Monday, May 10, 2010

Nama Mokhtar bukan untuk futsal...

Eloklah nama Allahyarham Mokhtar Dahari diabadikan di Putrajaya. Malangnya futsal bukanlah disiplin sukan yang menjulang nama Mokhtar di persada dunia.

Mokhtar pemain bola sepak 11 sepasukan yang disegani lawan dan kawan. Larian solonya pada lewat 70-dan awal 80-an kekal mekar dalam ingatanku.

Cara mengumpan kepada kawan, menggelecek sebelum meledakkan rembatan sambil berlari mahupun tandukan terbangnya, ah, Mokhtar tidak mungkin menonjol dalam ruang futsal yang kecil. Bakat Mokhtar tidak terbatas dalam ruang sebesar bendang. Sewajarnya nama Muhammad Mokhtar Dahari diabadikan di sebuah stadium besar lagi gagah...Shah Alam ataupun Petaling Jaya...atau di mana saja, asalkan ia stadium bola sepak, bukan futsal.

Maaf, Pak Menteri...kuhargai usahamu menghulurkan penghargaan. Tapi menamakan gelanggang futsal sempena nama Mokhtar, tidak kena pada tempatnya....

Baca laporan Kosmo di sini dan Berita Harian di sini

23 comments:

Anonymous said...

Salam Rizal

Mcm saya kata sebelum ni, Malaysia ketandusan menteri yang bijak. Menteri terlalu bergantung kepada penasihat yang pendek akal yang ada agenda tertentu. Menteri yang bijak adalah menteri yang banyak membaca, berfikir secara objektif, membuat keptusan yang tepat bedasarkan sejarah dan memikirkan kehendak majoriti dan majmuknya masyarakat kita.

Sekian

Rio Johannian

suka RTM said...

Bro Rizal, setuju dgn anda. jika tak silap, futsal masih belum dimainkan di zaman arwah dan tidak keterlaluan jika dikatakan arwah memang tidak pernah main futsal.

Suka sukan, bukan saja pak menteri yg perlu membaca dan buat keputusan tepat. Pengulas sukan dan blogger juga perlu membaca supaya dapat memahami sesuatu isu supaya tidak mengelirukan penonton/pembaca. Jika tak tau, tanya pada org yang lebih tahu.

Malu bertanya, sesat jalan...
Ajaran sesat jangan diamalkan....

Anonymous said...

Salam Rizal, takkan nama besar seperti Mokhtar Dahari dipadankan kat gelanggang futsal yang tak berbumbung saja. Dah tu siapa pulak yang nak gunakannya. Penduduk Putrajaya yang bersukan beraa kerat jumlahnya. Jangan jadi gajah kelabu cukup la.

- ajm -

Windsor John said...

Bro Rizal,

I was shocked to read a futsal court being associated with the late Super Mokh. It is really a sad day for Malaysian football when one of the great players being 'honoured' with a futsal court in Putrajaya. If not a stadium or a pitch at least the Malaysian Team's dressing room at Bukit Jalil Stadium would have been a more meaningful tribute which can inspire the National Team. But what can you say...sometimes these things happen!

suka RTM said...

Kalau Pak Menteri buat silap, apatah lagi komentator di Astoro Arena yang mengulas peraturan futsal dalam permainan bolasepak yang dibuat secara langsung.

Beginikah wartawan media kita mengulas? Di manakah disiplin mereka?

Amri Yunos said...

Salam Tuan,

Percayalah kerana sukan futsal inilah bolasepak Malaysia akan semakin ke belakang.

Futsal popular kerana ia mudah bagi sekumpulan rakan-rakan menubuhkan pasukan untuk bermain. Tak perlu bagi mereka untuk fikirkan soal pembangunan dan pengurusan pasukan.

Begitu juga bagi penganjur, futsal jauh lebih mudah daripada menganjurkan pertandingan bolasepak.

Futsal bukanlah landasan yang betul untuk pembangunan sukan bolasepak.

Mengabadikan nama Mokhtar Dahari dengan futsal adalah pengkhianatan bagi pengorbanan beliau dan ramai yang lain dalam bolasepak negara.

Lebih sesuai jika padang di Stadium Merdeka dinamakan Padang Mokhtar Dahari

Amri

Suko Apizal Amat said...

