Maaf, lambat sedikit posting ini. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh, mendengar beberapa alasan pemain yang menyalahkan media antara faktor kegagalan skuad negara pada Piala Thomas lalu. Jalani Sidek tergelak di sini lalu Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) membalas dengan mengeluarkan kenyataan di sini.
Seterusnya Nadzmi dan BAM minta maaf di sini.
Terbaru, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendesak pengurusan tertinggi BAM meletak jawatan dengan menunjuk perasaan di pejabat BAM di Bukit Kiara. Bagus rakyat kita yang prihatin. Tapi tak pula sebelum ini suruh pengurusan FAM, MOM, MSN letak jawatan, ek?
Baca laporan Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times di sini, di sini dan di sini
Siapa agaknya di belakang NGO ini? Aku tidak mahu pertikai tapi benda-benda macam ini lazimnya berbau politik. Bukannya aku tidak pernah berdepan isu macam ini dulu.
Bagi aku, kita harus kaji kenapa seorang tokoh korporat macam Nadzmi bertindak sedemikian. Nadzmi seorang tokoh usahawan yang memenangi pelbagai gelaran. Dia study actuarial science, bukan calang-calang orang boleh belajar study in statistics ni.
Biarpun NGO dan juga dalam banyak forum di dunia siber mendesak Nadzmi meletak jawatan, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan jika tiada kajian semula dibuat terhadap corak latihan, sikap pemain, sumbangan jurulatih, sokongan sains sukan dan pengurusan BAM.
Ada yang tersirat di sebalik masalah ini.
Aku mendapat tahu ada usaha-usaha menjatuhkan Nadzmi oleh sesetengah pihak berkepentingan. Mereka mahu letak seorang individu yang mudah dicucuk hidung. Jadi boneka.
Biasalah sukan di Malaysia...sekadar menyediakan ruang untuk orang berkepentingan buat duit. Orang yang ikhlas bekerja, alamat tak lamalah dalam persatuan.
Soalnya, jika Nadzmi diganti, bolehkah penggantinya membawa perubahan, menyuntik tenaga baru di kalangan pemain dan mencarta program jangka masa panjang buat BAM?
Sesudah itu, Reny Rahayu Ishak yang turut hadir menunjuk perasaan di BAM, boleh tubuhkan skuad Sayang BAM, komandannya siapa lagi...orang UMNO jugak lah...Hebat, hebat...jangan sampai aku check siapa connection dia...
Lain kali, kalau nak serah memorandum, bagi cadangan...bukan desak pertukaran tampuk kepemimpinan...itu budak sekolah boleh buat.
Cadanglah antara lain,
1. perlembagaan BAM diubah, hadkan tempoh penggal pemegang jawatan kepada dua penggal atau lapan tahun
2. seorang supremo dilantik mengurus aspek teknikal pasukan negara dan bertanggungjawab atas semua aspek kejurulatihan, kejohanan dan pemain
3. kuasa setiausaha kehormat dibatas
4. kaji semula insentif kepada pemain agar mereka menumpu perhatian kepada kejohanan utama, bukan sekadar menduduki ranking teratas
5. rangka kertas perancangan jangka panjang dari 2010 hingga 2020 dari segi sokongan sains sukan, mengenal pasti bakat, pendedahan luar negara, pembudayaan badminton dari segi sejarah
6. juga mengingatkan BAM agar usah lupa menghantar kad jemputan kepada bekas pemain seperti Datuk Ng Boon Bee, Tan Yee Khan, Billy Ng jika ada kejohanan besar di Malaysia
17 comments:
Tahniah saudara Rizal kerana dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat. Rasanya semua rakyat Malaysia sudah tahu siapa di belakang mereka yang 'menyalak' di BAM itu. Begitulah orang kita yang mudah dijolok buat apa sahaja tanpa menyedari mereka diperalatkan pihak tertentu, Rasanya elok disiasat siapa di belakang mereka dan kenapa. Saya tidak hairan jika ada satu Datuk, seorang bekas pegawai BAM dan seorang bekas pemain yang menjadi pencacainya, adalah orang di belakang semua ini kerana kerana mereka banyak kepentingan.
