Monday, August 29, 2011

Salam Eidul Fitr 1432 Hijr


Saksikan kami dalam Kafe Sukan edisi Raya. Baju merah teluk belanga peninggalan arwah Ayah, ketika arwah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Anak Melayu Johor KL

Selamat jalan Ramadan, moga aku dapat lagi bertemu denganmu. Salam Eidul Fitr dan selamat datang Syawal 1432.

Sepuluh jari disusun memohon kemaafan, kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai di Johor, Melaka dan Singapura serta Kedah dan di mana jua, pengunjung blog ini, sahabat-sahabat di  Astro Arena, Kosmo!, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, The Malay Mail, kumpulan Utusan, Radio dan Televisyen Malaysia, rangkaian Media Prima, atlet dan bekas atlet, legenda dan dalam laluan menjadi legenda, warga sukan, keluarga pentadbir di Kementerian Belia dan Sukan dan agensi di bawahnya, Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semua persatuan sukan kebangsaan dan semua rakan-rakan di Facebook. Tidak ketinggalan kepada semua penonton program Dengan Izin, Kafe Sukan dan Grandstand Ahad. Oh lupa, juga salam kemaafan kupinta daripada semua tetamu Dengan Izin, yang kena soal siasat oleh aku dalam program pertama dalam Malaysia yang ala-ala hard talk...

Juga kepada tanahair ku yang tercinta, selamat menyambut ulang tahun ke-54...Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku...

Ikhlas daripada loose cannon, bagi pihak keluarganya.


4 comments:

Anonymous said...

salam bro rizal....aduh letak pics ngan presener2 je...yg lagi satu mana?..:)

-Fadzrie Hazis
Editor Sukan Awani..

pakmat said...

..selamat hari raya, lc..perchance we meet again, till then, take care..

Andrew Gopal said...

Selamat Hari Raya to you and your family Rizal.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Rizal. Keep up all your good opinions and writings for the purpose of improving Malaysian sport.