Sunday, December 7, 2008

Salam EidulAdha

Dengan rendah diri ingin kuucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji agar kita sama-sama menginsafi sebab musabab di sebalik peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S serta wukuf di Arafah, signifikannya Jabal Rahmah serta indahnya negara yang bernama Malaysia.

Bagi ahli-ahli sukan beragama Islam yang meraikan EidulAdha di perantauan, khususnya anak-anak buah B. Sathianathan yang sedang bersaing dalam Piala Suzuki AFF, kuucapkan Selamat Berjuang kerana ia juga adalah satu bentuk pengorbanan.

Aku masih ingat kenangan beraya EidulAdha di Hong Kong pada 2001, apabila pasukan bola sepak negara bergelut dengan Qatar, Hong Kong dan Palestin dalam pra-Piala Dunia. Biasalah bagi sekumpulan wartawan yang membuat liputan di luar negara, setiap majlis meraikan pasukan akan turut diberi liputan. Aku pun tidak melepaskan peluang berhari raya di Konsulat Malaysia sesudah bersolat di masjid di bawah Halal Canteen tidak jauh dari Stadium Queen Elizabeth.

Dikelilingi kebanyakannya keturunan India dan Pakistan yang berkelana ke Hong Kong, aku dan rakan-rakan mendengar khutbah EidulAdha yang disampaikan oleh Imam dalam Bahasa Mandarin.

Kalau hari-hari biasa aku mengisi perut dengan dim sum di kantin berkenaan dengan ditemani Azahar Md Taib dari Harian Metro, hos kami di Konsulat menghidangkan juadah Malaysia belaka. Apalagi, belasahlah...

Di Konsulat berkenaan, aku bukan saya bersua dengan sahabat lama dari alam persekolahan iaitu Rosman bahkan berkesempatan beramah mesra dengan penghibur terkenal Fran, atau nama penuhnya Francesca Peters. Sudah tentu aku menceritakan kepadanya koleksi kaset Roy & Fran yang menjadi dendangan halwa telingaku ketika remaja.

Berbalik kepada cerita di padang, aku masih ingat pasukan negara bimbingan Allan Harris tewas kepada Qatar 5-1, menang 2-0 ke atas Hong Kong dan tewas 1-0 kepada Palestin. Ia memberi aku ingatan yang bercampur baur, kerana hutan batu di Hong Kong menjadi saksi dua jaringan menarik daripada Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dan turut melihat pasukan negara tersembam akibat kekalahan kepada Palestin.

Antara yang kekal menyarung jersi negara hingga ke hari ini ialah Norhafiz Zamani Misbah, Juzaili Samion, Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof dan Shukor Adan. Kapten ketika tewas kepada Palestin ialah Bobby Pian, seorang Bidayuh.

p/s aku terlupa,

...dalam kita berkabung atas tragedi di Bukit Antarabangsa, kita jangan lupa bencana banjir di Pantai Timur

...bagi yang menyempurnakan Haji, semoga mendapat Haji yang Mabrur

...bagi yang berkorban, agar lembu dan kambing yang ditumbangkan menunggu kita di syurga

...bagi Azam dan Risya di Turkmenistan, semoga tabah menghadapi dugaan dalam mengharungi hidup di perantauan, dan ingat-ingatlah kami yang menikmati jamuan Raya hidangan Mak. Hehe

11 comments:

Anonymous said...

'Selamat Hari Raya' bro!Tidak di nafikan memang besar pengorbanan pemain negara ketika ini di Phuket. Moga kejayaan yang kita sama sama nantikan akan tercapai pada hari dan bulan yang baik ini. By de way bro, Bobby Pian is a 'Kelabit' sama kampung dgn CEO MAS kita!

Rockybru said...

selamat hari raya aidiladha, bro.

Anonymous said...

salam aidiladha from bay area.

Anonymous said...

sama saja. hari ini dalam kita meraikan raya korban, pemain-pemain kita terkorban dengan vietnam. main macam budak sekolah rendah. nasib baik dapat dua gol yang bukan kerana usaha yang jitu, kalau tidak kalah tiga kosong.

adakah benar seperti mana yang diwar-warkan, ada pemain yang terlibat dalam menentukan perlawanan.

pasukan kebangsaan macam FAM juga, tak konsisten. 2009 Liga super ada 15 pasukan. 2008 - 13 pasukan yang sepatutnya 14 pasukan setelah Telekom Melaka tarik diri. Tak ada pulak penggantinya.