Bila bekas pegawai itu takde bererti ruang buat duit dah kuranglah. Semua dah jadi mata duitan dan tahniah kepada the so-called NGO yang kini bersubahat dalam usaha 'memperkayakan' kumpulan tiga serangkai ini.
NGO ini buat ke homework sebelum berkokok kat BAM ini.... siapa kata kita takde pelapis, tgk aje beregu muda Malaysia yang menjuarai Kejohanan Remaja Asia dan Dunia tahun ini.
Mereka cuma belum bersedia.. apalah depa ini, senang sangat nak kena cucuk hidung. Mana letaknya maruah diri sendiri, setakat nak ikut membuta tuli.... jaga rumah tangga sendiri lagi elok, pastikan jangan bangkrap ke atau suami tak nak kahwin lain di Sabah ke....
Salam, muak rasanya minda bila asyik bercerita tentang perubahan dunia badminton malaysia yang tak pernah2 berubah. Saya teringat kata2 dari maestro Han Jian ketika diajukan soalan jika ditawarkan jawatan penting dalam BAM...Jawapannya....err..tak mau..byk politik..Haa3..jawapannya membuatkan saya tergelak kuat.Sambil duduk dalam bas sesudah membawa anak murid menjalani latihan di setia alam saya kembali teringatkan kembali soalan yg diajukan...ermmm...tersenyum sinis saya, anak jati china yang terkenal dengan fahaman komunisnya tetapi dia sendiri tidak tahan dengan keletah "BAM" dan pegawainya.
Kedua rizal, legenda2 badminton seperti yee khan, boon bee dan byk lagi tidak pernah dipanggil untuk memberi teguran dan pendapat. MELATIH dan MATA yang boleh membezakan antara emas dan kaca adalah berlainan..percayalah...Pak tang xian hu masih ada dalam kem China..sama juga dengan sun jun di fujian academy dan coach Lin Dan dari kecil...chen weihua...semua masih ader memberi tunjuk ajar...tapi Malaysia punya budaya lain sikit...mcm P.Ramlee, masa hidup tak dipandang...dah meninggal...dpt Tan Sri...Doktor nama jalan...
Entah lah, saya masih bingung kenapa saya masih berbicara tentang dunia badminton sedangkan kadang2 terasa mual...mungkin sebab sayangkan bulutangkis kot zal......
It is easy to critisise. It is even easier to ask people to resign in the aftermath of failure but this demand/request by NGOs smell of political manuevering by someone.
Think it is fair that BAM does a postmortem on the failure but what is more important is 'what happens next..'
I agree with loose cannon in that criticism must be constructive not just shooting off the hip or barking for no apparent reason. If the public/council members feel the constitution of BAM is too dictatorial then propose amendments. Why pick on Badminton? What about other sports? If sports administrators are to resign on every failure then ALL malaysian sports administrators must resign.
I believe that there are good and sincere people out there and they must be given the opportunity to do their work.
Dato Nadzmi is a corporate figure and I dont think he gets monetary benefits for helming BAM. He doesnt need BAM but BAM needs him to put the house in order. No one will be brave enough to remove the Secretary but Dato Nadzmi did and he must have good reasons to.
If I speculate that the failure of the recent Thomas/ Uber cup was due to the former secretary putting a spanner in the works in the run up to the tournament eg booking the stadium etc, how will that sound and this will be one of the reason why he was removed.
Salam bro,
Betul3, antar memorandum minta presiden letak jawatan adalah keje budak sekolah. Buang masa je bawak sepanduk dsbnya, konon atas nama prihatin terhadap masa depan badminton, tapi tak de alternatif konkrit dan cadangan membina.
Yg cantiknya mengenai thomas cup dulu, hanya mentri shabery je yg beria-ia nakkan piala tu (ada kepentingan politik jugak la, nama naik) tp tak kaji kekuatan sendiri dan lawan. Dia terbawak-bawak pasal Chong Wei menang All England, sampai diaraknya budak tu ke parlimen makan dgn PM. On paper, target realistik spt nadzmi ckp ialah semi final dan betulpun sasaran yg tuan presiden tu buat.
