Thursday, December 18, 2008

Aidil oh Aidil...



"Eh berapa kali nak pergi tandas nih?" aku boleh bayangkan orang rumahku menjegil ke arah pelajarnya.

Tanpa dia sedari, Intan "dok jerkah" kat budak lain, iaitu kembar yang seorang lagi.

Intan tergelak menceritakan pengalamannya mengajar kembar bersaudara Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di antara 2002 dan 2003.

Aidil dan Zaquan boleh dikatakan memiliki pakej lengkap, berkemahiran tinggi, cukup menghormati orang lain, glamour dan "handsome". Tidak hairan mereka menjadi tumpuan ke mana saja mereka pergi.

Perkahwinan Aidil dengan Rita Rudaini tidak mengejutkan. Ini kerana spekulasi sudah lama bertiup kencang dan beberapa kali disiarkan dalam ruangan gosip hiburan akhbar-akhbar tempatan. Bapanya pula, Encik Abdul Radzak Salleh, pernah meminta pendapat aku tidak lama dahulu bagaimana menangani keadaan itu kerana Aidil sudah tidak mahu mengikut telunjuknya.
Sejak mula membuat liputan kerjaya kedua-dua pemain itu, aku berkesempatan mengenali keluarga dan ibu bapa mereka secara dekat. Lagi pula Encik Radzak "junior" bapa mertua aku Cikgu Abdul Jalil di SMK Badlishah di Kulim, bermakna mereka satu sekolahlah dengan orang rumah aku, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil dan wartawan penyiar RTM, Hafizal Hamad.

Namun aku bersependapat dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), yang tidak mahu campur tangan dalam kisah peribadi pemainnya.

Sejauh ini prestasi Aidil yang lahir tiga minit lebih awal daripada Zaquan, tidak diragui. Bagi aku, dia lebih lengkap daripada Zaquan kerana kebolehannya beraksi sama ada selaku defensive midfielder ataupun pemain pertahanan. Selain kepantasan yang dimiliki, Aidil mempunyai daya lompatan yang bagus menyebabkan dia mudah menangkis serangan bola tinggi.

Bahkan bagi aku, Aidil adalah kapten pasukan negara satu hari nanti. Cuma aku harap kehidupan peribadi Aidil tidak akan menjejaskan persembahan dan fokusnya selaku atlit negara. Usianya muda, baru berusia 21 tahun Ogos lalu.

Bagi Rita yang berasal dari Perlis, dia memang meminati pasangan kembar agaknya. Bekas suaminya Akhbar Sahari, hos rancangan Scoreboard di TV3. Kembar Akhbar pula seorang ustaz yang menjadi hos sebuah rancangan berunsur agama di Astro Prima.

13 comments:

DonCorleone said...

Ternyata tangan yang menghayun buai itu bisa sangat goncangkan dunia. Rita tu POWER!

rizal hashim said...

Don Corleone,

Benar Rita tu power. Tapi sebagai seorang yang lebih matang dan berusia daripada Aidil, saya fikir wajar jika perkahwinan itu dibuat secara baik tanpa membelakangkan keluarga Aidil.

kajang-today said...

mana saudara tau Rita tu power? ade pengalaman yg saudara ingin kongsikan dgn pembaca?

Muhammad Fahmi said...

apa punca sebenar yang menyebabkan Aidil sanggup kahwin senyap-senyap di Songkhla?

aku rasa sedih sebab ramai anak-anak muda hari ni dah tak hormat orang tua. diaorang ni patut tahu restu ibu-bapa itu berserta dengan restu Allah. apa lah salahnya berterus-terang. ni tak, buat sesuka hati. nanti kalau berlaku perkara tak baik di kemudian hari siapa yang nak dipersalahkan kalau bukan diri sendiri.

aidil ni pulak dah dikenali ramai, kan dah jadi contoh yang tak baik kepada para peminat. kalau dia terganggu akibat kontroversi tak mustahil boleh sebabkan prestasi terjejas. siapa yang rugi?

aku pun ada jugak adik ipar nama serupa dengan dia. sama lah, cakap orang tua, kakak2 & abang langsung tak nak dengar. asyik ikut kawan2, lantak engkaulah apa nak jadi, aku dah tak nak campur urusan dia. agaknya itulah yang terjadi kepada Aidil...

Zukri Valenteno said...

Sdra RIzal,

This is among the maladies affecting our Malaysian football. Many times i have stressed on this aspect of thing we dont wanna have in the football fraternity.

I can only guess that this is the beginning of the end for the player, who is better performing off-field rather then on-field. Many have taken this downroad before and he is not the last, certainly.

All of us should know this coming since their romance was hotly reported and splashed all over the magazines, suratkhabar nyamuk included.

Orang Kedah ada la kata, "depa2 ni kalu benda2 lagu ni pandai sangat la, main bola macam pondan tua..."

Orang Kola Kedah pulak kata :"nak buat macam mana, dapat janda tua!"

Mergong, Alor Setar

Anonymous said...

janda memang power beb

Unknown said...

RR ada pakej lengkap Janda Power beb, & tak hairan kalau Aidil tergolek melutut. So pas ni Aidil x yah lagi invest satu pickup van bunga ros nak hantar kat rumah RR. Betul ckp Fahmi, semakin kurang remaja yang menghormati orang tua. Khuatir gak anak-anak kita terikut2grup mcm ni. Elok gak depa menikah takut terjadi yang lebih teruk, tp sebagai anak-anak elokla dua-dua ekoq ni dapatkan restu orang tua. P/S no wonder Aidil mcm dah kurang power of late..

Anonymous said...

RR

Welcome to our crazy football family.

For the Game. For the World.

Anonymous said...

Takleh nak negative sangat....

Kalau senang kita doakan depa bahagia.. And semuga Aidil dapat beraksi lebih cemerlang di padang...

Aidil jadi suami dan pemain bolasepak Maysia yg mantap. dan RR jadi isteri yg baik. Solehah. Pakai tudong... Jaga aurat..Jaga maruah suami...

Ameeen....

rizal hashim said...

Fahmi,

Kita tidak mahu prestasi Aidil terjejas. Jika ia berlaku, sudah tentu tuduh menuduh akan berlaku dan kita semua tahu siapa yang akan dipersalahkan. Dalam hal ini Aidil harus bersiap sedia!

rizal hashim said...

Saudara ZV, thank you for visiting my humble site. I hope Aidil knows what he's getting into. Otherwise orang Kedah and Kola Kedah will have more tales to share!

rizal hashim said...

Kajang-today,

Saya sekadar berkongsi sentimen Don Corleone. Hehehe

Anonymous said...

Rizal, fakta tuan kena perbetulkan. Ustaz yang jadi hos rancangan tu namanya Akhtar Sahari, kembar Akbar. Dia hos rancangan sebutan syariah di Astro Oasis, bukan Astro Prima.

LS