutan dan aduan terhadap pegawai pertandingan (bermakna pengadil dan kawasan sewaktu dengannya) mesti dibuat dalam bentuk bertulis dan dihantar kepada Setiausaha Agung FAM dengan menyatakan bukti lengkap seperti klip video atau gambar. Jadi kenalah ada pegawai media yang pandai rakam video sambil ketuk story dalam laman web.


Ada kemungkinan Kedah lawan T-Team, Johor FC lawan Terengganu, Kelantan lawan Negeri Sembilan dan Perak lawan Selangor pada suku akhir. Separuh akhir Kedah lawan Kelantan, Terengganu lawan Selangor. Final Terengganu lawan Kelantan, ulangan final Piala FA. Ini ramalan saja...hehe

33 comments:

Anonymous said...

cayala bro...final yg dinanti2kan....(ikan bakar warriors)

alongading said...

Salam Bro Rizal,

Saya sendiri tidak sabar menantikan perlawanan yang akan diadakan terumata yang membabitkan big four...

TQ

Anonymous said...

BRO - tak kisah siapa yang julang Malaysia Cup - janji mutu permainan yang cantik bukannya macam budak2 tadika.

Selangor boleh ke?

Anonymous said...

terengganu lawan kelantan. epik.

anakmemberontak said...

Liga kita liga profesional, tetapi majoriti persatuan dan kelab tidak profesional dalam pentadbiran mereka..itu adalah antara satu diantara ribuan masalah kenapa bolasepak kita mundur.. :-)

MFM said...

Analisis yg terbaik bro....pe2 pun mengharapakan permaianan dan sokongan yg terbaik.

Unknown said...

sarawak go thru..not johor fc..mark my word!!..ngap sayot!

Anonymous said...

bro... badan dah naik tu tgk dlm kafe sukan semlm.. jogging sikit.. hehehe

Anonymous said...

Salam Bang RIzal,

Sepanjang pemerhatian saya mengikuti perjalanan dan perkembangan bolasepak malaysia, dapat saya katakan kualiti dan prestasi pengadil Malaysia amatlah mengecewakan. FAM tidak seharusnya hanya berbangga dengan pencapaian SUBKI DIN tetapi harus melihat keseluruhan prestasi semua pengadil dalam mengadili dan mengawal sesuatu perlawanan. Pengadil yang lemah akan memberi kesan kepada rentak dan mutu permainan. Banyak sangat kes2 yang mengecewakan dari pengadil kalo kita ingin imbas kembali. Pengadilan berat sebelah ke ats negeri2 tertentu, keputusan yang lemah, kecekapan pengadil dan penjaga garisan memerhati kesalahan dan banyak lagi yg perlu diperbaiki.

Secara jujurnya, dari hati yang ikhlas, amatlah tinggi harapan saya agar FAM dapat memnandang serius akan isu ini dan janganlah berasa terlalu selesa dengan sokong peminat terhadap sukan bolasepak mutakhir ini. Kaji dan perbaiki semua aspek.

Ikhlas,
Kemah Kemim...

Anonymous said...

"Pasukan kelab atau negeri juga kena pandai nak menang kes. Kalau ikut kod tatatertib FAM, rungutan dan aduan terhadap pegawai pertandingan (bermakna pengadil dan kawasan sewaktu dengannya) mesti dibuat dalam bentuk bertulis dan dihantar kepada Setiausaha Agung FAM dengan menyatakan bukti lengkap seperti klip video atau gambar. Jadi kenalah ada pegawai media yang pandai rakam video sambil ketuk story dalam laman web."

Bro, ayt kt ats tu wa termatlah x stuju...kalo kelab dpt buktikan ref salah, so apa effectnya kt result game yg dh lepas...same je kan??...

1 lg,pegawai media??mksdnya kelab kena la lantik diorg pye pegawai media sendiri??..ssh bro,,kena lak dpt komentator mcm ZAR yg fanatik Selangor, hbs lah...sape lwn Selangor konpem ZAR komen selangor monang jo...kalo Selangor kalah, namapak sgt reaksi ZAR yg frust giler...kemon la ZAR, profesional la ckt...komentator seharusnya ats pagar...

Anonymous said...

Harap2 pasukan dari negeri Johor iaitu Johor FA dan Johor FC mampu membuat kejutan di Piala Malaysia Tahun ni..da lama benor xnampak pasukan dari Johor pergi ke final

HSKAMAL said...

