Kemenangan Malaysia ke atas Jepun dengan jurang tiga gol berlaku pada 23 September 1971, dalam kelayakan Olimpik Munich 1972 , maknanya genap 40 tahun lalu, hasil hatrik Syed Ahmad Abu Bakar, warden penjara kelahiran Johor yang berkelana ke Pulau Pinang dan Perak.
Bek kanan Dell Akbar dan penyerang utama, Syed Ahmad, gambar di IJN 2003...
Kesebelasan negara - Wong Kam Fook, Dell Akbar Khan Hyder Khan, M. Chandran, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, V. Krishnasamy, Hamzah Hussein, Wong Choon Wah (Yap Eng Kok), Salleh Ibrahim, Looi Loon Teck, Syed Ahmad Abu Bakar.
Hasil umpanan lintang Loon Teck, Syed Ahmad menanduk gol pertama. Choon Wah melorongkan bola sebelum Syed Ahmad memperdayakan penjaga gol, Kenzo Yokoyama untuk gol kedua sebelum Syed Ahmad sekali lagi menanduk gol ketiga hasil umpanan Loon Teck. Syed Ahmad ini media darling, handsome dan terror main zaman tu. Tapi sekarang dah dilupakan ketika rakan-rakannya ramai dah dapat Datukship. Malangnya, dia tercedera di bahagian belakang dan kempunan ke Sukan Olimpik di Munich. Dell pun injured.
Selepas kemenangan bergaya itu, Dave McLaren melihat luka di kaki Syed Ahmad dan sanggup menjilat luka itu.."I fought for you, Syed, I fought for you," merujuk kepada keputusan jurulatih Jalil Che Din yang seawalnya mahu meletakkan Eng Kok sebagai top striker.
Bayangkan Jepun tampil sebagai pemenang pingat gangsa temasya Olimpik di Mexico, diterajui penyerang sensasi Kunishige Kamamoto (gambar, kanan) ditemani Ryuichi Sugiyama selaku dua serangkai serangan.
Fast forward pulak ke 1980, Malaysia terikat 1-1 dengan Jepun di Stadium Merdeka pada 30 Mac, 1980...
Beruntunglah mereka yang menyaksikan Soh Chin Aun, James Wong, Santokh Singh dan Hassan Sani pada zaman kehebatan mereka. Aku tunjuk anak-anak ku youtube...
Apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengehadkan bola sepak kepada pemain Bawah 23 tahun pada 1991, tertubuhlah Barcelona Babes dipimpin Chow Kwai Lam, antara tonggak pertahanan Ong Kim Swee...esok beradu strategi dengan Jepun...
Aku sekadar wartawan tempelan, meninjau perkembangan antaranya Malek Rahman, Shahrin Majid, Adnan Ibrahim, Lee Thean Ewe, Salahuddin Che Rose, Azman Adnan
Pada pra-Olimpik 1999, Malaysia diundi bertemu Jepun lagi...
Antara anak buah Hatem Souissi ialah Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Rosle Derus, Sany Fahmi, Tengku Hazman Raja Hassan, Shawal Johadi, M. Gopalan, Khalid Jamlus, Chow Chee Weng, Gilbert Cassedy Gawing, Yuzaiman Zahari, Nik Fadly Nik Leh
Dilayan oleh dua rakan wartawan Jepun...minum teh aje
Pas ke Stadium Nasional, Tokyo
Jurulatih Jepun Philippe "White Witch Doctor" Troussier dengan Hatem serta Zainul Azhar Ash'ari (Utusan Malaysia) dan Hazli Hussaini (Harian Metro) di Hong Kong
Pusingan pertama di Hong Kong, Malaysia tewas kepada Jepun 4-0...mana tidaknya, Shinji Ono, Tsuneyasu Miyamoto, Junichi Inamoto, Shunsuke Nakamura dan Atsushi Yanagisawa menterjemahkan taktik Philippe Troussier dengan handal...di Tokyo, keputusannya 4-0 juga. Hatem mengeluh "You look at the defender (Miyamoto), he's very intelligent, quick to find solutions"...2004, Miyamoto julang Piala Asia selaku kapten Jepun...Ono, Inamoto dan Nakamura cipta nama di Eropah. Di Jepun, Akmal bertentang mata dengan buah hati, cinta pandang pertama yang membawa kepada jinjang pelamin.
Di bawah B. Sathianathan, skuad pra-Olimpik 2007 yang menampilkan Aidil Zafuan Radzak, Amirulhadi Zainal, Azrul Ahmad, Sabre Mat Abu dan Safiq Rahim tewas 2-1 di Kuala Lumpur dan 3-1 di Tokyo.
Esok, Kim Swee berdepan cabaran menggunung tinggi, setinggi gunung Fuji.
Kaptennya Khairul Fahmi Che Mat
Yang bakal berdepan skuad rata-rata anggota pasukan yang muncul juara Sukan Asia 2010 di Guangzhou..
Rasanya, Kim Swee akan menyandarkan harapan kepada Fahmi, Mahalli Jasuli, Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Noor, Irfan Fazail dan A. Thamil Arasu. Irfan yang menjaringkan gol ketika menewaskan Taiwan dan Lebanon, menanggung kecederaan. Disebabkan kemahiran teknikalnya, Irfan yang baru pulang dari pengembaraan di Slovakia, adalah sumber terbaik untuk mendapatkan gol. Fahmi pula harus sibuk berdepan Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi, antara sandaran jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka.
Ingat, 40 tahun lalu, pedang samurai berkecai...tapi kita realistik, asal jangan jadi tofu di Stadium Tosu sudah!