Elo Suko Artiem,
Cagho penguleh astoro yang buek silap bosa maso uleh bola mlm jumat maghin bulih dimaapkan kot sobab dio dididik dlm bidang lain. Tapi geng dio disebolah yg ado sertipiket jurulotih tu boghek sikit arrr. Patut eh dio musti tau sobab jurulotih jugo ado belaja undang-undang bola....

Tu sobab den totap suko Apizal Amat walo eh dio tak setinggi den. Pak aji Asbulah pon den suka walo eh dio tak seslim den....

JALAN REBUNG said...

salam bro,

datuk nicol david cemerlang dalam sukan skuash ..di abadikan nama dia pada pusat skuash, pemain tennis lagenda autralia arthur ashe pun diabadikan nama dia pada satu court tennis untuk australian open so bagus jugak bila nama supermokh di abadikan untuk satu lagi arena sukan di negara kita ....cuma saya sangat setuju la dengan permasalahan yang timbul ..sebab futsal dengan bolasepak adalah sukan yang macam sama tetapi sangat berbeza ...

mungkin pihak kementerian ada seab tertentu dan kalau boleh kami peminat-peminat sukan ni nak tahu

RIZAL (JALAN REBUNG)

Anonymous said...

Pok Cik dah koba maren, Pak Monteri tu pendek akal dan lidah tu sobab dia pi bubuh jo name Arwah Mokhtar kat gelanggang futsal. Kita semuo x soh gaduh weh..Monteri ko gelanggang ko x lamo abh kuat kawan-kawan Rizal Hashim ni nanti bukok cerito kontraktor ni sijil tu dam macam macam laie akan keluar weh..

Abiburahman

Azmi said...

salam rizal,

It is rather unfortunate that this has happened. There will however be defensive remarks fr certain quarters who will say that we seem to only complain.

pak menteri must realise that naming a futsal centre after a football legend is quite
inappropriate.

It would be like naming a velodrome after a road cyclist.

Names of sporting arenas aside, i do hope sports officials would one day think deep and hard before making decisions.

Is that a hope too far rizal?

zf.al.amr said...

PERTAMANYA.. saya merakamkan TAHNIAH buat Menteri Belia dan Sukan di atas pengumuman tersebut.. memang sikap manusia khususnya orang Melayu di Malaysia ni memang suka kritik tanpa usul membina, kalau macamnilah dunia kita.. rugilah kita semua..

Seterusnya.. tercatat dalam blog saya
http://zf-al-amr.blogspot.com

Anonymous said...

Sapa kata kritik tanpa usul membina? Urghhh&^%$#

Betul futsal masih main dgn bola dan kaki. Tapi entah le...
ni la bezanya pendapat budak2 dgn org tua...

sukasukan said...

Salam Bro.
Rata-rata ramai x setuju dgn penamaan gelanggang futsal atas nama arwah Mokhtar but for me, at least wat has been done is an appreciation for the great legendary Super Mokh.

Jujur saya tidak sedih atas apa yg berlaku ekoran penamaan court futsal itu, ttp lebih sedih krn all this while slps pemergian arwah, xde sapa pun yg cuba mengabadikan nama Super Mokh di mana-mana stadium, dressing room ke atau yg significant dgn bola, seluruh malaysia. kalu ada pun mungkin x silap saya, kat wisma ocm kot.

tp bila kbs or menteri skrg cuba mengembalikan semula ingatan generasi baru kepada arwah (wpun mungkin futsal bukan secara totalnya associate dgn arwah), kita semua melenting ckp bodoh la, bangang la dsbnya.

isunya skrg ialah knapa selama ni slps arwah meninggal pd 1991, xde satu pihak pun yg tampil untuk mengingatinya. Mana fas, mana fam, mana media, mana3. tp bila gelanggang futsal tarok nama arwah, kita pulak bising, xkena tmpt la, xpandai hargai arwah, a sad day for malaysian sport la, dll.

p/s: suka tgk balu arwah dgn anak-anak, appy dpt pnghargaan hari tu. Al-Fatihah buat arwah Super Mokh.

rizal hashim said...

Setiap kali 11 Julai berkunjung, saya menurunkan kata-kata menerusi artikel mengingatkan kita kepada pemergian arwah. Di Malay Mail. Saya pernah mencadangkan wujudkan satu Piala sempena nama arwah lebih sedekad yang lalu.

Anonymous said...

