Monday, September 5, 2011

Berjihad...

Ramadan dan Syawal yang meninggalkan kesan mendalam pada aku kerana perginya empat individu buat selama-lamanya sambil menanti hari pembalasan.



Datuk Hassan Ahmad, kutemui di depan Istana Budaya tidak lama dulu, sempat mengambil nombor telefon bimbitnya. Seorang ulat buku, tokoh budayawan dan cendekiawan.


Aku dewasa dengan penulisannya yang bersifat kritis, tajam dan penuh substance yang mengajak kita berfikir. Seawal 1991, arwah menulis mengenai sistem sekolah yang meminggirkan nilai budaya, kemanusiaan dan ilmu. Buku Imbasan yang menghimpunkan tulisan arwah dalam Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya satu collector's item, bagiku. Baca latar belakangnya di sini


Keluarga iparku terdidik di Sekolah Tunku Malik, Kulim dan guru agama mereka, Ustaz Azizi Abdullah, penulis tersohor. Baca blognya  di sini. Pernah aku terserempak dengan arwah di taman permainan sebelah Seri Malaysia Kulim tapi terlalu segan untuk menegurnya. Rugi rasanya...baca kenangan Zainal Rashid Ahmad  di sini


Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah


Arwah (dua dari kiri) antara anggota delegasi FAM membuat kajian di Jepun pada Jun 1999. Diketuai Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, dianggotai Datuk Dell Akbar Khan, Ron Smith, B. Sathianathan dan Zainal Abidin Rawop.


Aku tumpang sekaki melawat Verdy Kawasaki. Arwah Tan Sri di kanan, arwah Datuk Basri di tengah, Sathia di kiri...banyak berbincang mengenai bola sepak, apakah dasar di Jepun boleh diterjemahkan kepada polisi yang sama di Malaysia dan sama ada Kementerian Pelajaran mampu atau tidak melaksanakan beberapa perancangan di peringkat sekolah...arwah Tan Sri tersenyum lebar apabila aku sebut aku budak St John's kerana arwah pernah jadi pengetua VI. Malangnya selaku bekas penggiat ragbi dan pejuang dalam sukan, arwah Dr Shukor tidak dapat melaksanakan sepenuhnya wawasannya.


Noramfaizul Mohd Nor yang menemui ajalnya di Somalia, seorang yang sopan, tidak banyak kerenah dan bersikap positif. Dunia lebih indah jika semua bersikap seperti arwah. Antara yang menunaikan solat jenazahnya Perdana Menteri dan orang kenamaan serta rakan-rakan seperjuangan dalam media. Pemergian secara terhormat. Masih teringat aku ketika menyampaikan pas media Malaysia bertemu Chelsea pada 2008 kepada arwah.

Bagi aku, keempat-empatnya berjihad dengan cara masing-masing. Pemergian mereka kerugian besar buat negara. Generasi muda tidak mungkin mahu mendalami pemikiran individu seperti arwah Hassan atau Azizi, apalagi mengenali sumbangan Abdul Shukor. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah.


5 comments:

CHE BOB said...

Al-Fatihah......amin.

Senam Rimau said...

Al- Fatihah..

Anonymous said...

Al _fatihah

andika said...

Al fatihah buat semua yg telah pergi.. semoga dicucuri rahmat..
kalau abg yg serahkan pas media chelsea 2008 utk arwah Noramfaizul, yg buat pas tu cmfrm la sy kan bang.. bangga rasanya..!!

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul..Takziah buat keluarganya.
...Satu pengajaran pula buat badan-badan seperti Putera 1-Malaysia sebelum menganjurkan misi yang seumpama.Jangan takbur! Seperti ternampak 'keriakan' penganjur membawa misi ke Somalia 2 hari sebelum Aidilfitri. Seperti menunjuk-nunjuk kerja amal yang mahu dilakukan itu. Seperti ingin membuktikan sesuatu atas nama politik. Tidak dinafikan, tujuannya baik tetapi janganlah 'riak' hingga mengambil mudah perkara-perkara penting mengenai keselamatan...memang sudah ajal Arwah Noramfaizul di Somalia tetapi kita amat terkilan, secara tiba-tiba 2 anak Allahyarham kehilangan bapa kesayangan mereka.

ABA