Bertuahnya aku lahir dalam keluarga guru. Ditakdirkan mendirikan rumahtangga pun dengan guru. Posting ini sedikit lewat, tetapi sebagai penghormatan buat semua guruku.
Terima kasih
1. Kepada arwah ibu bapaku yang mendidikku dan menyemai minatku terhadap dunia sukan. Ku doakan agar roh mereka tenang di alam barzakh.
2. Kepada kakakku, Hazlinda, kerana jika tanpa dorongannya yang membaca iklan Pre-Editorial Training Scheme (PETS) di New Straits Times pada 1991, aku tidak berada di mana aku berdiri sekarang.
3. Kepada mak mudaku, Haslina, kerana menjadi hos perkahwinan aku di Batu Pahat.
4. Kepada cikgu tadikaku, Cikgu Kamisah, dan Cikgu Normah, Cikgu Badrul, Cikgu Azmi, Cikgu Badariah dan ramai lain, juga Mrs Ng yang selalu menyuruh aku keluar kelas kerana buat perangai masa subjek Bahasa Inggeris, William Goldman, for exposing us to English the way it was spoken by a native.
5. Kepada Nashruladin Abdul Rahman, bekas ketua pengarang berita Berita Harian yang mengendalikan kelas Pets IV, yang menganggap aku seorang introvert.
6. Kepada bos-bos lama di Harian Metro, Mior Kamarul Shahid (kini Datuk) dan Ahmad Puad Onah yang selalu menyuruh aku membuat artikel bisnes dan Orang Jual Orang di Harian Metro pada 1991.
7. Kepada Zian Johari, kerana mengambil aku bertugas di meja sukan Berita Harian dengan bermula di Jaguh di bawah Ishak Dalib serta menyuruh aku turun naik anak tangga bawa air dan sandwich setiap kali Jaguh bermesyuarat pada Rabu.
8. Kepada Hishamuddin Aun (kini Datuk) kerana memberi peluang aku menjadi penulis lebih baik serta mengirim aku ke Piala Thomas di Jakarta 94, Kejohanan Jemputan Toulon di Perancis 95 dan Sukan SEA Chiangmai 95 sebelum aku dipindahkan ke meja berita.
9. Kepada Nasir Ahmad, yang kuanggap mentor kerana seorang yang kebijaksanaanya membaca situasi serta menuturkan kata-kata: "hero hindustan akan menang akhirnya".
10. Kepada Ibrahim Yahaya dan Manja Ismail (kedua-duanya Datuk) kerana menghantar aku membuat liputan Menteri-menteri, Parlimen dan politik meskipun sekadar sembilan bulan.
11. Kepada Saodi Mat Atar, yang menulis semula berita mengenai usaha Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memanggil semula trio emas - Nordin Sabaruddin, Malek Shamsuddin dan Rehan Mohd Din - untuk Sukan SEA di Singapura "kau tulis macam ni, Zian sukan kalau kita main sentimen, masukkan background".
12. Kepada Rosli Safar, yang membawa aku ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Stadium Negara dengan kereta Telstarnya.
13. Kepada P. Chandra Segar dan Husin Rahman, dua orang kuat the Malay Mail yang memujuk aku berhijrah ke MM pada September 96.
14. Kepada Khoo Kay Soon, who gave me the space to write in NST's Football Magazine.
15. To the sports editors I had the pleasure of working with, namely Chandra, Johnson Fernandez, Rajan Etickan, TJ Khoo, Tony Mariadass and Mustapha Kamaruddin.
16. Kepada pegawai sukan, atlet dan jurulatih yang memberi kerjasama, berkongsi idea, statistik dan maklumat serta tidak takut menegur apabila aku buat silap - termasuk Datuk Wira Mazlan Ahmad, Datuk Dell Akbar Khan, Daud Abu Kassim, Datuk Paul Mony Samuel, Datuk Seri Ibrahim Saad, Datuk Sieh Kok Chi, Rasu Maniam, Mumtaz Jaffar, Claude Le Roy, Edwin Ozolin, Morten Frost Hansen, Misbun Sidek, Ahmad Shapawi Ismail, Dr M. Jegathesan, Datuk Zolkples Embong, Hj Zaki Abdul Rahman dan tidak tersebut aku di sini...
17. Kepada rakan-rakan di BH, Metro, MM dan New Straits Times, yang mengutuk, menegur, menilai dan memuji aku.
18. Kepada New Straits Times Press kerana memberi aku VSS pada April 2008.
19. Kepada sahabat-sahabat di RTM, TV3, TV9, Astro Awani dan Astro Arena kerana memberi aku ruang muncul di kaca TV bermula 2006.
20. Kepada pelayar blog ini yang sentiasa memberi komen dan maklum balas.
21. Last but not least, to Intan...my gem of life...
13 comments:
Takde apa nak komen tapi ingin beri cadangan supaya Presiden FAM lepaskan jawatan yang ada supaya bolasepak Malaysia dapat keluar dari kepompong yang ada...Kami mahu idea baru..bukan harapan palsu!
Pengurus ladang juga seelok-eloknya digantikan dengan muka baru yang lebih mesra dan berwibawa...
kawan-kawan kat kosmo, intranet eplx tak ingat ke? hehe...
..dan kepada penghidupan..yang telah mengajar mu erti nikmat dan erti syukur..:)
memang benar jurulatih,pengurus sukan juga adalah guru.Wartawan sukan dan peminat juga guru.
