Monday, May 2, 2011

Apa hal Misbun dan BAM?

Aku buntu sebenarnya. Kisah di balik tabir pun tidak bisa merungkai isu Misbun Sidek. Kalau baca blog wartawan the Malay Mail, Haresh Deol, dia kata Misbun dan Lee Chong Wei tidak bertentang mata ketika majlis Malam Anugerah Arena Ahad lalu. Baca di sini.

Benarkah ada empat isu besar yang menghantui minda Misbun sehingga menolak pelawaan BAM untuk kembali ke pangkuan persatuan tetapi melatih pemain pelapis, bukan elit?

Siapakah individu yang dilabel sebagai petualang dalam BAM?

Kafe Sukan Isnin lalu menampilkan Rashid Sidek. Apabila aku tanya ditakdirkan abangnya Misbun menolak tawaran BAM, apakah Rashid dan Tey Seu Bock sedia mengambil alih tugas Misbun?

"Saya sebenarnya dengan Misbun dan Seu Bock melatih Chong Wei sejak 2003. Jadi tidak ada masalah," kata Rashid.

Abangnya Razif, dalam program Dengan Izin,




Menyaran agar kedudukan Rexy Mainaky dikaji semula, menggesa supaya pemain yang tidak ada progress digugurkan, juga modul kejurulatihan BAM diperkasakan

17 comments:

Anonymous said...

seram ngok en rizal kita temubual ngn razif dlm program dengan izin..tp btoilah permain muda kita perlu diberkan pendedahan bknnya disimpan jadi jeruk sampai masam..sudahnya kita tiada pelapis,

MatRock said...

ISU atlet atau anak murid yang cepat melupakan jasa gurunya bukan perkara baru.

aswad said...

Buat Saudara Rizal
Salam Bulutangkis,
Alhamdulillah, selesai sudah epilog duka Misbun selama hamper 4 bulan. Penting untuk kita ketahui eperti semalambahawa inilah sebenarnya jurulatih perseorangan terbaik dunia yang kita ada. Kalau nak diikutkan beliau sebenarnya dipinjamkan dari pihak Nusa namun cintanya pada sukan ini dan juga sayangnya dia pada seorang anak cina kelahiran penang maka berkhidmatlah dia dengan BAM. Lebih memeritkan lagi dengan apa yg diterimanya sebagai balasan dari BAM baru baru ini. Selain kejayaan c.wei di sukan olimpik Beijing, jibun jugalah yang membimbing adiknya Rashid meraih gangsa di Atlanta 96. Begitu juga dengan kejayan Hafiz Hashim dan Roslin.
Ada 4 perkara yang dipercayai membuatkan jibun merajuk, tetapi hanya dia yang tahu...membuatkan kita tertanya2. Misbun ini dalam tempoh 10 tahun beliau bermain tiada sesiapa yang tahu siapa itu Misbun. Adik beradiknya juga pening bila berdepan dengan masalah Misbun, lebih2 lagi ketika kalah pada King pada 1982. Misbun mula tinggal berasingan. Kadang2 berjogging tengah hari dan tengah malam. Bertambah misteri apabila dia duduk dengan seorang bomoh di Ampang. Beliau berbeza setiap hari, cerianya dia hari ni ini, tak bermakna esoknya seperti semalam.
Saya pasti salah satu kekecewaannya adalah system kejurulatihan yang digubal CTC tidak memuaskan hatinya. Sebagai seorang jurulatih sejak 1990 sudah tentu beliau amat memahami selok belok latihan dan modul yang terbaik.

aswad said...

