Tuesday, May 4, 2010

Di balik tabir Slovakia

Nampaknya dua stesen Astro - Arena dan Awani - memaparkan kisah Harimau Muda A di Slovakia sepanjang dua hari ini. Ada yang tidak kena dengan persiapan anak buah Azraai Khor di Zlate Moravce. Arena yang mengirim Fina Nasrom ke sana baru-baru ini, melaporkan pergeseran Azraai dengan jurulatih penjaga gol, P Mohana Sundram, manakala Awani mendedahkan Azraai tidak lagi "berkuasa", sebaliknya tugasnya diambil alih oleh Ladislav Totkovic atau lebih mesra digelar Laco.

Betulkah Laco (kanan) mengambil alih tempat Azraai?

Sebenarnya, desas-desus Azraai hilang kuasa bertiup kencang selepas media arus perdana melaporkan Laco dilantik selaku penasihat teknikal. Namun Azraai, dalam mesejnya kepada loose cannon menerusi laman sosial Facebook, berkata itu tidak benar, sebaliknya Laco, bekas jurulatih Kosice, membantu memberi input mengenai pihak lawan. Awani malam tadi memetik dua pemain di sana sebagai mengesahkan perkembangan itu. Khabarnya sesetengah pemain sudah mula hilang hormat terhadap Azraai yang disifatkan sebagai jurulatih yang rileks dan tidak menitik beratkan ketegasan dan disiplin, mungkin disebabkan tabiatnya yang melayani anak buahnya seperti orang dewasa.

 Perkembangan ini nampaknya memberi ruang sesetengah pihak menangguk di air yang keruh dan cuba memecah-belahkan pasukan. Laco barangkali diletakkan di situ disebabkan keakrabannya dengan Miroslav Bozik, bekas perancang tengah Negeri Sembilan yang menjadi pengurus projek dan ejen membawa pasukan ke Slovakia.

 Kisah terbaru ini sedikit sebanyak menjejaskan semangat sepasukan di saat mereka bersiap menjelajah ke Amerika Syarikat pula untuk menyertai kejohanan jemputan Green Soccer Bowl 20 Mei ini. Azraai pula berpatah arang dengan Mohana, apabila memutuskan jurulatih penjaga gol itu dikirim pulang ke Wisma FAM secepat mungkin. Di sebalik kemelut ini, setidak-tidaknya dua anak muda, Muslim Ahmad dan K. Gurusamy sedang giat memikat Vion Zlate Moravce dengan niat bermastautin di situ jika ada rezeki. Gurusamy yang beraksi di posisi tengah bertahan menggantikan Gary Steven Robert yang mengalami kecederaan pergelangan kaki. Loose cannon berharap semua pihak tidak mudah melatah. Jika ada unsur-unsur khianat dan kepentingan peribadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus adakan siasatan.


K. Gurusamy menjalani ujian pemilihan Vion Zlate Moravce

Bersama Muslim Ahmad

Mohana Sundram pula boleh pulang ke kampung halaman dan tidak akan menyertai pasukan ke Amerika Syarikat

Gary Steven Robert mengalami kecederaan pergelangan kaki

30 comments:

Gagak Putih said...

Incik Rizal,
Apa maksud kamu dan apa yg kamu ingin sampaikan dengan tajuk 'di balik tabir Slovakia?

Bagi aku, takde sikit pon balik balik tabir punya cerita la. Kalu ada yg terselindung bole la kata balik tabir . Ini tak pon...dari awai awai dah terang lagi bersuluh...

Bagi yg rajin carik maklumat (macam aku), dari awai lagi aku dah tau mcm ada yg tak kena pon. Pi sana hanya ganti satu tim tarik diri.. Main pon secara friendly mcm tim Pasir Mas lawan Bachok.

Menang kalah tadak mata punya la. Kalau mende ni tak dikorek dulu, mati-mati kita kena tipu kononnya dapat point. Pirahhhh

Emmet Muhamad said...

Bagus sebenarnya penghantaran skuad ini ke Slovakia. Pengalaman itu penting, bak kata saudara Rizal, pengalaman lah yang membezakan Idris Karim dengan pemain lain dalam skuad negeri9, tapi pada pengamatan saya, pemergian Harimau Muda ke sana TIDAK CUKUP BERBALOI.

