Rakan senegeri aku, Wan Jamak Hassan, kata Negeri Sembilan tidak perlu menyertai Piala AFC tahun depan, takut-takut aibkan Malaysia dan FAM.
Janganlah macam ini, coach. Cuba lihat gambaran lebih besar...
Kerana bagi aku, Piala AFC tempat mengasah kemampuan dan mutu permainan pemain dan pasukan kita.
Betul, kita tidak ada pemain import. Jadi ini peluang pemain macam Halim Zainal adik si kembar Faizal dan Khairil, Aliff Shamsuddin, K. Thanaraj asah parang. Selangor dahului Liga Perdana tapi diaibkan Becamex Binh Duong dari Vietnam dan Sriwijaya dari Indonesia. Kedua-duanya diperkuatkan oleh tenaga import.
Sebenarnya, bagi aku, biar kalah tapi menang dalam jangka masa panjang.
Piala AFC sebenarnya macam kursus buru diploma selepas dapat sijil dalam Liga Super. Liga Juara-juara Asia pula macam ijazah sarjana muda.
Dalam bola sepak, tanyalah mana-mana jurulatih. Pengalaman cukup penting.
Macam Negeri Sembilan, ada Idris Karim yang pada usia 19 tahun berdepan Juninho Pernambucano di Toulon, ada Shukor Adan yang mencatur gerak pasukan kebangsaan dari 2001, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang banyak mengumpul caps antarabangsa. Pengalaman mereka membezakan Negeri Sembilan dengan banyak team lain.
Jika ada pasukan kita yang cemerlang di peringkat Piala AFC (yang mempertemukan pasukan dari kelompok kedua "negara membangun" dari Asia), ini akan menyumbang kepada kebaikan pasukan kebangsaan.
Tinggal lagi, aku nak cadangkan FAM beri peluanglah Negeri Sembilan guna tenaga import untuk Piala AFC saja. Asalkan syarat-syarat AFC dipenuhi. Kalau tidakpun, elok juga buka semula pintu kepada pemain import, macam yang pernah aku sarankan dalam Wisel Penamat dan beberapa rancangan sukan TV lain.
Satu lagi, kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, elok juga kalau Datuk Seri tawarkan ganjaran lumayan jika cemerlang dalam Piala AFC. Sekurang-kurangnya ini mengajak kita berfikir luar daripada kepompong "jaguh kampung" kita. Mungkin juga boleh kurangkan hadiah kemenangan Piala FA dan Liga Super untuk tampung belanja Piala AFC.
Macam juga atlit negara, tidak payahlah fikir Sukan SEA saja. Bukankah Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik terbentang luas?
16 comments:
betul ke ini bekas pemain yang orang kita dok bangga-banggakan suatu ketika dulu yang dikatakan HEBAT sekali berbanding atlet zaman ini?
kalau coach sendiri dah kecut perut...haihh apa nak dikatakan lagi..
Tinggal lagi, aku nak cadangkan FAM beri peluanglah Negeri Sembilan guna tenaga import untuk Piala AFC saja.
- salam tuan rizal. saya rasa untuk cantumkan pemain import hanya di beberapa game liga yang pendek tak akan blend player as a team together, tak akan ada positive effect dari team jika gabungkan pemain import hanya untuk afc. ini pendapat saya saja, terima kasih atas cadangan dan jawapan tuan atas keputusan wan jamak.
Muhammad Hafiz.
Peluang untuk bermain di dalam piala AFC sepatutnya diambil serius oleh Wan Jamak. Berdasarkan kemampuan semasa pasukan dari malaysia, sememangnya kita hanya layak bergelar pasukan pelengkap sahaja, namun peluang bermain di pentas asia seharusnya tidak boleh dilepaskan. Pengalaman dan segala aspek corak permainan setiap pasukan yang bertanding boleh diambil contoh untuk perkembangan bola sepak di malaysia. Semoga Wan Jamak dapat berfikir dengan sebaik mungkin. Namum saya tetap menghormati keputusan Wan Jamak..
-Mergong Pirate-
betul tu... apa yg coach wan jamak state tu mmg menunjukkan tahap mentaliti orang bola sepak tempatan... sedihla macam ni.. harapkan Wan Jamak berubah untuk lebih baik dan jgn pikir utk jangka masa pendek atau untuk diri sendiri je...
Kalau Takut Dilambung Ombak.. Jangan Berumah Di Tepi Pantai..