Salam Raya kepada semua,

Bolasepak Malaysia bermasalah di semua peringkat, bukan hanya satu atau dua perkara sahaja. Cuba kita lihat, Ahli2 majlis FAM..semuanya kaki bodek dan ampu,bukan seperti Datuk Basri dari kedah.(arwah)
Kita perlu ada ramai org seperti arwah untuk membetulkan keadaan yg amat menjijikan dlm Majlis FAM.

Boleh ke kita letakkan t.jawab di tangan mereka untuk mengubah nasib bola kita? memandangkan mereka semua ini adalah drp negeri2 maka mereka tidak layak menduduki pringkat membuat dasar. Peranan yg sesuai bagi mereka adalah seperti menjual tiket di stadium, jaga pintu,transport dan banyak lagi yg tidak melibatkan dasar sukan bola.

Saya pernah berada di peringkat negeri dan faham sangat dgn perangai2 mereka yg buruk dan menjijikan. Mereka akan buat tak faham kelemahan dan kekurangan mereka asalkan mereka dpt tempat untuk buat duit dan mengambil kesempatan untuk memuaskan diri mereka.
Perkara ini sedang berlangsung hingga ke masakini, lebih tepat lagi semenjak Tan Sri Hamzah Abu Samah Tokoh pentadbir sukan tersohor yg disingkirkan atas kepentingan peribadi. Semasa kepimpinan Tan Sri bola kita gergasi asia.

Dimana letaknya kebenaran,kejujuran dan keikhlasan di kalangan org2 di Fam? Kalau kita berlaku zalim dan tak adil terhadap org2 yg benar2 menjalankan tugas dgn amanah, maka inilah akibatnya..bola kita hancur.

Kembalilah ke jalan yg benar untuk membetulkan keadaan yg telah rosak selama ini dan masih.. Yg penting, kita mesti menjalankan tugas dgn amanah untuk mendapat restu drp ILLAHI.

rizal hashim said...

anon 4.13pm,

betul, tidak mempengaruhi keputusan yang dah lepas. merujuk kepada kes perak yang berdepan kemungkinan pemain kena gantung, persatuan dan kelab harus faham ada saluran jika tidak berpuas hati dengan mutu pengadil pengadil. kita tidak boleh ubah keputusan perlawanan.

jadi eloklah siap siaga dan sedia dengan semua bahan. kalau ada bukti menunjukkan referee atau pegawai pertandingan ada buat silap, kemukakannya dan jika ada tindakan, bermakna pengadil itu tidak akan terpilih mengadili perlawanan seterusnya. dia akan dikenakan hukuman. ia juga jadi pengajaran kepada pengadil lain agar jaga standard dan jangan ikut perangai pemain atau penyokong. pengadil special breed. jarang dihargai tetapi tetap berjasa.

fungsi pegawai media:
1. jadi orang tengah di antara media dan pasukan
2. jadi penulis rasmi kepada pasukan dan laman web
3. menyelaras tugas-tugas media - wartawan, jurukamera, penulis laman web, di venue pertandingan

kalau persatuan pandai, suruh pegawai media rakam semua aksi sebagai bahan arkib dan bahan bukti.

apa kena-mengena dengan ZAR?

Anonymous said...

Tak sabar nak melihat kelibat pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia. Semuanya pasti hebat. saya tidak menyokong mana2 pasukan tetapi saya peminat bola sepak negara. Sudah lama dunia bola sepak kita dalam zaman "kegelapan'. Namun kini ia bersinar kembali. Diharapkan semua pasukan yang bertanding dapat memberikan mutu permainan yang bertaraf tinggi dan membantu dalam perkembangan bola sepak negara yang seterusnya meningkatkan rangking negara dalam pesta dunia.

Cuma apa yang saya harapkan media massa (tv mauhupun akhbar) memberikan liputan yang sama rata kepda semua pasukan yang bertanding. Bukan hanya pada pasukan tertentu sahaja. Semua pasukan rasanya ada hak diberi liputan. Umpamanya siaran langsung di TV. Percayalah bahawa bola sepak kita dapat berkembang lagi sekiranya kita bersedia membuka minda dan mata kita dalam menilai sesebuah pasukan.

Majulah bola sepak Malaysia...Yeah I love Harimau malaya..

Anonymous said...

Bro RIzal,

Sorry wa termelalut psl ZAR sbb slalu follow game2 bolasepak ni. ZAR kalo mengulas perlawanan Selangor, mmg konpem lebihkn slangor.ndak slangor monang jo.team lwn da mcm team dari singapore dah...