So skrg bila dh kalah, salahkan Nadzmi pulak, apatah lagi ada dalang kat belakang yg cucuk nk balas dendam.
Tumpuan lps ni patutnya ke arah cari dan gilap 10 lagi chong wei dan 10 lagi beregu handalan. usaha tu perlu dibuat oleh bam, bukan nadzmi sorang. Usaha juga secara bersama dgn msn, kbs, mssm dll.
P/s: Seronok jugak tgk org x paham badminton ni suruh Nadzmi resign, tp tak berani pulak mintak Rosmah pun jgn menyibuk kat BAM.
Sila baca apa yang nak diperkatakan oleh Badminton Legend Yang Yang tentang latihan dan pengalaman bersama pasukan Malaysia.
That was in 1975. Yang Yang had to train hard before being recruited to the national team in 1983. At that time, being raised in the Chinese athletics system wasn't easy. “Our system is half military, whereas foreign systems are usually half recreational,” he says. For example, “there are a few NBA stars who sometimes don’t train very hard. It’s not like that in China. China’s system is government-controlled. Other countries’ are based on business.”
This sets Chinese athletes apart from the rest. “The Chinese team concentrates only on improvement,” he continues. “Every time we train, athletes from all different places and skill levels have to improve together. They share a dormitory and a dining room. The must devote their attention completely to training, and their level of concentration is very high. They all get stronger together.” The result, according to Yang Yang, is that “Chinese athletes are relatively outstanding. Unfortunately, their careers are short because of the burden that is placed on them.”
Timing as well as location influenced Yang Yang's experience as an athlete. Today, he reflects, “science is a big part [of the training process]. They are able to use scientific advances to enhance performance and increase success. In our day” – referring to the Golden Generation – “we didn’t have this kind of factor. We had to rely entirely on willpower and training,” he says with just a hint of pride. And then there are the spectators: “When I first won a championship, the idea of ‘sports star’ didn’t really exist. Even today it’s not a strong idea, it’s mostly just a creation of the media. Athletes aren’t fond of this creation, because what [the media] portrays and what it’s really like to be an athlete are not the same. An athlete’s life is simple. His days and thoughts are simple: train, eat, play well, then hold your breath and hope to become a champion.”
And that is exactly what Yang Yang did. He won his first national championship in 1984, just one year after he was recruited to the national team. By the time he retired in 1991, he had won two World Championships, two World Cups, 10 international opens, helped the Chinese team capture three Thomas Cups and won Olympic gold in 1988, when badminton was still an exhibition event. For Yang Yang, the most memorable of all of these victories was at the 1987 World Championships in Beijing. “It was the first time that China had hosted an international-level match. It was also probably the most important match of my career.”
His retirement, after less than a decade of professional play, was brought on by a number of factors. “It was a spontaneous decision,” he says. “I had an injury, I was unable to cope with various pressures, constant competition and training. I was very tired. Every day I had to be in four or five places. There were many burdens. Competitions mean a lot of mental stress. Training means both mental and physical stress."
In an effort to maintain contact with the sport, Yang Yang moved to Malaysia, where he became coach of the national badminton team. He led them to their first Thomas Cup in 25 years, defeating the Chinese team in the process. He recalls these years fondly. “The Malaysian team, like other foreign teams, was relaxed. Badminton has been in Malaysia for a long time, and it is now a national sport. By the time I got there, it was already well developed.”
Jangan berlindung di sebalik nama NGO. Minah tu kalau tak silap Ketua Wanita Bahagian Selayang.
sukan malaysia x akan maju selagi dipolitikkan
Aku bersetuju dengan apa yang dicatatkan..dan aku juga setuju dengan pendapat pemain yang mengatakan media adalah punca..
Pihak NGOk ni kekadang bagi aku gelak sendiri. Dengan menggunakan manila kad tulis guna marker (kekadang aku sendirik xdapat nk baca), kumpul dalam 20 org (yg dapat upah karipap sardin 2 bijik sorang dgn teh o sebungkus)berkumpul dan mengajar orang mcmana nak mentadbir. Dan yg paling aku xfaham.. benda mcm ni pun ada broadcast media cover.. Hahaha...