Kalau takut Kalah...
Jangan la jadi coach dah...
AKU masih ingat semasa mengetuai lafaz ikrar sukan tahunan sekolah pada sekitar tahun 70an dulu.
Antara ikrar yang masih aku ingat berbunyi:
"....Kami mengaku bahawa mengambil bahagian itu lebih penting daripada mencapai kemenangan"
Setelah hampir separuh abad berlalu, aku mula berfikir, apakah slogan dan ikrar itu masih lagi relevan pada masa sekarang?
kalo tak dpt pun menggunakan pemain import, harap diberi kelonggaran meminjam beberapa pemain MSL untuk bersaing dlm AFC Cup ini. Cth, Badrol Baktiar, Amri Yahya, Safee Sali, Eddy Helmi, Ashaari Shamsudin, Indraputra, Norshahrul dan Norhafiz.
Tu bukan masalah pemain import, tapi masalah pengurusan FAM yang wujudkan liga yang caca merba, time pahang nk turun liga perdana, dia ubah bagi pahang kekal dlm liga super, semua pasal pengurusan FAM yang takut pada Presiden yang asal dari Pahang tu, hasilnya, ini lah liga yang kita ada, pasukan yang tak layak duduk liga super pun boleh main...akhir kata, kami generasi baru mahu Presiden FAM yang baru dengan idea yang baru!
Tak MENGHAIRANKAN pon bila dapat berita Negeri 9 tarik diri dari beraksi di peringkat AFC Cup.. Ini bukan kali pertama N9 tarik diri.. Piala AFC 2009 pon tarik diri biarpon awalnya timbul isu dengan Selangor siapa lebih layak. Akhirnya kedua-2 pasukan menolak atas alasan KEWANGAN & digantikan dengan Johor FC. Begitu juga penarikan diri Perlis utk saingan Piala AFC 2010. Mungkin sebab status N9, Selangor & Perlis masa tu sekadar Naib Juara. That's why masing-2 tak endah sangat pon dworang tarik diri. Tak der saper bising. Tak der orang nak kater dworang PENAKUT.. x der yang nak kater dworang pengecut.. Walhal memang LAYAK utk beraksi. Kenapa bila tarik diri x der saper nk bangkitkan isu?
Patut kita hormati keputusan Wan Jamak. Memang dari segi PENGALAMAN, para pemain beliau akan dapat pengalaman berguna beraksi dengan team luar. Namun adakah sikap penyokong kita menerima kekalahan pasukan dengan hati terbuka? Adakah sikap wartawan sukan kita membantu memulihkan semangat wakil-2 dari Malaysia? Lihat contoh pasukan Kedah musim lepas. Penyokong di Malaysia MENTERTAWAKAN kekalahan yang dialami pasukan tersebut. Media dengan bangganya melaporkan kekalahan pasukan Kedah dengan tajuk-tajuk yang cukup SINIS. "Kedah Lembik". Berita kemenangan besar (7-0) Kedah menentang Hanoi ACB tak der plak digembar gembur sebagaimana berita kekalahan. Tak pulak jadi fokus. Agaknya bagaimana nukilan sedemikian oleh wartawan sukan di Malaysia boleh membantu menaikkan semangat wakil Malaysia? Hairannya bila kekalahan terjadi pada pasukan kesukaan wartawan terbabit, tak der plak fokus @ tajuk besar memaklumkan kekalahan tersebut.
Ukur baju di badan sendiri. Memang hakikatnya pasukan dari Malaysia tak mampu memberi saingan sengit buat pasukan luar yg dibantu import. Sedangkan pasukan Selangor yang gah di persada liga pon diayamkan pada peringkat AFC. Seteruk-teruk pasukan Kedah, mereka masih mampu layak ke pusingan kedua w'pun beraksi tanpa import. Melepasi peringkat kumpulan. Pengalaman yang ditimba rasanya belum cukup untuk menahan malu yang ditambah dengan kritikan, kutukan & cercaan apabila tewas. Kemenangan yang dicapai tak dipandang sangat berbanding kekalahan yang akan dijadikan tajuk menarik untuk bacaan umum. Sedikit sebanyak MENJEJASKAN prestasi pemain dalam sudut PSIKOLOGI.. Saper yang suka bila baca berita kekalahan jadi tajuk hot di akhbar? Selangor dah merasai penangan beraksi tanpa import. Untuk beraksi di peringkat Piala AFC, kita harus menerima hakikat betapa perlunya pemain import agak pasukan dari Malaysia tidak DI AYAMKAN..