Tetapi nampaknya kumpulan si cerdik pandai CTC yang terdiri daripada golongan yang hanya bermain badminton secara rekreasi rupanya lebih pandai dan mengetahui selok belok badminton daripada jibun. Yang jatuh, bangun, luka dan mencipta kaedah latihan tanpa jemu ialah Misbun. Suka saya nak memetik kata2 dari si sang maestro Han Jian tentang tidak suka bercakap dengan golongan yang hanya pandai cakap dan tidak ada latar belakang Badminton. Kita ambil contoh latihan yg digarap jibun pada c.wei sebenarnya diikuti sama oleh pemain elit yg lain seperti arif dan liew Darren tapi latihan bagi mereka hanya setengah jalan...sempout. Tidak trampil! Itu lah jawanpannya, jika syarikat swasta sudah tentu surat tunjuk sebab diberi. Jika berkali2 tanpa kemajuan maka pecat jawapannya. Datuk Zolkaples pula mengeluarkan statement sengalnya dengan menyatakan misbun hanya latih cwei dan sekarang ini c.wei tak perlu lagi jibun keran telah menang dengan lin dan baru2 ini. Logikkah misbun yg telah melatih c.wei selama hampir 10tahun dan kemudian baru 2 bulan bersama seu bock...tetapi seu bok pula meraih kreditnya. Inilah yg dipanggil lembu punya pasal sapi dapat namanya.
Tey seu bock pula dibawa masuk oleh Misbun untuk membantu melakukan latihan shuttle drill. Itu pun setelah dulu dia membawa masalah kepada BAM. Pada sesiapa yg biasa melihat jibun melatih pasti setuju yang dia ada aura dan magisnya. Melalui sumber yg dipercayai, seu bock menelefon jibun hari2 ketika berada di England. Jangan kita suka sangat bila c.wei menang atas lin dan. Esok lusa tidak tahu. Jika sudah termetri atihan jibun ini mengapa pihak BAM tidak membuat dokumentasi dalam mencari klon2 c.wei. Ini kerana ego masing2 terlalu tinggi. Kemudian ada suara2 sumbang yg mencabar jibun utk mencari c.wei baru. Mengapa dia saja yg tidak menyahut cabaran tersebut. Sekarang cita-cita jibun utk membawa pulang emas disekat. Berbelas tahun menjadi jurulatih dari skuad ketiga, pelapis dan utama...sememangnya dia layak utk ke olimpik. Bertambah luruh hatinya apabila c.wei sendiri tidak ikhlas dalam jawapannya. Ditikam dibelakang juga tidak sepedih apa yg dinyatakan c.wei. Bagi chin chai dan ctc, tahniah kerana berjaya meniup misbun dalam diam...entah siapa lah anda ketika misbun memacu namanya dalam dunia badminton antarabangsa. Begitu juga dengan si tukang karut Kenny...selamba orangnya. Bagi si presiden Nazmi pengurusan kereta tak sama dengan manusia...harap anda dapat menilai mana yg proton dan yg mana yang mercedes.
Utk misbun, anda tidak dilahirkan sebagai juara tetapi lebih kepada penghibur dan mencipta sang juara...itu saja sudah cukup untuk menjadikan anda Datuk Misbun – Juara di hati peminatnya.
Cikgu Aswad.

mohd zaidi bin hj. idris said...

SAYA SETUJU DENGAN APA YG DIPERKATAKAN OLEH CIKGU ASWAD. MEMANG PATUTLAH DATUK MISBUN TOLAK KONTRAK DENGAN BAM TU BG KAT ORG-ORG DLM CTC PULAK JADI COACH KITA TGK BERAPA RAMAI MEREKA BOLEH LAHIRKAN PEMAIN YG AKAN BAWA ALL ENGLAND KE MALAYSIA. KEPADA LCW JGN DERHAKA KEPADA ORG YG BAWA ANDA KEMERCU KEJAYAAN SELAMA INI

Anonymous said...

woiiii...olimpik dh dekat lah..korang masih berdondang sayang lg...aku dh x nk tau dh pasal sukan bulu tangkis ni..

Anonymous said...

penyakit cerdik pandai yang tak reti tentang permainan dah berjangkit dari FAM kat BAM. ramai pemimpin persatuan yang berlagak pandai mengatasi jurulatih. kita tengok tak lama lagi berapa ramai jaguh dunia dilahirkan BAM ? emas olympik 2012 boleh menang ke atau jadi jaguh kampung saja ?

Anonymous said...

bro,

saya rasa lee chong tersilap buat perhitungan. dia tak boleh tinggalkan sifunya begitu saja.

tanpa misbun sidek, chong wei, kalau tak kena gaya,mungkin terlepas emas Olimpik london 2012.

lin dan masih berbisa, masih terbilang.

kalah sekali dengan chong wei baru-baru lalu bukan bermakna linda dan sudah tamat riwayatnya.

tipu muslihat dan teknik permainan lin dan masih bagus, apatah lagi di bawah kendalian tok-tok guru negaranya termasuk bekas pemain yang yang terkenal dengan "the thing".

saya bukan penyokong totok misbun tapi salahkah misbun terus latih chong wei sehinggalah olimpik london 2012 dan sambil latih juga pelapis elit Olimpik masa depan. aura misbun itu mesti diambil kira dan itulah kelebiha ketara anak haji sidek ni.

siapa yag dah racun chong wei yang sekali imbas dah besar kepala, hingga tergamak tidak perlukan misbun di sebelahnya.

jurulatih chong wei yang ada sekarang terlalu muda/mentah/hijau, percayalah.

beberapa pegawai BAM nampak sangat anti-misbun. Ini semua kerana ego pegawai-pegawai BAM tu macam belon.


saya takut nanti malaysia kempunan emas badminton.

pak menteri kena bincang dengan chong wei sambil tegur-tegur sikit pemain tu.

kalau perlu bawa sekali misbun berbincang secara enam mata.

ini semua kalau Malaysia ingin menggapai emas Olimpik pertama.

chong wei oh chong wei!