FAM jangan nak jaga hati pegawai persatuan, mana-mana pegawai fam atau yang tak tahu langsung tentang pentadbiran bola sepak harus akui kesilapan dan tinggalkan fam,

jangan buat muka tebal, malu le sikit, cermin diri jangan terlalu ego dan bongkak ..

rizal hashim said...

kepada anon 12.57am, benar saya tersilap. dalam analisis pemain secara individu yang saya nukilkan dalam Malay Mail pada kesudahan kejohanan itu, saya menyebut Bobby sebagai anak Kelabit pertama menjadi kapten negara. Terima kasih. Maklumlah usia meningkat ni, cepat lupa.

rizal hashim said...

Anon 5.25am,

Bay Area San Francisco ke? Emel lah saya.

rizal hashim said...

To Rockybru,

Selamat Hari Raya EidulAdha to you too.

rizal hashim said...

X national,

Saya setuju. Sekejap 14, sekejap 15. Nak jaga hati Polis dan Kelantan kot. Bayangkan bekas Menteri Belia dan Sukan menjadi anggota majlis FAM, jadi kenalah jaga hati kot. FAM harus sedar FAM bukan dalam bisnes menjaga hati! Saya simpati dengan Helmi Eliza Elias, daripada pemain yang paling banyak mendapat undi dengan menjadi Pemain Paling Popular 2008 Ogos lalu kepada seorang petualang kerana kesilapan membaca "bounce" bola. Padang pun macam padang kat bendang di utara Kedah aje. Anyway saya fikir paling bagus pun kita hanya mampu seri dengan Thailand.

Anonymous said...

Bro...
Lepas kalah dengan Laos pada 1997 kita buang the entire team...
Kali nie pun buat benda yg sama la....kekalkan 2-3 pemain cukup..based on performance not seniority...
Jaguh kampung je bro...pegi main jauh mesti performance mcm school boys....
Kini nasib Sathia bagi telur di hujung tanduk...tak masuk semis mesti Sathia boleh kirim salam...
mcm mana lagi nak selamatkan bola sepak negara bro.....bawak Ian Rush player ponteng, pegi Phuket tournament player bersantai tepi pantai, striker cari gol keeper buat blunder....
ada striker boleh goal easy nak main fancy...pening kepala bro...
Dah lah aku beli jersey mahal-mahal RM255...kalah pulak...malu lak nak pakai...

National Fan

Unknown said...

To Anon, apa nak malu pakai jersi mahal-mahal? Kenapa nak megah pakai jersi lambang setan merah etc etc sedangkan kelab tersebut langsung tak bagi apa sumbangan pada kita & national team. Itulah standard terbaik pemain kita yang boleh dipilih untuk menyarung jersi berharga RM255. Liga kitapun sebenarnya tak membantu perkembangan skuad National. Tu la sebabnya ramai 'topsy turvy official' dan akhirnya buat keputusan yang bukan-bukan tentang Liga. Bila Polis tarik diri ada tak 'rombongan' merisik? Ada tak dibincang dlm mana-mana mesyuarat tertinggi FAM? Mana ada...sebab tak de kepentingan so Kelantan yang diterajui 'Roman Musa' dijadikan sebagai pengganti. Sebab apa??? Sendri jawab la. Liga yang sistematik boleh membantu pembangunan skuad kebangsaan tapi kalau pegawai - pegawai kat Kelana Jaya 'syok' sendiri nak buat cam na?? Letak la Agung sekalipun jadi Presiden dan selagi ada b*d*t kat bawah jangan termimpi nak menang Piala AFF. Kesian gak kat Sathia nak pilih pemain, mungkin tak seteruk Cikgu Jan la nasib dia. Budak Helmi ni pun satu masalah gak, macam 2 - 3 minggu baru belajar main bola. Tapi di sudut kecil saya merasakan boleh ada 'upset' lawan Siam nanti bersyarat 'ada keyakinan'. Selamat eidul Adha untuk Sdr Blogger dan semua yang membaca pendapat ini.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Bang Rizal & Kak Na,

Sedang beraya di Baku,Azerbaijan.Sememangnya kurang penghayatan & sambutan di sini,sekadar cuti 2 hari je......

Jangan kata teringat masakan mak,malah terbau gulai ayam mak kat Baku,Azerbaijan.....

Tak lupa kuah kacang omak kat Kuala Pilah,terasa di bibir kesedapan kuah kacang omak.....

Salam Iduladha dari Baku,Azerbaijan,

Azam & Risya...