Sebenarnya Wan Jamak bercakap mengenai realiti. Nak pergi berperang tanpa askar dan peluru yang cukup dah tentu sukar nak menang. Tak kan nak harap kat nasib semata-mata. Lafaz Ikrar 70'an cuma difahami oleh segelintir pihak. Tapi pemikiran pegawai-pegawai sekarang agak-agaknya boleh ke depa terima hakikat menyertai lebih penting daripada keputusan?? Cuba kita lihat jadual pertandingan tempatan. Langsung tidak membantu pasukan yang nak ke Piala AFC. Contoh la..balik satu setengah hari dari Vietnam pas2 dah nak kena main dalam Liga Super, tak merana badan dibuatnya!!! Kurang2nya bagi la tempoh rehat selain tempoh persiapan secukupnya untuk game tempatan pulak. Jamak jurulatih berpengalaman dah pasti dia ada perancangan untuk memastikan pasukannya berada di tahap terbaik. Mentaliti pegawai dalam persatuan pun main peranan. Jika Jamak tumpu pada Piala AFC, kedudukan dalam Liga Super pulak selepas itu di 3 tangga tercorot sudah pasti Jamak ditunjuk jalan keluar!!! Dikatakan nanti Jamak dah hilang sentuhan. Bola Sepak skrg dah berubah. Jamak tahu akan kemampuan sebenar pasukannya dan bola sepak negara secara keseluruhannya. Dia perlukan lebih hangat daripada biasa kalau nak betul-betul bermain dalam Piala AFC. Saya tak gusar la dengan sikembar tu, atau Halim atau Aliff atau Sani Anuar Kamsani tapi mampukah Shukor, Rezal, Idris dan Ching beraksi pada tahap luar biasa berbeza daripada tempo Liga Malaysia?? Jadi bermakna Jamak kena prepare team yang luar biasa iaitu dibarisi pemain yang penuh bertenaga. Tetapi liga kita selepas 60 - 65 minit pemain-pemain dalam 1st eleven dah semput. Cuba lihat jugak dalam Liga Juara Asia dimana pasukan2 dari Jepun dan Korea yang berjaya nyata mengharapkan pemain import mereka untuk menang. Segelintir pemain tempatan yang betul hebat je membantu sana sini. Sama jugalah dengan Becamex, SriWijaya dll. Maka saya amat bersetuju untuk NS kalau nak main Piala AFC kena pakai pemain import. Kembalikan juga pemain Import dalam Liga Malaysia pada siapa yang mampu saja la. SU FAM tak perlu keruhkan suasana dengan 'statement' yang kurang bijak sebaliknya mencari jalan dan memberi idea bagaimana nak mengembangkan bola sepak kita ke arah Global. Gubal serba sedikit peraturan dan undang2 yang membolehkan pasukan tempatan berani nak menghadapi lautan dalam. Sekurang-kurangnya ada la sumbangan menyerlahkan bola sepak Malaysia sebelum bersara atau ditukar oleh SU yang baru.
XABI ALONSO
LARKIN
tiada guna jaguh di tempat sendiri sahaja.kalau la mcm ni smgt juara piala malaysia...tak usah lah di mimpikn...bermain di piala dunia...peringkat asia pun kita x mampu atau pun skurang kurgnya mencuba,,,,,jgn la mimpi nk ke piala dunia t....fikr2 kn lah....
Bagi saya, saya mrskan tidak ada siapa yang betol dlm hal ini, sama ada wjamak atau pun dato aizuddin fam. Meskipun perang mulut mereka tidak berpanjangan namun, masing2 menunjukkan kedangkalan dalam hujah masing2. Bagi wjamak malu untuk diaibkan, dan bagi dato' aizudin coach tidak serius dalam menyiapkan pasukan.
Sama sokong dengan saudara Rizal, tentang prestij Liga Super, AFC Cup & AFC CL ibarat sijil, diploma dan ijazah. FAM perlu ingat (bkn hendak mengajar) kenapa juara Liga M tidak layak secara automatik ke AFC CL. Ini kerana prestij liga kita sendiri.
Jadi untuk menaikan prestij liga, kelab2 (terutama coach perlu berani menyahut cabaran)perlu menceburkan diri ke AFC Cup sebelum melangkah ke AFC CL. Dengan ini prestij liga M akan meningkat stndng Liga J.