HANG TU AH
Bandar Hilir
Melaka

Anonymous said...

setuju dgn cikgu aswad dan hang tuah. sesuatu perlu dilakukan oleh mereka yg ada autoriti. itupun jika serius utk menggapai emas di olimpik. BAM juga perlu mencari formula kejurulatihan di china ttg bgaimana sistem yg menjadikan mereka mmpunyai bakat yang berganti-ganti sejak Yang Yang hinggalah yg terbaru Chen Long..

Anonymous said...

betol ke LEE CHONG WEI bagai kacang lupakan kulit?? dulu di didik dan di bimbing hingga jd superstar..kini x perlu lagi datuk jibun?? mkn boleh sebarang makan..cakap jgn sebarang cakap..kecewa ngn sikap org mudah lupa diri..mmg LCW meningkat kebelakangan ni tp engat sape yang ambik die dari bawah..org yg bongkak akan dibenci ramai...-sob antujopun

Anonymous said...

saya rasa kita kena rasional.

sebenarnya, bakat chong wei dilihat morten frost masa dia di peringkat mssm.

lepas tu, misbun latih dia. kemudian, chong wei beralih kepada li mao.

bila li mao berhenti, chong wei kembali kepada misbun. selepas misbun lama sangat main tarik tali dengan BAM, chong wei takde pilihan dan terpaksa cari jurulatih lain.

kini, dia dah makin serasi dengan tseu bock dan rashid. jadi, apa salahnya dia teruskan dulu.

kita jgn nak salahkan chong wei dan bam ajer. masalah ini timbul bila misbun yang tetiba letak jawatan. sejak awal, BAM dah cuba, tetapi misbun jual mahal. sampai 4 bulan, sampai habis 3 kejohanan siri super.

ada ketikanya, life have to go on. memang jasa misbun besar, tetapi ketika dia buat keputusan untuk letak jawatan dan jual mahal hampir 4 bulan, saya percaya tindakan itu lebih berbaur kepada kepentingan diri, bukan negara.

tak kesian ke kita ketika bam dan pak menteri merayu kepada misbun - letakkan agenda negara sebagai kepentingan. tapi misbun berdegil.

last-last, kesabaran pasti ada hadnya. bam dan chong wei kena teruskan perjuangan dan dalam tempoh empat bulan sebelum misbun akhirnya bersuara, itulah yang mereka lakukan.

jadi, kini, bila misbun dah nak balik, kena hamparkan permaidani merah kembali untuk dia ke? lupakan segala usaha yang dibuat sejak empat bulan dulu semata-mata untuk penuhi dan puaskan hati misbun?

saya tidak pertikai jasa dan sumbangan misbun. tapi misbun juga kena prihatin. apa yang berlaku ketika ini adalah kerana perangai 'primadona' dan 'diva' yang ditunjukkannya. itu belum lagi ambil kira desas desus yang kononnnya misbun dijadikan 'soldadu' kepada permainan segelintir pihak yang mahu mendesak bam supaya berikan mereka lebih rm1 juta daripada peruntukan latihan road to london 2012. mereka baik dengan misbun, jadi suruh misbun jangan join bam, sampailah bam bagi duit tu.

banyak spekulasi, banyak desas desus. jadi, lebih baik kita jangan menghentam tanpa usul periksa.

chong wei sudah teruskan hidup. biarkanlah dia. kita tengok hasilnya untuk sesuatu tempoh masa. jika ada ketikanya nanti, sentuhan misbun perlu ditagih, ia harus dilakukan. semuanya demi negara. jangan masa itu nanti, misbun memilih untuk terus jadi 'primadona' lagi.

semua ini untuk negara. untuk emas pertama negara di Sukan Olimpik 2012!

kaki sukan said...