Sdr zf.al.amr mungkin saudara buta sejarah. Atau Sdr tak kenal sapa tu Arwah Mokhtar Dahari. Kita bukan mempersoalkan penghargaan yang diberikan kepada Arwah Mokhtar. Tetapi penghargaan diberikan di tempat yang kurang tepat. Faham!! Ini menteri yang pertama iktiraf sumbangan arwah Mokhtar tetapi tanpa usul periksa pi bubuh kat gelanggang yang arwah tak pernah jejak atau beraksi. Sama la isunya nak buat velodrome kat Kemaman sedangkan si Azizul Hasni dok training kat Melbourne. Kan ada mini stadium bola kat Putra Jaya, afdalnya kalau mini stadium tersebut letak nama arwah. Atau pi cari la Stadium kat area Selangor untuk letak nama Arwah. Piala Pertandingan sempena nama Arawah pun okay. Itu sahaja isunya. Jangan la Sdr merapu tak tentu pasal nak menjulang Kem. Bola Sepak ni..FUTSAL main atas gelanggang berbeza BOLA SEPAK juga dimainkan secara berbeza.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

xabi Along-so,
Kan gua dah tulih kat atas tu.. ni la masa-elahnya kalu budak2 masok campo hal org tua...
Cer tanya budak tu selain dari menggunakan kaki dan bola, apa lagi persamaan bola sebelas sebelah dgn putsal ni?

haidooooiii adik... byk bezanya dik. Undang2 lain, jumlah pemain lain, bola lain, padang lain, masa lain, repri lain, penalti lain.. peh manyak lagi yg lain kalu nak sebut kat sini.

pakmat said...

..it is demeaning, to say the least..but then, what do you expect from politicians?..

Syed Mutalib... said...

baser jenis bodooooo..!!!

buatan TANAH MELAYU said...

Salam saudara RIZAL,

Saya semacam terpanggil untuk memberikan komen di atas tajuk "Nama Mokhtar Dahari bukan untuk futsal..."
Maaf dipohon andai ada perbezaan pendapat di sini.

Pada pendapat saya, perkara ini hanyalah sesuatu isu yang remeh untuk dibicarakan. "Penggunaan" nama seseorang "lagenda" di mana-mana stadium, padang, gelanggang dan sebagainya itu tidak "nampak" signifikasinya kepada martabat sukan bola sepak atau futsal di Malaysia khasnya. Mengapa isu ini yang diperbesar-besarkan sedangkan adalah lebih "molek" kiranya pihak-pihak yang terbabit "duduk semeja" berbincang tentang cara untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak negara yang boleh diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu".

Di dalam artikel yang di tulis oleh saudara ini juga ada menyatakan "menamakan gelanggang futsal sempena nama Mokhtar, tidak kena pada tempatnya....". Jika diamati dengan teliti Stadium Hang Jebat yang digunapakai oleh pasukan bola sepak Telekom Melaka suatu ketika dulu itu juga langsung tiada kena mengena. Sepeti yang diketahui umum, Hang Jebat adalah "Pahlawan Melayu Terbilang" serta pada masa yang sama Hang Jebat tidak pernah sama sekali terlibat dengan sukan bola sepak Tanah Air.

Saya ingin tekankan sekali lagi di sini bahawa tiada gunanya kita membincangkan sesuatu isu yang remeh atau langsung tiada faedahnya disini. Adalah lebih baik kiranya kita semuanya fokus ke arah matlamat untuk membangunkan sukan futsal dan bola sepak di Malaysia dan yang lebih penting jika kita ingin melihat pembangunan sukan di negara ini khususnya bola sepak berkembang dengan baik, "afdal" kiranya tidak dicampur-adukkan dengan "POLITIK".

Sekian

Buatan Tanah Melayu

Cara mengumpan kepada kawan, menggelecek sebelum meledakkan rembatan sambil berlari mahupun tandukan terbangnya, ah, Mokhtar tidak mungkin menonjol dalam ruang futsal yang kecil. Bakat Mokhtar tidak terbatas dalam ruang sebesar bendang. Sewajarnya nama Muhammad Mokhtar Dahari diabadikan di sebuah stadium besar lagi gagah...Shah Alam ataupun Petaling Jaya...atau di mana saja, asalkan ia stadium bola sepak, bukan futsal.

Anonymous said...

usaha yang baik daripada pak menteri. tp tdak kne pade tmpatnye. spatutnye sblum membuat kputusan untuk meletakkan nama sseorg lagenda perlulah ada kajian terlebih dahulu. mokhtar dahari bkan utk futsal. mokhtar dahari lagenda bola sepak malaysia.