Bagaimana hendak menaikkan imej?
Realistik. Perlu melihat dan berpandangan sepertiman FA2 yang lain, dan jangan berfikir melawan arus.
Hasil sekiranya liga M semakin berprestij?
Sekiranya kita mampu bersaing dlm AFC CL. 1) Prestij liga M akan naik, 2) Pemain yang kompetetif bakal lahir, kerana pemain tbaek layak bermain di sini 3) Mampu menarik pemain ternama serta penajaan luar.
Sekadar melontar pandangan.
Mungkin wan jamak tau bahawa tak de pengadil yang akan membantu negeri sembilan jika sukor adan gunakan tangan dalam arena AFC.
die bfikiran mcm tue kerana pmikiran ahli2 gbungan dlm FAM..tgk sndri la psmbahan selangor dlm piala AFC thn nie..snang2 je meke dilauk kn oleh kelab dr ngara jiran..mentaliti smua pihak kena ubah..rs nye klau ade pmain import pn plyer kte msih bleh bsaing dgn psukan luar..yg pnting mntaliti meke kuat..klau sblm main ag dh pk xleh menang,mcm mne nk main ngan baik..dlm psukan kbangsaan sndri pn kte gne pmain tmpatan..dpt gak emas kt sukan sea..xkn la psukan kbangsaan kte nk gne kn pmain import utk layak ke piala dunia kot???pmain kte bleh main ngan psukan luar..yg pnting mentaliti n fizikal meke btol2 bsedia n kuat utk bmain..
Salam bro,
Sbnrnya sya rasa x patut kita salahkan sepenuhnya Wan Jamak dlm hal ini tetapi punca sebenar segala ini berlaku, ialah krn kepincangan dalam sistem bola sepak kita yang FAM menjadi pendokong utamanya.
Liga M sbnrnya sudah salah konsepnya. Set-up, elemen dan intipati (pemain yg beraksi, xde import dsb) juga dh salah. Tujuan Liga M pun salah, iaitu spatutnya menaikkan mutu bola sepak negara, melahirkan pemain yg boleh dipasarkan ke peringkat international yg akhirnya akan membentuk satu national team yg kuat.
Fikirkan. What is the ultimate prize if u win the M league. Dlm kes EPL, 4 teams akan pi Champions League, meaning more money money and money, more recognition utk team, players akn tambah nilai on the transfer market, dpt call up play for world cup etc.
Tp kat Malaysia, ini smua x berlaku. The ultimate prize winning the m league is kehidupan pemain akan menjadi lebih selesa, mungkin dpt lot banglo ke, bonus sikit, cukuplaa. Buat apa nk pi jauh, hidup pun dh selesa kalau tak menang pun. kereta ada, rumah ada, family dekat, mkn roti canai kat kedak mamak malam2 pun senang. to make things worst, mrk x pernah berangan nk dpt berjuta-juta pound seminggu jika men kat luar mcm pemain2 yg peminat tmptan sanggup tunggu kat dpn tv tiap hujung minggu.
So mentaliti pemain and teams pun dh mcm tu, pasal M league tidak menjurus ke arah spt di EPL atau mana-mana league serantau. Nk crita pasal pemain lg hampeh, dh selesa dgn NS, apasal nk susah2 main AFC. aku pun dh jadi star, dpt gaji besar walaupun pas spm je. pi giant pun smua org kenal.
So the point is, buat la mcmana pun. Selagi liga m bentuknya mcm gini, dia jadi mcm liga daerah kluang je yg tiap2 ptg, org pencen je yg tgk, pemain and teams pun xkan kemana.
p?/s: kluang ada local league lg ke???
1) Ini contoh terbaik org yg tak fikir panjang.
2) Memang kena ukur baju dibadan sendiri, tapi sampai bila nak ukur kadar yg sebegini?
3) Kenapa selalu nak "divert" dan salahkan orang lain?
4) Apa visi & misi untuk majukan bolasepak negeri, sekaligus memajukan bolasepak negara?
5) Contoh yg mudah & saya minta kita semua fikir2kan...bagaimana pasukan Steau Bucharest dari Romania pernah menjulang piala prestij di Eropah, cuma berbekalkan pemain2 tempatan sahaja?
Bro,
Bagi aku beri peluang anak watan mencuba..mencuba...jangan takut mencuba...akhir cubaan insyaallah akan berjaya dalam semua cubaan.
Post a Comment