Peluang keemasan mencungkil bakat baru, satu kesempatan sungguh baik buat Misbun.. hasil dapat dilihat pada 2016 dan 2020. pada peringkat sekarang, LCW tak perlu jurulatih berkaliber kot...hanya sekadar pembuang shuttle kearah LCW seperti seu bock cukup kot. Tak payah Misbun peduli sangat LCW, menang tak menang di Olimpik 2012 LCW tetap undur dari skuad pada 2012, lepas itu siapa lagi? Kita kena politik sikit, kira Misbun ambik alih skuad pelapis dengan bayaran yang sama beliau dijanjikan sebelum ini, tak perlulah Misbun risau, 2016 - skuad pelapis akan jadi skuad elit, justeru Misbun ikutlah skuad elit..tambah lagi tak tentu barisan CTC masih sama..lepas 2012, tempoh pegawai-pegawai sekarang semua tamat, tak tentu mungkin Datuk Al Amin, Datuk Sayed, Tengku Kamil jadi presiden... Lepas itu anything is possible.. tapi biarlah buat yang terbaik. Fikiran rasional yang diperlukan, marah,merajuk adalah perasaan yang melemahkan fikiran kita. Dalam isu ini jangan mudah melenting, pandang jauh, tunggu dan lihat.. sebelum menerkam. Sebagai peminat kita juga perlu adil , mesti ada cerita di sebalik insiden-insiden yang diketengahkan.. apa silap Misbun. wsalam Bro Rizal

Cerita Sendiri said...

Badminton Emas? LCW vs MS=Maybe Bronze if Lucky.

Anonymous said...

KAKI SUKAN

SAYA SOKONG KOMEN ANDA YANG BERNAS DAN PADAT ITU TAK SPERTI KOMEN2 YANG SENTIASA MENYALAHKAN BAM. MEREKA KENA INGAT PENGURUSAN DAN TEKNIKAL DARI CABANG BERLAINAN.SUKAN DI DI MALAYSIA NI ORANG POLITIK DAN SUKAN KENA SELARI BKAN MCM NEGARA2 MAJU PENAJA DAN SUMBER KEWANGAN CARI MEREKA.MUNGKIN SAYA LARI DARI TAJUK TAPI SAYA PERHATIKAN MEREKA INI MARAH ORANG POLITIK MEMEGANG JAWATAN DLM PERSATUAN SUKAN PASAL BYK POLITIKING....



PEMINAT SUKAN

Anonymous said...

bg sy LCW sudah x perlukan dato misbun.. tp x semestinye LCW akan mendinginkan hubungan dia ngan dato misbun.... LCW pn dh matang skang.... yg komen psal LCW bagaikan kacang lupakan kulit itu bg sy hanyalah spekulasi... harap2 LCW xde le buat prangai mcm 2.... LCW pn skang mcm ok jerr ngan jurulatih baru.... jd, ape lg nk dirisaukan.... LCW nye peak pn dh tahap memuaskan... bg sy, biarlah dato misbun scout pemain2 yg leh pi jauh pd masa hadapan.... jgn ganggu LCW dan dato misbun lg...

amazing garce said...

mengapakah kita asyik menyalahkan antara satu dengan yang lain?? bukankah kita rakyat Malaysia yang mempunyai kasih sayang antara satu sama lain..tidak kira apapun jua keputusan Misbun ambil, kita tidak harus mempertikaikanya..kerana setiap orang ada prinsip hidup..terima lah denganhati terbuka..pasti ada hikmahnya apa yang terjadi kepada sukan badminton negara..tidak penting siapa yang akan melatih C.Wei, yang penting kita mesti menyokongnya 100 peratus..semua memerlukan perubahan..mungkin telah tiba masa untuk melihat perubahannya..jangan hanya melihat dari satu sudut..jangan lupakan dan berterima kasih kepada pemain/jurulatih yang telah berjasa..masa tidak akan kembali, gunakanlah sebaiknya demi untuk negara MALAYSIA tercinta, sekian terima kasih.

Anonymous said...

saya tertarik dengan temubual bersama presiden BAM & razif. BAM Mendapat peruntukan berjuta ringgit dari tajaan masih tidak cukup untuk mengeluarkan pemain berbakat? Tidak menghantar ke kejohanan kualiti kerana pemain yang ada tiada kualiti & berbakat.? Jadi soalan saya mengapa tidak dibuang sahaja mereka ini @ dikembalikan kepada state association supaya mereka ini bantu BAM cari bakat lain? Senario sekarang ini menjurus kepada menanggung biawak hidup, jadi tidak wujud kenapa rexy @ misbun tidak berjaya melahirkan bakat baru kerana bakat2 yang disediakan oleh panel2 jurulatih dan bijak pandai didalam BAM itu bertaraf BIAWAK HIDUP. Bergantung kepada pemain yang sudah keluar dari program yang prestasi mereka Salah siapa bila Rexy @ Misbun dibayar gaji tinggi jika tiada persetujuan BAM sendiri. Maka soalan saya pada Razif, jika anda pencinta sukan badminton bersama2 la membangunkan sukan ini jika tidak BAM@Nusa Mahsuri( milik Keluarga Sidik) pun sekurang2nya anda boleh membantu menubuhkan akademi sendiri untuk mencungkil bakat dan pilihan ibu bapa mengetengahkan bakat anak mereka.