Apapun, wa puas hati ngn ulasan perlawanan ZAR mlm td, TTing v Sgor...itu baru profesional..atas pagar..

Selamat HAri Raya, Maaf Zahir BAtin Bro Rizal...keep it up ur good work..all da best..

p/s: bro da panggil RG ke psl prestasi bola malaysia skrg ni??n essepecially psl kalah aritu??..

chowz...

Anonymous said...

aku mmg xfollow piala malaysia ni dah lama dah.....xtau sbb apa...mungkin sbb kerancakan dan kemeriahan nya telah luput di telan zaman...tp buat kali pertama semalam aku layan 1st game piala mlaysia...jika dulu aku cuma tgk final jek...tu pun kalau lepak kat kedai mamak yg ade siarkan final...tp sekarang dah nampak angin perubahan...peminat dah mula kembali tgk walau dr kaca tv je dulu...banding musim2x dulu nak dapatkan 200 org penonton utk pusingan awal ni pon sakit...apa2x pon harap piala malaysia tidak akan berkubur dan kembali rancak seperti era2 gemilangnya dulu

ridhwan ruslan said...

Tahniah kerana menulis post yang cukup menarik. Walaupun begitu, nyata penguasaan kelantan, terengganu dan selangor akan berterusan.

Panjang said...

Apelah Badi Selangor ni
Tapi pelik lah Jurulatih PUas hati agi tapi peminat :'(
Harap Diorang support bola sepak malaysia walaupon tewas

Anonymous said...

As Salam n Selamat Sejahtera

Zal, prebiu ok, tp sikit kurang tepat. Dua pasukan pilihan, Selangor n Jfc kurang menepati ramalan. Perlawanan pertama akan menentukan langkah seterusnya. Ada kemungkinan Kelantan akan bertemu Selangor, jika Selangor boleh atasi KL di peringkat suku akhir.
Mungkin Terengganu dan TTeam jumpa d separuh akhir.

Perlwanan pertama, tahniah kpd penyokong Sarawak, 18 ribu menyaksikan Sarawak Ktan d Kuching. Tidak seperti penyokong Selangor, Nasir apa cerita? Kata nk k KT, tapi sekor pun tk dak. Mcm ni ke penyokong? Kelantan main d KK, Kuching pun ramai dtg, bkn shj org Ktan d KK dan Kuching, tp ada yg sanggup naik belon.

Saya jg tk paham, bila pulak ZAR fanatik Selangor? Bias. Zainal org Johor, bini Pahang, mak bapak pernah bertugas d KL. Apa barang gila2 sokong Selangor. Sapa yg komplen ZAR bias tu, elok la cuti hati hangpa.

MYI

Anonymous said...

Ubah status semua pasukan jadik kelab.. cari fund sendiri.. bukak untuk pelabur.. carik sponsor sendiri.. lebih bebas lebih mantap..!!!

Anonymous said...

SAUDARA MYI

BTUL PENDAPAT ANDA BAGI SAYA ZAR
TAK FANATIK PN DGN SELANGOR
DIA MEMNG NEUTRAL DGN PASUKAN2
LIGA M'SIA DLM ULASAN NYA CMA
SYA PERHATIKAN DLM ULASANYA DIA
SENTIASA KRITIK TAKTIKAL DAN
PEMAIN.FORMASI MEMANG O.K DAH.

PEMINAT SUKAN.

Anonymous said...

Bro MYI,

Lu tgk la game2 slangor yg ZAR jd pengulas sebelum2 ni n compare ngn ulasan dia masa game slase aritu...byk beza bro...scr jujurnya, wa mmg suke bila ZAR jd pengulas sbb dia mmg btl2 study b4 game, esspecially game HARIMAU MALAYA...byk info2 menarik yg dia utarakan..

TP kalo game Selangor, mmg wa dah peratikan dr dulu lg...ulasan dia bias bro...lu p search kt youtube, ada video2 yg org upload psl ulasan berat sebelah ZAR ni...

TROPONG said...