Boleh kalo nak pecat Nadzmi.. tapi apa yang ditawarkan oleh penggantinya.. Cadangan penambahbaikan ? Zero.. Yilek pochet.. Aku amik contoh kenapa Harun Salim Bachik (HSBC) bleh menang sbg Presiden Seniman.. walhal dia bknlah calon favorite masa tu.. Sbb dia ada vision dan matlamat yang jelas, yang meyakinkan ahli SENIMAN untuk undi dia... (itu yg aku nampak sbb aku bkn ARTIS)
Kenapa pulak aku bersetuju dengan pemain menyalahkan media? Sbb smmgnya sikap media begitu.. Sbb pengaruh media ni mmg kuat utk mempengaruhi..
Pada aku, kekalahan Piala Thomas adalah perkara biasa.. kita pun bukannya selalu menang pun.. Kita salahkan pemain dan BAM seolah-olah akan kiamat dunia bila kita kalah Piala Thomas..
BAM perlulah meletakkan matlamat yang terbaik utk mencapai kejuaraan Piala Thomas dan mempunyai strategi yg lengkap ke arah itu. Dan aku masih percaya Piala Thomas akan kembali ke Malaysia sekiranya kita sememangnya mempunyai strategi dan matlamat ke arah itu. Bukan sekadar bergebang mcm xdak matlamat hidup.
Kalo tidak, jangan salahkan sesiapa kalau nasib badminton sama mcm sepaktakraw nanti.
Matlamat yang jelas dan strategi yang baik juga telah menjadikan Kedah juara treble pada 2007, awal setahun dari sasaran asal. Tapi, itu cerita lain laa plak..
Hadoiii.. setakat pegang manila kad cakar ayam baik takyah le. Mana maruah hangpa? Hanya dengan upah 2-3 hinggit, air mineral botol kecek dan nasik lemak, hangpa sanggup juai maruah hangpa.
Nak kenai puak2 ni tak susah. Sorang kita dah tau ketua wanita amno selayang kan...
Kalau protes jalanan yang tak perlu dpt permit dan tak pulak diambil tindakan oleh pihak berkuasa ni, maka kita tau lah puak2 ni datang dari cerok mana.
Amno totok tu....
..loved your suggestion #6..sometimes it is this little things that make an organisation human and humane..berbudi kepada yg pernah berjasa..all to often we tend to forget them..making us ill-mannered and callous..
Bila saudara cadang pasal jemput Ng Boon Bee, saya pernah terbaca bahawa Ng Boon Bee merupakan individu yang paling banyak mewakili negara dlm pelbagai jenis sukan, kalau tak silap enam jenis sukan semuanya..bolasepak , badminton , kriket..(yang lain tak ingat)
Ada lagi tak manusia luar biasa macam ni sekarang? harap saudara Rizal jangan lupa buat liputan pasal beliau
Kepala Nazmi kepala org meniaga. Dia tak kemaruk kuasa. Kalo dia tanak peningkan kepala, dia boleh lepaskan jawatan tu 24 jam kalo dia nak. Tapi Nazmi masih berminat untuk membantu BAM.
Tak perlulah kumpulkan 5-6 orang bebudak pegang kertas atas nama NGO itu dan NGO ini. Biar anda saja yang dipergunakan tapi jangan libatkan bebudak yang tak tahu hujung pangkal tu....
luv this piece..continue to doing us a favor sir by exposing the hidden hand behind sports. all politician should stay outside from sports. be part of it because your passion are encourage but to score you card on it are prohibited
Kalo gatal sgt nak berdemo, apahal tak demo pasai judi bola? Jawapnya mudah, yg luluskan judi bola ketuanan engkorang kan...
Orang2 UMNO ni dah jahanamkan parti politik mereka dan sekarang nak jahanamkan sukan pulak lah ... Tak pernah sedar. Masih Sombong dan Bongkak walaupun parti dah tewas di selangor.
Anybody want to comment about the team's lost to Japan? We should just stop talking about everything.. include politics..
A loss to Japan is a DISASTER.. no question about that.. !!!!!
Post a Comment