Bukan tidak berbaloi langsung, tapi tidak CUKUP.

Masalah dalaman ini memang terang-terangan kita dapat lihat, melalui prestasi skuad.Memang susah kita nak mengharapkan kemenangan, Harimau muda umur baru berapa, pasukan kelab di slovakia skuad profesional, campur pemain kebangsaan, campur lagi pemain import.

Tapi, kalah dengan jurang jaringan yang besar, semangat melawan 'kurang'. Di mana Shakir Ali dan Wan Zack Haikal? Mereka punyai bakat LUAR BIASA. Saya tahu mereka ada cedera sewaktu disana, tapi di samping mencari pengalaman, kena lah jaga maruah negara.

Apa2 pun saya sentiasa menyokong skuad ini, saya sntiasa mngukuti perkembangan skuad ini. MOga ada sinar di depan hari.

tapi cuba saudara Rizal siasat, status Azman hj Eusoff yang berbunyi "hari ini diri dan keikhlasan serta kewibawaanku TERCABAR".

Pada hari tersebut jugalah Azrai Khor ada mengirimkan salam rindunye ke fan page Hijau Kuning(Kedah).

Kemungkinan ada sesuatu.

Petola manis said...

Untuk carik experience memang bagus pi sana. Cuma tinggal lagi, cara bagaimana FAM mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat di peringkat permulaan dulu yg buat hati mendidih dan menyirap darah.

JALAN REBUNG said...

salam bro,

baru je kita dok bincang masalah dalaman sukan kat malaysia ni yang menjejaskan pemain , jadiiiiiii lagiiii.

Walau apa pun kata org bagi aku penghantaran skuad remaja kita ke eropah adalah satu langkah yang baik, bak kata akmal rizal dulu dia pegi dengan juzaili je , tapi team kali ni pegi satu pasukan ..

Kena cari punca kenapa coach nak bergaduh pulak ...mungkin susah-susah dua-dua coach hantar balik sini , kita hantar k.devan dan wan jamak kesana ...amacam ?

RIZAL

Anonymous said...

When you judge, condemn, criticize, or talk about another human being, it does not define who THEY are, it only proves what YOU are.....

How much did know about what really happened? and for the one who comment about kirim salam rindu di Fan page hijau kuning.com? Kirim salam yang biasa saja kepada penyokong pun boleh jadi isu...anda memang pandai membuat andaian...

rizal hashim said...

anon, what's your problem?
At least Emmet and I are using our own names and write with sincerity. You? Not only you hide behind anonymity, you have the cheek to pass judgement...letak la nama sendiri bro ka sis...baru ada class. anyway it reflects your character, i guess..

Zainol Ahmad said...

Anon, tepat sekali.

Anonymous said...

I like this article actually. Basically, i love to see if there any broadcast to air or story about the development of the M'sian players there (Dont talk about the result). This is only way how we support our sport development.

Mr Rizal has a good point here. He doesnt meant wanna raise some bad point here. Either to no one. He juz voice out and update the news of the Malaysian U21 in Slovakia.

I'm looking forward, at least, there some highlight of the matches between M'sia against clubs there. In Europe, even U16 matches, there will aired in their national tv. I hope the same goes here.

(Mr Rizal, carry on with your news and update. Your stories is interesting i hv to be said)

-salehichenko@yahoo.co.uk-

gajah duduk said...

Sapa Mohana Sundram ni? Dulu dia main team mana? Dia adik beradik dgn Sundramoorthy pemain spore tu ke?

Anonymous said...

Harimau Muda merupakan pasukan yang bagus tapi, dari segi kejurulatihan seakan ada yang tak kena and nampak agak goyang ... dari sebuah pasukan juara, sampai ke sana jadi pasukan ayam ... betul mahu cari pendedahan tapi takkan laa 2 perlawanan je boleh menang .... ?

setuju jalan rebung, tukar coach mayb baru nampak jalan ... jika rajagobal masih pegang team ni, saya tak fikir harimau muda terus di kritik sebegini ...

cik kecewa

Minah Anon said...

Yawn. bosannye!