FINAL TERENGGANU VS KELANTAN


Selalunya apa yg rizal hashim ramal adalah betul....dan diharapkan ramalannya kali ini menjadi kenyataan(DENGAN IZIN)....KERANA corak permainan kedua-dua pasukan cukup menarik perhatian penonton....Pasukan Terengganu sentiasa melakukan banyak serangan melalui gerakan-gerakan yg berkualiti....manakala Kelantan pula begitu pantas melakukan 'counter attack'....tapi sekiranya ramalan ini tidak menjadi kenyataan,diharapkan Terengganu VS Kedah di FINAL PIALA MALAYSIA....KERANA Kedah juga mempunyai ramai pemain kebangsaan yg boleh mencorakkan permainan yg menarik dan berkualiti.Mudah-mudahan salah satu ramalan menjadi kenyataan(DENGAN IZIN)

mache warriors said...

final idaman yg dinantikan kelantan dgn terengganu.misi balas dendam

mimya said...

hati kecil gua merasakan bahawa Kelantan akan bertemu Terengganu di peringkat SUKU AKHIR.mana2 di antara 2 teams ni,gua rasa akan ada problem dlm peringkat kumpulan yg menyebabkan hanya menjadi naib juara kumpulan.jadi sekira terengganu juara kumpulan dan kelantan 2nd, atau kelantan juara kumpulan, dan terengganu 2nd...mereka akan bertemu pd suku akhir.

Gua berpendapat perlawanan idaman (dream match) sebegini sekiranya berlaku awal spt di peringkat suku akhir atau separuh akhir dan bukannya final, akan menjadikan Piala Malaysia musim ini lebih menarik....spt tahun lepas bila kelantan bertemu selangor di suku akhir.

apa2 pun gua mcm lu jg bro...hanya sekadar ramalan...

ShazKaka8 said...

Korang Semua Jangan Lupa King Of North iaitu Kedah.. Kedah Boleh Lukakan Niat Kelantan, Terengganu, Selangor or N9 Untuk Menjadi Juara Piala Malaysia.. Pulun Kedah Pulun !!!! **rindukan andre luiz nascimento..carlos robeiro..marlon alex james..alubumi adigun..peter nikeiten..

Anonymous said...

Nimya,

Tk dak baca ke? QF 1A (Ked/ Prk/Sab/Joh) v 2B (Ter/Ns/Pkns/Sda)

myi

Anonymous said...

BANG, TULIS LE SIKIT PASAL REFEREE MALAYSIA. LEPAS CIKGU SUKI KITA DAH TAK ADA SAPA. APA DAH JADI DENGAN JK REFEREE, DENGAR KATA DAH TAK ADA TELOR LANGSUNG. APA CAKAP DALAM MESYUARAT, BUAT LAIN.

TAK PERNAH JADI, BULAN PUASA BUAT FITNESS, GEORGE JOSEPH PUN PAHAM. KNAPA BANG RIZAK TAK BUAT CITE PASAL BEKAS KAWAN ABANG DI FAM DULU, KAT MANA DIA SEKARANG. APA JADI DENGAN DIA. BETUL KE DIA KAT INDONNESIA.

TOLONGLAH ABANG RIZAL, BANTU JUGA REFEREE MALAYSIA.

dr rozmeh said...

piala Malaysia 2011 mngkn bnyk kejutan....juara 33kali selangor tewas di perlawanan pertama...mungkin musim terakhir buat k.devan

encik daun said...

tahun nie sabah ada harapan...mbe perak dan sabah layak dri grop..tapi nak lepas suku akhir sabah kena usaha lagi..

Anonymous said...

Nimya,

Anda betul. Kemungkinan Kelantan akan bertemu Terengganu atau N. Sembilan di suku akhir. Juga nantikan kejutan Sabah yg mgkin akan ke separuh akhir. Juga kejutan besar, Selangor tersingkir awal jika gagal menewaskan KL eso.

chuck said...

format liga M direkabentuk bagi kepuasan pihak/negeri tertentu..kejap ada import kejap takde.bila diajukan persoalan Y Xde import perlbagai hujah dan alasan diberikan.begitu juga sebaliknya..Perasaan PHD yang -ve ditiru.seharusnya kita berasa iri ati dan sedaya-upaya berusaha untuk memajukan lagi keupayaan diri.

Anonymous said...

asyik cerita pasal Kelantan,Terengganu dan Kedahjer ke final..Ape kome dah lupaker kehadiran PERAK??
Bila pulak Kedah king of north??Apa kriteria yang membolehkan untuk mendapat title king of north tu??Kalo nak kata dari pemilikkan trofi piala FA dan Piala Malaysia waima HMS MALAYA,hanya Perak dan Selanggorjer yang pulun banyak dan paling banyak attend as a finalist selepas pengunduran Singapore.