Sdr ZAR,
Saya teramat kesian dengan Azlan Johar. Nampaknya anda sengaja membiarkan Azlan Johar membuka pekung di dada sendiri dalam rancangan formasi sebentar tadi. Menurut Azlan, beliau masih belum mendapat jawapan mengapa gol Johor FC itu dibatalkan. Saya yakin, anda sudah tahu jawapannya tetapi mungkin masih belum mahu 'menerima' apa yang tertulis dalam buku undang2 yg dikeluarkan oleh FIFA. OK takpe, itu hak anda berdua. Tapi Sebagai seorang yg berpengalaman luas dlm bidang penyiaran dan Azlan pula bekas pemain Kebangsaan, anda berdua sepatutnya tidak malu untuk bertanya kepada mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini.
Jika anda tanya org seperti Rizal hashim, memang la tak dapat jawapan tepat..... (hehehe Rizal jgn mare, nanti kena juai...)
Hey, no mention of Star at all...dun forget Ramaguru :)
Tuan Rizal,
Sama-sama.
Begitu juga dari saya kepada tuan.
Mambang
Sdr Muruguan, terima kasih kerana menonton dan terima kasih kerana memberi komen. Terima kasih juga kepada Sdr. LC kerana memberi ruang ini utk kita berkomunikasi. Saya ada jawapan tetapi 2 jawapan berbeza yang diberi oleh pegawai bertugas. Saya masih simpan sms tersebut. Saya diberitahu oleh Sdr. Rodz (x-FAM) akan situasi sebenar. Walaupun masih konfuse tetapi perjalanan diteruskan dan keputusan tersebut tidak berubah. Saya terima undang-undang FIFA tersebut. Jawapan Sdr. Azlan keluar dari beliau sendiri dan kami tidak berbincang atau merancang akan jawapan seperti itu. Mungkin Sdr. Murugan hanya nak memperbetulkan isu 'off-side' tetapi apakah Sdr. Murugan tidak berminat nak bangkitkan bagaimana pegawai bertugas yang cukup berpengalaman di'kong' oleh pemain Selangor untuk mendapat penalti yang mana saya tidak bangkitkan? Pada saya isu ni dah tamat kerana masing-masing akan pelajari sesuatu. Pegawai yang sama bertugas utk game KL+ & T-Team dan dia ber'aksi' cukup baik. Bermakna dia cukup matang dan berpengalaman serta belajar drp kesilapan. Terima kasih kerana menegur dan saya terima bahawa saya masih belajar dalam bidang penyiaran ni kerana ianya tidak akan tamat. Elok juga jangan tanya Sdr. Rizal kerana nanti dia 'delete' komen-komen kita. Salam 1Bola Sepak
ZAR
Aik tak habis lagi kes referee Sgor lawan Johor FC??? Kalau tak silap dulu ramai guru jadi referee. Selamat Hari Guru la ye. Cuma saya nak ajak kengkawan yang suka melayari blog ini agar merenungi kenyataan dr FAM yang mengatakan masa belum sesuai untuk berbincang mengenai musim 2011. Sedih mengenangkan bahawa FAM yang kerap bersidang dihadiri pegawai - pegawai dari seluruh negeri yang dibayar kemudiannya tidak bersedia nak menentukan hala tuju bola sepak negara. Perabih boreh ajo. Sepatutnya sudah ada sedikit bunga-bunga kata orang macam mana rupa dan wajah Liga Malaysia 2011 ketika ini. Boleh pakai import ke? Harimau Muda boleh main lagi ke? Kalau Pahang jatuh ke Liga Premier akan ada ke pakej penyelamat untuk pastikan pasukan ini terus main dalam Liga Super atau Piala Malaysia hanya untuk pasukan-pasukan terbaik. Apa agak2nya perancangan FAM ni?? Tak kan sibuk dah melobi dan berkempen untuk kekalkan kedudukan masing-masing? Itulah sobabnya bola kita macam ni je, tak ke mano.
XABI ALONSO
LARKIN
Sdr ZAR,
Terima kasih atas respon positif tuan mengenai tulisan saya. Sebelum tu nak betulkan nama saya ialah Murugan dan bukan Muruguan...:)
Falsafah hidup saya amat mudah ZAR. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tulisan itu hanya bertujuan untuk mengulas apa yang diperkatakan oleh Azlan johar dlm rancangan formasi tu. Niat saya , ingin mendidik mereka di luar sana. Tanggungjawab ini juga harus dipikul bersama dengan anda dan Azlan. Tak gitu ji?
Mereka harus dididik dengan betul.. itu yang pentingnya.
Kes referee kena kong tidak disentuh oleh azlan. Jika malam tu azlan kata memang patut dan kompom penalti, barulah saya boleh ulas dan belasah azlan. Ok kita lupa bab tu ji...
Ni nak tanya, anda tahu ke apa sebab kebelakangan ni begitu banyak rungutan kita dengar pasal pengadil ni? Saya peratikan anda kurang berminat untuk mengulas isu itu. 2x5 dengan loose cannon...:)
Apakah nasib bola sepak malaysia sekarang....saya tak faham cara Fam ditadbir.Ditengah kehangatan liga super berlangsung,ada jurulatih dan pemain digantung serta di denda begitu amat berat sekali seolah olah ingin menamatkan karier bolasepak sesuatu pasukan.Mungkin ini suatu konpirasi. Adakah FAM telah melihat mutu pengadilan tempohari.Inikah cara bolasepak malaysia ?
Salah tetap salah. Betul tetap betul. Devan, Hardi, Safi, RaZaman memang patut dihukum kerana salah laku terhadap pengadil. Insiden keganasan terhadap pengadil memang tidak patut dibiarkan berleluasa.
Pengadil dan penjaga garisan yang salah dikhabarkan memang sudah dihukum - Sila baca Berita Minggu 9 Mei 2010.
So skrg apa masalah lagi? yang salah tetap salah....Tak gitu?
Post a Comment