Anonymous said...

adakah Mohana Sundram sekadar dikambing hitamkan?

epain said...

bilalah citer bola kat msia ni sampai ke penghujung....

Unknown said...

Memang diakui pengalaman itu penting, tetapi cara FAM handle benda ini amat memalukan. Rakyat tak bodoh.

abu bakar said...

apa sudah jadi? mungkin ada yang tak kena dengan skuad ini....di harapkan pehak yang bertanggung jawab silalah intai intai tentang masaalah ini.Inilah akibat nya jika kerja yang dibuat tiada perancangan.

abu bakar said...

Bagi saya pehak yang berwajib telah melakukan kerja kerja yang memang mengarut sejak awal awal lagi dan ini lah hasilnya.Bagaimanakah team nak maju kedepan kalau hal hal remeh temeh sebegini boleh berlaku.

Bola itu petak said...

haduih..rilex arr. Jangan kalut2, macam la tukar coach.. malaysia boleh main world cup. Benda dah jadi.. pasukkan malaysia pon dah kesana, kenapa harus difikirkan kebodohan FAM lagi.

Lebih baik fikir macam mana nak kutip experience yang berguna kat sana. Berbaloi ke tak ke sana, tunggu sukan sea akan datang nanti.

Kalau ada masalah kejurulatihan dengan pemain patunya diselesai secara tetutup.Selalunya bila team tak menonjol. mula la keluarkan masalah remeh sampai memecah belahkan semangat satu pasukan dari coach sampai la ke pemain.

Kalau FAM malu sebab team malaysia tak menyerlah dekat sana, diorang patut lebih malu sebab perancangan yang membabi buta.

Aduih..letih la.

dugong darat said...

Pihak yg memandai mandai dan gatal sangat nak pi hantar team ni ke Slovakia harus dipersalahkan. Kalau di congak congak, banyak yg bengkang bengkok daripada yg lurus. Ini suma berpunca drp sorang mamat tu yg ego dan anggap diri dia je yg betul dan org lain cikai.

Bola di malaya ni tak kan pi kemana selagi mamat ni masih di situ. Nak harapkan tuan punya ladang sendiri yang turun memberi teguran, kem salam jer la...tiap kali ada cerita panas, mamat ni akan kelentong si tuan punya ladang. stendet la tu kan...

mehmet durakovic said...

Orang yang gagal merancang itu sebenarnya memang merancang untuk gagal.....

Anonymous said...

RIZAL, MENGAPA ANDA SERING MELENTING BILA DISANGGAH? NOT FAIR LA BRO..
ANDA SESENANG JE KRITIK ORG LAIN, TAPI BILA KENA TANG BATANG IDONG SENDIRI, MULA LA LABEL ORG TADAK KLAS LA.. APA LA LU RIZAL

rizal hashim said...

anon 10.26pm,

1. nilah masalahnya...tak baca sejarah. saya tidak melenting kalau orang itu guna nama, saya menulis, menyanggah, mengkritik, memuji, menilai, menggetus, menidak dengan nama saya Rizal Hashim...

cuba baca balik blog ni dari april 2008. ada sesetengah saya layan, ada sesetengah saya tak layan. ada macam-macam tuduhan dilemparkan. saya rileks...

macam tepak bersulam dan sukasukan, kurang-kurang ada nick dan nama sebenar. jadi kita boleh rebut dia balik.

macam awak ni anon, alahai...

Anonymous said...

....cuba baca balik blog ni dari april 2008. ada sesetengah saya layan, ada sesetengah saya tak layan. ada macam-macam tuduhan dilemparkan. saya rileks...

HAHAHAHA RILEKS? MACAM CACING KEPANASAN ADER LE NAMPAK. HAHAHAHA

Anonymous said...

rizal, lu apa pasei? lu ingat lu sudah besar kapla ka? gua talak elan punya la sama lu....Apa lu ingat lu sudah cukop femes masuk astro arena ka?

Lu suka suka hati hantam lain olang... manyak pandei ha? Belakang lain olang hantam lu kalu, lu keriau satu malaya. Ini mcm ka? Haiya gua punya lespek sama lu sudah ilang la...Ini mcm punya blogger gua talak lespek punya la. Lucky ini leptop manyak mahat punya woi... 20 sen punya kalu, gua kasi buwang sana sungei klang juga la pasei hati ada asam mau masuk lu punya talak guna punya blog.

