Wednesday, May 4, 2011

Piala Sultan Azlan Shah, live



Stadium Hoki Tun Razak di Jalan Duta selalu ku kunjungi zaman belajar dulu. Pernah ku tulis bagaimana   aku mengagumi trio Perak dan Maybank yang pantas bak peluru - Mohamad Abdul Hadi, Nor Saiful Zaini Nasiruddin dan Zainal Hussin.

Tapi sekarang aku jarang tengok game hoki. Maklumlah tugas...lagipun Astro Arena banyak tunjuk live. Ada program Flik yang diterajui bekas wartawan Harian Metro, Bazly Azmi yang mengaku dirinya "Abang Kacak" dan ditemani Mirnawan Nawawi, yang kerap meleburkan harapan sekolahku St John's ketika dia menerajui serangan RMC, dan ada live MHL.

Tentu sekali Piala Sultan Azlan Shah yang bermula esok di Ipoh ada drama tersendiri. Klik di sini untuk laman web rasmi kejohanan.

Nak tengok siaran langsung, tentunya di Astro Arena...

Piala Sultan Azlan Shah ke-10 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah di bandaraya ipoh menjadi tumpuan dunia dengan menyaksikan kelibat pasukan handalan dunia bermula esok hingga 15 Mei 2011.


Pasukan Australia, selaku juara dunia akan turut berentap bersama Great Britain yang kini berada pada ranking keempat, Korea Selatan (keenam), Pakistan (kelapan) dan India (sembilan) manakala tuan rumah, Malaysia pula menduduki ranking ke 15.


Merancakkan lagi kejohanan berprestij edisi ke-20 ini apabila saluran sukan tempatan 24 jam sehari Malaysia, Astro Arena (saluran 801) turut menjadi penyiar rasmi dengan memberi liputan secara langsung dan eksklusif pada kejohanan musim ini.


Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, Astro Arena akan menyiarkan semua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia serta perlawanan-perlawanan besar terpilih yang lain.


“ Ini adalah usaha daripada pihak media untuk mengembalikan kegemilangan hoki negara dengan liputan secara langsung kejohanan dan ini adalah tahun kedua kami menyiarkan kejohanan ini selepas edisi ke-19 tahun lalu,” katanya.


“Kerjasama strategik bersama Persatuan Hoki Perak untuk mendapatkan hak penyiaran tempatan dan antarabangsa untuk kejohanan ini selama tiga tahun bermula 2011 diharap dapat menyemarakkan semangat dan mengembalikan Malaysia sebagai kuasa hoki dunia seperti yang pernah dikecapi skuad negara sekitar tahun 70-an dahulu,” katanya.


Pada tahun lalu menyaksikan perlawanan akhir terpaksa dihentikan gara-gara cuaca buruk serta buat kali pertama dalam sejarah penganjuran kejohanan, dua pasukan Korea dan India diisytiharkan juara bersama sementara Malaysia di tempat ke tiga.


Kata Venu lagi, demi memartabatkan sukan hoki sejajar dengan hasrat semua pihak terutama peminat sukan hoki tempatan, Astro Arena turut menyiarkan program ‘FLIK’ yang ke udara setiap Selasa jam 8.00 malam. ‘ FLIK EDISI KHAS’ pula akan disiarkan setiap jam 11:30 malam setiap hari sempena Piala Hoki Sultan Azlan Shah ini.


Program selama 30 minit itu menyiarkan sorotan dan analisis dunia sukan tanahair serta membawakan anda detik-detik menarik serta keputusan terkini kejohanan-kejohanan tempatan dan antarabangsa membabitkan aksi pemain-pemain hoki negara.


Astro Arena akan menyiarkan perlawanan antarabangsa pertama buat skuad negara menentang Great Britain pada 8:05 malam esok selepas melakar sejarah baru dalam sukan hoki negara di Guangzhou, China tahun lalu.


Selain itu, siaran langsung perlawanan India menentang Skuad Kebangsaan akan disiarkan dalam siaran Definisi Tinggi (HD) untuk saluran Astro SuperSport, jam 08:05 malam pada 9 Mei nanti.


“Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan-pasukan yang menduduki rangking tertinggi semasa. Justeru jika Malaysia mampu menamatkan cabaran dalam kelompok empat pasukan terbaik saya kira sudah cukup bagus,” katanya.


KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH KE-20 STADIUM HOKI AZLAN SHAH, IPOH - 5- 15 MEI 2011
PASUKAN
Australia
Great Britain
Korea
New Zealand
Pakistan
India
Malaysia

5 Mei 2011

MASA PASUKAN
1605 New Zealand lwn Pakistan
1805 Korea lwn India
2005 Greta Britain lwn Malaysia

6 Mei 2011

MASA PASUKAN
1805 Great Britain lwn India
2005 Australia lwn Malaysia

8 Mei 2011

MASA PASUKAN
1805 Great Britain lwn Pakistan
2005 Korea lwn New Zealand

9 Mei 2011

MASA PASUKAN
1805 Great Britain lwn New Zealand
2005 India lwn Malaysia

11 Mei 2011

MASA PASUKAN
1605 New Zealand lwn Malaysia
1805 Australia lwn Korea
2005 Pakistan lwn India




12 Mei 2011

MASA PASUKAN
1805 New Zealand lwn India
2005 Korea lwn Malaysia

14 Mei 2011

MASA PASUKAN
1805 Pakistan lwn Malaysia
2005 Australia lwn New Zealand

15 Mei 2011

MASA PASUKAN
1535 Tempat ke-5 lwn tempat ke-6
1805 Tempat ke-3 lwn tempat ke-4
2035 Tempat pertama lwn tempat ke-2

5 comments:

ZLATANERA x said...

Salam bro Rizal..
Malaysia tak pernah lagi jadi juara piala ini..
Australia pulak dah yakin untuk buat rekod mencapai kejuaraan kali ke-6..
SUPPORT OUR COUNTRY!

Ultras Malaya..kidmat anda diperlukan segera!

http://simple-mzs.blogspot.com/

Muse razak said...

Bos kena bagi sokongan di stadium. Macam mana pemain nak semangat kalau tengok stadium kosong je gara2 semua tengok di tv... kena promo lebih skit datang stadium bukan promo tengok di tv.Sekadar pandangan ikhlas je bro. Jangan mare.

Anonymous said...

malaysia - nasib anda tahun ini macam mana,ada tak setakat host sahaja?

amazing grace said...

kita sebagai raktyat Malaysia haruslah menyokong negara kita..
kalau bukan kita yang menyokong..
siapa lagi??? rakyat negara lain tak akan sokong negara kita..
bagi upah pun orang tak mahu..
menang ke tak menang tu lain kira..
adat dalam permainan kan..
yang penting semangat kita ada untuk pasukan Malaysia berjuang habis-habisan..
untuk pasukan Malaysia..
saya berharap anda semua maju, sejahtera dan berjaya dalam sukan bola sepak malaysia

anti-rasuah said...

Dan kesudahannya msia menduduki tangga tercorot dengan 6 kekalahan dan 1 kmngan..aku rasa pelantikan smula tai beng hai puncanya skuad hoki negara merudum..menggurkan pemain senior yg brjuang pd sukan asia lepas shingga dpt pingat perak dan gnti dgn pmain muda..apa pun MALAYSIA tetap di hatiku..