Anonymous said...

Senang cerita panggil balik team ni tak yah buang masa dan duit kat Slovak. Lagipun bukan dapat mata main macam gila-ba** kat sana. Drp players sampai ke coach semuanya 'air dah naik kepala' so sebelum bertambah keruh elok la dibawa pulang Harimau yang tenat ni. Hakikatnya Azrai masih bertatih tetapi dah disuruh berlari oleh bapa(majikannya si FAM) bersama pasukan yang dilabel Skuad masa depan negara ni. Betul2 membazir la!! Seeloknya Azrai perlu bermula dari bawah iaitu di Wisma FAM sebelum berkelana jauh. Hai...itupun orang kat FAM kena diajar ke...lotih pok cik. BTW kepada Sdr Rizal, bawak bertenang la..jgn cepat melenting.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Lu betul la Alonso... ini Rizal ingat dia kebal ka apa? Langsung lain org tarak bulih usek dia sikit pon. Pirahhhh la lu Rizal. Lu sama org FAM satu kapal n satu kepala la...

sukasukan said...

Salam bro and buat semua.

Nmpk gaya dh jadi personal la pulak, belasah individu dan lari dr topik isu. Buat bersabar dan berselawat.

Bola sepak, hmmm, malas nk cakap la tp the good thing is, makin byk cerita yg didedahkan utk pengetahuan semua. Pls don't hide the facts cos sooner or later, ia akan terdedah gak. so kalu fam nk sembunyi, keadaan bole jd lagi parah cos people will start speculating.

P/s: Oh yea ke, penulis blog ni namanya Rizal Hashim. I thought nama you The Mole.

Anonymous said...

Bukan sesuatu yang PELIK pon kalo FAM buat keputusan yang PELIK... Sememangnya FAM ni PELIK dari organisasi lain... Isu Harimau Muda x dapat mengasah sengat dalam saingan Liga Super kerana memberi peluang 1 team yang dapat payung emas walau hakikatnya dworang layak.. Isu ganjaran selaku Juara Liga Perdana... Isu status sebenar pemergian Harimau ke Slovakia... Patutnya Anak Harimau bermula dari rebung... Dr Liga Perdana ke Liga Super yg lebih kompetitif... At least pengalaman tersebut mampu mematangkan dworang untuk menghadapi cabaran yang berstatus internasional.. Macam kata sorang pengomen dlm blog ni.. Harimau Muda dalam stage belajar berjalan dah disuruh berlari... Maka terimalah keputusan perlawanan aksi anak harimau di Slovakia.. Kalo keputusan di Slovakia menjadi timbang tara menilai kemampuan barisan kejurulatihan rasanya satu keputusan yang kurang bijak. Ibarat mengharapkan pelumba kelas NOVIS lawan kelas EXPERT la... Buleh bersaing "pick-up" pun dah kira cukup kuat dah... Kalah pon bukan sesuatu yang pelik..

Buat saudara Rizal.. Apabila anda mengkritik, bersiap sedia untuk dikritik.. Kerana sebagai manusia tak semua yang betul pada kita juga akan turut betul pada pandangan orang lain. So.. Rileks.. Teruskan usaha anda untuk memaparkan berita, cerita mahupun cereka sukan untuk pecinta sukan Malaysia.

-nizam-

Anonymous said...

Rizal,
You have become a big time ball carrier-lah now! So what if someone like me wants to post an anonymous note. It is by choice or for a reason. We have a choice right? Why you getting so uptight, hot under the collar? Hard to make a living isnt't it without having to indulge in boot licking?

Anonymous said...

Rizal Hashim Is a bad blogger.. I dont like him much more after this post.. - Frm London.

Anonymous said...

salam...

dok baca2 semua post kat sini tapi tadak satu pun yg menceritakan hal sebenar baik dari FAM, coaches, bro rizal dan semua kat sini...sori la kalo aku tertinggal bas, tapi aku tak nampak and tak jumpa cerita sebenar..semua kabur..blur..samar..tak tau ujung pangkal..meneka dalam kesamaran..

buleh dak crita apa yg jadi sebenarnya?